Assalamualaikum.
Ok, sambung lagi cerita. Lepas main snowtubing, kami masuk semula ke dalam Trübsee Station untuk naik cable car ke stesen seterusnya iaitu Stand Station.
Inside the cable car.
It is an 8-seater cable car.
Pemandangan dari dalam cable car.
Leaving Trübsee Station.
Kelihatan snow slope tempat kami main snowtubing tadi.
Di ketinggian ini kelihatan salji lebih tebal. Puncak Titlis dilitupi salji sepanjang tahun.
Di Mount Titlis ada beberapa mode of transportations:
🚟 Rotair Stand - TITLIS
🚠 Chairlift Ice Flyer
🚡 TITLIS Xpress Trübsee - Stand
🚟 TITLIS Xpress Engelberg - Trübsee
🚞 Engelberg - Gerschnialp (funicular)
🚡 Trübsee - Jochpass
🚟 Engstlenalp - Jochpass
🚠 Cable car Untertrübsee - Trübsee
Ada chairlifts bagi kegunaan pengunjung yang skiing.
Sempat juga kami merakam orang tengah skiing.
Kami pun selamat tiba di Stand Station. Ketika ini kami berada di ketinggian 2,428 meter dari aras laut.
Pemandangan dari stesen Stand.
Di stesen ini kami bertukar cable car, dari cable car express ke Rotair.
Rotair Stand - TITLIS. Cable car ini berputar dan kita dapat menikmati pandangan 360° semasa dalam perjalanan ke stesen seterusnya. It is world's first revolving cable car.
Di dalam Rotair.
Cable car ROTAIR ini membawa penumpang pada bahagian terakhir pendakian dari Stand ke stesen puncak pada 3,020 meter dari paras laut.
Pemandangan yang kami dapat lihat dalam cable car berputar ini memang sungguh menakjubkan. SubhanAllah.
Itulah di bawah sana Stesen Stand, yang dibina di tepi tebing gunung. Gayat pulak rasanya.
Stand Station.
Chairlifts for skiers.
Dapat pun satu shot yang dekat.. hihi 😅.
Tiba di Mount Titlis Station. Sebelum group kami disperse on our separate ways, Amr, our tour guide, beri sedikit taklimat dan pesanan serta cadangan ketika berada di sini.
Sampai saja di stesen ini, kami terus masuk ke Glacier Cave. Pada 2015 dulu, kami tidak dapat melawat gua glasier ini kerana ditutup untuk penyelenggaraan.
Jom kita masuk. Dari luar pintu ini pun saya sudah menggigil 😅.
Wah, biru suasana di dalam gua glasier ini. Sungguhlah sejuk, kami cepat-cepat zip-up our winter jackets and put on our gloves. I also put on my snow cap. Kalau hembus nafas, memang nampak berasap.
Ada patung donkey dalam kotak ais illuminated with pink and blue lights di sini. For the kids I reckon.
Ais di sini sudah berumur sehingga 5,000 tahun. Di dinding gua ini ada berjuta hablur ais kecil yang berkilat berkilauan.
Laluan pejalan kaki di sini panjangnya 150 meter.
Laluan gua ini berbelok-belok dan turun 20 meter di bawah permukaan glasier.
Suasana berkabus adalah hasil daripada poket udara kecil di dalam ais, dan warna birunya adalah disebabkan oleh pembiasan cahaya.
Suhu di dalam gua kekal membeku -1.5˚C.
This is a bottle of Titlis Gin in a block of ice. It is a premium Swiss gin made using Titlis' clear ice-cold, pure glacier water, directly from the mountain.
Sebenarnya nak ambil gambar dalam gua ini agak mencabar sebab low light. Mujurlah ada lampu-lampu dipasang, which not only they give out enough light for me to take decent photos but also help create a more dramatic ambiance inside this cave.
Ada pun satu spot yang cukup terang cahayanya untuk ambil gambar... hihi.
Ambil gambar ais di dinding gua dengan berlatarbelakangkan lampu supaya nampak macam ais kristal.
The Titlis Throne. Or the Glacier Palace Throne.
Berjalan berhati-hati sambil memegang railing.
Sudah nampak pintu keluar. Walau pun sepanjang 150 meter, tapi tak rasa pun sejauh itu sebab excited to be inside an actual glacier 😄.
Ok, jom kita lunch.
Kami terus ke tingkat 2.
Ada 2 restoran di sini. Di kiri, self-service restaurant yang ada vegetarian food. Di kanan ialah table-service restaurant yang ada halal menu. Lepas tengok tiada makanan yang kami suka di self-service restaurant, kami ke restoran sebelahnya.
Our table with amazing view.
Sebab makanan di sini mahal (sebab duit Swiss kan mahal), maka kami order air kosong sahaja. Dan kami dapat sebotol air Mount Titlis yang sejuk dan menyegarkan. Harganya CHF 4 atau RM21.
Condiments and spices at our table.
Suasana dalam restoran.
Menikmati keindahan panorama puncak pergunungan bersalji.
Lunch pun sampai. Jom makan. Lapar dah.
Halal Pouletbrust ~ CHF 25.5 ~ RM134.50
Spaghetti All'arabiata ~ CHF 21.5 ~ RM113.41
Total CHF 51 ~ RM 269.00. Macam my wife kata, "Inilah makanan yang paling mahal kami pernah makan di dunia"... haha 😅😂. Tapi kami sebenarnya tidaklah terkejut dan sudah expect harganya begini. Masa kami decided akan lunch di puncak Titlis ini, maka kami awal-awal sudah siap bajetnya. Apa-apa pun, sedap dan sungguh mengenyangkan. Alhamdulillah.
When the waiter asked us how were our lunches, I replied that they were delicious and showed/gestured our empty plates. The waiter laughed, thanked us and seemed very pleased. He then offered to take our photo.
Masa waiter tadi hantar bill, dia bagi kami dua keping coklat Lindt yang sedap ini. So nice of him lah.
This is a snow groomer. I wonder, macam mana mereka bawa mesin jentera sebesar ini ke puncak Titlis. Adakah menggunakan helikopter?
Wikipedia: A snow groomer for alpine slopes with plow, a surface finishing attachment for ski slopes, and a cable winch for grooming steep slopes. Snow grooming is the process used to maintain ski hills, cross-country ski trails and snowmobile trails by grooming (moving, flattening, rototilling, or compacting) the snow on them.
Sedap sungguh coklat Lindt yang diberi oleh waiter tadi. Jadi kami pun belilah beberapa paket coklat di kedai ini.
Suasana di dalam kedai.
Macam-macam jenis coklat Swiss ada di sini. Kalau betul nak shopping coklat, haruslah ambil bakul yang ada disediakan.
Loceng lembu Swiss yang bersaiz besar.
Packaging yang sangat menarik. Nampak sungguh premium.
These are Munz Milk Swiss Cowbell ~ Original Swiss cowbell tin-box filled with individually wrapped mini milk chocolates with a high-quality praline filling.
Bergambar dengan cashier kedai coklat yang friendly.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment