Friday, August 25, 2023

ITALY & SWITZERLAND: SWITZERLAND - MOUNT TITLIS TO LUCERNE

Assalamualaikum.
Selesai dengan lawatan di Mount Titlis, kami pun naik semula bas untuk ke Lucerne pula.

Ok, seperti biasa saya kongsi foto-foto pemandangan yang sempat kami rakam semasa perjalanan. 

Engelberger Aa river.

Melalui kawasan Engelberg, an alpine town in central Switzerland. 

Engelberg di Switzerland ialah sebuah perkampungan peranginan yang terletak di tengah-tengah Pergunungan Uri Alps Switzerland.

 
Perjalanan ke Lucerne ambil masa lebih kurang 40 minit, sejauh 35 km.






Ini adalah contoh binaan bangunan perumahan yang ada di Switzerland. Very likely this particular building is a hotel built with Swiss traditional house design and aesthetic, which is known as the Swiss Chalet. Chalet Swiss adalah sejenis bangunan yang lahir dari tradisi luar bandar, di mana "chalet" adalah pondok kayu/balak (log hut) yang diduduki oleh petani dan penternak semasa ternakan mereka meragut di padang rumput. Oleh itu, ia adalah tempat perlindungan asas yang digunakan hanya untuk beberapa bulan sahaja dalam setahun.



Alhamdulillah, dalam trip kami kali ini ke Titlis kami dapat menikmati keindahan pemandangan waktu Spring pula.

Di atas sana, di lereng gunung itu ialah Idyllisches Chalets (bumbung segitiga hitam), rumah percutian di kawasan di mana tetamu hotel boleh melakukan aktiviti seperti mendaki, bermain ski dan berbasikal.




Ini Gasthaus Grünenwald AG, sebuah hotel yang sudah berusia lebih 100 tahun. Pernah ditutup, tapi dihidupkan semula oleh Association Gasthaus Grünenwald.

Apabila perniagaannya ditutup, penduduk tempatan dan orang Swiss dari seluruh Switzerland mengambil inisiatif untuk mengekalkan rumah penginapan ini dan memulihkan semula perniagaannya. Rumah penginapan ini kini menjadi platform budaya di rantau ini dengan menganjurkan pelbagai acara kebudayaan dan kesenian.
Winter 2015

Saja saya selitkan kisah rumah penginapan ini untuk berkongsi serba sedikit info sejarah tentang kawasan yang dilalui. Mana yang dapat saya cari di internet lah 😁.
Winter 2015



Pastinya pemandu bas kami navigate the bus dengan sangat berhati-hati bila melalui jalan selekoh tajam seperti ini.


Beginilah suasana di jalan pergunungan berbelok-belok di sini ketika musin sejuk. 
Winter 2015

Saya kongsi beberapa lagi foto-foto Spring 2023 vs Winter 2015 di sini. 

Winter 2015


Winter 2015


Kelihatan di bawah sana Engelberger Aa river.


Winter 2015

Ini adalah bangunan Herrenhaus Grafenort atau Grafenort mansion, tempat acara seperti untuk majlis perniagaan atau persendirian dan untuk perkahwinan awam. Satu ketika dahulu ia pernah berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang dagangan dan penghantaran biara, seperti garam, minyak dan wain.

Kapelle Grafenort / Grafenort chapel. Juga dikenali sebagai Holy Cross Chapel, dibina pada 1689. 

Saya perhatikan di sini tiada gereja-gereja bersaiz besar seperti yang kami nampak di Itali. Even di kawasan kampung begini, di Itali pasti ada gereja yang grand and historic.
Winter 2015

Melalui Wolfenschiessen, Nidwalden.

Sungai Engelberger Aa dan trek kereta api. 













Di kawasan perkampungan ini ada banyak contoh-contoh bangunan dengan reka bentuk Swiss Chalet, rumah tradisional Swiss.







Hujan masa kami lalu di kawasan ini. 












Hujan semakin lebat semasa kami di Dallenwill. 


Semasa dalam perjalanan ke bandar Lucerne, kita dapat lihat pemandangan Tasik Lucerne. 

Tasik Lucerne ialah tasik di tengah Switzerland dan yang keempat terbesar di negara ini.

Kami pun tiba di bandar Lucerne pada pukul 3:50 petang.  

Nampaknya baru lepas hujan.

Lucerne terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang hebat dan lokasinya yang menakjubkan di pinggir Tasik Lucerne di tengah-tengah pergunungan yang dilitupi salji. Bandar Lucerne (Luzern dalam bahasa Jerman) adalah persinggahan popular bagi kebanyakan orang yang melawat Switzerland.

Lucerne mempunyai sejarah yang unik kerana masih diperdebatkan bilakah bandar ini sebenarnya diasaskan. Beberapa sumber mengatakan sebuah penempatan sudah ada di sini bermula pada 840 AD, sementara sumber yang lain mengatakan bandar itu diasakan lebih lewat dari itu, sekitar 1178.

Nama bandar ini berasal dari biara Benedictine St. Leodegar (Luciaria), yang diasaskan pada abad ke-8. Dari sebuah perkampungan nelayan yang berdekatan, ujud sebuah bandar kira-kira pada 1178, yang penduduknya pada asalnya adalah hamba biara. Selepas pembukaan St. Gotthard Pass (c. 1230), Lucerne berkembang menjadi pusat perdagangan penting antara hulu Rhine dan Lombardy.

Dengan populasi kira-kira 82,000 orang, Lucerne ialah bandar paling ramai penduduk di Switzerland Tengah, dan merupakan pusat ekonomi, pengangkutan, budaya dan media di rantau ini. Ia terdiri daripada 19 majlis perbandaran dan pekan dengan populasi keseluruhan kira-kira 220,000 orang.


This is Pauluskirche (Paul's Church), a Catholic church. 
Wikipedia: Pauluskirche in Luzern is a Roman Catholic church on the southern outskirts of Lucerne in the Obergrund district. It is one of the two largest churches in the city and a Cultural Property of National Importance.

Cuaca di Lucerne dikatakan adalah pretty predictable, dengan suhu terendah -3°C pada musim sejuk dan paras tertinggi 24°C pada musim panas. Masa terbaik untuk melawat Lucerne ialah antara April dan Oktober apabila cuaca baik untuk menikmati aktiviti luar. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan hujan yang lebih tinggi pada bulan-bulan ini juga.

Musim sejuk bersalji (pertengahan Disember hingga pertengahan Mac) mengubah Lucerne menjadi kawasan putih yang indah, tetapi selalunya kurang pelawat untuk menghargai keindahan itu. Dengan suhu di bawah sifar, musim sejuk adalah low season di Lucerne.

Lucerne atau Luzern terletak di bahagian Switzerland yang berbahasa Jerman, jadi bahasa rasminya adalah bahasa Jerman Swiss. Walau bagaimana pun penduduknya juga fasih berbahasa Inggeris, menjadikan sangat mudah untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan.



Sama seperti tempat lain di Switzerland, barangan di Lucerne adalah sangat mahal, walaupun mengikut standard Eropah.

Bandar yang dipenuhi dengan seni bina tradisional dan moden ini pada mulanya dibangunkan sebagai pusat ekonomi pada tahun 1100-an. Pada abad ke-19, bandar ini dipopularkan sebagai destinasi untuk artis, kerabat diraja, bangsawan dan lain-lain kerana nilai keindahan pemandangannya. Dibangunkan semasa zaman pertengahan, bandar ini telah mengalami pelbagai transformasi, menggabungkan pelbagai gaya seni bina.




Kelihatan stesen kereta api Luzern. 

Migros, sebuah supermarket, a leading Swiss supermarket.

Ini adalah Lucerne railway station. Ia adalah hab utama rangkaian kereta api Switzerland, di bandar Lucerne di kanton Lucerne. Ia adalah stesen terminal bagi perkhidmatan lalu lintas domestik dan antarabangsa di beberapa laluan kereta api, dan terletak di pusat bandar dengan lokasi di tepi tasik di sebelah selatan Tasik Lucerne.


Kelihatan Torbogen Luzern (Archway Lucerne) salah satu historical landmark di Lucerne. 

Masih lagi hujan di sini. Rancangannya kami nak buat walking tour on our own di Lucerne ini, just like we did in 2015. 


Kelihatan deretan bangunan-bangunan lama Lucerne yang cantik di tepi sungai Reuss. 

Lucerne's public transport. 


Pemandangan Chapel Bridge (Kapellbrücke) dari jambatan Seebrücke (Pier) yang sedang kami lalui ketika ini. 



Pemandangan tasik Lucerne dari jambatan Seebrücke.


Bendera-bendera Switzerland dan Lucerne.

Kelihatan Church of St. Leodegar, sebuah Catholic church. Kelihatan juga banyak cruise ship pelbagai saiz. 

Di belakang bus stop itu adalah pier and pedal boat rental.





Church of St. Leodegar.



Hotel Schweizerhof Luzern, a 5 star hotel.

Banyak luxury stores di sini. 








Turun dari bas, hujan pun sudah berhenti. Bolehlah kami proceed with our walking tour. 

Group members yang lain pergi bershopping, kami buat walking tour. Tak mampu pun kami nak membeli belah di Lucerne ini kerana harga barang di sini mahal, even by European standards 😅😄. Kami pun terus berjalan ke arah Sungai Reuss di Kapellplatz atau Chapel's Square.

Di Chapel's Square ini ada beberapa bangunan-bangunan lama di tepi sungai Reuss yang dulunya merupakan bangunan pertahanan. Bangunan yang asal sudah runtuh dan yang tinggal diperkukuh dan di preserve dengan bangunan baru. Ini adalah contoh bangunan turet di mana pada bangunan baru ada dicantum menara lama. Menara tu dibina pada tahun 1510.

Bangunan dibelakang menara ini namanya Haus Zur-Gilgen-Turm.


Jambatan Seebrücke dan sungai Reuss. 

Deretan bangunan-bangunan lama Lucerne di tepi tasik Lucerne yang kini kebanyakkannya occupied by shops and luxury boutique stores.

Pemandangan sungai Reuss dan Chapel's Bridge. Dramatik sungguh langit masa ini. Kami berharap tidaklah hujan lagi. 





Ini St. Peter's Chapel (Peterskapelle). 
myswitzerland.com: The Kapellplatz surrounds tiny Peterskapelle, an 18th-century church that was built over a 12th-century predecessor. This chapel also lends its name to the Kapellbrücke, the charming wooden bridge synonymous with Lucerne.

myswitzerland.com: The exterior walls of Peter's are adorned with several interesting works of art. An alabaster carving of the Mount of Olives remains from the previous church building. The fresco of Brother Klaus dates from the late 19th century, and the painting of St. Christopher is from the early 20th century.



Ada papan info dekat chapel ini.

View of Kapellplatz, on the other side of the chapel. 

There's a fountain, Fritschibrunnen or Fritschi fountain. 


Papan info pada chapel ini.

Chapel Bridge.





Kelihatan Am-Rhyn-Haus (Am Rhyn House), salah satu historical landmark Lucerne. Ia diklasifikasikan sebagai nilai sejarah seni dan telah berada di bawah perlindungan monumen persekutuan sejak tahun 50-an. Ia dimiliki dan didiami oleh Schultheiss W.Am Rhyn dan keluarganya selama berabad-abad.

Di Kapellplatz (Chapel's Square) ini ada Fritschibrunnen (Fritschi fountain) yang juga merupakan salah satu historical landmark Lucerne. Ia sudah berusia lebih 100 tahun.

Air pancut ini juga dikenali sebagai 'Carnival Fountain' kerana ia dinamakan sempena Brother Fritschi, watak dari Karnival Lucerne.

alpen-guide.de: The Fritschi plays an important role during the Carnival Season. The fountain shows a bannerman standing on a column. Various carnival masks can be seen on the column , including the masks of Fritschi and his wife. Water is spewed into the fountain basin from four jesters' masks. The fountain was inaugurated on October 14, 1918 and built according to the plans of the architect August von Rhyn. The Fritschi fountain is part of Lucerne's annual carnival hustle and bustle : on Dirty Thursday the silly hustle and bustle begins here at 5 a.m. and during the carnival parade the Fritschi wagon drives around the fountain three times.



St. Peter's Chapel.









Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment