Assalamualaikum.
Sambung lagi cerita di Mount Titlis.
Prayer room untuk kegunaan semua agama dan kepercayaan.
Jom ke Panorama Lounge di tingkat 4.
Boleh juga kalau hendak bergambar dengan pakaian tradisional Swiss.
Ini kedainya. Sebuah photostudio.
Panorama Lounge.
Boleh makan/piknik di sini. Ramai group members kami yang bawa bekalan lunch makan di sini.
Boleh juga bergambar di sini.
Pemandangan dari Panorama Lounge.
Group members sedang makan.
Di lounge ini ada sofa untuk kita lepak sambil menikmati pemandangan pergunungan alps.
Ok, next jom kita keluar tengok salji.
Kami ke Panorama Terrace.
Ada papan-papan maklumat untuk pengunjung yang hendak melakukan aktiviti-aktiviti gunung seperti hiking, snow walk, skiing dan snowboarding.
Slopes di sini ada tahap-tahap cabarannya tersendiri.
Pemandangan di Panorama Terrace.
Kami ternampak seorang pelancong wanita dari Malaysia juga sudah terduduk bersandar di platform ini. Kesian dia, mungkin sedang mengalami mountain sickness. Amar, our tour guide sudah pesan pada kami semua bila berada di ketinggian begini, kalau ada rasa pening-pening elok cepat-cepat masuk ke dalam bangunan.
Bergambar kenangan.
Kadang-kadang rasa cemas juga bila suasana jadi dramatik begini. Macam ada storm is coming😅. Alhamdulillah, cuaca ketika kami di puncak gunung ini baik. Anyway, pasti pihak pengurusan tempat pelancongan begini sentiasa memantau keadaan cuaca di sini.
Menara telekominikasi.
Bollywood's film Dilwale Dulhania Le Jayenge.
Ada teropong di sini kalau kita nak tengok puncak-puncak gunung lain yang ada di Alps ini.
Ini foto pemandangan yang sama semasa kami di sini pada Winter 2015.
Ini jentera snow groomer. Jentera ini digunakan untuk penyelenggaraan laluan-laluan bukit ski, denai ski merentas desa dan denai snowmobile dengan merapikan (menggerakkan, meratakan, memutar atau memampatkan) salji di atasnya.
Ini ketika Winter 2015.
Pemandangan ke arah Panorama Terrace.
Kelihatan ramai pelancong dari negara India.
Chairlifts.
Memanglah terasa gayat berada di tepi slope ini.
Tapi pemandangannya memang tersangat indah. SubhanAllah.
Telecommunication tower by Swisscom Network.
Spring 2023 vs Winter 2015.
Winter 2015 |
Ada 'Ice Flyer' di depan sana.
titlis.ch ~ "The Ice Flyer chair lift sweeps you smoothly and safely over crisp, virgin snow fields and icy depths. Some of the crevasses are up to twenty metres deep. Only here on TITLIS can you expect such a fantastic glacier experience".
Di tepi telecom tower ada pula snow blower. Bolehlah bergambar kononnya salji tengah turun.. hihi 😄.
Ok, jom jalan balik turun ke Panorama Terrace.
Seimbas tengok macam gunung berapi sedang berasap.
Yes, di pet-friendly Swiss, pelancong boleh bawa anjing ke puncak gunung ini.
Tiba-tiba saya ternampak burung-burung ini. Terkejut saya sebab ada juga burung di ketinggian lebih dari 3,000 meter ini. SubhanAllah.
Namanya ialah Alpine chough.
Wikipedia: The Alpine chough or yellow-billed chough is a bird in the crow family, one of only two species in the genus Pyrrhocorax. Its two subspecies breed in high mountains from Spain eastwards through southern Europe and North Africa to Central Asia and Nepal, and it may nest at a higher altitude than any other bird.
Pemandangan dari Panorama Terrace. Jelas kelihatan stesen Titlis ini dibina di tepi tebing gunung yang curam.
Di sini juga ada papan info tentang gunung-ganang yang boleh dilihat dari Panorama Terrace ini.
Masa kami sudah sampai di Panorama Terrace, tiba-tiba salji turun. Wah... kami pun linger lah a bit more longer di luar ni 😄😃.
Lebat saljinya sampai tak nampak telecom tower.
Pemandangan gunung ganang tadi pun sudah nampak putih saja.
Berbual dengan pelancong India dari Britain.
Ok, sudah hampir masa untuk berkumpul semula dengan group dan turun dari puncak gunung ini.
Tiba masa yang ditetapkan, kami bergerak untuk turun kembali ke Engelberg. Dari puncak Mount Titlis ini, kami menaiki kembali cable car berputar Rotair menuju ke Stand.
Meninggalkan Stesen Titlis.
Sudah kelihatan Stesen Stand.
Stesen Stand.
Turun dari Rotair.
Dari Stesen Stand, kami menaiki cable car kecil menuju ke Stesen Trübsee (tidak turun) dan seterusnya ke Engelberg.
Meninggalkan Stesen Stand.
Ada air terjun kecil. Dari salji yang mencair agaknya.
Sempat juga zoom dekat-dekat.
Kelihatan Trübsee Snow Park, snow slope tempat kami main snowtubing earlier.
Salah satu fun snow activity yang ada di Titlis.
Di Stesen Trübsee kami tidak turun atau tukar cable car.
Pemandangan turun kami dari pergunungan putih salji diganti dengan pemandangan hijau hutan dan padang rumput.
Ada penempatan penduduk di bawah lembah pergunungan ini. Bila diperhatikan betul-betul, bukan saja di bawah sana, tapi lereng-lereng gunung pun ada rumah-rumah. Hebat!
Banyak air terjun mini yang kami nampak, dari salji yang cair.
Inilah bagusnya bila naik cable car gunung. Kita boleh menikmati pemandangan begini yang berbeze-beza dari ketinggian yang berlainan ketika cable car naik atau turun. Dan kita dapat melihat landskap pergunungan, lembah, dataran dan hutan dari pelbagai sudut. Ini semua tentulah tidak kita dapat alami kalau kita melihat dari sesebuah platform yang statik.
As mentioned earlier, pada cable car ini ada ditampal bendera-bendera negara dunia. Ini bendera Malaysia.
Flags of Albania, Pakistan, Canada and Indonesia.
Sudah nampak Stesen Titlis Engelberg.
Kelihatan Tasik Eugenisee.
Alhamdulillah selamat tiba di stesen terakhir ini.
Setelah semua group members sampai, kami pun berjalanlah ke tempat parkir, ke bas kami untuk ke destinasi seterusnya.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Cantiknya semua foto. Thanks kongsi semua foto & info
ReplyDeleteThanks Mulan. You're most welcome :).
Delete