Monday, June 12, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY: CINQUE TERRE - FROM PISA TO LA SPEZIA

Assalamualaikum.
Ok, pada hari ke 3 percutian Italy/Switzerland ini kami akan bertolak dari Pisa menuju ke La Spezia. Dari situ kami akan membuat lawatan ke Cinque Terre (5 lands) untuk melawat salah satu dari 5 perkampungan tepi laut yang sangat indah panoramanya.

Di Italy pada masa itu adalah di hujung musim bunga. Waktu solat Subuhnya pukul 4 pagi. Kalau lepas solat masih merasa mengantuk, bolehlah sambung tidur sebelum bangun untuk bersiap dan bersarapan. Waktu masuk Maghrib pula adalah pukul 8:45 malam. Selalunya kami akan check-in ke hotel lebih kurang pukul 6 petang, jadi masih lagi sempat untuk bersolat jamak. Oleh itu masa kami jalan-jalan, tidaklah risau-risauan untuk jaga solat/cari tempat solat. 

Pemandangan suasana awal pagi dari tingkap bilik hotel penginapan kami.

Pukul 7 pagi kami turun bersarapan. 

As expected, sajian sarapan tiada banyak pilihan untuk kita orang Islam. This is normal lah bila menginap di hotel-hotel begini.


Roti, telur rebus, croissant dan teh. Kami bawa kicap dan cili sos peket, dapatlah makan dengan telur 😄.

Nak bertolak pukul 9 pagi, jadi by 8:30 kami susah tarik beg-beg kami ke bas.

Bas sudah siap menunggu kami di depan hotel.

Memulakan perjalanan sambil membaca doa. Perjalanan dari Pisa ke La Spezia ambil masa lebih kurang 1 jam. 

Leaving Hotel Galilei, Pisa.

Hotel Galilei.

Melalui tol Casello di Pisa centro (Pisa center tollbooth).



Melalui lebuhraya European route E80 dengan pemandangan pergunungan Italy yang indah.

Lebuhraya E80 ini juga dikenali sebagai Trans-European Motorway. Ia adalah laluan Eropah Barat-Timur Kelas A, yang menjangkau dari Lisbon, Portugal ke Gürbulak, Turki, di sempadan dengan Iran. Lebuhraya ini menghubungkan 10 negara yang dan panjangnya kira-kira 6,102 kilometer. Di hujung timurnya ia bergabung dengan Lebuhraya Asia AH1 yang bersambung hingga ke Jepun.
European route E80


Sungai Arno di wilayah Tuscany di Itali. Ia adalah sungai terpenting di Itali tengah.


Ok, seperti selalunya saya kongsi foto-foto yang sempat saya dan isteri rakam semasa dalam perjalanan dalam bas. 














Pemandangan Apuan Alps yang sungguh indah sekali.

Serchio river. 
The Serchio is the third longest river in the Italian region of Tuscany at 126 kilometres, coming after the Arno at 242 kilometres and the Ombrone, 161 kilometres. 



Memang tak jemu ambil gambar Apuan Alps ini. Alhamdulillah, cuaca pun terang dan cermin tingkap bas ini bersih 😃.






Ladang canola. 



Kalau tidak silap ini adalah Monte Pisanino atau Mount Pisanino yang merupakan gunung tertinggi di Apuan Alps.



SubhanAllah, cantik sungguh.

Ini Fosso Burlamacca canal di Tuscany. Ia adalah terusan air buatan yang mengalirkan air dari Tasik Massaciuccoli ke Ligurian Sea.


Horse ranch and plant nursery.


Kilang marmar.









Ketika ini kami sedang lalu Province of Massa and Carrara. Ada banyak kilang-kilang marmar di kawasan ini dan marmar yang paling terkenal di dunia keluaran Itali ialah marmar Carrara dari kawasan ini. 






Ini Syarikat Sa.Ge.Van. Marmi (Sa.Ge.Van. Marbles) - specialized in the production and sale of marble blocks and slabs obtained from the typical white marbles and other varieties of marble.




Melalui kawasan ladang yang luas.










Pemandangan tempat tinggal di bukit-bukit seperti ini dengan samada castle atau gereja lama adalah biasa di sini.





Satu lagi kampung di atas/lereng bukit dengan gereja. Penempatan puncak bukit sebegini asalnya dibina di atas bukit untuk tujuan pertahanan. Ia boleh dikelilingi oleh tembok pertahanan yang tebal, benteng curam atau tebing yang menyediakan pertahanan semula jadi untuk penduduk kampung.
Teknik pembinaan yang digunakan untuk membina bandar-bandar dan kampung-kampung bukit ini telah dikaji oleh ahli seismologi untuk memahami mengapa batu purba dan struktur batu mereka sering boleh bertahan daripada gempa bumi yang memusnahkan bangunan moden berdekatan.



Ini dapat pun saya satu foto yang menunjukkan kawasan bandar/kampung atas bukit dengan keseluruhan bukitnya. Pastinya dengan kedudukan tinggi sebegini membolehkan penduduknya melihat kedatangan musuh dari jauh lagi. 

Jom zoom-in dengan lebih dekat lagi.

This is Vezzano Ligure, a comune (municipality) in the Province of La Spezia in the Italian region of Liguria.

Di commune atas bukit ini ada 3 gereja-gereja lama yang dibina pada abad ke-12, abad ke 17 dan abad ke-18, menara lama abad ke-13 dan runtuhan sebuah castle. 



Pemandangan Sungai Magra dan Vezzano Ligure dilihat dari Lebuhraya Autostrada A15 atau Autostrada della Cisa.


Sungai Magra dan jambatan lama.






Boschetti Cemetery.



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment