Thursday, September 8, 2022

PULAU PINANG - DAY 02 - PART 09 - WONDERFOOD MUSEUM - PART 06

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sambung lagi cerita di Wonderfood Museum, George Town, Penang.

Next, the 'Nearly Forgotten Dishes' ~ 'Makanan Warisan Hampir Pupus'.


Ok jom kita tengok replica makanan-makanan esotik lama kita. Ini Bubur Anak Lebah. 

Maklumat tentang Bubur Anak Lebah. Dinamakan anak lebah rasanya disebabkan butir-butir hijau yang macam ada dalam cendol, yang dibuat dari tepung beras/gandum dan jus daun pandan.

Ini pula Jagung Dalam Buluh. Kalau lemang jagung ada juga saya pernah nampak. Tapi yang 100% jagung macam ni tak pernah tahu pun.


Lempeng Pisang. Rasanay tak pernah makan Lempeng Pisang ini. Kalau Lepat Pisang ada la. 


Gulai Otak Lembu. Lauk ini confirm saya tak pernah makan. Kalau terjumpa di mana-mana restoran, confirm saya tak akan makan... hihi 😄. Ok la... mungkin saya akan cuba rasa sepotong kecik dulu 😅. Kalau tak silap lauk eksotik in popular di Kelantan. Katanya susah nak dapat lauk ini, jadi penggemar selalunya akan buat tempahan lauk ini dulu sebelum ke restoran.


Pulut Kukus Dalam Periuk Kera.


Ini Lemang Periuk Kera yang menjadi hidangan kami pada Hari Raya 2018 😄.

Seterusnya Sambal Hitam. Sambal ini memang tidak pernah saya makan, tapi kalau ada peluang definitely saya akan cuba sebab saya pernah makan Sambal Bilis Belimbing and I like it! 😋

Sambal Hitam dibuat dari Belimbing Buluh.

Ini pula Ikan Bakar Dalam Tanah Liat.

Interesting!

Dadar Telur Loma. Loma tu sejenis ikan. 


Sotong Sumbat Kelapa. Yang ini pun tak pernah cuba. Will I try it? I think I will. Dulu di Pasar Ramadhan ada peniaga jual Pengat Sotong. Manis macam Pengat Pisang kata peniaga tu 😦. Don't judge, try dulu lah, I was told... hihi 😄.


Sup Gamat. Teragak jugalah kalau saya diminta cuba. Bukan apa, seperti Gulai Otak Lembu tadi, saya skeptical sebab takut ada bau hanyir. Tapi orang kata kalau betul cara masaknya tentulah sudah tak ada bau tu.


Aiskrim Traditional.


Seterusnya ke bahagian Pasar Malam. Since muzium ini mengetengahkan makanan-makanan Malaysia, maka wajarlah dibuat satu section mengenai Pasar Malam.


Ini diorama panjang Pasar Malam Malaysia. Let's have a closer look shall we.

Penjual Minuman Ais.


Penjual Sate.


Gerai jual Ayam Goreng.


Gerai Cina menjual Char Koay Kak, Tanduk Goreng dan Fried Rice Cake.


Gerai menjual Apam Balik.


Ini gerai Putu Mayam. Kalau di kawasan perumahan saya, tak pernah ada Putu Mayam di Pasar Malam. Yang ada Putu Piring dan Putu Bambu. In fact, kalau saya jumpa Putu Mayam pun cuma di restoran mamak masa sarapan pagi.


Ke bahagian seterusnya. Wah.. ada makanan dan buah gergasi di hujung sana tu.

Di dinding ini ada dipamerkan replika pelbagai jenis roti canai mamak. 



Pelbagai jenis Roti di Restoran Mamak.



Di dinding exhibit ini tertera soalan, 
'Bayangkan berapakah banyak makanan ini diambil oleh anda setiap tahun?'
'Imagine how much of these food are you taking yearly?'







Satu lagi sudut makanan bersaiz gergasi.

Pengunjung bolehlah bergambar duduk bersila atas tikar berlakon mencecah kepingan roti canai tu pada kuah kari dan menyuapnya 😄. Lepas tu posing terbaring kekenyangan.. hihi.

The King and Queen of Fruits ~ Durian and Mangosteen.


Gerai menjual Durian, Manggis dan Rambutan.



Seterusnya bahagian kuih muih tradisional. 






Dan bahagian-bahagian seterusnya.




Food is Memory. 
Some food is always witnessing every unforgettable moments in your lives.


Squid Games' honeycomb Dalgona candy pun ada.




Food is Art.
Frame it with fun.

Till the next coming with PART 07, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment