Friday, August 18, 2023

ITALY & SWITZERLAND: SWITZERLAND - MOUNT TITLIS - PART 01

Assalamualaikum.
Dan kami pun tiba di Titlis. Untuk naik ke puncak Titlis kami akan ke Talstation Titlis atau Titlis Valley Station, iaitu bangunan sebelah kiri dalam foto di bawah. 

Ketika ini kami sedang merentasi sungai kecil Engelberger Aa dari jalan Engelbergerstrasse untuk masuk ke jalan Gerschnistrasse yang merupakan kawasan tempat parking kenderaan pengunjung. 

Tempat parking dan bangunan Titlis Valley Station. Nampaknya sudah ramai pelancong yang sampai awal dari kami. Ye la pun, masa itu sudah pun pukul 10 pagi. 

Masa musim sejuk, beginilah suasana di tempat parking ini. Foto di bawah adalah dari percutian kami ke sini pada winter 2015.

Pemandangan pergunungan Alps yang sangat indah dari tempat parking.



Pemandangan yang sama tapi masa winter 2015. Begitulah berbezanya. Kedua-duanya cukup indah sekali.

Jauh di lereng gunung kelihatan dua ekor kuda sedang meragut rumput.



Sejuk ke di sini? Tidaklah begitu sejuk. Berpeluh kalau pakai jaket winter di bawah ini. Tapi kalau di atas sana, sangatlah sejuk and wearing winter jacket is a must. 

Masa Spring begini kawasan pergunungan dengan rumah-rumah, chalets dan hotels di lerengnya kelihatan begitu hijau dan indah. 


Tetapi ketika winter ia dilitupi salji. Tiada lagi kelihatan kehijauan. Semua pokok-pokok dan dataran lereng yang hijau ketika itu kelihatan white and black and all shades of grey. All of which creates equally wonderful mountainous landscape sceneries.
Winter 2015

Winter 2015


Cable car itulah yang akan kami naiki nanti.

Picturesque sangat!

Actually dari tempat parking ini, di dataran yang luas ini, kita boleh menyaksikan pemandangan-pemandangan kawasan pergunungan Alps yang cantik dengan jelas. 


Alhamdulillah, cuaca pagi itu cukup baik sekali. Teringat masa percutian 2015 kami di sini, sehari sebelum kami hendak naik ke puncak Titlis, ada satu group dari Malaysia tidak dapat naik ke puncak kerana faktor cuaca. Esoknya itu kami dapat ke atas kerana cuaca sudah improved. Begitulah kalau travel. Kita hanya mampu merancang. Kami sendiri pun ada beberapa kali tidak dapat melawat ke tempat-tempat yang ada dalam itinerari kerana pelbagai faktor seperti tidak dapat ke Brussels kerana Level 4 Security (Tahap Amaran Keganasan 4) was declared at the city due to bombing incident ini Paris.

Kami agak-agak masa itu tidaklah ramai sangat pelancong sebab nampaknya banyak lagi kawasan parking yang kosong.

Ok, here are the rest of the photos of the amazing views at this Titlis Valley Station.



Winter 2015

Pada cable cars di sini ada ditampal bendera-bendera negara dunia. This is the flag of the Philippines. I guess it is one of the way to make tourists feel welcomed.

Bergambar kenangan di Talstation Titlis.



Winter 2015






Winter 2015


Winter 2015


Bergambar kenangan bersama group. 


Ini Talstation Titlis atau Titlis Valley Station di mana ada TITLIS Bergbahnen/TITLIS mountain railways, where the mountain cable car station is. Amar, our tour guide, terus masuk ke dalam untuk belikan tiket-tiket kami. Meanwhile, kami pun jalan-jalan di sekitar dan ambil gambar.

Di Titlis boleh skiing dan snowboarding. Ada lebih dari 80 km lereng gunung yang bersalji yang sesuai dan selamat untuk kedua-dua aktiviti itu. 


Ini sungai Engelberger Aa. Masa kami di sini in Winter 2015, kami tak perasan pun ada sungai ini sebab penuh dilitupi salji.

Sumber air sungai ini berada pada ketinggian lebih kurang 2,200 meter. Dari situ ia mengalir ke arah barat, menurun dengan cepat dan mengumpul banyak aliran gunung. Ia terus mengalir ke bawah melalui beberapa kawasan pertanian. Lebih banyak aliran dari kedua-dua belah lembah bergabung dengan sungai ini dan membentuk laluan kerikil yang luas. Tembok-tembok pertahanan banjir telah dibina di kawasan ini untuk melindungi bandar di sekitarnya.



Kelihatan dari bawah ini laluan/trek untuk funikular. Pada Winter 2015, kami naik ke atas sana dengan funikular. 

Ini funikular yang kami naiki.
Winter 2015






Ok, jom kita naik ke puncak. Amar pun memberi pada kami tiket untuk kami scan di turnstile. Tiket naik/turun di Titlis ini berharga CHF 96 (lebih kurang RM 500) seorang dewasa.  

Untuk perjalanan ke atas kami akan naik cable car kecil warna hitam yang kami nampak tadi hingga ke dua stops iaitu Trübsee dan Stand. Di Stand kami akan tukar cable car dengan menaiki Titlis Rotair, sebuah cable car yang bersaiz besar dan berputar, hingga ke Titlis Station.

Berjalan ke tempat cable car.

Operasi cable car di sini masa Spring: 
First ascent: 8.30 
Last ascent: 17.00

Scan tiket dan masuk. 


Cable car ini jenis yang berjalan slow dan kita kena hop in. Itu bendera Myanmar.

Yes, anjing dibenarkan naik cable car ini. Dog/pet-friendly.

Bendera India. 

Masa kami sampai tiada queue. Jadi tidaklah beratur lama. 

Bendera Brazil. Di tepi bahagian luar cable car ini ada tempat untuk letak ski equipment. 




Thurgau canton flag. Thurgau is one of the 26 cantons forming the Swiss Confederation. It is composed of five districts and its capital is Frauenfeld. Thurgau is part of Eastern Switzerland.

Masuk ke dalam cable car dan membaca doa.

Kelihatan ramai pelancong dari India.

Perjalanan naik ke atas bermula. Pastinya kami terus merakam pemandangan pergunungan yang indah di sekeliling kami dari cable car ini.


Beginilah rupanya masa musim sejuk, sebagai perbandingan.
Winter 2015











Winter 2015




Winter 2015

Melalui kawasan hutan.

Nama hutan ini adalah Hungerbodenwald atau Hungerboden forest. 
Obwalden flag



Perjalanan cable car di celah-celah hutan ini pun sungguhlah cantik.

Indonesia and Peru flags




Selepas melalui kawasan hutan, kami lalu pula kawasan padang hijau yang luas dan cantik ini. 







Di bawah tu ada bangunan dengan signboard 'Alpkäserei Gerschnialp' (Alpine cheese dairy Gerschnialp) yang merupakan sebuah cheese shop. Yang di sebelah kirinya pula ialah 'Hof-Lädili Gerschni-Alp' a farm shop. Ada pula kedai-kedai keju dan perladangan di tengah padang kawasan pergunungan macam ini.


Sayup tinggi di sana kelihatan sebuah stesen. Ada kalanya terasa gayat juga masa naik cable car ini. Alhamdulillah, cable car ini stabil dan tidak bergoyang gayut. Cuma gegar sikit setiap kali ia lalu di tiang-tiang. Saya baca Switzerland memang handal dalam mereka sistem cable car yang paling selamat. Standardnya digunakan dalam pembinaan sistem cable car lain di dunia seperti sistem cable car di Genting Highland. 

Stesen Trübsee. Kami akan turun di stesen ini for some fun activity sebelum sambung semula perjalanan ke puncak Titlis.

Lush meadows, pine forest and epic alps. Absolutely stunning. SubhanAllah.






Makin tinggi makin sejuk dan sudah mula nampak salji.


Sampai di Stesen Trübsee. 



Jom turun sini. 



Pemandangan di luar Trübsee Station. Cantiklah sangat!



Kenapa Amar bawa kami stop di sini? Sebab nak bagi kami main snowtubing 😃.


Di Trübsee Station ini ada hotel, shops and restaurant.

Walau pun Spring, di ketinggian ini pemandangan di sini tetap bersalji. 



Tapi di ketinggian begini, di sini kena sangat berjaga-jaga kerana aisnya mencair dan mengeras menjadi ais yang licin. 

Maka mestilah berhati-hati masa berjalan. Kalau salji tebal, lagi senang dan selamat berjalan dan tidak mudah tergelincir dan jatuh. 


Lepas itu kami pun dibawa melalui stesen ini untuk ke sebelah sana bangunan.


Haaa.. di sinilah Amar kata nak bagi kami chance main snowtubing 😃.

Nama tempat ini ialah Rutschpark Trübsee (Snow Park), yang terletak di Trübsee Alpine Lodge. Rupanya ada snow park di sini. Tidaklah kami tahu kalau tak dibawa Amar. Masa kami ke Titlis ini in 2015, kami tidak stop di sini masa on the way up.

Selain snowtubing, di sini juga boleh main balancer and minibobs. Tiada sebarang caj nak main di snow park ini sebab sudah termasuk dalam harga tiket tadi.

Inilah rubber tyres yang digunakan untuk snowtubing. Kaedahnya, duduk saja dalam lubang tayar ini and slide down the snow slope. Dianjurkan supaya memutarkan tayar ini masa launching ke bawah. Barulah seronok berpusing-pusing dalam tayar itu masa going down 😄.

This is the snow slope. Quite long down the path, which is berbaloilah. Tidaklah sekejap sangat. Macam mana nak naik balik ke atas? Kena panjat the slopes ke? Tidak, sebab ada disediakan walkalator condong naik ke atas. Jadi lepas sampai di bawah tu, jalan ke tube walkalator dan tarik the rubber tyre sekali bawa naik ke atas. 

My wife meluncur ke bawah, down the snow slope... weeeee... 😃😄.




Inilah kali kedua my wife bersnowtubing. Kali pertama dulu di Ski Dubai 2016 😃. Ini foto-fotonya 😄.


View from down the slope.


I also snowtubing lah 😄.



Lepas tu tak boleh bangun keluar dari lubang tayar tu.. hahahaha 😅.


Jalan sambil tarik rubber tyre ke tube walkalator ini untuk naik semula ke atas.

Just stand and rest the heavy rubber tyre on the conveyor belt as it move/roll up the slope. 

Kalau nak berdirikan tayar tu boleh juga macam dalam gambar panduan ini.





The walkalator tube. 




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment