Monday, July 7, 2014

BALI 2014 - DAY 02 - PART 05 - TIRTA EMPUL

Acara seterusnya pada hari ke 2 kami di Bali ialah ke Tampaksiring melawat Pura Tirta Empul, satu lagi pura yg kami tidak lawat semasa percutian kami ke Bali pada 2008. Saya excited nak ke sini kerana teringin nak ambik gambar suasana di salah satu kolam di situ.

Tampaksiring adalah dari 2 perkataan; tampak dan siring yang bermaksud telapak dan miring. Menurut mitologinya, nama itu berasal dari bekas tapak seorang raja bernama Mayadenawa Raja Batu Anyar. Mayadenawa yang punya kuasa sakti bersikap sombong dan berlaku sewenang-wenangnya. Dia melarang rakyat melaksanakan upacara keagamaan untuk memohon keselamatan dari para dewa. Malah memerintah rakyat menyembah dirinya kerana menganggap dirinya adalah dewa. 

Oleh itu seorang pendita bernama Sang Kulputih pun merayu kepada para dewa dan para dewa pun menghantar Dewa Bhatara Indra untuk menyerang dan memusnahkan Mayadenawa. Mayadenawa telah dapat dikalahkan dan melarikan diri sampailah di utara Desa Tampaksiring.  

Mayadenawa lari masuk hutan dan untuk elak dari dijejaki oleh pengejar2, Mayadenawa berjalan dengan memiringkan telapak kakinya. Tapi tetap dia berjaya dijejak dan ditangkap. Jadi kawasan hutan yang dilalui oleh Mayadenawa secara memiring telapak kaki dia itulah yang dikenali sebagai Tampaksiring. 

Ketika malam sedang semua tentera Dewa Bhatara Indra tidur, Mayadenawa dengan sisa kesaktian yang dia ada mencipta mata air beracun. Bila esoknya tentera Dewa Bhatara Indra meminum air dari mata air tersebut maka mereka pun jatuh sakit. Maka Dewa Bhatara Indra pun menghentak tombaknya ke tanah lalu muncul satu lagi mata air yang menjadi penawar. Dan mata air inilah yang dinamakan Tirta Empul, air suci yang keluar dari tanah. 

Mayadenawa dikatakan menjelma menjadi pelbagai objek dalam pelariannya. Namun begitu dia tidak dapat memperdayakan Dewa Bhatara Indra. Sewaktu Mayadenawa menjelma menjadi batu, dia telah dipanah oleh Dewa Bhatara Indra dan mati terbunuh. Darah mengalir dari batu tersebut lalu membentuk Sungai Petanu. Sungai ini dikatakan terkena sumpahan selama 1,000 tahun. Sawah yang diairi oleh sungai ini membesar dengan cepat, namun demikian padi yang dituai mengeluarkan darah dan bau busuk.

Kematian Mayadewana diraikan setiap 210 hari mengikut kalendar Bali sebagai Hari Raya Galungan. Ia menggambarkan kejayaan kebaikan (dharma) mengatasi kejahatan (adharma).

Waaa.... panjang sungguh cerita mitosnya! Hihi....

Now on to the photos pulak :)

Tiket masuk kawasan Tirta Empul. Cuma Rp 15,000 sahaja. Notice that they picked the blondest minah saleh untuk photo ticket ni...hihi....

Masuk2 je dah ader patung dewa. Ni patung Dewa Bhatara Indra.

Kebetulan ader orang2 yg sedang berjalan keluar dari pura setelah selesai bersembahyang. Snap, jgn tak snap kan...hihi..

Sebelum ke kolam Tirta Empul untuk mandi dan penyucian diri, penganut hindu kena sembahyang dulu di pura kecil ini. Kata Pak Wayan couple ni datang dari India.

Ni pintu keluar dari kawasan Tirta Empul.

Ni buah Majapahit. Asalnya buah Maja, tapi bila masa zaman2 dulu pasukan Sriwijaya makan yang muda ia terasa pahit. Tu yg jadi Majapahit. Yg masak rasanya manis.

Di Bali memang byk gerbang2 macam ni. Cantik.

Canang sari banyak diletak oleh para penganut agama hindu yang datang bersembahyang di situ.

Nak masuk pura ni atau mana2 pura di Bali, pelawat kena sopan dan beradab. So kalau pakai shorts kena tutup kaki dengan kain ni. Saya boleh ikat sendiri tapi Pak Wayan nak gak tolong. Rasa kelakar...hihi.
Yg lucunya, mula2 saya cuba dipakaikan dengan sarung yg warna coklat tu tapi tak muat! Ade saiz pulak! Jadi kena pakai yg besar, the one on the right. Malu betul! Hahaha....

Tata tertib melebur atau melukat. The dos and donts masa mandi di kolam Tirta Empul.

Ada 15 pancutan air suci di Tirta Empul dan setiap satunya dipercayai mempunyai kelebihan tersendiri seperti menyucikan diri, menyembuhkan penyakit dan sebagainya. Penganut Hindu akan mandi di bawah setiap pancutan mengikut ritual yang tertentu bermula dari kiri ke kanan. Mereka perlu mandi di bawah 13 pancutan air. Dua pancutan air terakhir dikhususkan untuk memandikan mayat orang yang telah meninggal dunia.


Kata Pak Wayan, pancutan air di kolam yg ini pula dipercayai membuatkan seseorang awet muda kalau mandi di situ.

Haha... nampak macam tengah sangat teliti membuat perancangan mental macam mana nak shoot di Tirta Empul ni...hihi...
Btw, di sebelah saya tu sebuah kolam seperti Tirta Empul, tetapi saiznya lebih kecil dan masa tu tiada orang mandi di situ. Kami diberitahu inilah kolam racun yang dicipta oleh Mayadenawa. Tapi ader ikan dalam kolam tu. So dah tak beracun lagi la kot. Pak Wayan juga kata wanita yang bermasalah untuk mengandung atau ada masalah menstrual boleh mandi di kolam itu untuk tujuan penyembuhan.

And offerings canang sari juga diletak di pancuran.

While most yg datang mandi datang bersama keluarga, this guy nampaknya seorang je.

In case you are wondering tattoo apakah itu, ia adalah tattoo H.D.C.I atau Harley Davidson Club Indonesia.



Tak dibenarkan mandi dengan hanya berbikini. Kena bertutup berkemban.

Ramai yang datang dengan family.


Siap bergambar kenangan shot dengan tab.

Yang last 2 pancuran tu khas untuk mayat tapi saya perhatikan ade jugak locals yang mandi di situ.

Berikut adalah shots yang sangat saya harap dapat ambik :)





I have no idea why riak muka akak tu macam tu. Macam ketakutan dan tersiksa.


Very colourful :)

So lepas mandian penyucian di Tirta Empul, seterusnya para penganut hindu akan ke pura bersebelahan untuk acara keagamaan yang seterusnya.

Dan ini adalah kolam punca mata air Tirta Empul. Kolam ni penuh denagn tumbuhan air. Bahagian yg tak ade tumbuhan air itulah tempat keluarnya air mata air tu.



Shots dari belah dalam pura tempat bersembahyang ke kawasan mandian.




Holy man yang mengetuai acara sembahyang.


Masa tu ade satu keluarga sedang melakukan acara sembahyang.






Ok dah selesai round pura Tirta Empul ni. Puas hati rasanya ambik gambar di situ. Cuaca pun sangat baik dan tak panas. Lagi pun area berkolam macam ni memang la nyaman.
Since we finished early rounding tempat ni, makanya masih ader masa lagi. So rather then pusing2 kedai kraf dan souvenirs, kami took the opportunity pegi balik tempat mandian and took more shots :)





Selesa ambik gambar mereka. They don't mind at all walau dengan jarak yg begini dekat. Agaknya dah biasa dengan kehadiran tourists.

Comel sangat si kecik ni :). Punya la dia excited...hihi...









Sebelum keluar dari pura tu, ada satu lagi kolam. Kolam ni tak ada mata air, cuma kolam yg ader ikan2 cantik berenang-renang. Kata Pak Wayan, ikan-ikan di Tirta Empul tidak mempunyai sebarang signifikan keagamaan. Mereka hanya dibela untuk perhiasan.


Gerbang keluar dari Pura Tirta Empul.

Masa berjalan keluar kawasan pura tu, ternampak pula mereka sedang bermeditasi.

Bersambung.. 

Di bawah ni saya senaraikan links kepada semua entries Bali 2014 saya:
1) BALI 2014 - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE AND GARUDA WISNU KENCANA CULTURAL PARK

2) BALI 2014 - DAY 01 - PART 02 - KECAK DANCE

3) BALI 2014 - DAY 01 - PART 03 – STREET

4) BALI 2014 - DAY 02 - PART 01 - BARONG & KERIS DANCE

5) BALI 2014 - DAY 02 - PART 02 - BALI BIDADARI BATIK

6) BALI 2014 - DAY 02 - PART 03 - DEWI's FINE ART GALLERY & GOLD/SILVER JEWELRY & PADDY FIELD

7) BALI 2014 - DAY 02 - PART 04 – TEGALALANG

8) BALI 2014 - DAY 02 - PART 05 - TIRTA EMPUL

9) BALI 2014 - DAY 02 - PART 06 – STREET

10) BALI 2014 - DAY 02 - PART 07 - KAMPUNG AREA

11) BALI 2014 - DAY 03 - PART 01 - KUTA BEACH

12) BALI 2014 - DAY 03 - PART 02 - SURFERS KUTA BEACH

13) BALI 2014 - DAY 03 - PART 03 - DOMBA COFFEE

14) BALI 2014 - DAY 03 - PART 04 - SCHOOL KIDS

15) BALI 2014 - DAY 03 - PART 05 - TANAH LOT

16) BALI 2014 - DAY 03 - PART 06 – PROCESSION

17) BALI 2014 - DAY 03 - PART 07 - PACUNG RESTAURANT

18) BALI 2014 - DAY 03 - PART 08 - ULUN DANU BERATAN

19) BALI 2014 - DAY 03 - PART 09 - DEVDAN SHOW

20) BALI 2014 - DAY 03 - PART 10 – STREET

21) BALI 2014 - DAY 03 - PART 11 - WHILE PASSING THROUGH VILLAGES

22) BALI 2014 - DAY 04 - PART 01 - KUTA BEACH

23) BALI 2014 - DAY 04 - PART 02 – SURFERS

24) BALI 2014 - DAY 04 - PART 03 - MONUMEN TRAGEDI KEMANUSIAAN

25) BALI 2014 - DAY 04 - PART 04 - PATUNG SATRIA GATOTKACA

26) BALI 2014 - DAY 04 - PART 05 – STREET

27) BALI 2014 - DAY 04 - PART 06 - FOOD IN BALI

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. yang ni saya tak pergi. saya pergi pura yang satu lagi . kecik sikit.

    mayat!!? bawak kat situ!!? biar betul!! berani awak tengok tak kalau ada !? :)

    kakak tu kesejukkan kot! atau hydrophobia..

    yang keluarga yang tengah sembahyang tu.. macam bawak botol kicap/ sos !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pura ni tk besar tak kecik. Just nice. Round2 plus ambik gambar about 1 hour je.

      Yep, the last 2 pancuran untuk mandikan mayat. Tu yg Pak Wayan cam not happy to see some locals pi mandi kat pancuran2 tu.
      Ehh... saya rasa saya berani untuk tengok mereka mandikan mayat kat situ. Dari jauh la tapi doc :)

      Hihi... agaknya la kan. Tapi saya agak terkejut tgk reaction muka dia tu. Macam tersiksa!
      Hydrophobia! Oh my, I hope not.... kesian dia...

      Hihi... you also perasan ya doc...hihi. Masa tgh prayer tu sesekali they will take turn and renjis liquid dari botol tu.

      Delete
  2. yes!!! dah serik !

    dah control C
    klik publish
    komen tak keluar !

    sib baik dah control c !!!

    :)

    * tak kan tertipu lagi!!! * hehheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. yes, control C... that'lll definitely works! :)

      Delete