Assalamualaikum.
Ok, sudah pun sampai La Spezia. Sedikit info tentang La Spezia.
🔸Ia yang merupakan ibu kota wilayah La Spezia dan terletak di Teluk La Spezia di bahagian selatan wilayah Liguria di Itali.
🔸La Spezia ialah bandar kedua terbesar di wilayah Liguria, selepas Genoa.
🔸Terletak kira-kira di tengah-tengah antara Genoa dan Pisa, di Laut Ligurian
🔸Ia adalah salah satu pelabuhan tentera dan komersial utama Itali dan pangkalan Tentera Laut Itali yang utama.
🔸Ia adalah sebuah resort tepi laut yang popular
🔸Merupakan salah sebuah pintu masuk utama ke Cinque Terre.
Seterusnya kami dibawa ke stesen kereta api untuk ke Manarola. First, bus driver mesti park bas at a designated parking area for tourists buses.
Terus merakam suasana bandar La Spezia ini.
Deretan bangunan apartments.
Di jalan Via Giosuè Carducci. |
Giosuè Alessandro Giuseppe Carducci ialah seorang penyair, penulis, pengkritik sastera dan guru Itali. Beliau sangat berpengaruh, dan dianggap sebagai penyair kebangsaan rasmi Itali moden. Pada tahun 1906, beliau menjadi orang Itali pertama yang menerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. |
Masuk ke Viale Italia atau Italy Avenue.
Sudah hampir pukul 10 pagi dengan suhu 21℃.
McDonald's La Spezia.
Technical Institute Giovanni Capellini, La Spezia.
Jalan Via S. Cipriano. Bangunan di hujung jalan ini adalah Civil Hospital Sant'Andrea di La Spezia.
Bangunan Cathedral of Christ the King di Piazzale Papa Giovanni XXIII (Pope John XXIII Square).
Katedral ini adalah monumen utama dan, pada masa yang sama, yang paling unik di La Spezia. Ia adalah hasil kerja arkitek Adalberto Libera dan mungkin kelihatan lebih seperti stesen pelancar roket daripada gereja Katolik. Reka bentuk moden ini memberikannya bentuk bangunan yang tidak standard. Katedral Christ the King adalah tempat penganut Kristian beribadat dan di sebelahnya adalah gereja Madonna Pellegrina.
Ketika di jalan Viale Italia ini kami came upon Port of La Spezia. Di sini ada Passeggiata Costantino Morin atau Costantino Morin Promenade. |
Enrico Morin (1841–1910) ialah seorang laksamana Itali dan ahli politik yang memegang beberapa jawatan kabinet. Beliau adalah Senator Kerajaan dan Menteri Tentera Laut Itali antara 1893 dan 1903, Menteri Luar Negeri semasa 1903 dan Menteri Perang sementara, selama beberapa hari, semasa 1902. |
Di waterfront ini ada Molo Italia atau Pier Italy. Di sini ada La Spezia Cruise Terminal dan Cinque Terre Ferries.
Cantik suasana di waterfront ini.
Persiaran tepi laut La Spezia ini, yang dikenali sebagai "Passeggiata Morin," mempunyai sejarah yang menarik sejak abad ke-19. Ia pada mulanya dibangunkan sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan dan pemodenan bandar di bawah Kerajaan Sardinia.
Persiaran ini direka untuk menyediakan ruang yang santai dan indah untuk penduduk dan pelawat menikmati pemandangan Teluk La Spezia yang menakjubkan.
Dari masa ke masa, persiaran ini telah mengalami beberapa transformasi, termasuk pembinaan patung terkenal Giuseppe Garibaldi, tokoh penting dalam penyatuan Itali.
Hari ini, Passeggiata Morin ialah kawasan yang meriah dan sibuk yang dipenuhi dengan kedai, restoran dan kafe, menjadikannya persinggahan penting bagi mereka yang menerokai kekayaan sejarah dan budaya La Spezia.
Pengunjung boleh bersiar-siar di sepanjang deretan pokok palma yang rimbun, berehat di atas bangku dan sambil melihat deretan kapal layar mewah yang berlabuh di marina ini.
Assonautica Marina. Di sini ada perkhidmatan bot untuk ke Portovenere dan Cinque Terre.
Pemandangan kawasan Ceppo dan Marola dengan bangunan-bangunan di lereng-lereng bukit.
Rotatoria Giuseppe Oriana atau Giuseppe Oriana roundabout dengan monumen light house. |
Giuseppe Oriana ( La Spezia , June 8 , 1915 - Genoa , September 8 , 2007 ) was an Italian soldier and politician who fought in World War II , fitted out and commanded the first computerized ship of Italian construction, founded the modern Morosini of Venice and worked as a Senator in two legislatures of the Italian Republic. |
Ini Arsenale Militare Marittimo di La Spezia atau Maritime Military Arsenal of La Spezia. The military maritime arsenal of La Spezia is a maintenance facility and naval base of the Navy , located in the central-western area of the Gulf of La Spezia , in the immediate vicinity of the historic center of the city of La Spezia . It covers an area of almost 90 hectares and inside there are about 13 kilometers of roads.
Masuk ke jalan Viale Giovanni Amendola. |
Giovanni Amendola (15 April 1882 - 7 April 1926) ialah seorang wartawan, profesor, dan ahli politik Itali. Dia terkenal sebagai penentang fasisme Itali. |
Monument to Generale Chiodo di Piazza Domenico Chiodo.
Domenico Chiodo adalah seorang jeneral dan arkitek Itali. Beliau dilahirkan di Genoa pada tahun 1823 dan meninggal dunia di La Spezia pada tahun 1870. Beliau mereka bentuk Maritime Military Arsenal of La Spezia.
Bangunan kanan itu adalah Circolo Ricreativo Autoferrotranvieri E Mobilita, a cultural center.
Ini Laboratori Polo Universitario atau University Polo Laboratories.
Stadio Alberto Picco / Alberto Picco Stadium di jalan Via Nicolo Fieschi. Stadio Alberto Picco ialah stadium bola sepak utama di La Spezia, Itali. Sejak tahun 1919 ia adalah tempat asal Spezia Calcio. Stadium ini mempunyai 11,466. |
Niccolò Fieschi (Genoa, c. 1456 – Rome, 1524) was an Italian Cardinal, of the prominent family of the Republic of Genoa, the Fieschi, which features in Verdi's Simon Boccanegra. He was bishop of Fréjus from 1485, and bishop of Agde from 1488. He was archbishop of Ravenna from 1516. |
Menarik sebenarnya gerak dalam bas melalui bandar. Sudah macam city tour pula, albeit just a short one. Bas pun sampai di tempat Bus/Coach Parking iaitu di tepi Arsenale Militare Marittimo di La Spezia (Military Maritime Arsenal of La Spezia). Turun dari bas kami terus dibawa Amar, our tour guide berjalan kaki ke Stazione La Spezia Centrale untuk naik tren ke Manarola. Dalam foto bawah, on the left is the University Center of La Spezia.
Di jalan Via Nicolo Fieschi. Berjalan kaki dari Bus/Coach Parking ke Stazione La Spezia Centrale ambil masa lebih kurang 20 minit sejauh about 1.4 km.
Dari jalan Via Nicolo Fieschi, masuk ke Viale Giuseppe Garibaldi.
Jalan Viale Giuseppe Garibaldi. |
Giuseppe Maria Garibaldi (4 July 1807 – 2 June 1882) was an Italian general, patriot, revolutionary and republican. He contributed to Italian unification and the creation of the Kingdom of Italy. He is considered one of the greatest generals of modern times and one of Italy's "fathers of the fatherland", along with Camillo Benso, Count of Cavour, Victor Emmanuel II of Italy and Giuseppe Mazzini. Garibaldi is also known as the "Hero of the Two Worlds" because of his military enterprises in South America and Europe. |
Then we came upon Piazza Giuseppe Garibaldi. Lima jalan-jalan bertemu di dataran ini untuk membentuk sebuah piazza. Ia terletak di persimpangan jalan-jalan Via del Prione, Via Fiume, Via Lazzaro Spallanzani, Viale Giuseppe Garibaldi dan Via Torino. Piazza ini direka oleh arkitek Antonio Leone and Cesarina Zanetti. Dataran ini adalah lokasi popular untuk locals bertemu dan melepak.
Di dataran ini ada air pancut 'Fountain of Dialogue' or 'Fontana del Dialogo' yang dipasang di tengahnya sebuah arca bernama 'Tarabella' yang dibuat daripada marmar Carrara oleh pengukir Viliano Tarabella dan telah dirasmikan pada tahun 2002.
Sculpture of Tarabella: a hollow body which resolves, in abstract forms, the theme of two large sails which interpenetrate and converge towards the top, where the water jet is.
Jalan Via Lazzaro Spallanzani, salah satu dari 5 jalan yang bertemu di dataran ini.
Untuk ke stesen kereta api Amar seterusnya bawa kami masuk ke jalan Via Fiume. |
Province of Fiume (atau Province of Carnaro) ialah sebuah wilayah Kerajaan Itali dari 1924 hingga 1943, kemudian di bawah kawalan Republik Sosial Itali dan German Wehrmacht dari 1943 hingga 1945. Ibu kotanya ialah bandar Fiume. Nama lainnya 'Carnaro' berasal dari Teluk Carnaro (Golfo del Carnaro). |
Di jalan Via Fiume ada restoran, hotel-hotel kecil, farmasi dan groceries shop.
Then kami bertembung dengan satu lagi dataran, yang ini namanya Piazza Saint Bon, di mana 4 jalan bertemu iaitu jalan-jalan Via Fiume, Via XX Settembre, jalan Via Nino Bixio dan jalan Via Pietro Paleocapa. |
🔸XX Settembre bermaksud 20 September merujuk kepada tarikh penawanan Rom pada 20 September 1870 yang merupakan peristiwa terakhir penyatuan Itali, menandakan kedua-dua kekalahan terakhir Papal States di bawah Pope Pius IX dan penyatuan Semenanjung Itali di bawah Kerajaan Itali. 🔸Gerolamo "Nino" Bixio ialah seorang jeneral Itali, patriot dan ahli politik, salah seorang tokoh yang paling menonjol dalam penyatuan Itali. 🔸Pietro Paleòcapa ialah seorang saintis, ahli politik dan jurutera Itali. Dia tinggal dan bekerja dengan jayanya di Itali, meningkat ke tahap yang terkenal. |
Piazza Saint Bon, dinamakan sempena Laksamana Simone Pacoret Saint Bon, adalah pintu masuk utama ke pusat bersejarah La Spezia untuk pelancong dan rakyat yang datang dari Stesen Kereta Api utama.
|
🔸Simone Antonio Pacoret de Saint-Bon (20 Mac 1828 - 26 November 1892) ialah seorang laksamana Regia Marina (Royal Navy). 🔸Dua kapal Tentera Laut Itali dinamakan sempena namanya: Kapal perang Itali Ammiraglio di Saint Bon (1901) dan Kapal selam Itali Ammiraglio Saint-Bon (1940). |
Di tengah bulatan Piazza Saint Bon ini dengan monumen marmar, sebuah Obelisk, karya artis La Spezia Francesco Vaccarone. Nampaknya seperti dibuat dari marmar putih mungkin marmar terkenal dunia iaitu marmar carrara Itali.
Bangunan besar berwarna kuning itu ialah Palazzo Calderai, sebuah bangunan bersejarah yang menjadi simbol La Spezia. Ia merupakan contoh gaya seni bina Art Nouveau, yang berkembang antara abad ke-19 dan ke-20. Konsert muzik musim panas telah dipentaskan di halaman di belakang bangunan ini selama bertahun-tahun.
Pelanggan C'est Bon, sebuah Espresso Bar.
Masuk ke jalan Via Pietro Paleocapa.
Tiba di Park Centro Stazione atau Park Center Station. Di sini ada Red Human Tower Sculpture.
Melalui jalan Piazzale Medaglie d'Oro
Ok, sudah pun sampai ke Stazione La Spezia Centrale / La Spezia Central Station.
Stesen La Spezia Centrale ialah stesen utama daripada empat stesen kereta api bandar La Spezia . Ia terletak di pusat bandar di Piazza Medaglie d'Oro.
Stesen ini dibina pada tahun 1887 dan merupakan pusat penting untuk pengangkutan penumpang serantau. La Spezia mempunyai pelabuhan yang besar, tetapi kargo terutamanya diangkut melalui stesen kereta api lain di bandar.
La Spezia Centrale berlokasi di Piazza Medaglie d'Oro, berhampiran pusat bersejarah, tidak jauh dari Museo Nazionale Trasporti, sebuah muzium khusus untuk perjalanan kereta api.
Stesen ini bukan digunakan untuk mengangkut kargo dari pelabuhan La Spezia, tapi ia juga merupakan hab utama untuk perjalanan penumpang kereta api pergi dan balik dari Cinque Terre yang indah.
La Spezia Centrale menawarkan simpanan bagasi, maklumat pelancongan dan beberapa tempat untuk membeli-belah atau menjamu selera.
Di luar stesen, terdapat beberapa perhentian bas yang menawarkan pelbagai perkhidmatan ke La Spezia dan bandar-bandar lain di kawasan itu.
Duduk berehat sementara menunggu Amar beli tiket tren untuk kami semua.
Our group.
Ok, tiket dah beli, jom follow Amar masuk ke dalam stesen dan ke platform ke Manarola.
"I ferrovieri della spezia ai due eroi Emanuelle Ferro e Enrico Toti attestanti nei secoli dignita' di opere grandezza di sacrificio per italia". "The railway workers of la Spezia, to the two heroes Emanuele Ferro and Enrico Toti attesting over the centuries dignity of works greatness of sacrifice for Italy". |
Emanuele Ferro ialah seorang askar Itali. Bersama Enrico Toti mereka adalah satu-satunya dua pekerja kereta api yang dianugerahkan penghormatan tertinggi dalam perang besar. |
Berjalan ke platform.
Lalu terowong bawah tanah untuk ke platform seberang.
Naik ke platform 2.
Suasana di platform.
Tiket kami, 2nd class berharga Euro 5, bertolak dari Stesen La Spezia ini ke Manarola pada pukul 11:25 pagi. Tak lama, cuma lebih kurang 10 minit sahaja.
Yes, tren 2 tingkat. Tapi ini bukan tren kami, ours was the next one.
Ok, tren sudah sampai.
Suasana dalam tren.
Leaving La Spezia Centrale station.
Kereta api ini membuat persinggahan di semua perkampungan di Cinque Terre. Manarola adalah stesen persinggahan yang kedua selepas Riomaggiore.
Stesen Riomaggiore.
Pemandangan Laut Ligurian / Riviera Ligurian Timur.
Selepas melalui dalam beberapa terowong maka kami pun tibalah di Stesen Manarola, Cinque Terre. Bergunung ganang sebab tempat yang kami nak lawat itu adalah di tepi gunung, mengadap lautan.
Amar mengira group members, takut ada pulak yang tak turun dari kereta api 😅.
Ok, follow Amar.
Berjalan di dalam terowong. Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment