السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Seterusnya saya nak kongsi pula foto-foto lawatan kami di Kellie's Castle dalam siri blog entries tentang Batu Gajah saya ini. Pernah ada sekali kami lawat tempat ini dulu pada tahun 2006.
16 years later kami ke castle ini lagi. Sekarang Kellie's Castle sudah di upgrade, bermula dengan projek arkeologi konservasi pada tahun 2000 dan pemuliharaan pada tahun 2011. Dari jalanraya boleh nampak ada ramai pengunjung di roof top castle ini.
Sebuah istana pertama di tanah melayu ketika tempoh awal pemerintahan british |
During its heyday, beginilah rupa bangunan Kellie's Castle mengikut pandangan artis. Ada juga saya baca, according to a Malaysian historian, pada menara kanan sekali dulu mungkin ada sebuah kubah di atasnya memandangkan istana ini mempunyai ciri-ciri binaan Moorish dan India.
Perbandingan Kellie's Castle sekarang dan ketika zaman gemilangnya (artist impression). Senibina istana ini mempunyai ciri campuran gaya eklektik Moorish Revival/Indo-Saracenic/Greco-Roman. |
Ini Sungai Raya ke arah Barat Daya yang mengalir ke Sungai Kinta.
Book: Kellie's Castle by C.C.P Wilkins
Satu lagi foto 'compulsory' ketika melawat Kellie's Castle 😃.
Selepas kematian William Kellie-Smith pada tahun 1926, pembinaan istana ini telah terhenti. Dalam jangka masa lebih 100 ratus tahun kawasan sekeliling istana ini telah ditumbuhi hutan belukar dan istana ini menjadi bangunan terbiar.
Foto kanan: pemandangan dinding Kellas House dari bumbung istana.
Foto kiri: pemandangan menara istana dari bumbung istana.
Foto kanan: koridor istana di ground floor.
Setelah lama terbiar, pada tahun 2000, projek arkeologi konservasi telah dijalankan pada bangunan ini. Pada tahun 2011, kerajaan Negeri Perak melalui Jawatankuasa Pelancongan Negeri Perak telah menjalankan pemuliharaan dan kerja menaik taraf istana ini. Ia dilakukan di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10) dengan kos mencecah lebih RM 5 juta.Walaupun begitu lama terbiar, Kellie’s Castle tetap kukuh dan telah dapat 'diselamatkan' melalui proses konservasi. Pastinya proses ini mengguna pakai "Garis Panduan Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah di Malaysia" di mana 'Konservasi' didefinasikan sebagai "Konservasi dimaksudkan kepada kerja-kerja baikpulih yang mana cuba memulih semula monumen atau tapak tanah bersejarah kepada senibina dan bahan-bahan binaan yang sehampir mungkin dengan asal semasa mula-mula dibina".
Garis Panduan kerja-kerja Konservasi yang digunapakai dalam melaksanakan kerja-kerja konservasi monumen dan tapak tanah bersejarah di Malaysia adalah seperti berikut :
1. Penyelidikan: menjalankan penyelidikan sejarah dan struktur senibina
2. Kajian Konservasi: mengkaji lanskap, tapak tanah, alam sekitar dan bahan-bahan binaan yang digunakan.
3. Ekskavasi Arkeologi: mengesan struktur yang tertimbus, mengesan artifak-artifak arkeologi, mengenalpasti tapak berkenaan bebas daripada struktur dan artifak arkeologi.
4. Penyelidikan Pelan: menyediakan pelan struktur masa kini, pelan lokasi dan pelan cadangan pemuliharaan.
5. Penyediaan Pelan Induk: menyediakan kertas kerja pemuliharaan dan pelan cadangan pemuliharaan.
Pendokumentasian: gambar berskala rekod kerja-kerja pemuliharaan.
Berikut adalah beberapa foto-foto perbandingan sebelum dan selepas pemuliharaan Kellie's Castle dan Kellas House.
Pemandangan Kellie's Castle dari Jalan Gopeng |
Pemandangan facade depan istana |
Menara istana yang bilik atas sekali dijadikan Bilik Tetamu. |
Kellas House |
Pemandangan Kellas House dari bumbung istana |
Pemandangan Kellas House dari bumbung istana |
Pemandangan Kellas House dari bumbung istana |
Di Batu Gajah ada beberapa bangunan lama bersejarah yang dibina sekitar tahun 1800 dan 1930 dan tersenarai dalam 'List of British Colonial Buildings'. Salah satu bangunan ini adalah Kellie's Castle. Bangunan-bangunan lain yang termasuk dalam senarai ini adalah Hospital Batu Gajah, Kinta Prison dan Court House.
Kellie's Castle yang merupakan salah satu aset pelancongan warisan dan sejarah negeri Perak, bukan sahaja menjadi tarikan pelancong malah turut juga dijadikan sebagai sebahagian daripada kajian sejarah oleh banyak pihak.
Masa ambil gambar istana ini saya perasan dinding tingkat 1 bangunan ini berwarna putih sedangkan dinding lainnya masih lagi exposed bricks. Adakah dicat putih masa pemuliharaan dibuat? Rasanya tentulah tidak kerana saya fikir tentulah mengecat begitu bukan cara konservasi aset warisan sebegini. Then saya baca, mengikut cerita seorang warga emas tempatan, ketika dia berusia kanak-kanak, dia bersama kawan-kawan pernah meredah hutan belukar di sekitar istana ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi istana ini. Pada masa itu kata dia memang dinding itu berwarna putih. Jadi mungkin ketika pembinaan istana ini sedang dilakukan, William Kellie-Smith telah melakukan ujian cat putih pada bangunan ini.
Seperti di tempat-tempat tarikan pelancong lain, di sini juga ada pagar untuk 'Love Locks'. Kan sudah trend.
Kellie's Castle dibina di tepi Sungai Raya (Raia) untuk memberikan suasana nyaman di sekitar istana. Bagi tujuan yang sama, di belakang istana ini pernah ada sebuah tasik yang besar di mana William Kellie-Smith sering memancing ikan di tasik itu dengan menggunakan bot. Ikan-ikan yang ditangkap akan diberikan kepada pekerja-pekerja beliau.
Di menara ini ada bilik-bilik yang dijadikan wine cellar, the bar lounge, lift shaft, linen room and two guest rooms.
Dua tingkat paling atas menara ini telah dijadikan bilik-bilik tetamu. Rasanya sengaja dijadikan guest rooms to impress the guests kerana bilik-bilik itu mempunyai pemandangan empat penjuru dan juga kerana pemandangan-pemandangannya pula mengadap ke arah ladang dan estet besar milik William Kellie-Smith. To further impress the guests, William juga berusaha memasang lift di menara ini untuk membawa tetamu-tetamu ke bilik-bilik tetamu itu. Namun tiada lift dan hanya tinggal the shaft sahaja. Dikatakan kalau lift itu berjaya dipasang ia mungkin menjadi lift pertama yang dipasang Tanah Melayu ketika itu.
Ada dibina gazebo/wakaf untuk pengunjung berteduh dan berehat.
Pemandangan Kellie's Castle dan Kellas House dari taman.
Taman Kellie's Castle. Menurut C.C.P Wilkins, yang pernah menjadi Pengurus Estet Kellas, dalam bukunya bertajuk 'Kellie's Castle', diceritakan oleh salah seorang bekas pekerja William Kellie-Smith bernama Veeran yang taman Kellie's Castle ketika zaman gemilangnya adalah sangat indah sekali.
Ini foto-foto 'Love Locks' yang saya pernah encounter di Penang Hill dan Kuala Terengganu.
Ada info board. Jom baca.Ada begitu banyak sumber informasi tentang Kellie's Castle yang kita boleh jumpa di internet. Essentially they are the same. Ini kerana kebanyakkan sumber asal maklumat tentang istana ini datangnya dari usaha Tan Sri Dato’ Haji Dr. Mubin Sheppard, seorang sejarawan, budayawan dan bekas pegawai tentera Malaysia. Beliau juga adalah bekas pengarah pertama Arkib Negara Malaysia dan editor 'Journal of Malayan Royal Asiatic Society'.
Hmm... I think I'd much prefer the walls to be left as exposed bricks and not painted or plastered. Tapi dari segi melindungi bangunan istana ini dari elemen cuaca mungkin that may not be advisable. Mungkin pada zaman sekarang ada cara to protect the bricks, tapi tidak ketika istana ini sedang dibina.
Berdasarkan pada pelan dalaman Kellie's Castle yang ada dipamerkan di dalam bangunan istana ini, saya labelkan ruang-ruang dalamannya seperti dalam foto di bawah.
Di tingkat paling atas menara ini telah dijadikan Bilik Tetamu. Pemandangan 4 penjuru dari tingkap bilik itu adalah amazing.Apa yang pengunjung boleh lihat ketika melawat tempat ini adalah bangunan istana yang tidak sempat disiapkan dengan sebahagian darinya telah pun runtuh. Curious nak tahu bagaimanakah agaknya rupa istana ini kalau ia sempat disiapkan sepenuhnya, saya pun carilah di internet artists impressions of how the castle would have look like. So I put both the impressions and the actual castle side by side for comparisons. And they look amazing!
Bottom left photo: sudut pandangan ke arah Kellas House, rumah yang diduduki oleh William Kellie-Smith dan keluarganya ketika Kellie's Castle dibina. |
Pandangan-pandangan sisi |
Pemandangan facade depan Kellie's Castle |
Pandangan dari atas |
Pemandangan di inner court yard |
Pemandangan pintu masuk utama/parking/bangunan pelawat, Sungai Raya dan jambatan dari tebing bukit Kellie's Castle.
Ini lokasi-lokasi wine cellar, the bar lounge, lift shaft, linen room and two guest rooms di menara istana ini.
Pemandangan Kellie's Castle dari taman di sebelah kiri bangunan istana.
In perbandingan artist impression of the completed Kellie's Castle and Kellas House with the actual ones that we can see today. From the artist impression there was a roofed walkway with quarters that connects the castle (right) and Kellas House (left).
Ini bangunan Kellas House, or what's left of it. Di Batu Gajah pada tahun 1903, William dan Agnes yang baru sahaja berkahwin, telah menetap di sebuah banglo kayu di estet William yang digelar Kellas House, yang dinamakan sempena ladang keluarga William di Scotland iaitu "Easter Kellas". Estet ladang pokok getah beliau juga dinamakan 'Estet Kellas' dan syarikatnya pula bernama "Kellas Rubber Company". Ladang getah keduanya pula diberi nama 'Kinta Kellas Estate' dan ladang yang pertama ditukar nama ke 'Old Kellas Estate'. Seterusnya dalam usaha menggali bijih timah pula, syarikatnya diberi nama 'Kinta Kellas Tin Dredging Company'.
Artist impression and the ruin.
Mungkin di dataran tepi Rumah Kellas inilah (foto atas) tempat William dan Agnes bersocial dengan rakan-rakan mereka.
William Kellie-Smith (di kanan sekali) dan Agnes merupakan golongan social. Rumah agam mereka yang besar ketika itu menjadi pusat bersocial bagi peladang dan pentadbir kolonial yang kaya. |
Ini informasi tentang reka bentuk Indo-Sarasenik.
Pada peringkat awal, William Kellie-Smith dikatakan sukar mencari arkitek untuk membina rumah ini. Beliau juga tidak menjumpai rumah pengurus ladang lain yang menarik perhatiannya yang boleh dijadikan contoh. Akhirnya beliau menggunakan reka bentuk bangunan Ibu Pejabat Kerajaan di Kuala Lumpur, yang ketika itu dikenali sebagai 'Federal Secretariať’.
Cerita tentang kemashyuran rumah ini telah sampai ke London dan disiarkan dalam akhbar ‘Financier' yang diterbitkan di London pada 15hb September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.
Pandangan sisi bangunan Kellas House: artist impression and the ruins.
Bahagian Rumah Kellas seperti foto di atas ada dirakam dalam foto lama rumah ini.
Pemandu, orang gaji serta penjaga bagi anak-anak keluarga berpakaian seragam dan kemas bergambar di Rumah Kellas. |
Ada couple sedang berfoto style Murad Osmann. Adorable 😃.
Diberitakan salah seorang cucu perempuan William Kellie-Smith, Frances Boston-Smith, pernah melawat Kellie's Castle ini. Semasa lawatan itu dia telah menyumbangkan beberapa gambar rumah agam pertama iaitu Kellas House kepada Pejabat Daerah Batu Gajah. Foto-foto ini dapat memberikan gambaran sebenar kelengkapan dalaman dan barangan koleksi yang ada di dalam Kellas House. Di bawah adalah foto-foto tersebut.
The wall of the Kellas House were reinforced with steel beams on both sides.
Pandangan dari ruang dalam Kellas House mengadap ke Kellie's Castle.
Continued with Part 02 in the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment