Thursday, February 4, 2016

KEMBARA EROPAH - DAY 08 - PART 01 - SWITZERLAND - MOUNT TITLIS

Di Switzerland. Lepas negara ni balik dah ke KL. Di Switzerland ni kami akan melawat Mount Titlis dan bandar Lucerne. Super excited lah :).


Apa-apa pun sarapan dulu. Siap pasang niat sampai je di KLIA nanti nak cari mee goreng! Hehehehe...

Suasana di hotel Ramada Zurich City. 

Di depan hotel Ramada Zurich City. Sejuk masa tu at 0°C. Kami diberitahu suhu di Mount Titlis will be around -9°C. Wooo... sejukkk.... so lepas sarapan kami naik balik ke bilik dan tambah selapis lagi pakaian. Udah le saya rupa beruang gemok [tapi comel sangat].. hehehe...  

Sepeket M&M berharga €3.50 = RM15.70. Twix €3.00 = RM13.46. Air mineral €4.50 = RM20.19. Juice €5.00 = RM22.44.
So kalau suka snacking coklat etc, bawa la dari Malaysia ya :).

Pagi di bandar Zurich. Pagi tu pagi Jumaat dan tak de traffic jam. Agaknya begini lah kebiasaan di bandar ni. Ke masih awal lagi. 

Di Zurich penduduknya tak ramai, cuma dalam 390,000 orang sahaja jika dibanding dengan bandar-bandar Eropah yang lain. 31% dari 390k tu, adalah orang Jerman dan Italy. 

A few street photography/people shots :).

Di Zurich ni salji tak turun lagi. Ada lagi pokok yang berdaun. 

Perjalanan kami melalui bandar Zurich pagi tu lancar tanpa sebarang traffic jam. Wonderfully calm je Zurich ni.  

Beautiful morning light. Di Zurich ni juga ramai penunggang basikal. Seperti di bandar-bandar lain Eropah, tram juga merupakan antara pengangkutan utama di Zurich. 


Seorang Yahudi Orthodox di kota Zurich.

Di Zurich ni, jalanraya ada laluan khas untuk pengguna basikal seperti foto bawah - penunggang basikal beratur di lampu trafik. 

Ok, masuk highway dah. 


Melalui terowong-terowong. 

Bas kami meluncur menuju ke bandar Engelberg yang terletak di kawasan pergunungan Alps. Dari situ kami akan naik kereta kabel naik ke puncak Gunung Titlis. 

Memang la views masa dalam perjalanan tu sangatlah cantik. Picturesque!

Dari highway dah mula nampak snow capped mountains! 

One view after another. Tak henti jari dok klik, klik dan klik! Syukur Alhamdulillah.



Dah tiba di Lembah Engelberg. 



Berangan sekejap tinggal di salah satu rumah-rumah ni untuk beberapa bulan. Tapi tahan sejuk ke nanti? Hehehe... Bukan apa kalau dapat duduk lama di situ maka dapatlah jalan-jalan ambik gambar sceneries dari satu musim ke satu musim. 

Ok, saya kongsikan di sini foto-foto pemandangan cantik di Switzerland. SubhanAllah.

















Haaa... banyak sungguh foto-foto yang ditempel di entry ni kan. And not even half way pun lagi.. hehehe. Bukan apa sayang le kalau just simpan je foto-foto ni dalam arkib komputer.

Kalau tadi perjalanan kami melalui dataran tanah rata, sekarang kami mula melalui kawasan pergunungan pulak. Jalan licin so Ulrich bawa bas pun pelan-pelan je. Bagus la, bukan saja atas sebab keselamatan obviously, but also bila bas slow senang la nak ambik gambar :).











Check balance memory card... hehehe... 









Kami diberitahu kolam ni adalah sumber air untuk kegunaan penduduk di situ. Juga penduduk yang di puncak gunung. Bagaimana caranya salur air ke atas sana? Caranya ialah dengan menggunakan helikopter yang digantung padanya satu penyedok besar [bucket] dan helikopter tu terbang dengan lajunya dan swoop down the penyedok ke permukaan kolam dan cedok air. 



Kami pun sampai ke kaki Gunung Titlis di Engelberg. 

Dah ada beberapa buah bas pelancung sampai sebelum kami tapi masih consider belum ramai kata tour guide sebab parking lot bas masih banyak kosong. Jadinya queue nak naik ke puncak nanti adalah dijangka pendek pada masa tu dan suasana tak sesak.  

Roy, our tour guide, juga memberitahu yang kami beruntung sebab semalamnya satu group dari Malaysia tak dapat naik ke puncak Gunung Titlis ni  ditutup sebab faktor cuaca. Masa kami sampai di kaki Gunung Titlis ni cuaca begitu baik sekali. Syukur Alhamdulillah.
Kereta kabel yang digunakan untuk naik turun ke puncak Gunung Titlis. 

Funicular juga digunakan untuk membawa pelancung ke puncak.

Sebelum naik kereta kabel, kami ambik dulu gambar sekeliling lembah Engelberg. 


Tersangat la cantiknya. Macam dalam fairy tales. Macam dalam filem yang tak guna CGI, the real scenery.  

I wonder berapa la harga properties di sini.  



Foto ni direct dari kamera tanpa sebarang editing. Memang biru macam tu! Like, seriously. SubhanAllah.  



Setakat ni adalah foto-foto pemandangan semasa perjalanan ke Engelberg, di lembah Engelberg dan di kaki gunung Titlis. Bagaimanakah agaknya pemandangan di puncak gunung Titlis ni?
  

Haaa.. inilah helikopter yang bawak bucket dan terbang rendah kepermukaan tasik untuk mencedok air dengan bucket tu. Punya la laju helikopter tu, nak dapat satu shot ni pun susah sungguh! Hehehehe... 

Tebal salji masa kami sampai tu. 

Roda snow removal tractor ni dibalut dengan rantai besi supaya ada cengkaman pada jalan jadi traktor tidak tergelonsor atau tergelincir. Tapi boleh digunakan cara ni selama sejam sahaja sebab rantai besi akan jadi panas bila bergeseran dengan permukaan tar jalan raya. Jika terus digunakan, rantai akan jadi sangat panas dan tayar traktor akan meletup! So kena tunggu sejuk dulu rantai tu baru boleh sambung semula kerja menyodok salji.

Ok jom kita naik ke puncak.  

Tapi sebelum tu jom baca serba sedikit maklumat menarik tentang gunung Titlis ni. 

Di puncak cuma ada satu musim sahaja, Winter! :)




65% dari Switzerland adalah terletak di dalam Banjaran Alps. Jadi bukan cuma ada puncak gunung Titlis saja yang boleh dilawat tapi juga ada beberapa puncak gunung lain. 

Macam-macam outdoor activities yang boleh dibuat samada musim panas atau musim sejuk di gunung ni. 


Roy pun membelikan tiket untuk kami naik kereta kabel. Nak ke puncak gunung Titlis ni kena naik 4 cable cars dengan hentian di 3 stesen iaitu stesen Gerschnialp, Trübsee dan Stand. Tiketnya satu je untuk 4 cable cars, 3 stesen, untuk trip naik dan turun. So jangan hilang tiket tu! :) 

Ok, mula-mula naik ke stesen Gerschnialp di ketinggian 1,262 meter dari aras laut dengan funicular ni. 

Kami memilih untuk duduk di belakang sekali iaitu di tempat duduk paling bawah dalam funicular ni sebab nak dapatkan pemandangan begini :).

Cantik sungguh, right! Masa ni walau pun jari rasa sejuk nak beku tapi tetap juga klik... hehehe... lepas tu masuk jari dalam mulut dan hembus kasi panas.. hehehe. Alhamdulillah masa di hotel tadi kami decided to add one more layer of clothing. 

Lalu juga satu terowong yang banyak ice stalactites. How awesome lah!

Masa dalam funicular ni kami ditegur oleh Swiss couple ni. Mereka adalah orang tempatan di situ that live only about 1 hour drive dari gunung Titlis ni. Lelaki Swiss ni bertanya kami dari mana, jalan-jalan ke negara-negara mana etc. 
Couple in juga bercerita baru je 2 minggu sebelumnya tak ada salji pun di gunung ni kecuali di puncak. Jadi mereka ke situ pada hari tu untuk snow walking. 

Ke Trübsee pula yang terletak 1,796 meter dari aras laut. Nak ke sana naik pula cable car jenis gondola yang dipanggil Angel-Eyes.
Engelberg bermaksud Mountain of Angels. Jadi gondola tu pula dipanggil Angel-Eyes.

Macam tak percaya bila dapat shot macam ni. Tak perlu pun sebarang editing! MasyaAllah, cantik sangat!

Gondola Angel-Eyes. 

Besar dan selesa gondola ni.  

Makin tinggi makin berkabus. Departing from one station going to the next.

Selamat tiba di Stesen Trübsee. Alhamdulillah.

Stesen seterusnya ialah Stesen Stand pula yang terletak 2,428 meter dari aras laut. Naik satu lagi gondola seperti Angel-Eyes.

Di ketinggian ini dalam keadaan cuaca yang baik, maka suasana menjadi biru. SubhanAllah. Cantik sungguh.   
Fenomena optik atmosfera.



Tiba di Stesen Stand.

Dari Stesen Stand kami ke Titlis pula, di mana puncak gunung Titlis berada. Yang bestnya kali ni kami naik kereta kabel berputar yang dipanggil Rotair. Jadi kami dapat lihat pandangan 360°. 

Perasaan yang saya rasa masa ni sama seperti yang menyelubungi saya semasa saya di gunung Bromo. SubhanAllah. Syukur kerana dapat sekali lagi saya menikmati dan mengagumi kehebatan dan keindahan ciptaan Ilahi yang sebegini gemilang.  

Putaran Rotair ni cukup perlahan tapi sempat kami menikmati pandangan 360° sebelum tiba di stesen Titlis. 


Tiba di Stesen Titlis kami terus dibawa ke Panorama Lounge di tingkat paling atas di Stesen Titlis ni. 



Di Panorama Lounge ni ada tempat-tempat duduk dengan pandangan panorama gunung-gunung sekitar gunung Titlis dengan pandangan dari puncak.  


Ok, jom kita keluar dari stesen dan jalan-jalan diluar. Huuuu.... sejukkkk... brrr...... 
Bila dah ada poster ni kat sini tentunya tempat ni dah dijadikan lokasi pengambaran filem, in this case filem Dilwale Dulhania Le Jayenge ni. Begitu hebatnya penangan Bollywood sampai Yash Chopra Tours telah diperkenalkan di Switzerland pada dekad yang lalu. Now pun ada Tasik Chopra di Alpenrausch dan Chopra train yang dikendalikan oleh Jungfrau Railways. Kedua-duanya dinamakan sempena nama pengarah filem itu iaitu Yash Chopra.

Pemandangan sekitar luar stesen. The blue is so amazing!
Mount Titlis terletak 3,020 meter dari aras laut.

Dari papan tanda di situ, peta pergunungan Switzerland.

Juga ada peta dengan nama-nama gunung yang boleh dilihat dari puncak gunung Titlis ni. 




Then ada pulak info ni. Di puncak gunung ni pun dia boleh nampak Buddha/batu berbentuk Buddha. 



Saya kongsi di sini wonderful views from Mount Titlis peak :).



Kuat angin kat puncak ni sampai ais beku pun horizontally :).

Boleh kalau nak jalan sampai ke hujung sana. 


Us :).




Terjumpa pulak seketul ais.. hehehe...

Ok, jom masuk. Udah sejuk bebenor! 
Ada photo studio kalau sapa-sapa nak bergambar dengan berpakaian tradisional orang Swiss.

Dah lunch time so kami pergi la cari restoran dan jumpa yang ada jual makanan halal. 

Lengkap dengan certificate Halal. 

Plan nak makan je kat restoran tu tapi sebab dah nak dekat masa nak turun dari gunung ni kami pun minta take away. Waitress yang peramah di restoran tu kata dia tak de bekas yang boleh digunakan untuk take away so dia tanya ok ke kalau letak order kami dalam kid box ni. Kami ok je.. hehehehe... 

Kami berkumpul semula dengan ahli rombongan lain di Panorama Lounge. Since some of them tak habis lagi ronda-ronda puncak gunung ni, while waiting for them kami pun makan le lunch kami.  

Then kami pun gerak turun balik ke kaki gunung. Naik semula Rotair. Rotating cable car ni baru je diperkenalkan pada November 2014.

Titlis Rotair: The world's first rotating cable car whisks you up in comfort from the intermediate station to the peak. And the brilliant thing is that during the five minutes trip, the gondola turns through a complete 360° rotation, which gives you amazing views of sheer cliffs faces, deep crevasses, and snow covered peaks.





Tukar cable car.



Naik funicular turun ke bawah. 

Alhamdulillah dah selamat turun dan menuju ke bas untuk perjalanan seterusnya.


Seterusnya kami ke Lucerne, sebuah bandar yang terletak di Central Switzerland. Perjalanan adalah sejauh 40 km.

Masa dalam bas masih lagi sempat took more shots :).















Paragliding? Like, for real? Wow!!









Bersambung...


Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:


16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.h

No comments:

Post a Comment