Monday, November 23, 2015

SRI LANKA - TUK TUK TOUR - SHAIK USMAN SHRINE AND MOSQUE - WOLVENDAAL CHURCH - DAY 04 - PART 02

Selepas di Independence Memorial Hall kami ke touring seterusnya.

Actually, originally our travel agent's itinerary for the day in Colombo was to go shopping where we'll be taken to a few shopping spots in Colombo. But we requested our travel agent to come up with something else for us as we do not want to spend our day in shopping malls/bazaars. Memang tak de intention pun nak beli belah. Other than the fact that we do not have the budget for that, our main intentions whenever we go for holiday was to visit places of intersts, not to go shopping. Cuma beli souvenirs and trinkets tu biasa la kan.

And our travel agent suggested tuk tuk ride! How awesome was that! Kami tak terfikir pun. In fact tak tau pun ada tuk tuk touring di Colombo ni.. hehehe.

Inilah syarikat tuk tuk yang menyediakan program tuk tuk touring tu, Subagaman. Check out their website!

Dan inilah driver tuk tuk kami, Shane. Mereka ni berbincang, Shane akan bawa kami touring lebih kurang 3 jam dan lepas tu hantar kami ke sebuah restoran where we will meet Terrence for lunch. Dan Terrence juga beritahu pada Shane yang kami berdua ni suka ambik gambar dan supaya beri kami ample time for shooting. Wah! Awesome lah! hehehe...

Saya recommend kalau nak naik tuk tuk gi touring di Colombo ni elok dengan Subagaman ni. 
- Tuk tuk mereka yang kami naik ni was in fine shape, bersih dan lengkap. Nampak baru actually.
- No issue of being overcharged as oppose to taking the normal tuk tuk.
- Of course safety juga was an important factor.
- Dan driver/tour guide Shane tu pun peramah dan knowledgable. And he speaks fluent English which was great cause we had a lot of questions...hehehe...
- Oh ya, by the way, the tuk tuk tour rate was RM120.00 per person for about 3 hours of touring which I think is quite reasonable.

Actually, kami rasa sungguh excited naik tuk tuk ni sebab it was our first tuk tuk ride, ever... hehehehe... Memang mudah nak tengok view dan ambik gambar kerana design tuk tuk yang 'terbuka' :).

Saya share sikit info tentang Shane our tuk tuk driver/tour guide. 
- Shane bawak tuk tuk ni hanya secara part time sahaja. Actually according to him bawak tuk tuk ni more of a favor for his niece who works at Subagaman di mana niece dia perlukan someone yang tahu tentang Colombo, tahu jalan2 ke places of interest dan fasih berbahasa Inggeris.
- Sebelah malam Shane bekerja di sebuah restoran.
- Dia seorang beragama Kristian.

Rakaman pendek video tuk tuk ride... hehehe..


Ok, ni first stop kami dibawa oleh Shane dalam tuk tuk tour ni. Ia adalah sebuah masjid yang di dalamnya ada sebuah shrine [makam] seorang wali Allah kata Shane. Makam ni tambah dia lagi dilawati oleh pelbagai penganut agama to pay respect to the shrine and pray to it. Ehh... pelik la. Jom kita tengok.

Nama masjid ni ialah Shaikh Usman Waliyullah Shrine and Masjid. Masjid ini juga dikenali sebagai Dewatagaha mosque. Sudah berusia 150 tahun [ada yang kata 200 tahun]. 

Nama penuh Shaikh Usman ialah Seyedina as-Sheikh Usman Siddique Ibn Ahdurrahman, yang dikatakan telah datang ke Ceylon dari Arafat, Arabia dan dia telah melawat Adam's Peak dan makam Dafter Jailani [Rock Cave Mosque - meditation centre of Islam's greatest saint Qutub Mohiyaddin Abdul Cader Jailani who mediated selama lebih 10 tahun] di Balangoda, and later resided in what was later known as Cinnamon Gardens.

Di perkarangan masjid yang banyak sungguh burung merpati.

Mengikut lagenda, dulu2 sekitar tahun 1800an ada seorang wanita Sinhalese yang sedang membawa sebelanga minyak telah tersadung akar pokok lalu belanganya jatuh dan pecah dan minyak tertumpah. Kerana kesedihan yang amat kerana punca rezeki telah hilang, wanita itu menangis sampai tertidur. Dia dikejutkan dengan satu suara menyuruhnya supaya jangan bersedih. Suara itu adalah dari seorang lelaki berjubah hijau yang dikatakan adalah Shaik Usman. Lelaki itu pun menyuruh wanita tadi untuk pergi dapatkan belanga baru. Lelaki itu kemudian menekan kakinya ke tanah dan minyak pun keluar dan belanga itu pun dipenuhi. Lelaki itu juga menyuruh wanita itu memberitahu kejadian itu pada semua pelanggan Islam dia. Later, makam untuk Shaik Usman dan masjid dibina. 



Di tepi pagar ada mangkuk ni yang berisi abu2 dari bakaran incense oleh penganut agama Buddha yang datang melawat makan Shaik Usman.
SubhanAllah. Kenapa dibiarkan kegiatan macam ni oleh pihak masjid?!!

Dan pada pagar metal ni ada beberapa simpulan kain yang telah ditulis di dalamnya permintaan dan hajat ditujukan kepada makam Shaik Usman. Ritual begini adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh penganut agama bukan Islam di Sri Lanka. Kami dah mula berasa tidak selesa dengan apa yang kami nampak tapi disebabkan curious kami teruskan juga 'menyiasat'.  

Dari apa yang saya baca, disebabkan penganut agama2 lain [Hindus, Buddhists and Christians] juga dibenarkan ke situ untuk berdoa dan meminta dari makam Shaik, jadi bila mereka dapat apa yang dihajat, ada antara mereka yang memberi sumbangan dalam bentuk wang kepada pihak masjid sebagai tanda berterima kasih.

Mengikut cerita, telah ada usaha untuk membesarkan masjid, pelan dibuat dan ramai yang menderma. Tapi projek ini telah dihentikan kerana the chief trustee telah bermimpi dia dilarang oleh Shaik Usman menyentuh wang yang telah diderma orang tu. Bila ditanya kenapa, the trustee kata, "Lihat apa akan terjadi bila diangkat bundle ni". Bila diangkat dengan tongkat dia, terkeluar blood and matter dari duit itu. "Duit ini adalah kotor dan didapati dengan cara haram. Jangan dibina masjid dengannya". Kejadian ini sebagai tanda mengatakan duit yang 'kotor' tidak boleh digunakan oleh pihak masjid dan tidak boleh digunakan sebagai cara untuk membersihkan diri si penderma dari dosa.

Wallahu a’lam...





Kami disuruh menyerahkan kasut2 kami kepada pak cik ni sebelum masuk ke dalam masjid. Saya agak heran kerana saya lihat ada banyak kasut2 lain di lantai. Tak pe lah. Kalau hilang kasut susah nanti.

Kami rasa wanita ini beragama Hindu. 

Inilah pak cik yang menyambut kami bila kami mula sampai tadi. Terus dia bercakap dalam bahasa melayu dengan kami. Terkejut juga kami walaupun dah tahu memang ada orang melayu di Sri Lanka. Tak sangka pulak akan jumpa sorang. Pak cik ni kata dia berketurunan Melayu Sri Lanka dan keluarga dia datang ke Sri Lanka pada masa zaman perang. Tapi agak susah nak faham melayu dia. 

Itu lah makan Shaik Usman. 

Kami kemudian dibawa oleh pak cik tadi ke bahagian dalam dan berjumpa dengan muazzin [foto kiri] masjid ni yang kemudiannya membawa kami berjumpa Iman masjid [foto kanan]. Kami berbual2 sikit dan kemudian dibawa ke makam Shaik Usman.

Inilah makan Shaik Usman yang telah dianggap keramat oleh penduduk tempatan dari pelbagai penganut agama di Sri Lanka. Saya pun menyedekahkan Al-Fatihah. Oh ya, wanita tidak dibenarkan masuk ke bahagian ini jadi isteri saya hanya di luar looking in through a glass window. 

Bersama saya masa tu ialah lelaki ni dan anak dia yang bukan sahaja berdoa tapi meletakkan pula kalungan bunga2 di atas makam dengan dibantu oleh staff masjid tu. 

Lepas tu kami masuk semula ke bahagian ini dan berdoa dengan doa dibacakan oleh muazzin tadi. Selesai berdoa, the Iman suggested that kami beri sedekah kepada muazzin. Hmm... kami agak terkejut dengan 'suggestion' Iman tu. 

Selesai berdoa, kami keluar dan ternampak satu lagi tempat incense dipacak.  

Ini adalah lelaki tadi bersama anak dan isteri sedang menolong anak mereka mencurah minyak kelapa pada lampu minyak hindu tu. Kenapa perlu curah2 minyak pada lampu tu? 

Oil lamp usually used by Hindu devotees during their prayers. In a mosque. Being poured coconut oil by a muslim family. Ensuring the flames continue. 
SubhanAllah.... kami jadi lebih tidak selesa melihat ini semua :(.   

Ada seorang wanita Islam bertudung labuh yang bantu keluarga ni dengan memberi penerangan apa yang patut dibuat dan bagaimana cara yang betul nak buat ritual ni. 
I was shocked and speechless!! 

Ehh.. then saya noticed di atas lampu minyak tu ada a crescent and star. Bukan ke itu simbol Islam? Dah digabung pulak dengan lampu minyak yang digunakan oleh penganut hindu during their prayers. 

Dah kosong botol tu saya pun pinjam kejap nak ambik gambar. It was pure white coconut oil.

Selepas mengambil kasut dan sebelum kami keluar dari masjid pak cik melayu tadi direct je mintak tips dari kami. Haih.. lagi... hmmm....  

Semasa kami melangkah keluar masjid yang pada awalnya tadi dengan perasaan curious, telah buat kami jadi hairan, terkejut dan sedih dengan apa yang kami nampak. Macam2 soalan dalam fikiran kami. 

Shane sudah menunggu kami di tepi jalan dengan tuk tuk Subagaman. 

Masa nak gerak tu kami didatangi pula oleh mak cik2 ni meminta sedekah. Kesian tengok mereka. 

While Shane drove the tuk tuk at a safe speed, other tuk tuk berdesap desup passing by us. 

Shane bercerita bukan di masjid tadi sahaja yang ada orang beragama lain ke rumah ibadat yang bukan agama mereka. Ada sebuah gereja yang juga sering dilawat terutama yang beragama hindu berdoa dan berhajat pada seorang Christian saint, di St.Anthony's shrine. 

Di Colombo ni ada banyak historic buildings dari penjajah2.

Ini pula ialah patung seorang colonial planter atas sebuah beca 2 roda berdekatan dengan Colombo Police Station Headquarters dan Colombo Fort. Ia adalah untuk memperingati pelawat2 dulu yang datang ke Grand Oriental Hotel yang baru tiba dengan bot2 penumpang. 

Inilah St.Anthony's Shrine yang diceritakan oleh Shane tadi.



Kalau tak silap itu adalah patung St.Anthony holding baby Jesus. 

Ini pula adalah kuil Ramlal Maharajah Dharma Chatram 1813. Dah lebih 200 tahun dah usia kuil ni. Foto kanan adalah pengasas kuil ini.

Yang ini pula ialah patung Swami Vivekananada yang terletak di sebelah Vivekananda Hall, Colombo. 
Swami Vivekananda was one of the great makers of modern India, a great teacher and spiritual leader who left a deep impact both within India and outside. He was one of India’s earliest cultural Ambassadors who was able to propagate Indian philosophy, thought and culture to the outside world.
Source: http://www.asiantribune.com/news/2013/01/13/150th-birth-anniversary-celebrations-swami-vivekananda-sri-lanka

Kemudian kami dibawa Shane ke Wolvendaal Church, sebuah gereja peninggalan Belanda di Colombo.

Ia sebuah gereja Kristian Protestant dibina di atas bukit yang tertinggi di Colombo. Masih digunakan till today.

Disiapkan pada 1757, gereja ini dah berusia 258 tahun. Ia dibina macam kubu dengan dinding setebal 5 kaki. 

The official name of this church is Dutch Reformed Church of Sri Lanka. Nama Wolvendaal bermaksud 'Den of Wolves' dalam bahasa Dutch. Shane cerita dulu kawasan ni adalah kawasan tanah paya dan ada banyak binatang buas termasuk ada banyak serigala, hence the name. Dari apa yang saya baca actually the Europeans masa tu tersilap, they mistook the packs of roaming jackals for wolves. Tapi sekarang dah urbanized dan banyak anjing2 jalanan je :). 

Info tentang gereja ini yang kami jumpa yang diletak untuk pelancong oleh Department of Archaeology, Ministry of National Heritage, Sri Lanka. 

Shane cerita gereja ni dibina di atas bukit tinggi mengadap pelabuhan Colombo supaya senang melihat kedatangan kapal2. Jadi mana2 pendatang pasti akan dapat melihat gereja ini dahulu dari jauh. Ini sangat tidak disenangi oleh penduduk2 tempatan yang majoritinya adalah beragama Buddha. Mereka argue ini seolah2 memberitahu pendatang2 yang Sri Lanka adalah negara beragama Kristian. To diffuse this resentment, pihak gereja telah membinakan sebuah stupa Buddha yang besar yang kedudukannya di tengah2 antara gereja Wolvendaal dan pelabuhan Colombo. Jadi pendatang2 akan nampak stupa tu la dulu.

Di luar gereja ni juga ada banyak kubur2 lama. 

Ok, jom masuk ke dalam gereja Wolvendaal ni. Ada Tourist - Pilgrim ni. 

Juga ada banyak gambar2 lama governor2 dan pegawai2 penjajah.

Foto2 pelajar Wolvendaal School sekitar tahun 1920an.

Kata Shane kebanyakkan perabot dalam gereja ini adalah the original furniture. Gabenor Dutch telah membuat bangku2 panjang gereja ini dari kayu hitam. Ada dua set bangku: dari zaman Dutch dan British.

Kata Shane pipe organ yang dah berusia lebih 250 tahun ini telah rosak dan tidak dapat diperbaiki kerana pihak gereja tidak menemui sesiapa pun yang mempunyai kemahiran untuk memperbaikinya sekarang.

Shane kata ini adalah tempat pembaptisan yang asal yang dibuat dari besi. Masih lagi digunakan hingga sekarang. 

Mimbar kayu ni juga kata Shane adalah yang original.

Kunci yang asal. Masih berfungsi kata Shane.

Lepas tu Shane beritahu kami something quite shocking. Waktu itu dia kata kami sedang berjalan atas tombstones. Haaa?! Shane kata jangan risau sebab tak jadi masalah. Semua di lantai tu adalah kubur Dutch governors and colonists. Ramai yang mati muda, died in their thirties kata Shane. Saya baca some of them masih ada lagi keturunan di Sri Lanka. Shane juga terangkan pada tombstones tu kalau ada gambar hourglass itu maksudnya orang tu mati muda. Kalau ada gambar tengkorak maknanya orang tu mati sebab sakit seperti diserang malaria. 

Banyak kubur2nya. Siap diletak bangku2 panjang atas kubur2 ni...

Bersambung dengan bahagian Day 04 - Part 03.... more tuk tuk touring....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. ai kenot brain!!!
    masjid .. tapi biar je orang agama lain buat gitu..

    gereja tu macam best
    macam nak pergi
    sebab tombstone tu
    yang kat lantai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly doc! Mmg kami terkejut sangat. Dan sedih. Kubur tu dah dianggap keramat dan boleh bantu dapatkan apa yang dihajat. Kalau yg islam fikir dan buat macam tu, tu dah kira syirik.

      Bagus idea tu. Elok doc masukkan satu lawatan ke gereja untuk mempelbagaikan itinerary, betul tak :).
      And tombstones tu ada banyak. Macam dah cover separuh lantai gereja.

      Delete