Monday, November 16, 2015

SRI LANKA - TEA PLANTATION AND ADAM'S PEAK - DAY 03 - PART 03

Betul la cuti2 kami di Sri Lanka jadi menarik kerana bertembung pelbagai scenario semasa dalam perjalanan. Tempat2 lawatan yang khas seperti yang ada dalam itinerary memang menarik, tapi the overall experience jadi lebih menarik dengan 'terserempaknya' suasana yang tidak dijangka. Syukur Alhamdulillah. 

Dan ini satu lagi contoh situasi yang saya maksudkan di atas. Sedang kami lalu di kawasan ladang teh ni, at that very moment, tengah ada beberapa pekerja ladang teh sedang memetik teh. I mean, they could have been anywhere di ladang teh yang sangat luas tu tapi mereka ada betul2 di area tepi jalan masa kami lalu di situ memberikan kami peluang melihat mereka melakukan kerja dengan lebih dekat. 

Terrence siap tanya kalau kami nak dia berhentikan kereta to allow us to get out of the car and take photos. Tentulah kami nak..hehehe... 
Haaa... tu dia.. ramai pekerja2 sedang memetik teh sampai sayup2 di hujung ladang dari tempat kami berdiri di tepi ladang tu.

Sangat pantas ladies ni petik dan baling daun2 teh ke karung di belakang mereka. 

Kami noticed tak ada pekerja lelaki. Kata Terrence men do not have the patience to do this work.. hehehe.. 

Ladang luas mana pun semua kerja petik daun2 teh dilakukan dengan tangan, secara manual, tidak menggunakan mesin. 

Okeh, saya muatkan beberapa foto2 pekerja2 ni. 

Inilah salah satu yang memang saya target nak dapatkan masa sebelum ke Sri Lanka lagi, iaitu foto2 pekerja ladang teh memetik daun2 teh. Syukur Alhamdulillah. 

Kotagala, elevation 1342 m above MSL. 









Alhamdulillah, puas saya ambik gambar mereka. Tak sangka dapat ambik macam ni sebab ingat cuma akan dapat shoot masa dalam moving car je. 

Apa2 pun kami tidak terlalu lama di situ considering perjalanan kami yang masih jauh lagi.  

So kami pun sambung semula perjalanan. Dan masa ni Terrence asked us to look out the window to the right. Pokok berdaun merah tu kata Terrence ialah pokok ironwood which is Sri Lanka's national tree. 

Ok ni sedikit info yang saya jumpa tentang pokok kebangsaan Sri Lanka ni. 
"... attain enlightment under this tree..." Wah!! 
Note:
Wikipedia: According to Buddhist tradition, Maitreya [Maithriya] is a bodhisattva who will appear on Earth in the future, achieve complete enlightenment, and teach the pure dharma. According to scriptures, Maitreya will be a successor to the present Buddha, Gautama Buddha (also known as Śākyamuni Buddha). The prophecy of the arrival of Maitreya refers to a time in the future when the dharma will have been forgotten by most on the terrestrial world. This prophecy is found in the canonical literature of all major schools of Buddhism.

We encountered quite a few roadworks in progress. 

Terjumpa satu lagi masjid, Masjid Wamaqbarathur Rahma Kudaoya-Hatton. 

Seterusnya Terrrence menunjukkan pada kami Adam's Peak. Adam's Peak terletak di tengah pulau Sri Lanka dengan ketinggian 2,243 m. Nak naik kena panjat sejauh 7 km dengan lebih kurang 5,500 anak tangga dalam masa 5 jam. Pengsan!
Apa yang menarik tentang Adam's Peak ini ialah:
- Dikatakan adanya bekas tapak kaki Nabi Adam semasa Nabi Adam mula2 menjejak ke bumi.
- Dikatakan juga ianya tapak kaki Buddha sebelum naik ke syurga. 
- Juga dikenali sebagai Samanalakande atau Butterfly Mountain - where butterflies go to die. 
- Ada juga yang percaya ianya tapak kaki St. Thomas [the early apostle of India].
- Ada juga percaya itu tapak kaki Lord Shiva.

Penganut Buddha akan berpilgrimage naik gunung ni bermula pada Poya Day dalam bulan December hinggalah ke Vesak Festival dalam bulan May. Paling sibuk bulan Januari dan Februari. Pada masa itu di malam hari di jalan/lorong naik ke puncak dari jauh akan kelihatan kerlipan deretan cahaya penganut2 memanjat naik ke gunung tu.

Stunning view!

Kami juga ternampak pekerja2 pemetik daun2 teh sedang berkumpul dan memunggah hasil petikan mereka di tepi jalan. 



More roadworks. Tapi tak la caused traffic jam.

Beautiful landscapes.

Rumah2 kediaman di lereng ladang teh. 

Masa ni tengah jam sikit. Kebetulan kereta henti betul2 tepi ladang teh. Then tersedar saya tak de foto2 pokok2 teh secara dekat. So shoot la a few.. hehehe.. 

Haa... inilah sebab traffic jam tu. Syukur tak lama menunggu giliran untuk jalan. 

More breathtaking views!

Lalu satu lagi estate besar. Dan simpang nak ke Adam's Peak. 

Dekat tengahari kami pun tiba pekan Kitulgala, sebuah pekan yang terkenal dengan aktiviti White Water Rafting. Macam ada kempen pilihanraya pulak. Rupanya pilihanraya Pesiden Sri Lanka baru saja berakhir. Kertas-kertas hijau yang digantung merentang jalan itu mewakili sebuah parti politik yang bertanding.

People shots.

Sangat respect pada cyclists ni semua sebab berstamina kuat kayuh basikal turun naik jalan2 curam berbukit2.  

Polis memang sentiasa je ada. 

Then kami tersekat sekejap di satu selekoh yang agak tajam sebab lori simen and lori balak ni tengah nak lalu.

Kemudian kami lalu di satu kawasan banjaran. Terrence pun bercerita yang banjaran gunung ini namanya Seven Virgins Range. Ada satu peristiwa sedih berlaku di sini dimana pada tahun 1974 sebuah kapalterbang yang membawa Jemaah Haji dari Indonesia telah terhempas di sini sewaktu dalam perjalanan ke Tanah Suci mengorbankan semua 182 penumpang dan 9 anak kapal. Terdiam kami mengenangkan nasib mereka yang terkorban yang sedang dalam perjalanan menunaikan haji... 
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Air terjun mini lagi :).

Kalau minat atau nak try white water rafting boleh ke sini. Poster/iklan macam ni ada banyak di sepanjang jalan masa tu.

Kami berhenti di Plantation hotel untuk makan tengahari. Hotel ni letaknya di tepi sungai Kelani yang merupakan sungai kedua terpanjang di Sri Lanka. 

Park kereta dan masuk ke lobi hotel.

Simple je lobinya tapi kemas. Terrence tunjuk pada kami lukisan di bumbung hotel ni. Katanya itu adalah dari penggambaran filem 'Bridge On The River Kwai' telah dibuat di sini dulu.

Sejuk dan nyaman suasana hotel ni.

Ada pulak traktor ni dipamerkan. Porsche ada buat tractor ker? Saya google, laaa.. ada rupanya.. hehehe...

Then as we were walking to the restaurant, kami dengar ada kemeriahan di dewan ni. Ehhh.. ada wedding la. Excited kami..hehehe... sebab memang teringin nak tengok majlis kahwin orang Sri Lanka. Agaknya nampak kami begitu excited, Terrence tanya if we want to go in. Ehh.. mesti la nak. Saya juga tanya boleh ke ambik gambar, dia kata boleh. Uwah.. bagus ni! 

Tapi macam tak ramai orang je. Ooo.. rupanya bride and groom tengah sesi photography dan acara2 adat telah pun selesai dan hadirin sedang menjamu selera di ruang restoran di luar dewan. Eh, ok lah kalau tengah shooting. Boleh tumpang sekaki.. hehehe... 

Ini adalah Kandyan style wedding. Majlis ini dipanggil Poruwa Ceremony. 

Dan lepas Terrence tanyakan, kami pun dapat ambik gambar pengantin. Excited giler.. hehehe... Siap ucap tahniah pada bride and groom tu :). 
Pengantin perempuan memakai pakaian tradisi pengantin wanita Kandy yang dipanggil Osariya (sari). Osariya selalunya berwarna krim atau emas yang sarat dengan sulaman benang emas dan silver juga mutiara, batu permata dan sequins. Nak pakai baju tu pun mestilah pada waktu2 yang bertuah sahaja dan dipakaikan oleh ibu pengantin perempuan atau saudara mara yang dianggap bertuah orangnya. Di kepala pula dipakaikan Nalalpata yang dibuat dari emas dan batu2 permata. Juga mesti dipakai di waktu2 bertuah sahaja. Dan diletakkan hiasan berbentuk matahari dan bulan di belah kanan dan kiri kepala. Di leher pula sarat dipakaikan rantai2 yang jumlahnya mesti nombor ganjil contohnya 7 rantai.

Pengantin lelaki pula pakai pakaian tradisi Kandy yang dipanggil Nilame Aduma or Udarata Mul Anduma. Jaket baldu yang ada 4 bahagian berlainan ini, dipakai dengan pisau, cincin, rantai dan headgear berbucu empat.

Ok, one more shots dekat sikit. Handsome dan cantik lawa :).

Yang foto kanan tu ialah Magul Poruva. Hanya pakar sahaja yang boleh buat Magul Poruva ni. Ia diletakkan di tempat yang cukup khas dan mengadap arah yang ditetapkan oleh astrologer. Atas bentangan kain putih diletak beras, silver an copper coins. 4 pasu tanah liat diletak di sudut2 sebagai tanda kemakmuran. Also got oil lamp dan buah pinang. Panjang ceremony tu so kalau nak tau google je Magul Poruva or Poruwa :).

Yang ni pulak kalau tak silap saya ialah adik kepada pengantin lelaki. Suka la tengok pakaian tradisional mereka ni! :).

Kemudian kami ke tepi restoran yang kedudukan di tepi sungai Kelani. Cantik betul suasananya. 

Di sungai ada banyak juga rafts. Orang putih dan arabs. 

Sekejap2 hujan turun tapi tak lebat. Lagi nyaman. 

Since masa tu masih awal lagi Terrence kata  restoran kata buffet tak siap lagi so Terrence ajak kami ke Automobile Museum dulu. Ehhh... ada muzium kat sini? Wah! :)

Inilah owner muzium ni, orang kaya Sri Lanka, dah meninggal, so kereta2 ni adalah milik balu beliau. 

Ok lah, jom tengok kereta2 mewah ni :).





Lelaki ni adalah penjaga muzium ni. Dah puluhan tahun kerja sebagai penjaga kereta2 mewah ni. And he proudly told us that all these cars are in good condition, not just for show but can actually be driven on the road. Pakar mekanik ni! These are really old as proven by their plate numbers. 



Ok, lunch buffet dah siap. Makan dulu.. :).

Sedappp... :). Alhamdulillah.

Hmmm... jus oren lagi mahal dari lime juice..... 

Sambil makan tengok mereka ni. Ramai yang ber white water rafting.... 

Bersambung ke bahagian Day 03 - Part 04.... Hotel Pegasus Reef ...

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

9 comments:

  1. wahhhh...heading baru....i likeee....
    kaya giler orang kaya sri lanka tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ff :). Saje nak kasi nampak 'fresh and bright' sikit :)
      Ooo... memang kaya sungguh!

      Delete
  2. as salam,
    menarik sangat. mesti sejuk kan di kawasan ladang teh tu. dan bertuahnya dapat ambil gambar pengantin lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hani
      Memang kawasan tu cantik, tiada pencemaran, bersih dan nyaman. Tambah sejuk bila hujan dan berangin :).
      Hehe... jumpa pengantin tu kira macam bonus! Tak sangka dan kebetulan. Dan dapat pulak ambik gambar mereka :).

      Delete
  3. nama kemain omputehs kan kat sri lanka ni..
    very the British dan the Irish!!
    negara commonwealth eh sri lanka ni.. [ err.. saya malas gugel.. tenet slow .. alasan... ]
    heheheeee

    sungguh sacred place kan Adam's Peak tu
    hampir semua agama ada claim ada kepentingan di situ
    ada patient saya panjat sampai atas..
    sejuk
    tinggi
    ramai..
    sampai atas.. tak dapat nengok pun tapak kaki tu
    locked

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'aa.. mmg British/Irish/Scottish sgt. Saya diberitahu Prince Charles pun own a tea plantation there tapi tak tau le betul ke tidak.
      Yep, a commenwealth country.

      Laaa... kesiannya. Dah la tinggi nak naik tu! Actually dari apa yang saya diberitahu dan baca, tak de apa sangat 'bekas tapak kaki' tu. Just a slab of stone je rupanya.

      Delete
  4. kalau di bukak pun tempat tapak kaki tu.. kalau nak masuk kena bukak toip, tudung, dan segala bagai..
    takkanlah nak bukak lak kann?
    [ macamlah nak panjat !! hahhahaaaaaa]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. betul tu. Tak kan la nak buka tudung. Unless pakai rambut palsu.. hehehee...
      Hishhh.. mmg saya tak akan larat nak naik eventhough ada platforms to stop, catch breath and berehat.

      Delete