Monday, June 26, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY: FROM BOLOGNA TO VENICE

Assalamualaikum.
Ok, pagi ini kami akan bertolak dari Bologna ke Venice. Orang kata kalau sudah sampai ke Itali, haruslah ke Venice.

Jom kita sarapan. Pukul 6:30 pagi kami sudah ada di restoran hotel ini. 


The breakfast spread. Boleh la. 

Tea, coffee and juice. 

Fruits and yogurts. 


Kami bawa kicap dari Malaysia... hihi 😄.

Macam-macam jenis perasa teh yang ada. Saya pilih lemon scented tea.

Tea and artificial sweetener... 😄.


Kami juga bawa satu tupperware kecil serunding ayam. Sumbat dalam roti bun dan croissant, sedap sangat 😋. Kicap, serindung dan sos cili (paket) memang kami bawa especially untuk sarapan. 

Lepas selesai makan, masih lagi ada masa. Since kami sudah pun siap kemas beg-beg kami sebelum turun sarapan tadi, jadi instead of balik ke bilik, kami lepak-lepak di luar taman hotel FlyOn ini sambil ambil gambar. 

Waktu ini lebih kurang pukul 7 pagi. Sejuk menggigil masa ini, around below 20℃, or colder, I think.  

Pemandangan bangunan hotel dari sisi balkoni. 




Cantik design bangunan ini with multi level balconies stacked in a criss-cross manner. 

A huge potted plant. 


Jom kita turun ke bawah sekejap. 


Bergambar 😀.





Bus/shuttle yang disediakan untuk hotel guests untuk ke airport. 

Jom kita explore sikit lagi kawasan sekitar hotel ini. 





Fan palm tree and its flower. 


Shuttle ke airport.

Red roses.





Cantik cahaya pagi waktu itu. 





Reception. 

Kami akan bertolak dari Bologna ini menuju ke Venice pada pukul 8:30 pagi. Pukul 8:10 pagi kami sudah siap bawa beg-beg kami turun, serah key card pada reception dan duduk menunggu di lobi hotel.  

Tepat pukul 8:30 pagi kami pun bertolak. Seperkara yang hendak saya kongsi di sini adalah bagaimana setiap group members kami begitu menjaga dan menepati masa sepanjang percutian ini. Kalau Check-out dari hotel, always on time. Turun bawa beg ke bas pun 10 atau 15 minit lebih awal dari waktu bertolak. Rendezvous at meeting points at places of interest also always on time. Kalau berhenti di R&R pun patuh masa. Alhamdulillah. 
Bertolak ke Venice sambil membaca doa.

Alhamdulillah, cuaca pagi itu cukup baik sekali. Ke Venice ikut lebuhraya A13.

Nama 'Bologna' tu mirip nama makanan apa di Itali? Tentulah bolognese kan 😃. In fact, Bologna is the birthplace of bolognese.

Bologna adalah salah satu bandar paling indah di Itali, tapi tidaklah seterkenal Rom, Florence atau Venice.

Kawasan metropolitan Bologna diduduki oleh lebih daripada sejuta orang. Ia dikenali sebagai 'Fat City' kerana masakannya yang mewah, dan 'Red City' untuk bumbung berjubin merah gaya Sepanyolnya. 

Bologna juga dikenali sebagai 'Learned City' kerana ia adalah lokasi kepada universiti tertua di dunia. Pendidikan adalah salah satu industri terkemuka Bologna. Universiti Bologna, yang diasaskan lebih 1,000 tahun lalu, adalah salah satu yang tertua di Eropah dengan pendaftaran seramai 84,000 pelajar. Industri penting lain di Bologna termasuk tekstil, pembuatan kereta, insurans, produk pertanian dan makanan.

Masa dalam perjalanan itu kami dapat lihat kawasan ladang anggur yang sangat luas. Tanah di Bologna adalah subur yang digambarkan secara geografi sebagai "the land of chalk and yellow sands" dengan iklim mikro yang sesuai untuk penanaman anggur. 



Oh ya, fyi, perjalanan dari Bologna ke Venice sepatutnya ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. But we reached Venice after about 2 hours and 30 minutes on the road.




Berhenti sekejap di R&R AutoGrill, di Province of Ferrara, Emilia Romagna.





Unfortunately semua tandas-tandas di R&R ini sedang ditutup untuk pembaikan. 

Jadi kami naiklah semula bas dan dibawa menuju ke R&R seterusnya. 

Agaknya sudah tak tahan sangat sampai lelaki ini terpaksa berbuat begini. 


Menyeberang sungai Po yang juga merupakan sempadan antara wilayah Veneto dan wilayah Emilia-Romagna. Sungai Po adalah sungai terpanjang di Itali, iaitu sepanjang 652 km.

Gereja Chiesa San Lorenzo Diacono e Martire (Church of San Lorenzo Deacon and Martyr) Occhiobello, Province of Rovigo, Italy.




Farm water sprinklers. 


A farmer and his farm.

Adige river. Adige ialah sungai kedua terpanjang di Itali, selepas sungai Po. Panjangnya 410 km.


Tak tahu struktur apakah ini. 



Ladang canola.

Farm water sprinklers and grains silos.





Lepas lebih kurang 30 minit kemudian maka kami pun sampailah ke R&R seterusnya.

Mujurlah tandasnya tak tutup 😅.


R&R ni namanya Grill Sarni. 

Suasana di dalamnya.






Meneruskan perjalanan ke Venezia. 

Tol Barriera Tangenziale di Mestre (Mestre ring road barrier).

Dari plaza tol ini ke bandar Venice adalah sejauh 12 km sahaja lagi atau 15 minit perjalanan. 

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment