Assalamualaikum.
Ok, kami sudah pun tiba di bandar Pisa selepas perjalanan sejauh lebih kurang 330 km selama hampir 4 jam.
Pisa ialah sebuah bandar di Tuscany, tengah Itali, dengan sungai Arno melaluinya sebelum sungai itu bermuara ke Laut Ligurian. Pisa adalah ibu kota Wilayah Pisa.
Hotel Repubblica Marinara, Pisa. Repubblica Marinara is a luxurious 4-star property set in a prime location in the centre of Pisa. |
Cassa di Risparmio di Firenze - Savings Bank of Florence |
Sudah reached 22℃. Alhamdulillah selesalah kami yang buat outdoor walking tour nanti.
Coop is Italy's largest retailer and has been providing Italian Food to Italians since 1854. |
"Pisan" ialah perkataan Inggeris untuk penduduk bandar Pisa. Kata nama Itali yang sepadan ialah "pisano" (lelaki) atau "pisana" (perempuan). |
Famiglia super adorabile 😃.
Pisa asalnya terletak di tepi laut sehingga abad ke-15, di mana kelodak terkumpul yang dimendapkan oleh Sungai Arno ini telah mengubah lokasi bandar ini sepenuhnya dari garis pantai.
Sungai Arno adalah aliran utama wilayah Tuscany, di tengah Itali. Berpunca dari lereng Monte Falterona di Tuscan Apennines, ia mengalir sejauh 240 km ke Laut Ligurian.
Kelihatan Fortress of Pisa.
Ketika ini kami sedang lalu jalan Lungarno Leonardo Fibonacci. 'Lungarno' bermaksud jalan atau tambak di sepanjang sungai Arno.
Ini jambatan 'Ponte della Vittoria' yang kami lalui tadi.
Ketika ini bus driver bawa kami lalu di laluan tepi sungai Arno atau 'Lungarnos of Pisa' ini yang di kedua-dua tebingnya ada deretan bangunan-bangunan dan jambatan yang indah yang telah terselamat daripada pengeboman semasa perang dunia kedua. Pisan lungarnos ini adalah tempat yang paling indah dan terkenal di Pisa, dan antara yang paling romantis. Di Lungarnos ini ada banyak hotel dan kediaman, kerana lokasinya yang central, menjadikan ia pilihan ideal untuk pelancong yang melawat bandar ini.
Museo della Grafica - Graphics Museum Carabiniere - military corps with police duties Torre Pendente - Leaning Tower |
Bruno Buozzi (Pontelagoscuro , 31 Januari 1881 - Rom , 4 Jun 1944) ialah seorang ahli kesatuan sekerja Itali, ahli politik, pekerja dan antifasis. |
Di kedua-dua belah tebing sungai Arno ini ada deretan bangunan-bangunan lama bandar Pisa yang mirip dengan yang ada di bandar-bandar lain di Eropah.
Selepas jambatan Ponte della Fortezza, di seberang sana ialah jalan Lungarno Mediceo. Ia mungkin lungarno yang paling terkenal di Pisa dan ia mendapat namanya kerana kediaman Grand Duke: Medici's Palace, which is now the seat of Prefecture.
Galileo di Vincenzo Bonaiuti de' Galilei ialah seorang ahli astronomi, ahli fizik dan jurutera Itali. Dia dilahirkan di bandar Pisa, ketika itu sebahagian daripada Duchy of Florence. |
Saya baca jika ingin mengetahui masa lalu dan masa kini Pisa dengan lebih baik, maka lawatlah ke lungarnos ini. Lungarnos ialah jalan-jalan di bandar Pisa yang menyusuri di kedua-dua belah sungai Arno yang terkenal di Pisa dengan bangunan indah yang bersebelahan dengan tebing sungai sehingga sampai ke saluran keluar sungai di Marina di Pisa.
The lungarnos of Pisa telah memberi inspirasi kepada beberapa penyair dan penulis terkenal seperti Lord Byron dan P.B. Shelley.
Di kawasan Lungarnos of Pisa ini juga ada gereja di mana gereja-gereja lama Pisa yang terkenal kebanyakannya terletak di utara sungai Arno. Santa Maria della Spina ini dibina daripada marmar putih dalam gaya Pisan Gothic dan telah diperbesarkan pada tahun 1323. Bangunan gereja ini termasuk dalam kumpulan beberapa palazi zaman pertengahan dan Renaissance yang masih utuh.
Ini pula jambatan Ponte Solferino. Sejarah jambatan ini cukup panjang melibatkan pembinaan dan banyak pembinaan semula akibat keruntuhan, akibat banjir besar sebanyak 2 kali, akibat peperangan diruntuh oleh pihak Jerman dan juga kerana pembinaan sistem tram.
Bas kami membelok menyeberang sungai Arno ini dengan jambatan Ponte Solferino ini.
Pemandangan dari jambatan Ponte Solferino.
Pemandangan jalan Lungarno Ranieri Simonelli. Ia mendapat namanya sempena Ranieri Simonelli, arkitek yang membinanya semula pada abad XIX.
Bangunan merah itu adalah Centro congressi Le Benedettine atau Le Benedettine convention center dilihat dari jalan Lungarno Ranieri Simonelli.
Ini pula salah satu bangunan lama di bandar Pisa yang kini dijadikan Museo delle Navi Antiche di Pisa (Museum of Ancient Ships of Pisa) dan Arsenali Medicei Pisa (Medicean Arsenals Museum).
Bangunan lama di seberang sungai Arno itu adalah Porta a Mare / Porta della Degazia atau Port Mare / Gate of Degazia. Ia adalah sebahagian dari tembok bersejarah bandar Pisa.
Ini pula La Torre Guelfa e la Cittadella atau Guelph Tower and Citadel. Terletak di hujung Walls of Pisa, satu ketika dahulu ia adalah pusat pembinaan kapal setelah kapal-kapal yang dibina di sini yang digunakan dalam peperangan di Mediterranean basin mencapai kemenangan demi kemenangan. Ini menjadikan ia pusat ketenteraan yang penting. Menara asalnya iaitu Ghibellina Tower telah diruntuhkan oleh pemerintah baru ketika itu dan diganti dengan menara yang ada sekarang. Beberapa kali dibina semula kerana banjir besar, pertukaran pemerintah dan peperangan.
Ini maritime arsenal yards.
Ini bangunan Arsenali della Repubblica di Pisa atau Arsenals of the Republic of Pisa. It is an event avenue.
Masuk ke jalan Via Bonanno Pisano.
Ini historical landmark Bastione San Giorgio atau St George's Bastion. Ia adalah sebuah kubu pertahanan lama Pisa.
Kembali melalui kawasan perumahan bandar Pisa ini.
Hotel Soggiorno Athena.
Hotel 4 stelle Pisa Villa Tower Inn.
BNL BNP Paribas bank.
Ok, sudah pun nampak tempat yang kami akan lawat iaitu Piazza dei Miracoli atau Square of Miracles.
Kelihatan di sebalik tembok tinggi itu adalah bumbung/kubah Battistero di San Giovanni atau Baptistery of San Giovanni yang merupakan salah satu bangunan bersejarah di dalam Piazza dei Miracoli.
Masuk jalan Via Cammeo Carlo Salomone.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment