Friday, August 14, 2020

CAMERON HIGHLANDS - DAY 02 - PART 07 - CACTUS POINT




Next Uncle Maniam bawa kami ke Cactus Point yang merupakan tempat lawatan yang last sekali dalam itinerary package 'Highland's Fullday Discovery' by CS Travel & Tours Sdn Bhd. 

Tiba di Cactus Point. 

Cactus Point adalah salah satu taman semaian bunga tertua di Tanah Tinggi Cameron. Ia mempunyai stok dan menjual pelbagai jenis kaktus bersama dengan tanaman tempatan dan tumbuhan eksotik lain yang bukan sahaja sesuai tumbuh di kawasan tanah tinggi, tapi ada juga yang sesuai berada dalam keadaan dataran rendah. Produk flora yang popular termasuk anggrek, pakis, tanaman kendi (periuk kera), Tillandsia, Venus fly traps, Geranium dan baby cacti.

Terletak di antara Kea Farm dan bandar Brinchang di sepanjang jalan utama, Cactus Point dibuka setiap hari dari pagi hingga petang. 

Dibuka untuk umum, kompleks ini menyediakan ruang tempat letak kereta yang besar di sepanjang perkarangan.

Kompleks ini juga menempatkan galeri membeli-belah yang dipenuhi dengan produk tempatan, pakaian, cenderamata, mainan, perhiasan dan barang makanan. Ada kawasan kecil dikhaskan untuk memetik strawberi. 

Jom kita masuk. Ok lah, tak de cerita. Kita tengok foto-foto je la ya 😊.


Bahagian flower nurseries.






























Di bahagian kaktus.
















































































Jadi begitulah lawatan kami ke Cactus Point ini. Yang minat kaktus, kalau ke sini mesti juling mata... hehe.

Perjalanan balik ke hotel.

Traffic jam sikit dekat pasar.




Tu Copthorne Hotel, hotel penginapan kami selama di Cameron Highlands.

Letih badan dari pukul 9 pagi tadi berjalan. Bila sampai hotel, sebelum naik ke bilik, kami massage badan pakai kerusi urut ni dulu 😊. Punya la rasa lega yang sangat! 😃

Pemandangan dari balkoni bilik. Kea Farm yang luas.


Kea Farm yang luas.











Mengadu lapar pada wife, so dia ajak pergi minum petang. Jom! 😄

Cantik Copthorne Hotel ni. 

Ada bunga-bunga hiasan taman.

Kebun kubis mini pun ada.


Beautiful lilies.

Sambil berjalan ke restoran, sambil ambil gambar bunga-bunga 😊.

Macam-macam jenis pun bunga yang ada. 

Malam semalam kami lalu jalan ini juga tapi sebab malam gelap gelita, makanya mana la nampak bunga-bunga ni semua.







Kami minum petang di restoran mamak Restoran Prima Maju. 


We ordered roti canai and roti telor with teh O and teh tarik. Memang sedap 😋. 

Tengah lapar dan dalam sejuk-sejuk nyaman tu, pekena roti canai panas cecah dengan kuah dhal dan kari... dengan minuman panas... Oooo... simple meals but so marvelous 😊. 


Berjalan semula ke hotel. 

Ambil gambar bunga lagi 😊.

... dan buah limau.




Tengok pokok ni teringat kami pada lawatan kami ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest pagi tadinya.








Sebelah malamnya instead of dinner di hotel, kami decided to walk turun ke bawah dari hotel ke tempat yang sama kami minum petang earlier. 

Malas nak walk further, kami makan di Zahrat Alsham Restaurant.

Nice ambiance. Simple, neat and uncluttered. 


Menunya. Kalau di restoran begini harganya memang la mahal sikit. 

Mahal pun sesuai la dengan portion yang besar. 

And more importantly the food was delicious. Alhamdulillah.


Sebagai penutup cerita jalan-jalan kami untuk hari pertama dan kedua di Cameron Highlands, saya petakan lokasi-lokasi lawatan kami as below. 9 tempat semuanya. Alhamdulillah.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. saya bela kaktus tak pernahnya yang hidup lama ...

    erk..orange juice rm 14 ... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh... how can die one? Buka ke senang nak jaga? Hehehhe... I donno, cause never had one.. hehe

      Yes... pure juice kot...

      Delete