Monday, November 2, 2015

SRI LANKA - GUNATILAKE BATIKS AND TEA PLANTATIONS - DAY 02 - PART 03

Selepas di Rajanima Craft, kami ke Gunatilake Batiks pula, bersebelahan je kedua2nya. And yes, Sri Lanka pun ada batik juga. Ni first time saya tahu pun. And they call it 'batik' as well :).

Seperti di Rajanima Craft, bengkel Gunatilake Batiks ni juga terletak di bahagian bawah kompleks.

Saya terperasan pula batik peta Sri Lanka ni di pintu bengkel Gunatilake Batiks. Cantik!

Ni saya dah adjust dan edit supaya nampak lebih jelas. Such beautiful details. Love it :).

Suasana dalam bengkel Gunatilake Batiks.

Kami disambut oleh cik ni yang terus menerangkan cara2 membuat batik di Sri Lanka yang secara amnya sama sahaja dengan cara di Malaysia. 



Step by step lembaran kain batik untuk setiap peringkat. 



Beautiful, right?



Kata cik ni, kalau batik yang bersaiz kecil akan ambik masa seminggu nak disiapkan. Yang besar boleh makan masa 3 bulan. Ada juga saya tanya berapa harga batik paling mahal yang pernah di jual. Cik ni kata berharga 950 USD [RM4k]. Wah!









Cik ni kemudiannya menerangkan ada beberapa teknik2 melukis batik dan proses2 yang berlainan yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis lukisan batik. 

Batik yang ni mengambarkan perayaan Esala Perahara disiapkan dalam masa 3 bulan. Very intricate details!

Dan juga lukisan batik yang berdasarkan lukisan murals di Sigiriya.  

Dan of course kami dibawa ke section galeri jualan. I must say the batiks are quite exquisite dan lain dari Malaysia dari segi rekaan. Dan tentulah di Sri Lanka ni lukisan2 batiknya ada gambar2 manusia dan binatang juga. Harga juga mahal. 

Ada juga souvenirs. Yang ni pulau Sri Lanka.

Elephants :).

Lawatan kami di Rajanima Craft dan Gunatilake Batiks ni tidak lama. Both dalam kurang sejam dah selesai sebab kami tak pun beli apa2. Tapi pada kami lawatan2 ni cukup menarik walau pun it can be considered a bit too touristy.. hehehe... Truthfully it was quite nice and we really actually enjoyed it :). 

Lepas tu kami masuk kereta untuk meneruskan perjalanan ke Nuwara Eliya pula.

Dalam perjalanan sempat saya tangkap a few photos. Yang ni adalah Bogambara Prison. Penjara ni terletak di bandar Kandy di Central Province.  Ia dibina pada 1876 oleh British Ceylon Government. Hukuman mati ada dibuat di penjara ini. Ia ditutup pada 2014 dan diiktiraf sebagai salah satu bangunan bersejarah Sri Lanka.

Di mana2 ada je patung2 Buddha di tepi2 jalan. Ada yang kecil dan ada yang besar macam ni [top right photo]. Dalam foto bottom right tu adalah bangunan General Hospital [Teaching] Kandy. 

Keells Super tu adalah salah satu supermarket terbesar di Sri Lanka. Sudah beroperasi di Sri Lanka selama 20 tahun dengan 45 cawangan. 

Aaaa... I just really like this photo lah.. hehehe... 

Cuaca seperti hari sebelumnya, hujan sekejap2. Tapi kata Terrence masa nak ke Nuwara Eliya ni akan lebih kerap hujan disertai dengan angin dan kabus. Ooo.. sejuk... :).

Boleh tahan lebat jugak hujan masa tu. 

Bangunan dalam foto bottom right tu adalah General Hospital [Teaching] Peradeniya. 



Kami juga lalu kawasan kampus University Peradeniya. 



3 foto2 tu adalah sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan. Tertera di signboard tu "Masjid under construction. We highly value your donations". Seperti yang saya kongsi dalam entry sebelum ni, tidak ada sebarang bantuan diberi oleh kerajaan Sri Lanka untuk membina rumah2 ibadat. 
Nuwara Eliya, 52 km lagi.

Cantik saree mak cik ni. Matching dengan payung dia.. hehehe...

Di tepi2 jalan ada jualan buah2an dan juga ikan. 



Dan sudah semestinya saya macam biasa selit foto2 macam ni... hehehe.. 



Buah nangka yang besar! Di kawasan Nuwara Eliya Road, Atabage. 

Bila lalu di kawasan yang tak hujan dapatlah tengok sceneries gunung yang cantik2 macam ni :). SubhanAllah. 





Top left: Pekerja memungut sampah.
Top right: Suri rumah sedang meletak beg2 sampah untuk dipungut. 
Masa ni dah sampai ke Nuwarea Eliya Road, Paradeka.





Sebuah lagi amasjid yang kami nampak masa dalam perjalanan ke Nuwara Eliya.

Dan bila dah sampai ke area dekat2 Nuwara Eliya ni mula la nampak ladang2 teh yang besar luas di lereng2 gunung. Cantik sangat!

We drove through Nuwara Eliya Road, Pussellawa. 

Dan ternampak lagi satu lagi masjid, besar masjid ni, namanya Pusellawa Jumma Masjid. 

Masa lalu tea plantations selalu juga kami ternampak pemetik2 daun teh sedang bekerja. Jadi jangan la tidur pulak ya masa drive through ladang2 ni walaupun masa tu sangat best tidur dengan cuacanya yang sangat nyaman... hehehe.. 

Kalau tidur tak dapat la tengok dan tangkap gambar pemandangan macam ni :).

Terrence yang perasan kami tetiba sibuk sangat ambik2 gambar terus offer kalau kami nak berhenti tengok dan ambik gambar. Tentulah kami nak.. hehehe...

Antara views yang menarik, indah dan sejuk mata memandang. 

Ehh... tiba2 datang pulak budak2 ni. Kesian... mereka minta sedekah rupanya.

Pasang zoom lens terus shoot akak ni.. hehehe... 




Dia perasan saya ambik gambar dia, terus dia melemparkan senyuman manis.. hehehe... of course la saya senyum balik... siap lambai lah... :).

Bersambung dengan bahagian Day 02 - Part 04.... kilang teh.... 

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. wah sporting akak tudung kepala kuning
    senyum kena amik gambar

    eh
    ada batik ye?
    tapi motif dia lain sket kan
    tetap cantik!

    buah nenas tu nampak menggiurkan la

    general hospital tu
    pic yang belah kiri tu
    pintu gate belom bukak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'aa... very sporting. Agaknya dah biasa kena tangkap gambar kot. Saya happy sungguh dapat shot tu sebenarnya.. hehehe..
      Yes, motifnya lain. Banyak gambar2 orang, patung2, haiwan disamping bunga2 dan tumbuh2an. Dan ada yang ada glitters... :).
      Kami tak de kesempatan nak makan buah nenas tapi minum juice nenas ada la :).
      Saya rasa pun gitu jugak, belum bukak kot...

      Delete
  2. sama proses mencanting untuk batik tu dengan di malaysia

    sporting aa kakak selubung kuning tu!!

    banyak street photos!!
    suka!!

    en syed mesti macam dah gb tu bila travel
    sibukkk mengetip gambar
    tak ngantuk-ngantuk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes doc, sama. Saya baca batik dibawa ke Sri Lanka oleh orang2 melayu semasa dibawa British ke sana.

      Hehehe.. memang sporting sangat kakak tu! I think she found it all quite amusing.. hehehe...

      Glad you like it doc, cause I have a lot of street photos. Dalam bandar, dalam pekan kecik, di luar bandar, kampung, ladang etc :).

      Macam mana nak ngatuk doc bila dah ada banyak subjek2 menarik depan mata.. hehehehe....
      Ha'aa la.. saya suspect saya dan Cik GB satu perangai when it comes to taking photos.. hehehe...

      Delete