﷽
Ok, sambung lagi cerita jalan-jalan kami di Cameron Highlands. Lepas spent time di Taman Eko-Rimba Mossy Forest, seterusnya kami bersama dengan 4 others in our group dibawa Uncle Maniam (tour guide/driver) ke BOH Sungei Palas Tea Center.
Di Tea Center ini pengunjung boleh melihat pemandangan indah ladang teh sambil minum dan snacking, beli pelbagai produk BOH Tea, beli pelbagai jenis ais krim termasuk ais krim perasa teh tarik, melihat beberapa pameran, lawat kilang memproses daun teh dan jalan-jalan di Sungei Palas Garden.
Di Tea Center ini pengunjung boleh melihat pemandangan indah ladang teh sambil minum dan snacking, beli pelbagai produk BOH Tea, beli pelbagai jenis ais krim termasuk ais krim perasa teh tarik, melihat beberapa pameran, lawat kilang memproses daun teh dan jalan-jalan di Sungei Palas Garden.
Land Rover panduan Uncle Maniam terus meluncur laju.
Tapi bila jalan macam ni rupanya, maka dia pun slow down la 😃. Otherwise, hura hara la kami dalam kereta 😅.
Perjalanan dari Mossy Forest ke BOH Tea Center ambil masa lebih kurang 20 minit.
Kami terus menikmati pemandangan-pemandangan indah bukit ladang teh yang beralun-alun.
Masih belum tengahari, jadi cahaya pagi masih cantik dan tidak harsh sangat. So nampak cantik pemandangan di sini.
Kelihatan juga rumah pekerja-pekerja ladang teh yang disediakan oleh BOH Tea. Majikan BOH Tea turut menyediakan kemudahan lain antaranya balai raya, bangunan keagamaan, kemudahan sukan dan perkhidmatan bas percuma ke bandar-bandar during market days.
Pekerja-pekerja memetik daun teh di Boh Tea Plantation adalah pekerja migran dari Pakistan dan Nepal kerana gaji pekerjaan ini terlalu rendah untuk menarik rakyat Malaysia.
Sebahagian besar pekerja migran ini adalah orang lelaki yang tidak mempunyai perbelanjaan sendiri kerana mereka tinggal di ladang. Oleh itu mereka boleh menghantar seluruh gaji mereka kepada keluarga mereka di kampung.
Memasuki kawasan estate dan penempatan pekerja BOH Tea Sungei Palas.
Generally, kita tahu pokok teh di ladang teh ketinggiannya adalah lebih kurang paras pinggang.
Tapi sebenarnya pokok teh boleh tumbuh tinggi macam pokok-pokok tinggi lain jika dibiarkan tumbuh liar dan tidak dipangkas. Ini contoh pokok teh yang dibiarkan tumbuh liar.
Ada pokok tumpang tumbuh di pokok teh ini.
Cantik sungguh lighting masa ni.
Beautiful tea plantations landscape.
Jadi lagi cantik landskap ni dengan adanya pohon di tengah tu. Nice!
Yes, I have an obsession with lone trees 😄.
Another lone tree! 😊. I'm so happy.. hehe.
Di kawasan estate ini ada kedai runcit dan kuil.
Yang kanan tu adalah Sungei Palas Estate's Occupational Safety & Health Clinic. Di estate ini juga ada SJK (T) Ladang Sg Palas.
Ok, dah pun selamat sampai di BOH Tea Center Sungei Palas.
So, awal pagi tadi kami bertolak dari Copthorne Hotel terus menuju ke Tea Plantation Lookout Point. Lepas tu ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest. Then jalan patah balik ke Boh Tea Center.
Dataran di depan BOH Sungei Palas Tea Center.
BOH Sungei Palas Tea Center.
Sebelum masuk ke bangunan Tea Center, kami di bawa ke bahagian belakang untuk ikut Guided Tour dalam kilang teh.
Guided Tour kilang teh ini bermula di sini dengan sedikit penerangan tentang Kilang Teh BOH disampaikan oleh staff yang bertugas.
Berjalan masuk ke Boh Tea Factory.
Since photography is not allowed inside the factory, maka saya tampal di sini beberapa foto dalam kilang memproses daun teh yang saya rakam semasa lawatan kami di Glenloch Tea Factory, Sri Lanka. Lebih kurang sama je mesin-mesin yang digunakan.
Foto Glenloch Tea Factory, Sri Lanka. |
Ok, sedikit dahulu info tentang pokok teh dan proses penanaman. Pokok teh yang ditanam di sini adalah dari jenis Camellia Sinensis, berasal dari China dan tersebar ke wilayah timur laut India, berhampiran sempadan China di sekitar Assam.
Proses penanaman bermula di nurseries dari benih atau dari keratan dari pokok terpilih. Selepas tiga tahun, pokok-pokok teh dipindahkan ke barisan yang rapi di ladang.
Pokok yang tahan lasak ini, boleh tumbuh dengan baik di dataran rendah dan juga di dataran tinggi dan memerlukan sedikit sahaja pembajaan dan pengawalan serangga perosak.
Pemangkasan yang teliti dibuat untuk membentuk ketinggian kira-kira tiga kaki bagi memudahkan penuaian tunas dan dua daun muda. Ia dapat hidup bertahan selama lebih dari seratus tahun, bergantung pada pemeliharaannya.
Proses-proses yang digunakan oleh Kilang BOH untuk menghasilkan teh hitam adalah withering, rolling, fermentation, drying, sorting, tasting and packing.
Proses penanaman bermula di nurseries dari benih atau dari keratan dari pokok terpilih. Selepas tiga tahun, pokok-pokok teh dipindahkan ke barisan yang rapi di ladang.
Pokok yang tahan lasak ini, boleh tumbuh dengan baik di dataran rendah dan juga di dataran tinggi dan memerlukan sedikit sahaja pembajaan dan pengawalan serangga perosak.
Pemangkasan yang teliti dibuat untuk membentuk ketinggian kira-kira tiga kaki bagi memudahkan penuaian tunas dan dua daun muda. Ia dapat hidup bertahan selama lebih dari seratus tahun, bergantung pada pemeliharaannya.
Proses-proses yang digunakan oleh Kilang BOH untuk menghasilkan teh hitam adalah withering, rolling, fermentation, drying, sorting, tasting and packing.
Foto-foto Glenloch Tea Factory, Sri Lanka. |
Jenis-jenis teh yang dihasilkan oleh Boh Tea adalah Black Tea, Flavored Tea, Green Tea, Herbs and Fruits, Ice Tea Mix, Instant Tea Mix and Single Origin.
Foto Glenloch Tea Factory, Sri Lanka. |
Seterusnya kami ke bangunan sebelah iaitu bangunan Boh Tea Center. Ada dipamerkan di pintu masuk. Ini peralatan yang digunakan untuk memetik daun teh. They are tea harvesting shears and machine.
Faktor teknologi global tidak banyak mempengaruhi BOH kerana tidak banyak penggunaan teknologi yang diperlukan untuk menghasilkan produk teh.
Oleh itu mesin-mesin yang digunakan tidak perlu selalu diganti untuk mengikut perkembangan teknologi semasa.
BOH masih menggunakan tenaga pekerja manusia untuk memetik dan mengumpul daun teh disebabkan oleh sifat muka bumi ladang tanaman teh yang berbukit-bukau.
Buat masa terdekat ini masih belum lagi ada teknologi yang cost effective yang dapat mengganti pekerja ladang teh. Teknologi ini mungkin ada tetapi kos untuk memasang dan menggunakan teknologi baru untuk membantu penuaian daun teh mungkin tidak akan bermanfaat dalam jangka masa panjang.
Rolling machine.
Alat penimbang daun teh lama.
Kipas kilang antik.
Di center ini juga ada ice cream parlor. Macam-macam perasa ais krim yang ada. Ada Lemon and Mandarin Sorbet, Vanilla Tea, Lychee and Rose Sorbet, Mango Yogurt, Passion Fruit Sorbet, Strawberry and Raspberry Sorbet, Teh Tarik, Green Tea Latte and Cham.
Komitmen Boh Tea.
Juga ada bilik penerangan.
Also on exhibition are these beautiful black and white photos.
Dan tentunyalah di center ini ada kedai produk-produk keluaran Boh Tea. In fact, di section inilah yang paling ramai pelawat.. hehe.
BOH Plantations Sdn Bhd menumpukan perhatian pada penghasilan Teh Hitam (Black Tea) premium dari kilang teh yang dikenali sebagai Camellia Sinensis. Teh Hitam adalah pelbagai teh yang lebih teroksidasi berbanding dengan jenis teh oolong, hijau dan putih. Teh hitam umumnya lebih kuat rasanya dan mengandungi lebih banyak kafein daripada teh yang kurang teroksidasi. BOH Plantation mensasarkan pasaran umum dari pelbagai peringkat usia yang umumnya meminati beverages.
These are the Selections and Tea Types by BOH Tea.
Dan ini favourite saya 😊.
Turut dipamerkan ialah The Malaysian Elephant Satellite Tracking Project.
Ok, next jom ke masuk ke J.A's Balcony for some tea and snacks 😋.
Macam-macam ada.
Nasi Lemak Cheese Cake dan Cendol Cheese Cake pun ada 😃.
Scones, cookies and Short Breads.
Kalau nak yang savory, boleh la cuba Sausage Pizza Buns.
Jemput minum 😊.
We had Iced Tea, Teh Tarik less sweet (for me of course 😊) and scones. The scones were so soft and crumbly good 😋.
Maka teringat la saya pada teh-teh yang pernah kami minum semasa percutian lepas. Here they are 😊.
Gordes Carpet, Istanbul, Turki. Sambil tengok karpet dihidang Apple Tea yang sungguh sedap 😋.
Glenloch Tea Factory and Tea Center, Katukitula, Sri Lanka. Macam-macam jenis teh dihidangkan untuk kami cuba. Ada yang pekat dan heavy, ada yang aromatic and light dan juga ada yang fruity. And yes, all these are free! 😃
Restoran Beit Dickson, Salmiya, Kuwait. Biasanya kalau teh di sana memang dibuat pekat. Secara amnya, di restoran-restoran di Kuwait, kalau kita dah habis minum teh Arab tu dan tak nak tambah lagi, kita mesti goyang-goyangkan gelas tu. Kalau tak buat gitu, akan di refill 😊.
Puncak Kawa, Guguak Pariangan, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Well, actually di sana minuman ni dikategorikan sebagai kopi (Kopi Kawa) but to me more like sejenis minuman teh sebab ia dibuat dari daun Kawa. Rasanya, well, not my cup-of-tea actually.. hehe.
Pyramids Cafe, Hotel Amarante Pyramids Giza, Egypt. Tehnya pekat yang amat (jenis Black Tea), dah rupa macam kopi. Aromanya kuat dan rasanya pahit, jadi kena letak lebih gula. Me cannot la nak extra sweet gitu, so just took a few sips je.. hehe.
Premium Houseboat (Southern Panorama Cruise), Kerala Backwaters, Kerala, India. Untuk minum petang di atas houseboat, kami dihidangkan Masala chai yang merupakan minuman teh berperisa yang dibuat dengan membancuh Teh Hitam (Black Tea) dengan campuran rempah dan ramuan India yang aromatik. Memang sedaplah sangat Masala Chai tea ini 😋.
Hotel Mifujien Lake Kawaguchiko, Yamanashi, Jepun. Minuman Green Tea Jepun yang pahit sikit and light yang dihidang bersama dinner.
Longjing Tea Plantation, Hangzhou, China. Teh di sini adalah dari jenis Green Tea. Penyediaannya senang seperti ditunjuk ketika demonstrasi. Cuma tuang air mendidih dalam gelas yang ada daun teh. Biarkan selama 7 minit sehingga daun-daun teh kembang dan menyerap air. Selepas itu air teh diminum dalam masa 3 minit berikutnya. Rasanya macam teh hijau yang pernah kami minum.
Dan last sekali di Gaharu Tea Valley, Gopeng, Perak. Teh ini adalah dari daun pokok gaharu yang jadikan produk teh, made available in sachets, rendam dalam air panas or can also be boiled. Sedap juga rasanya so we bought a few.
Ok, saya sambung balik cerita jalan-jalan kami di BOH Sungei Palas Tea Center ini.
Seats di bahagian dalam where we sat masih ada lagi kosong. Yang di luar ni penuh.
Penuh sebab pemandangan dari balkoni ini sangat cantik.
I think lokasi di mana balkoni ini dibina was really spot on.
The views are simply breathtaking. SubhanAllah.
As you probably knew J.A's Balcony dan backdrop pemandangannya yang sungguh indah ini pernah digunakan sebagai lokasi shooting filem Ombak Rindu.
Astro Shaw in Association with Tarantella Picures, LLC |
Ok, jom jalan-jalan sikit lagi since masih ada masa lagi sebelum pick up time by Uncle Maniam.
Ada foto-foto lama kenderaan yang digunakan oleh BOH Tea untuk tujuan advertisements pada zaman 50an dan 60an.
Dulu Penang ada trams, tapi until early 70s je. Kalau still ada kan bagus, macam di beberapa negara-negara Eropah.
BOH Tea Center, Sungei Palas.
Dataran di depan BOH Tea Center.
J.A's Balcony dari luar.
Di BOH Tea Center ini juga ada Sungei Palas Tea Garden. Jom tengok.
Pengunjung boleh jalan turun ke bawah bersiar-siar dan jalan terus ke hujung sana tu.
Boleh la berselfie di BOH sign ni. Kena take turn la kalau ramai orang.
Di hujung sana tu ada car park, quarters pekerja, SJK (T) Ladang Sg Palas, BOH Sungai Palas Divisional Office dan Sungai Palas Hindu Temple.
Bangunan putih ni nampaknya macam sebuah hotel/resort.
Memang cantik pemandangan di sini.
Enjoy a leisurely morning walk at a tea plantation.
Beautiful blue sky. Cuaca baik pada pagi itu. Alhamdulillah.
Suhu di kawasan Brinchang ini pada masa kami di situ, lebih kurang pukul 11 pagi, adalah +- 19°C. At high noon time it was around 24°C. So it's nice and nyaman je.
BOH sign and J.A's Balcony.
J.A's Balcony.
Hebat betul stamina cyclists ni! Jalan turun naik bukit, berliku-liku, road condition yang teruk at some parts... amazing endurance... woiii.. respect!
Dah nak dekat pick up time. Sementara tunggu Uncle Maniam datang (dia park Land Rover di bawah sana), kami sambung ambil gambar dan bergambar kenangan sikit 😊.
Uncle Maniam sampai, kami semua pun naik balik kenderaan dan menuju ke destinasi seterusnya.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
nasi lemak cheese cake?!
ReplyDeletesalted egg pineapple cheese cake ?
wow!! pelik tapi ok kot sebab mesti ada orang beli ..
apesal tak try??!!! :)
Those fusions some considered as an abomination... much like an English chef I watched in a TV show said that teh tarik Malaysia is so disgusting sebab merosakkan rasa teh sebenar. Macam la teh tu negara dia punya.
DeleteTo me... kek keju perasa nasi lemak... why not... siapa suka, makan la... yg tak suka, tak paksa pun you makan.. hehe... to each his or her own lah.. hehe...
Sempat scones and tea sahaja sebab we did not have much time masa tu, still ada bhg bawah tu yg tak explore lagi...