Monday, June 17, 2024

LABUAN - MAWILLA YACHT CLUB RESTAURANT

Assalamualaikum.
Esok kami akan balik ke KL. Malam itu Cik Ayu bawa kami makan malam seafood di Mawilla Yacht Club Restaurant di bandar Labuan.



Balik ke hotel dulu sebelum makan malam.

Sunset dari balkoni bilik penginapan kami di Tiara Labuan Hotel.



Kami keluar bilik awal sikit dari waktu Cik Ayu akan ambil kami untuk kami jalan-jalan dalam Tiara Labuan Hotel yang indah ini dan merakam gambar di waktu malam. 























Kami pun tiba di Mawilla Yacht Club Restaurant.


Restoran ini terletak di tepi Pantai Tanjung Batu. Pada hari kedua kami di Labuan, ada saya buat morning walk di pantai ini dengan berjalan di tepian pantai dari Tiara Labuan Hotel hingga ke Taman Awam Tanjung Purun. Masa saya berjalan tu ada la saya nampak restoran ini dari tepi pantai.

Pemandangan ke arah pelabuhan. Kelihatan begitu banyak kapal-kapal berlabuh di perairan sana. Nampak sungguh cantik cahaya dari kapal-kapal itu.

Ok, jom pilih nak makan seafood yang mana.

Malam itu restoran ini penuh dengan pengunjung. Kalau tak silap kerana kebetulan malam itu adalah malam Chap Goh Meh.

Banyak pilihan yang ada. Semuanya very fresh!





Staf restoran yang bantu kami pilih which seafood.



Papan tanda harga seafood.

Kerana restoran penuh ketika itu, maka kami pun lepak-lepak di anjung restoran ini dulu sambil menikmati suasana malam di Pantai Tanjung Batu dan ambil gambar/bergambar.



Malam bulan terang. Cantik sungguh awan malam itu. SubhanAllah.




Anjung restoran ini dihiasi dengan string lights. Nampak cantik sangat di malam hari. 













Tak lama selepas itu kami pun dijemput ke meja makan kami. Kebetulan di bahagian berhawa dingin restoran ini sudah ada meja yang kosong. 

Kami bergambar kenangan bersama Cik Ayu yang begitu baik hati sekali bawa kami jalan-jalan. Thank you Cik Ayu.

As usual, mestilah ada foto-foto makanan 😄.






Bergambar lagi sebelum balik ke hotel.




Beberapa foto suasana malam di Bandar Labuan.






Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment