Assalamualaikum.
Next, flight dari Miri ke KLIA.
Suasana di Miri Airport.
Mural Gua Niah. Pengalaman kami ke Gua Niah adalah merupakan salah satu highlight semasa percutian kami di Miri pada tahun 2022 yang lalu.
Eh.. itu beg-beg kami 😃.
Untuk sambung connecting flight kami terpaksa menunggu lebih 5 jam. Walau pun kami dapat upgrade percuma ke Business Class, di Miri Airport ini tiada lounge, jadi melepak sajalah kami di Boarding Gate.
Oleh kerana lama lagi masa untuk kami bertolak ke Kuala Lumpur, kami minum-minum dulu di Kopitiam Delights yang terletak di Boarding Gate.
Ada Paste Sinang Food dijual di Kopitiam Delights ini.
Kami order Roti Kahwin + Soft-Boiled Eggs Set bersama teh.
Kopitiam Delights ini juga ada menjual paste masakan keluaran Sinang Food. Kami diberi sample untuk dicuba dan rasanya memang sedap. Akhirnya kami membeli 3 perisa: Sambal Belacan Letopss, TaiGe Assam Curry dan Sambal Nasi Lemak yang setiap satunya sebanyak 2 botol. Ketiga-tiganya memang marvellous. Should have bought more than 2 bottles actually 😄. Isteri paling suka TaiGe Assam Curry dan saya suka Sambal Nasi Lemak. Sambal Nasi Lemak itu memang rasanya sangat authentic macam sambal nasi lemak asli di zaman dulu-dulu. Paste Sinang Food ini juga macam tak pernah kami jumpa di Semenanjung Malaysia.
Memanglah rasa letih menunggu flight begini lama di Miri Airport ini. Ahead of us, flights Malaysia Airlines dan Air Asia sudah pun berlepas ke Kuala Lumpur. Isteri tak sempat nak beli tiket flights tersebut sebab mendapat tugasan ke Labuan at the last minute. Tiket balik direct flight dari Labuan ke KLIA dan juga tiket flight yang lebih awal dari Miri semua dah habis ketika itu. Apa-apa pun kami bersyukur kerana mendapat tiket flight yang berlepas pukul 1.50 petang dari Miri dan tiba ke KL lebih kurang pada pukul 4 petang. Kalau tidak, mungkin kami terpaksa balik menerusi Kota Kinabalu yang masa transitnya adalah lebih lama lagi.
Menunggu lama dalam suasana ramai penumpang begini boleh buat rasa rimas juga sebab bising.
Akhirnya tiba masa penumpang pesawat Malaysia Airlines MH 7487 ke Kuala Lumpur dipanggil masuk ke pesawat.
Pesawat yang akan kami naiki.
Hujan yang turun sebentar tadi kelihatan sudah berhenti.
Pesawat kami sebenarnya terlewat sedikit tiba di Miri dari Kuala Lumpur. Tapi penumpang tetap dipanggil masuk on time bagi membolehkan kami berlepas mengikut jadual ke Kuala Lumpur.
Berjalan ke pesawat menggunakan airbridge.
Melangkah masuk sambil membaca doa.
Pada pukul 1.50 petang, pesawat Malaysia Airlines MH 7478 bergerak meninggalkan Lapangan Terbang Miri menuju ke Kuala Lumpur.
Cantik sungguh pemandangan di airport ini.
Pemandangan Miri dari pesawat.
Boleh nampak hotel penginapan kami di bawah sana ketika percutian kami di Miri, bangunan tinggi di tepi sungai itu - Pullman Miri.
Kelihatan di pesisir sungai Kampung Wireless yang juga sempat saya lawati.
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Miri ambil masa selama 2 jam 20 minit. Alhamdulillah, cuaca juga cukup baik sepanjang penerbangan pulang sehingga sampai ke KLIA.
Sajian penerbangan sedang dihidangkan.
Ini pilihan saya. Saya ni kalau makan pasta, mesti nak ada roti. Nak la use the bread to mop up the wonderful pasta sauce off my plate 😄. Tapi saya tak dapat pulak, cuma dapat piring kosong je 😄. Terpaksalah saya minta seketul roti. Chief Flight Attendant himself siap apologise sebab saya tak diberi roti. Saya ok je. Dah dapat roti tu, saya happy dah.. hihi 😄.
Dessert.
Melintasi Pulau Natuna, Indonesia di tengah Laut China Selatan.
Kelihatan Raden Sadjad Airport.
Melintasi Riau Archipelago. Kelihatan Mubur Island, Matak Island, Siantan Island, Telaga Island dan lain-lain pulau.
Flying over Port Dickson.
Pantai Cahaya Bulan dan Pulau Burung Walkway.
Pantai Saujana dan Avillion Port Dickson.
Avillion Port Dickson.
Stesen Janaelektrik Tuanku Jaafar.
Lexis Port Dickson and Grand Lexis Port Dickson.
Sungai Lukut Besar dan Kuala Lukut.
Selamat tiba di KLIA. Alhamdulillah.
Maka selesailah sudah cerita percutian kami di Labuan. Kami berdua memang recommend kepada sesiapa sahaja yang ingin bercuti-cuti short vacation untuk pergi ke Labuan kerana ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Pada kami the highlight adalah the Labuan Chimney Walking Trail yang pada pendapat saya adalah sangat menarik.
Alhamdulillah.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Assalamualaikum tuan. Saya rasa saya ada ternampak tuan dan wife dkt foodcourt suria klcc pada hari ahad baru ni 7/7. Betul ke ye? Nak tegur tapi takut salah orang. Tuan pakai mask haritu. Hehe
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Ye betul, saya dan isteri ada ke KLCC hari tu beli lunch dan sedikit groceries.
DeleteKalau tmpt crowded saya akan pakai mask sebab dah terbiasa.. hihi.