Monday, July 27, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MENUJU KE KOTA BHARU DAN PASAR SITI KHADIJAH

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 04 - Part 02 - Menuju ke Kota Bharu dan Pasar Siti Khadijah.

Selepas spent pagi hari ke 4 di Pasar Besar Kedai Payang, kami terus gerak ke Kota Bharu. 





Jom baca Jawi :).



Saya wonder apa ada di Terengganu International Endurance Park tu... 



Ok, try yang ni pulak... hehehe...



Adakah anda lancar atau merangkak nak baca jawi? Hehehe... saya merangkak... kena eja satu satu.. :)



Sempat juga saya ambik gambar sawah padi ni :).




Masjid yang cantik designnya ni ialah Masjid Hadhari Jerteh atau juga dikenali sebagai Masjid Bandar Jerteh. Ia adalah salah satu daripada tiga buah masjid contoh di negeri Terengganu. Masjid ini dilengkapi dengan kemudahan Makmal Komputer, Gerai Makan dan juga Kemudahan Wi-Fi secara percuma. Ia bina pada tahun 2005 dengan menggantikan masjid yang lama untuk menampung bilangan jemaah yang semakin ramai. 



Saya tak tahu apa sup darat dan yala tu... 



Ini adalah Masjid Kg. Lak Lok. 



Maksudnya: Dan kurniaan Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar. 

Terima kasih Terengganu.
Syukur Alhamdulillah.


Dan kami tiba ke Pasir Puteh. 



Iklan-iklan di sepanjang perjalanan :).



Saya kena google image nak tau rupa denderam.. hehehee..




Ini adalah Wakaf Tuan Farrer. 

Wakaf Tuan Farrer ini telah dibina antara tahun 1915 -1930 oleh Ketua Jajahan yang berbangsa Inggeris iaitu Tuan Farrer. Wakaf ini diabadikan sebagai warisan sejarah dan dijadikan jalan pekeliling antara Jalan Nara, Jalan Pondok, Jalan Kg.Kelubi dan Jalan Sek. Ren. Keb. (C) Kai Chih. Wakaf ini menjadi mercu tanda Bandar Pasir Puteh pada masa pentadbiran Tuan Farrer  sehingga kini.


Tuan Farrer adalah seorang Ketua Jajahan Pasir Puteh sekitar tahun 1909. Beliau merupakan D.O (Ketua Jajahan) Inggeris yang ke-3 menjadi pentadbir Jajahan Pasir Puteh.

Beliau telah mengilhamkan supaya mendirikan sebuah wakaf rehat menunggu bas sementara ‘Rest Pavillion' di persimpangan jalan utama dari Pusat Bandar Pasir Puteh ke Kota Bharu dan ke Machang. Tujuan wakaf ini dibina adalah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan perkhidmatan awam seperti bas dan kereta sewa ataupun beca.


Pada Bulan Julai 2007, Wakaf Tuan Farrer ini telah roboh akibat dari kemalangan jalan raya, di mana sebuah kenderaan telah merempuh dan meranapkan struktur wakaf ini sama sekali. Dengan keprihatinan pihak MDPP dan bebrapa agensi kerajaan yang lain, satu kata sepakat dicapai untuk membina dan memberi nafas baru kepada wakaf yang mempunyai nilai sejarah ini. Pada tahun 2010, wakaf baru sebagaimana struktur asal telah dibina dengan berdasarkan rupa dan rekabentuk yang asal. Bezanya ialah wakaf dahulu adalah daripada kayu tetapi wakaf baru ini dibina secara kekal. Walaubagaimanapun, beberapa struktur asal seperti kayu alang dan kasa jantan masih menggunakan bahan asal. Dengan naik taraf atau nafas baru yang diberikan kepada wakaf Tuan Farrer ini, diharap ianya akan dapat menjadi suatu daya tarikan dari segi pelancongan dan warisan kepada masyarakat tempatan dan luar negara.

Sumber: http://www.mdpputeh.gov.my/wakaf-tuan-farrer1


Melalui Bukit Abal.




Sambil dalam kereta menuju ke Kota Bharu sempat saya ambik shots beberapa sceneries di sepanjang perjalanan. 






Signboards mesti ada tulisan jawi. 



Syariat dipatuhi... SubhanaAllah. 



Yang rumi dan yang jawi :).



Seperti yang kita semua maklum, gambar wanita di billboards mestilah memakai tudung :). 



Kanun Jenayah Syariah II diperkenan Tuanku. Junjung Kasih Tuanku!!!



Surah Ibrahim Ayat 40. 



Dan kami pun selamat tiba di bandar Kota Bharu. Alhamdulillah. 



Di Kota Bharu kami menginap di hotel baget, Hotel Politan, Kota Bharu. Sedikit maklumat tentang Hotel Politan. 



Rate semalam sangat berpatutan. Kami ambik Superior room. Ada free wi-fi. Dan lokasi pun awesome. Just walking distance ke tempat-tempat menarik yang memang saya dah plan nak lawat. Kalau boleh jalan je maka dapatlah save perbelanjaan :).


Bahagian luar dan lobby Hotel Politan. 



Bilik ada semua basic facilities. Dan yang paling penting bagi saya ialah ruang nak solat pun luas! 



Dan ini pemandangan luar tingkap bilik hotel kami. 



Ok, sebelum saya teruskan dengan aktiviti pertama kami di Kota Bharu, ni saya reveal the correct answers to the earlier road signs in Jawi. Ada betul? :)





Masa tu dah time lunch so kami jalan cari restoran dan jumpa satu yang ada nasi campur. Dan nilah sajian makan tengahari kami :). Ikan patin tempoyak tu memang saya bagi enthusiastic thumbs up! 



Dah kenyang kami pun menuju ke Pasar Siti Khadijah. Dekat je dari Hotel Politan, cuma dalam lebih kurang 10 minit jalan kaki. Bangunan merah tu ialah Stesen Bas Kota Bharu. 




Sambil jalan tu saya rakam sikit suasana bandar Kota Bharu. Agak lengang je tengahari tu. 



Ini adalah Masjid Al-Baroah di sebelah Pasar Besar Siti Khadijah. 



Terserampak pulak dengan abang ni yang menjual pelbagai jenis satay dan other snacks yang dipanggang. 



Macam biasa saya minta izin dulu untuk ambik gambar :). 



Pasar Siti Khadijah. A wonderful summary! 



Ok, jom masuk ke dalam pasar ni. 



Melalui pintu yang kami masuk adalah bahagian jualan barangan runcit. 



Terus saya ke bahagian tengah pasar ni sebab nak tengok sangat dinding warna warni ni... hehehe. Banyak kali dah saya tengok foto-foto bahagian ni di internet, so excited akhirnya dapat ke sini :).



Memang ok ambik gambar di sini. Agaknya peniaga-peniaga di sini dah biasa dengan kehadiran photographers kot.. hehe. 




Cik ni jual keropok lekor. Baunyaaaaa! Sedap sungguh! Semua dalam bungkusan tu fresh keropok lekor. Saya sentuh dan masih panas! Cik tu senyum je tengok saya excited.. hahaha... 





Mak cik ni pula ada jual pelbagai jenis bunga-bungan dalam dulang. Sangatlah harum baunya. Untuk apa ya kalau orang beli bunga-bunga ni? 



Yang saya kenal bunga jasmine tu. Yang lain saya tak kenal... hehehe. 



Lepas tu saya ke bahagian pasar basah. Seperti di Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu juga suasananya. 




Kalau dengan peniaga wanita saya tak sembang sangat, cuma saya bagi salam dan minta izin ambik gambar. Saya segan sikit.. hehehe. Seperti orang Terengganu, di Kelantan juga sangat peramah orangnya :). Bukanlah saya agak mereka otherwise, cuma dari pengalaman saya, kalau saya minta izin ambik gambar, on a few occasions saya dapat reaksi yang kurang sikit. Di sini, ok je :).





Saya then ke tingkat 1 pulak, nak tengok apa barangan jualan di situ. 



Barangan kering/runcit. 



Bila mak cik yang jual serunding ni request saya taste, tentulah saya agree.. hehe. 



Of course lah sedapppp!



Dari tingkat 1 saya dapat view ni :).





Dan tentunya sambung zoom lens pada kamera :).





Dan ke bahagian pakaian pula di tingkat 2. 



Kepada yang suka batik, memang akan spoilt for choice!



View dari tingkat 2. 



Zoom-zoom lagi.. hehehe... 



Beberapa shots kedai jual batik. 



Dah puas pusing, kami turun ke bahagian buah-buahan pula. Took a few shots. 



Masa keluar dari pasar tu, saya nampak pulak abang ni. Ehh.. murtabak. Memang la tak susah nak cari makan di area ni :). And took a couple of shots of course.. hehe... 



Walaupun dah mula rasa letih sebab baru sampai Kota Bharu after a couple of hours drive, just had lunch dan jalan-jalan dalam Pasar Siti Khadijah yang besar tu, kami teruskan jugak berjalan kaki ke tempat-tempat menarik yang seterusnya :).


Bersambung......


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:




No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. wahhhh... best nyeee.., ni yg macam nak ikot je En Syed berjalan jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. thanks CPL. Jom kita gi ramai2.
      Next saya plan nak ke utara pulak la tapi tak tahu bila lagi :).

      Delete
  2. anak Johor mesti kena pandai baca jawi!
    tapi bila International Endurance dieja dalam jawa.. merangkak sambil meniarap saya membacanya!! kahkahkahhhhhhhh...
    tempat training kuda for endyrance race tu rasanya .. ada keluar sekali tu kat majalah 3..
    sim ya mim pa nga kaf tu saya tercengang jugak .. kaf ?! rupa-rupanya ' ke ' hahahhaaaaaaaa!!

    saya dah search
    wakat tu..
    kot kot ada gambar lama ..lama as in masa zaman tu.. tak jumpa pulak..

    tuak kelapa muda sedap!! esp bila sejuk..
    pernah rasa tak en syed?

    politan .. as in kosmopolitan? metropolitan? heheheee

    jap
    control C dulu
    untuk keselamatan
    karang sambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la anak Johor. Saya anak Klang, susah sungguh nak baca Jawi! Hehehehe...
      Hahaha... kan. Actually, bila saya ternampak ejaan Jawi untuk 'International Endurance' tu la yg buat saya terfikir nak buat quiz ni.. hehehe.
      Tapi saya pelik kenapa eja Jawi untuk 'Endurance' macam tu especially bahagian '...rance'.... hmmm...
      A'aa.. hehehe.... 'kaf' tu untuk 'ke'... :).

      Tu la, me too.. cannot find. Masa tulis entry ni on wakaf tu I thought it would be nice kalau saya letak my photo next to an old photo of the wakaf for comparison. But cannot find pulak.

      Haa.. tak pulak doc. Sedap ek? Sebenarnya banyak makanan dan minuman yang tak sempat saya nak try masa di sana. Lagi la pulak dah ada macam-macam masalah kesihatan sekarang ni.. hehehe...

      Hehehe... yes, Control C :).

      Delete
  3. apa dalam botol-botol warna-warni tu?
    jeruk?

    bunga kuning dan hijau tu kenanga
    putih tu .. ada bunga melur... yang kelopak panjang-panjang tu cempaka susu
    mak saya suka tanam bunga.. saya belajar daripada dia.. :)

    berbau tak pasar tu?
    bau pasar basah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada segala macam jeruk kat situ doc. Saya rasa apa je yang boleh jeruk, ada la kat situ.. hehe.

      Waa... thanks. Semuanya wangi-wangi ya doc? Masa saya kat situ, memang la harum semerbak!
      Cempaka susu? Ni first time saya tahu pasal bunga tu.
      Doc ada tanam pokok2 bunga kat rumah like your mom ke?

      Ada doc tapi tak la bau hanyir teruk. In fact, makin lama saya jalan-jalan situ langsung tak notice pun bau tu..hehehe..

      Delete