Wednesday, August 12, 2020

CAMERON HIGHLANDS - DAY 02 - PART 06 - TIME TUNNEL MUSEUM




Seterusnya dari Raaju's Hill Strawberry Farm & Cafe, kami dibawa Uncle Maniam ke Time Tunnel Museum. 

Ketika itu petang Hari Ahad dan kami perhatikan memang banyak kereta naik ke Brinchang dari arah Tanah Rata. Kata Uncle Maniam, kebanyakan mereka nak menuju ke Kg Raja di mana dari sana ada jalan terus menuju ke Ipoh.

Cameron Highlands boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sama ada melalui Ipoh dan Tapah/Simpang Pulai dari negeri Perak, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan/Kuala Lipis dari negeri Pahang.

Pasar di Kea Farm. Ada pasar pagi di sini.

Selain pasar, juga ada restoran, hotel dan guest house.


Panjang queue masa ni, melingkar dari bawah. 

Nanti kami akan ke Cactus Point ni.

Berhati-hatilah ketika memandu di Cameron Highlands especially masa hujan. In fact, di mana pun kita memandu walau dalam apa keadaan pun perlulah berhemah dan berwaspada. 

Berbelok-belok.

Scorner Kea Farm dan Time Tunnel Strawberry Farm. Banyak ladang strawberi di sini. 

Tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang sudah kami lawati setakat ini dari awal pagi.

Sampai dah ke Time Tunnel Museum. Muzium Time Tunnel yang dibuka pada Februari 2007 ini juga dikenali sebagai 'The Local Museum', sebuah muzium memorabilia pertama di Malaysia. Dibuka oleh Mr. See Kok Shan, seorang pengumpul barangan lama yang percaya bahawa all that's old is gold.

Kompleks ini tidak seperti yang lain yang ada di Malaysia. Ia penuh dengan koleksi dan memorabilia yang mengingatkan pengunjung bagaimana kehidupan di Malaysia sebelum Perang.

Terletak di ruang bawah tanah Kok Lim Strawberry Farm, muzium dua tingkat ini panjangnya lebih dari 80 meter. Terdapat lebih dari 4,000 barangan lama dan antik dan gambar-gambar lama yang dipamerkan di lapan galeri seluas 14,000 kaki persegi.


Di entrance muzium ini ada dipamerkan sebuah kereta vintage Austin Morris yang dibuat pada tahun 1959. 

Ehh... ada valid Road Tax. Ye betul, kata Uncle Maniam sebab kereta ini masih lagi in good condition dan selamat dipandu di jalanraya. Ia sangat dijaga oleh owner muzium ini dan pastinya adalah his pride and joy. 

Ini Sijil Pemilikan Kenderaan kereta vintage tu.

Dalam muzium memorabilia selalunya mesti ada koleksi barang-barang begini. 

Old newspaper clip. 

Di salah satu galeri dalam muzium ini ada didedikasikan untuk Orang Asli Cameron Highlands. Dipamerkan gaya hidup penduduk asli, termasuk pameran peralatan harian, perangkap dan kraftangan. 


Ini foto lama perkhidmatan bas The Red & Yellow Omnibus Co Ltd oleh syarikat bas yang beroperasi di Taiping, Kuala Kangsar dan Lenggong yang juga digunakan oleh Orang Asli. Bas ini ada pemandu serta konduktornya.
This photo was taken by Egon Von Eickstedt while conducting a study on the Orang Asli from the Senoi tribe in Lenggong, in 1938 - 1939

My guess is this is a photo of a Mah Meri Chief. Ada Mah Meri Art Gallery di Tanah Rata. Mah Meri adalah subkumpulan etnik Senoi yang ada penempatannya di Cameron Highlands. Fyi, penempatan Orang Asli Mah Meri adalah di pantai Pulau Carey di Selangor. 

Ini foto-foto pemari-penari Mah Meri yang saya rakam semasa mereka membuat persembahan di Hari Kraf Kebangsaan 2015 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Turut dipamerkan beberapa foto-foto serta info menarik tentang orang Asli. 

Orang Asli Settlement. 

Semasa dalam perjalanan ke Cameron Highlands tempoh hari sempat saya rakam beberapa foto penempatan Orang Asli dari dalam bas.





Lifestyle of the Orang Asli.

Traditional Economy.




Sejarah ringkas Cameron Highlands.

Next, Japanese Occupation Gallery.

Japanese Invasion of Malaya
Instead of attacking Singapore from the seas as the British thought the Japanese would, the Japanese attacked from the north of Malaya. The British felt that the geography of Malaya would stop the Japanese from attacking through Malaya as the coastal plains were about 15 miles wide and filled with mangrove swamps and the mountain range, which runs from the north to the south is covered with jungles and would not have been easily captured by the Japanese. 
They travelled by bicycles which was an efficient method of transport and they also used tanks which had been taken the British aback during the battle of Jitra as it move very quickly. 

The color black was used in this section, I think as a grim reminder of the Japanese Occupation. 




The very basic necessities mainly for survival.



Jom ke galeri seterusnya. Passed by a small pond. 

Di muzium ini ada sangat banyak Koleksi Memorabilia, di mana ada lebih daripada 4,000 barangan yang dipamerkan. 


Pernah baca komik ni? 😄

Piring hitam vintaj Cha Cha dan A Go-Go.
🌓Off Beat Cha Cha was released in 1965. Artists: All Star Orchestra With July Tan.
🌗Vinyl A Go-Go tu dari Singapura keluaran 1967. On the cover is Rita Chao, a very popular Singaporean singer and actress. Back then, along with her singer friend Sakura, they were both known as 'A Go-Go Queens of the Sixties'.


I had never seen this before. How does it work?

A cash register?



Seterusnya, di muzium ini juga ada Sudut Kanak-Kanak. Ruang ini dipenuhi dengan pelbagai jenis mainan vintage. 

Vintage cut out paper dolls pun ada. 


I think these vintage tin, metal and rubber toys are quite valuable now. Can fetch nice prices if sold.




Ada banyak foto-foto lama throughout the years on Cameron Highlands as it developed. 


Pada saya ini sangat menarik. Novel-novel klasik Melayu ini bertajuk 'بوروه كريتاڤي' dan 'Nyawa di-hujung Pedang'. 

'Nyawa di-hujung Pedang' ditulis oleh Haji Ahmad Murad bin Nasaruddin dan didedikasikan kepada Allahyarham En Yazid bin Ahmad yang telah menjadi korban tentera Jepun semasa mempertahankan tanah airnya.
Novel klasik Melayu ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1948. Ia menceritakan kisah sebuah kampung Melayu semasa Perang Dunia II ketika Jepun telah mengambil alih Tanah Melayu. Watak utama adalah Yazid, tunangnya, Juriah, dan teman masa kecil mereka, Said yang menjadi pemberi maklumat orang Jepun. Said merasa irihati dengan Yazid, terutama ketika keinginannya untuk meminang Juriah ditolak oleh ayah Juriah, Pak Deris, yang memilih Yazid. Tentera Jepun, yang dipimpin oleh Yosyimura muncul di majlis perkahwinan Yazid dan Juriah dan membawa Yazid pergi setelah difitnahkan oleh sahabatnya Said. Yazid kemudiannya diseksa dengan pelbagai cara deraan yang penuh dengan azab dan sengsara untuk membuatnya mengaku dan mengkhianati orang lain. Hidup Yazid ketika itu bagai digantung di pedang setiap saat.


🌓Novel 'Lt: Nor Pahlawan Gĕrila' ialah riwayat yang sebenar berlaku pada seorang pahlawan dalam pasukan bersenjata yang bernama Force 136. Angkatan ini ditubuhkan di Tanah Melayu semasa peperangan pada tahun 1941-1945 ketika menentang Jepun yang menguasai Tanah Melayu.
🌗Uniknya Pocket Calculator Kingson tu. 

Muzium ini terkenal dengan gambar-gambar lamanya. Ia mempunyai inventori lebih dari 1,000 gambar.

Vintage TVs pun ada. When I was small, masa tu era TV hitam putih. Lebih kurang gini la rupanya TV kami. So bila colored TV was introduced, the transition was definitely major untuk kami sekeluarga. Back then introduction of new technologies were always seen as momentous.. hehe. 

Classic furniture and musical instrument.



Bahagian seterusnya ialah 'Kedai kopi' yang menyerupai restoran lama ('kopi tiam') yang lengkap serba serbinya - ada kaunter juruwang, bangku, meja, cermin, ashtrays, kotak mancis, chopsticks, kicap, cawan serta piring kopi klasik dan macam-macam lagi termasuk koleksi minuman ringan. 

Ada vintage prints ads - Ovaltine dan Blue Cross Condensed Milk. And those bottled drinks, some of them saya tak pernah dengar namanya pun. 

Berbagai jenis jenama rokok. 

Saya baca according to the museum's owner muzium ni popular di kalangan pengunjung warga emas yang bernostalgia bila melihat semua barangan pameran lama di sini. Muzium ini juga katanya dilawati ramai pelancong dari Singapura yang siap bawa anak cucu mereka datang ke sini.


Antara barangan lama yang turut dipamerkan adalah bahan iklan seperti poster dan lain-lain medium untuk produk-produk seperti minuman ringan, bir dan rokok.

A red vintage iron water pump dan set minum klasik termos dan cawan/piring dengan pattern zaman dulu.

Kaunter kopitiam.

Agaknya dulu-dulu iklan pakai dulang adalah salah satu cara pengiklanan yang popular.

Masih air yang original tu. Entah dah jadi racun agaknya because so long expired already.. hehe. 

Vinyl western artists. 


Juga ada corner 'Kedai gunting rambut' dan 'Salon Kecantikan'. Kerusi gunting rambut tu umurnya dah lebih dari 50 tahun. 


Baby walker ni vintage sungguh.

Ada sudut poster filem-filem Melayu klasik. 

🌓Sabarudin Tukang kasut - صبراودين توكڠ كاسوت - Jenaka Penoh Tamsil, Ibarat dan Tauladan! - Merdeka Film Productions Ltd
🌗Sesudah Suboh - سيسوده صبح - Penderitaan jiwa sa-orang ayah yang dahagakan kaseh sayang dan anak-nya - Merdeka Film Productions Ltd

Labu dan Labi - gaya gila penawar duka - ragam pencholek hati - Shaw Malay Film Productions.

Jefri Zain. Ingat lagi masa kecik dulu first time tengok filem ni, terasa teruja sungguh. A Malay Bond! Imagine that! 😲😮

Suasana kampung/pekan kecil.

Vintage bicycle dan dulang timah. 




Next, Galeri Dapur Lama. Macam-macam ada. 











Ok, selesai sudah lawatan kami di Time Tunnel Museum. Memang menarik muzium ini. Lawatan ke sini definitely telah pelbagaikan itinerary jalan-jalan kami di Cameron Highlands. Melawat ke muzium ini mengingatkan saya pada Rumah Klasik Kuantan yang saya lawat pada 2019 yang juga mempamerkan barangan dan foto-foto lama especially yang ada sangkut paut dengan bandar Kuantan. Kalau berminat boleh la baca blog saya melawat Rumah Klasik Kuantan di sini

Seterusnya kami nak ke Cactus Point. Traffic jam. Tapi ok, sebab bergerak.


Ada juga beberapa gerai di tepi jalan.

Ada jual Nangka Madu.



Masa on the way tu, Uncle Maniam singgah di sebuah pasar. We thought it was a great idea sebab ia beri kami peluang untuk tengok suasana pasar di Cameron Highlands.

Jom tengok apa yang dijual di sini.



























Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. alley oop!! pernah baca dulu!!tapi tak paham sangat apa jokenya biasanya ..hahahhaha

    jadual ilmu hisab tu.. kita slidekan benda yang kat tengah tu ..
    so .. 2 and 3 is 6 gitu . kotak kecik kat tengah tu jawapannya .. slidekan ke kananyang benda putih tu untuk dapatkan jawapannya
    yang the whole lot kat atas tu for darab and bahagi
    yang bawah for campur and tolak
    pernah guna ni dulu masa sekolah
    kira macam ngelat lah kalau tak ingat sifir

    paper dolls with interchangable dresses!! hahhahaha... ada main dulu kahkahkah

    apakah makna tamsil ? tak pernah dengar

    buah apa yang kat sebelah longgokan nagka madu tu ? sea coconut ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah baca komik tu. Funny ke? Tak faham? Western sgt kot jokenya.. hehe.

      Ooo.. gitu guna jadual tu. Macam paper calculator la ya.. nice. Also I've never seen it before :).
      Ingat lagi masa kecik mak suruh hafal sifir. Sambil mak tgh duduk basuh kain dalam bilik air, saya duduk tepi dia baca sifir kuat2. Then disuruh baca tanpa refer pada jadual sifir. Bila silap, habis kena marah.. hehe.

      Masa kecik pernah tgk my older sister main paper dolls tu :).

      Tamsil tu like ada pengajaran dari cerita. I refer google actually.. hehe

      I think so those are sea coconut.

      Delete