السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Isteri orang Perak, specifically Batu Gajah. Makanya over the years banyaklah foto-foto yang dapat saya rakam tentang Batu Gajah. So my next few blog entries will be visual storytelling about Batu Gajah as well as Gopeng and Lata Kinjang. Saya akan bercerita tentang Bandar Batu Gajah, Kellie's Castle, Kapal Korek Tanjung Tualang, Gua Tempurung dan Lata Kinjang.
Selain dari yang kami sempat lawat, sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik lain yang boleh kita lawat di Batu Gajah dan sekitarnya.
Maklumat dari Majlis Daerah Batu Gajah.
Moh le kita ke Batu Gajah 😃.
Bandar Batu Gajah terletak kira-kira 20 km dari Bandaraya Ipoh. Dari KL kami ke Batu Gajah menggunakan Lebuhraya PLUS, exit di Gopeng dan terus ke Batu Gajah.
Bila lalu di Lebuhraya PLUS, pastinya kita pass by perbukitan batu kapur menara Gua Tempurung-Gunung Gajah di mana terletaknya Gua Tempurung.
Bila sampai di sini, saya yang selalunya memandu, akan minta isteri ambilkan gambar perbukitan batu kapur yang cantik ini 😃. 'Turunkan tingkap! Shoot! Shoot! Shoot!!', I excitedly told her.. hihihi 😄. And I must say her captures were beautiful 😊.
Perbukitan batu kapur setinggi 546 meter ini merupakan sebahagian daripada batu kapur formasi Kinta berusia Ordovisi hingga Perm (500 hingga 250 juta tahun dahulu).
Pemandangan bukit-bukit, gunung-gunung dan banjaran yang berbalam-balam yang sangat indah ini boleh kita saksikan dari Jalan Gopeng ketika dalam perjalanan ke Bandar Batu Gajah dari Gopeng.
Ini pula pemandangan bukit batu kapur Gua Tempurung dari Lebuhraya PLUS menghala ke KL.
Ucapan 'Selamat Datang ke Majlis Daerah Batu Gajah' di selekoh Jalan Ipoh-Kampar dan Jalan Gopeng. Siap ada gading bersilang lagi.
Bandar Batu Gajah (Batu Gajah Town Center) tidaklah terlalu besar. Kalau kita nak berjalan kaki sambil sekejap sekejap berhenti ambil gambar, akan ambil lebih kurang sejam sahaja. For said duration, one's walk can cover area from the Menara Jam to Masjid Toh Puan Besar Hatijah as per below map.
Tapi kalau betul-betul nak buat 'Heritage Walk' atau 'Batu Gajah Heritage Trail' mestilah sekurang-kurangnya berbasikal atau berkereta sebab kebanyakkan bangunan-bangunan bersejarah Batu Gajah terletak dalam kawasan yang besar dan berbukit-bukit. At least for me, a 'Batu Gajah Heritage Walk' can cover areas from the Masjid Toh Puan Besar Hatijah to St Joseph Catholic Church per below map.
Di Batu Gajah town center ada sebuah menara jam. Nampaknya sudah di upgrade, nampak lebih cantik. Di situ juga adalah intersection yang paling sibuk di Bandar Batu Gajah ini.
Menara Jam Batu Gajah dengan kubah emasnya yang cantik.
Juga ada sebuah electronic board yang besar memaparkan pelbagai iklan, termasuk iklan dari Tourism Perak tentang tempat-tempat menarik di Batu Gajah.
Di intersection ini juga ada beberapa bank besar seperti AmBank, CIMB, Hong Leong Bank dan Maybank. Juga ada Pejabat Pos Batu Gajah, Royale Hotel, KFC, Pizza Hut dan Baker's Cottage.
Ok, ini maklumat tentang Sejarah Batu Gajah.
Terdapat beberapa versi bagaimana Batu Gajah mendapat namanya.
Ini di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah.
Di simpang Jalan Besar dan Jalan Pasar ada sebuah laman yang dinamakan Laman Komuniti. Dulu namanya Laman Local Agenda 21.
Laman ini sebenarnya adalah sebuah tempat parking kenderaan yang luas yang dihiasi dengan mural-mural besar pada dinding bangunan-bangunan yang ada di situ. Mungkin ia adalah juga tapak untuk kegiatan-kegiatan komuniti Batu Gajah.
Di laman ini juga ada dipaparkan info tentang 'Sejarah Batu Gajah' dan 'Tempat-tempat Menarik di Batu Gajah'.
Sejarah Batu Gajah.
Tempat-tempat menarik di Batu Gajah.
Jalan Pejabat Pos bersambung dengan Jalan Besar. Di kiri kanan Jalan Besar ini ada deretan rumah kedai lama yang mungkin dibina sekitar awal tahun 70an.
Tapi some of them look like heritage shoplots building seperti yang kita boleh kita lihat di Ipoh and Penang. So may be they were built earlier than the 1970s.
Mungkin tiada usaha konservasi atau perwartaan bangunan ini sebagai warisan seperti yang di Ipoh dan Pulau Pinang kerana deretan bangunan ini kini diselang seli dengan bangunan yang bercirikan warisan dan bangunan yang baru.
Di Batu Gajah juga ada dibina sebuah premium outlet, namanya 'Silverlake Brand Village Outlet'. Tapi belum buka lagi. Expected to open in Q4 2022. Its location is directly opposite Stesen Keretapi Batu Gajah. Jadi nanti kalau nak shopping di sini, naik je ETS.
Ia adalah sebuah gedung beli-belah berkonsepkan alam semula jadi. Berlokasi di tepi tasik, premium outlet ini dibina berasaskan keindahan tasik dan alam semula jadi.
Stesen Keretapi Batu Gajah.
Suasana di dalam Stesen Keretapi Batu Gajah.
CRRC Rolling Stock Centre ini adalah tempat di mana pemasangan gerabak-gerabak keretapi untuk kegunaan seluruh negara dibuat.
Kompleks KTMB Batu Gajah.
Berbalik ke Jalan Besar Batu Gajah ini, saya kongsi beberapa lagi foto-foto deretan rumah kedai lama ini yang lebih jelas lagi menunjukkan nilai sejarah bangunan-bangunan ini. Mungkin elok diwartakan sebagai Warisan Batu Gajah.
Seperti di Ipoh dan Pulau Pinang, bangunan lama yang dibaikpulih perlu mengekalkan facade bangunan yang asal. Di Batu Gajah ini nampaknya tiada such regulations. Makanya, seperti dalam foto di bawah ini, kita boleh nampak rumah kedai yang dibaikpulih adalah dengan modern design.
Tapi fortunately ada juga bangunan lama di Bandar Batu Gajah ini yang dibaikpulih dengan mengekalkan rupa bangunan yang asal.
Contohnya bangunan kuning ini yang terletak antara Jalan Pejabat Pos dan Jalan Besar.
Look how beautiful the pillars and the window shutters with arched glass panel at the top.
A roofed five-foot continuous walkway.
Di sebelah bangunan kuning tadi ada deretan 6 rumah kedai yang juga sudah dibaikpulih with their original facades design intact.
Saya ingat lagi 15 tahun dulu saya pernah jalan-jalan ambil gambar di Jalan Besar ini, doing a bit of people photography 😌.
And here are the old photos.
I hope one day this heritage building will also be restored to its former glory. It is one of the grandest old building that is located on this street.
Seterusnya saya kongsi beberapa lagi foto bangunan-bangunan lama dan bersejarah di Batu Gajah in my so-called 'Heritage Walk'. Well, earlier tadi walk lah, kalau nak ke kawasan yang ada bangunan-bangunan lama, kena la naik kereta 😄😅. Ok, bangunan Tudor style ini adalah Hospital Batu Gajah.
Hospital Batu Gajah sangat bersejarah kerana ia adalah hospital kedua yang dibina oleh British di negeri Perak pada tahun 1880 selepas Hospital Taiping.
Pada tahun 1951 institusi ini mula menerima banduanita dan dikenali sebagai Central Women’s Prison. Pada tahun 1959 pula institusi ini telah ditukar untuk menampung Orang Tahanan yang ditahan dibawah Ordinan Darurat 1948. Pada tahun 1964 institusi ini telah dipertanggungjawabkan untuk menahan Orang Tahanan yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Ini Sekolah Menengah Kebangsaan St. Bernadette’s Convent, sekolah menengah isteri saya. Sekolah ini bermula sebagai sebuah sekolah persendirian pada tahun 1948 yang ditadbir oleh Society of St. Moor Malaya (Nama rasmi pertubuhan Convent of the Infant Jesus). Pada tahun 1948 sehingga 1953, Sekolah Convent ini menumpang di bangunan sekolah Agama Gereja St. Joseph, Batu Gajah.
Di Batu Gajah ada beberapa bangunan lama bersejarah yang dibina sekitar tahun 1800 dan 1930 dan tersenarai dalam List of British Colonial Buildings. Bangunan-bangunan tu adalah Hospital Batu Gajah, Kinta Prison, Kellie's Castle dan Court House. Dan inilah bangunan Court House itu. Sekarang ia adalah bangunan Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah yang telah direstorasi.
Bangunan Pejabat Daerah Kinta ini telah dibina pada tahun 1892, ketika Sultan Idris Iskandar Syah memerintah Perak. Ia dibina dan dimiliki oleh Frank Swettenham, the first British Resident of Perak. State Engineer ketika itu ialah Francis St. G . Caulfield.
Ada bilik perbicaraan mahkamah zaman kolonial di dalam bangunan ini. Mahkamah adalah fungsi utama di bangunan ini di mana pihak British membawa penjenayah-penjenayah ke muka pengadilan.
🔴 Pada tahun 1892 bangunan ini adalah lokasi Batu Gajah Court yang berperanan sebagai High Court.
🔴 Pada 1903, High Court telah dipindahkan ke Ipoh dan Batu Gajah Court ini dijadikan District Court. Kemudian digunakan sebagai Magistrates' Court, tapi hanya di tingkat atas sementara lantai bawah digunakan oleh Land Office.
🔴 Pada 1994, Magistrates' Court dipindahkan ke bangunan baru juga di Batu Gajah.
🔴Pada 2007, bangunan ini telah diubahsuai dan dijadikan Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah.
Lantai mahkamah ini keseluruhannya adalah dibuat dari kayu untuk beradaptasi dengan keadaan cuaca yang panas. Kayu yang digunakan adalah kayu cengal kerana ketahanan dan tidak diserang anai-anai. |
Gereja ini dibina kerana kedatangan pelombong-pelombong Cina Kristian Katolik secara beramai-ramai dari Larut ke Batu Gajah sejak tahun 1880an. By 1885 sudah ada seramai 250 orang Cina Katolik di Batu Gajah. Kemudian sekitar tahun 1927 hingga 1929, gereja ini digantikan dengan bangunan batu oleh paderi gereja ketika iaitu Fr. Noel Maury. Pembiayaan datang dari penduduk tempatan, bekas-bekas pastor dan juga badan-badan korporat seperti Perancis Tekka Mines.
Kubah emas masjid ini adalah dikatakan mirip dengan kubah Masjid Al-Aqsa. |
Ruang solat utama yang luas. Masjid ini boleh menampung kapasiti jemaah seramai 1,500 hingga 2,000 orang.
Begitulah sedikit catatan saya tentang Bandar Batu Gajah. Next entry saya cerita tentang mural di Bandar Batu Gajah ini.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
kalau lawat KL ni, ada servis sewa kereta boleh rekomen ke? hehe
ReplyDelete