Friday, December 2, 2016

KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 01 - DEPARTING TO DUBAI

Dah tiba masanya kami meninggalkan Kuwait dan terbang ke Dubai, United Arab Emirates dalam rangka percutian kami seterusnya. 

We had such an amazing time in Kuwait. Tak sangka banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita lawat di Kuwait sebenarnya. And of course largely thanks to my dear friend who took us for all the jalan-jalan and makan-makan sedap 😊. 

Just a quick summary of the places we visited while in Kuwait:
1) Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy
2) Tareq Rajab Museum
3) Fish Market
4) Souq Sharq
5) Green Island
6) Radisson Blu Hotel
7) Kuwait Marine Museum
8) Kuwait Tower
9) Mirror House
10) AlShaheed Park
11) Souq Al Mubarakiya
12) Marina Mall
13) Embassy of Malaysia
14) Bait Al Othman Museum

Syukur Alhamdulillah.

Our last breakfast masa di Kuwait. Ehh... ada kiribath. Macam mana pulak ada dish Sri Lanka ni? Sebenarnya kebetulan one of my friend's staff adalah orang Sri Lanka and he offered to make kiribath dengan sambalnya sekali untuk sarapan kami pagi tu. Rajin betul dia bangun pagi-pagi buat rice dish tu sebab kami mesti leave the residence for airport pukul 7:30 pagi. Syukur Alhamdulillah, tak sangka dapat makan kiribath ni yang kami pertama kali rasa masa bercuti di Sri Lanka, yang memang la kami suka sangat. 

Lepas sarapan kami sempat berfoto kenangan di laman residence yang kami stayed at for 4 nights 😊. 

Off to the Kuwait International Airport.

Goodbye green Kuwait City.   

Dan mesti la capture a couple of shots buat kenangan. Oh by the way, kawan saya dan abang dia bukan sekadar menghantar kami ke airport, kebetulan mereka juga nak pergi bercuti, ke Beirut, Lebanon.  


Tiba di airport.


Kuwait International Airport. Kami masuk dalam airport ikut pintu berlainan tapi will meet at the gate after check-in. 

Menuju ke Check-In Zone.


Ke Gate 5.  


Kami naik Emirates dan kawan saya dan abang dia naik Kuwait Airways. Gate perlepasan dekat-dekat je so sempat la chit chat lagi. Kami berterima kasih sangat-sangat pada my friend dan abang Riza for their kindness and generosity. May Allah bless them always. 

Flight kami, Emirates EK 856.

Emirates EK 856 Boeing 777-300ER ni berlepas ke Kuwait pada 9.50 pagi. So many empty seats.

Greening efforts.

Goodbye Kuwait. 


Flight adalah selama 1 jam 30 minit.

Macam saya share sebelum ni, makanan Emirates memang sedap 😊.



Hello Dubai 😃.

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Dubai International Airport pada pukul 12:40 tengahari. 

Kami memang la rajin ambik gambar airport... hehe. 


Oh ya nak cerita sikit, masa sampai di Dubai Aiport ni berhati-hati la jangan get 'hooked' by a few travels agents yang set up pop up kiosk di jalan nak ambik beg di bahagian arrival. Mereka look legit dan sangat bijak bercakap dan very persuasive. And the offers they make are very attractive. Tapi tentunya ada hook. So don't even think about approaching them. Just don't. Believe me.
***me deleting nasty memory*** 

Oh well, let's concentrate on the good stuff shall we.. hehe. 

Kami dijemput oleh Micheal, wakil travel agent. Dia ni dari India tapi dah kerja di Dubai ni lebih 7 tahun.

Micheal bawa kami terus ke hotel. Suasana traffic adalah ok though it was noon. 

Melalui Al Garhoud Bridge.

Dari Al Garhoud Bridge ni boleh nampak D1 Tower yang bermaksud 'Dubai Number 1'. Bangunan 80 tingkat in masih lagi dalam pembinaan. Di Dubai ni macam kita tahu ada banyak skyscrapers dan inilah bangunan tinggi yang pertama saya nampak di Dubai. 

Al Jadaf Metro Station, Metro Green line. Canggih rupanya. Futuristic!


Wafi Centre. Kompleks ini ada pusat membeli-belah, hotel, restoran, kediaman dan kelab malam. "Bandar" ini dibuat style Ancient Egypt. Sebab tu dari luar nampak macam piramid.

Grand Hyatt and Wafi Center.


Satu lagi stesyen Metro rapid transit Dubai. Ini ialah Trade Center Metro Station.

Satu lagi projek mega di Dubai yang dipanggil 'Dubai Frame' yang terletak di Zabeel Park untuk memberi pelawat pandangan yang terbaik bagi kedua-dua Dubai lama dan Dubai baru.

Macam-macam rupa bangunan mereka ni.

Ini Jumeirah Emirates Towers Hotel, sebuah Business Hotel bertaraf 5 bintang. Memang kalau di Dubai ni, dapat tengok banyak bangunan pencakar langit yang canggih-canggih belaka. Itulah salah satu attractions Dubai ni.

Ini Emirates Tower Station, Metro Red line.

Lagi projek mega 'Dubai Canal', yang sedang dalam pembinaan.  

Dubai Water Canal adalah merupakan sebuah terusan buatan. Ada pusat membeli-belah, 4 hotel, 450 restoran, perumahan mewah, laluan pejalan kaki dan laluan basikal.

Dah mula nampak dah barisan bangunan-bangunan hebat di Dubai ni. Bottom right tu adalah di Financial Center Metro Station di Sheikh Zayed Road. 
Kanan sekali ialah 21st Century Tower (55 tingkat). Sebelahnya ialah Oasis Tower (23 tingkat). Bangunan yang tengah tu ialah Rose Rayhaan Tower (72 tingkat). Sebelahnya ialah Ghaya Residence (34 tingkat). Dan yang paling kiri ialah Al Attar Tower (38 tingkat).

Bangunan tengah tu ialah Rolex Tower (59 tingkat). Dan yang kanan tu ialah Emirates Grand Hotel (47 tingkat). 

Bas sekolah di Dubai. 1 tingkat je.. hehe.

This is the Dusit Thani Hotel, sebuah lagi hotel 5 bintang, 40 tingkat. 

Itu lah Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia, 163 tingkat dengan ketinggian 829.8 meter.

Twin towers yang sedang dalam binaan ni ialah satu lagi projek mega oleh property developer, Emaar Properties di Downtown Dubai. Syarikat ni la yang bina Burj Khalifa.  

Bangunan kanan tu ialah Sofitel Hotel Dubai Downtown, 5 star, 31 tingkat. 

Bangunan tinggi belah kiri tu ialah Al Hikma Tower (64 tingkat). Yang belah kanan tu still under construction.

Business Bay Station, Metro Red line of Dubai Metro.

Bangunan kiri tu ialah Single Business Tower (46 tingkat). Bangunan kanan depan ialah Emirates Holidays Building. Menara kembar tu ialah Emirates Park Towers Hotel & Spa (70 tingkat). Dan yang tengah pipih tu ialah Iris Bay Tower (32 tingkat).

Emirates Park Towers Hotel & Spa. 

W Dubai Al Habtoor City Hotel, 5 star, 33 floors. 

Masa lalu kawasan ni Micheal shared ni area yang ada banyak jual kereta mewah. 

Ini Lamborghini Dubai.

This one is Bentley.

Dan tentulah ada kereta-kereta mewah ni jalanraya Dubai ni. We spotted a blue Lamborghini. Biru? Macam tak sesuai je...hehe. 

Dan ini adalah Musabah Bin Rashid Al Fattan Mosque. 

Teruja kami bila ternampak Burj Al Arab Hotel ni... hehe. Maklum la selama ni tengok gambarnya je 😊. 

Peta kedudukan Burj Al Arab, Atlantis The Palm, Palm Jumeirah, Burj Khalifa dan The World Islands (Juzur al-Ālam).

Hijau juga Dubai ni. At certain places la.

Selama di UAE ni kami menginap di Ibis Mall Of The Emirates. Kami kalau pergi bercuti selalunya minta nak duduk di hotel Ibis, kalau ada hotel tu di bandar yang kami lawatilah.   

First sebab hotel ni 2 bintang jadi affordable lah. Secondly, di Dubai ni, kami pilih hotel ni sebab ia dekat dengan Mall Of The Emirates (cuma 10 minit je jalan kaki), senang nak cari makan, dalam mall tu ada Dubai Ski (teringin nak tengok macam mana indoor ski slope tu..hehe) dan dalam mall tu ada stop for the hop-on hop-off bus.
Micheal uruskan check-in kami.

Selalunya hotel-hotel Ibis macam ni la interiornya. Style simple tapi moden.

Bilik pun selesa. Syukur Alhamdulillah.

View dari bilik kami. Sempat makan noodles lagi.. hehe. Bukan apa, sat lagi nak pergi Desert Safari so elok have something kot lapar pulak nanti.. hehe.

Waktu solat Dubai dan beza waktu dengan Malaysia.

Micheal dah belikan siap-siap untuk kami  tiket untuk City Sightseeing kami esok hari.

Bersambung...

For easy reference, saya senaraikan kesemua entries UAE saya di sini: 
1) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 01 - DEPARTING TO DUBAI
2) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 02 - DESERT SAFARI
3) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 01 - CITY SIGHTSEEING DUBAI BUS TOUR
4) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 02 - DUBAI GRAND MOSQUE AND DUBAI MUSEUM
5) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 01 - DEIRA SPICE SOUK - DUBAI ABRA CRUISE
6) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 02 - DUBAI MALL - BURJ KHALIFA - SKI DUBAI
7) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 01 - ON THE WAY TO ABU DHABI
8) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 02 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE, ABU DHABI
9) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 03 - ABU DHABI CITY TOUR
10) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 04 - FERRARI WORLD ABU DHABI
11) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 05 - PALM JUMEIRAH - ATLANTIS - BURJ AL ARAB - SKI DUBAI
12) KUWAIT & UAE: DAY 09 - GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. hehehehe!!
    bawak bekal meggi!!!!!

    sakit leher kan ?
    asyik nengok bangunan bangunan tinggi!!
    :)

    hehehe..
    delete je bad memory tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. tu dah mesti. Mana2 pegi bercuti mesti bawak..hehe.

      Hahaha... memang lenguh! Tapi dgn wide angle lens ni tak perlu dongak-dongak sangat :).

      Deleted!! :)

      Delete
  2. Assalammualaikum Tn Syed
    Hujung bulan Feb ini, saya 3 beranak nak ke Dubai dan Mesir (Cairo dan Alex serta Zagazic)
    Pergi secara sendiri2
    Mohon tuan kongsikan tour agent di Dubai dan Cairo jika ada
    T kasih

    drmat61@gmail.com
    0193374040

    by the way blog Tuan sangat membantu dan sangat informatif. T kasih dan Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cik Norhayati.
      Wah! How exciting! Have a joyful trip! Semoga selamat perjalanan pergi balik dan selama di sana, insyaAllah.

      Maaf Cik Norhayati. Saya tiada info travel agent tu sebab kami ambil pakej travel agent Msia utk ke Mesir dan utk ke Dubai pula semua diurus oleh travel agent di sini juga.

      Sama-sama. Saya mmg suka buat detail-detail.. hehe.
      Alhamdulillah.

      Delete