Di sepanjang perjalanan kami di Alahan Panjang ini ada banyak kebun-kebun sayur.
Melalui kawasan yang berbukit.
Kutipan derma untuk membina masjid.
Kedai menjual buah limau madu tempatan.
Kebun sayur-sayuran.
Kebun sayur subur yang luas.
Ada ketikanya hujan semasa perjalanan kami ini.
Kedai runcit / mini mart.
Sudah mula kelihatan Danau Diatas.
Pemandangan Danau Diatas yang cukup indah sekali. SubhanAllah.
Kebun sayur, kawasan perumahan, Danau Diatas dan gugusan Bukit Barisan. Such an amazing view!
Lokasi Danau Diatas dan Danau Dibawah.
Dulu saya pernah ke sini, melihat pemandangan ini, pada 2016. Namun, still keindahannya tetap memukau.
Danau Diatas pada 2016. Masa itu juga dengan beautiful dramatic sky.
Kebun bawang yang bertingkat-tingkat.
Masjid Raya Nurul Jama'ah Bancah, Jl. Padang - Alahan Panjang, Simpang Tj. Nan IV, Danau Kembar, Solok, Sumatera Barat, Indonesia.
Tapak semaian di depan rumah.
Sebuah masjid besar yang sedang dalam pembinaan.
Sekali sekala ada juga kami ternampak rumah-rumah Gadang. Tapi nampaknya seperti sudah lama.
Kebanyakkannya adalah rumah-rumah moden.
Ternampak juga pokok-pokok bunga matahari. Besar bunganya. Mungkin juga sesuai diusahakan penanaman pokok bunga matahari di sini.
Danau Diatas.
Dah nampak blue sky. Perhaps the weather will improve.
Adik-adik sedang berjalan kaki pulang ke rumah dari sekolah.
Kawasan kediaman di lereng-lereng gunung. Cukup indah sekali!
Selain dari arah sisi kereta, kami berdua juga memang suka ambil gambar ke hadapan sebab the views are simply awesome!
Dan kami pun tiba di Wisata Danau Kembar untuk melihat Danau Diatas dengan lebih dekat lagi.
Di Wisata Danau Kembar ada Danau Kembar Villa seperti dalam peta di bawah.
Peta bawah pula nak tunjuk yang perjalanan kami melalui lembah gugusan Bukit Barisan dan Gunung Talang yang pemandangannya cukup indah sekali. SubhanAllah.
Guard house Wisata Danau Kembar.
Jalan masuknya begitu cantik dengan barisan pokok-pokok hiasan jalan, pokok-pokok pinus dengan gunung berkabus di horizon.
Pokok kayu tusam (Pinus merkusii) merupakan sejenis pokok pain yang terdapat di rantau Asia Tenggara terutamanya di pulau Sumatera, Indonesia dan di Filipina. - Wikipedia
Unfortunately, bila kami sampai di bahagian dalam dekat tepi tasik keadaannya di situ could have been better.
Ada beberapa facilities yang kelihatannya agak terbiar and in states of disrepair. Aduhh... sayang sekali kerana tempat ini cantik dan tenang. Apa-apa pun saya share yang positif saja ya.
Jom kita ke tepi Danau Diatas.
Ada proper walkway dan suasananya nyaman dan teduh.
Lokasi kami di Danau Diatas, iaitu di Danau Kembar Villa.
Kami di point merah. Jalan masuk tadi di red arrow.
What a beautiful scenery. SubhanAllah.
Kami di point merah. Jalan masuk tadi di red arrow.
What a beautiful scenery. SubhanAllah.
Banjaran yang dapat dilihat di seberang danau ini adalah gugusan Bukit Barisan.
Ada kawasan perumahan penduduk dan ladang/kebun di lembah banjaran Bukit Barisan ini.
Banjaran Bukit Barisan merentasi sepanjang pulau Sumatera Barat dari utara hingga ke hujung selatan pulau.
Banjaran Bukit Barisan, atau juga disebut sebagai Bukit Barisan sahaja, adalah suatu pergunungan di sisi barat Sumatera, Indonesia, yang membentang hampir 1,700 km (1,050 batu) pada pulau itu.
Rentang Bukit Barisan terutama terdiri dari gunung-ganang berapi yang diselimuti oleh hutan yang lebat, termasuk hutan pinus tropika Sumatera yang terdapat di lereng yang lebih tinggi. Taman Nasional Bukit Barisan Selatan terletak pada hujung selatan banjaran ini.
Di bawah adalah lokasi beberapa gunung-gunung tertinggi di Banjaran Bukit Barisan.
Puncak tertinggi dari banjaran ini berada pada Gunung Kerinci, iaitu dengan ketinggian 3,805 meter (12,467 kaki). |
Baik, jom kita saksikan keindahan danau ini.
Tenang air tasik ini, hampir tanpa ombak.
Terfikir juga, ada ke ikan di tasik ini? Mesti la ada. Ikan favourite warga tempatan di sini adalah ikan paweh. Katanya sedap digoreng garing lumur dengan cabai merah. Tak tahu saya ikan ini dipanggil apa di Malaysia. Sama ke?
Saya baca kegiatan menangkap ikan di tasik ini dilakukan secara berlebihan menyebabkan populasi ikan di danau ini telah berkurangan. Sampai sudah dianggap capai tahap krisis.
Oleh kerana pemanfaatan yang berlebihan ini, pihak berwajib telah melakukan penebaran sebanyak 350k benih ikan (Ikan Nilem/Ikan Asang) di danau ini pada Mac 2020 sebagai usaha menambah stok ikan dan untuk mengembalikan fungsi ekosistem akuatik yang seimbang.
Sesuai untuk santai bersama keluarga.
Nak mandi? Ooo.. jangannn... sejukkk! 😊 Suhu di sini adalah sekitar 22°C masa siang hari dan 15°C pada waktu malam. Habis kecut mecut la kalau nak gak gi swimming.. hehehe.
Tasik ini luasnya 17.2 km persegi dan berkedalaman 44 meter.
Kalau nak pusing tasik ini dengan menaiki kereta, akan ambil masa lebih kurang 45 minit.
Danau ini bersifat tadah hujan. Air Danau Diatas bermuara di Lembah Gumanti yang bersatu dengan Sungai Batanghari (sungai terpanjang di Sumatera at 800 meter in length) dan akhirnya mengalir ke Selat Melaka.
Sungai Batanghari.
Ada saya baca danau ini dikenali juga sebagai 'Switzerland di Sumatera Barat'.
Tak pasti saya kalau danau ini nampak seperti tasik di Switzerland. Tapi kalau nak banding dengan Lake Mondsee di Austria (foto bawah) memang ada persamaannya.
Sepertinya tasik-tasik lain, danau ini juga ada kisah lagendanya.
Tak ada pula sebarang bot atau sampan yang sedang lalu. Would have been like an added bonus 😊.
Kebun bawang.
Satu pemandangan panorama yang sangat epik! SubhanAllah.
Kami jalan terus lagi sekitar tepian Danau Diatas ini.
Satu lagi lookout point.
Ada papan maklumat 'Peta Wisata Kabupaten Solok'.
Selesai di tepi Kawasan Wisata Danau Kembar, kami naik semula kereta menuju ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum itu saya requested untuk kami berhenti sekejap di Masjid Ummi Lembah Gumanti untuk kami lihat pemandangn Danau Diatas dari masjid itu pula. It was just about a couple of kilometers away. Saya pernah buat hentian di situ dahulu dan pemandangan di situ memang cantik.
Inilah Masjid Ummi Lembah Gumanti.
Lokasi Masjid Ummi ini adalah di Jln. Muaro Danau Diatas Alahan Panjang, Kab. Solok, Sumatera Barat.
Lokasi Masjid Ummi dan Wisata Danau Kembar.
Seberang jalan masjid ni ada sekolah SMA N 1 Lembah Gumanti.
Pemandangan Danau Diatas dari Masjid Ummi.
Ok, let's enjoy the views.
SubhanAllah, memang la cantik sangat pemandangan di tasik ini. Jadi kalau anda ke danau ini, perhaps boleh juga stop sekejap di masjid ini untuk sudut pemandangan Danau Diatas yang tak kurang epiknya.
Di masjid ini ada jualan kacang rebus. Ada kami beli. Sebungkus makan bertujuh, mana cukup.. hehehe.
Seterusnya kami ke Kota Solok untuk makan tengahari. Hujan turun dengan lebatnya sewaktu kami meninggalkan Danau Diateh.
Melalui kawasan pasar.
Banyak gerai jual durian. Musim durian agaknya.
Wajib Memasuki Terminal:
Calon Gubernor Kito.
Satu Kerja Nyata Lebih Baik Dari Seribu Janji.
Sebuah Rumah Makan. Macam rumah mewah.
Seorang lagi Calon Gubernur.
Tengahari tu kami lunch di Rumah Makan Salero Kampuang, Solok.
Jom masuk. Lapar dah 😊. Cuaca nyaman dengan hujan memang cepat buat rasa lapar.. hehe.
Hidangan makan tengahari kami.
Lepas makan kami singgah pula di Masjid Ashriyah Saok Laweh yang berdekatan untuk menunaikan solat.
Pemandangan di dalam masjid.
Sambung perjalanan ke Sawahlunto.
Beautiful paddy fields.
Sawah padi bertingkat.
Kadang-kadang hujan lebat; kadang-kadang renyai.
Passed by Kampung Tenun Solok Nan Indah Nagari Jambur Kec IX Koto Sungai Lasi Kabupaten Solok.
Dan kami pun selamat tiba di Sawahlunto pada pukul 3:30 pm. Sawahlunto adalah sebuah kota bersejarah yang terkenal sebagai kota tambang batu bara (perlombongan arang batu) di zaman pemerintahan Belanda. Kami terus dibawa ke hotel penginapan kami yang bernama Parai City Garden Hotel.
Ini summary peta perjalanan kami pada hari pertama di Sumbar; dari airport hingga ke Kota Sawahlunto with stops in between them.
Perjalanan kami dari Danau Diatas ke Kota Sawahlunto.
Di tengah kota ini mengalir sungai besar namanya Sungai Batang Lunto yang satu ketika dahulu digunakan Belanda sebagai pembangkit listrik bertenaga uap.
Tembok Sungai Batang Lunto di Jalan Proklamasi.
Ada deretan gerai-gerai makan di tepi sungai ini.
Sebelum ke hotel kami dibawa pusing kota ini dahulu. Fyi, tapak perlombongan arang batu Ombilin di Sawahlunto telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2019.
Ini Monumen Kota Sawahlunto.
Ini Monumen Kota Sawahlunto.
Masuk ke Jalan A. Yani.
Ada banyak bangunan-bangunan lama zaman Belanda yang masih kekal di Sawahlunto.
Ini bangunan Hotel Ombilin Heritage. More on this heritage hotel in my next entry.
Antara tempat-tempat menarik di Sawahlunto yang akan kami lawati pada esok hari.
Ini pula bangunan Minang Mart yang juga merupakan bangunan warisan.
Gereja Katolik St. Barbara.
Bank Nagari Cabang Sawahlunto.
Ini pula bangunan lama Pegadaian Sawah Lunto. Ia dikenali sebagai Rumah Komedi Sawahlunto.
Di atas bukit berdekatan ada big 'Sawahlunto' sign.
Perjalanan diteruskan ke Parai City Garden Hotel. Ini adalah Tugu Mohammad Yamin. Beliau adalah seorang Pahlawan Nasional Indonesia yang dilahirkan di Sawahlunto. Tugu ini lokasinya di Jalan Proklamasi.
Tiba di Parai City Garden Hotel, Jalan Baginda Aziskan (Jalan Bagindo Aziz Chan), Pasar, Lembah Segar, Sumatera Barat 27418, Indonesia.
Curious nak tahu siapakah Bagindo Aziz Chan, saya pun cari info di internet.
Pemandangan Kota Sawahlunto dari Parai City Garden Hotel.
Di jalan masuk ke hotel ini info board. Let's have a look shall we.
Papan maklumat tentang:
World Heritage Site: Ombilin Coal Mining Heritage of Sawahlunto.
Jom baca.
Di entrance depan untuk masuk ke hotel ini adalah restoran hotel ini.
Restoran Hotel Parai ini adalah salah satu bangunan lama di Kota Sawahlunto yang disenarai sebagai salah satu Cagar Budaya Nasional Kota Lama Sawahlunto oleh Dinas Kebudayaan Peninggalan Bersejarah dan Permuseuman Kota Sawahlunto.
Ia dibina pada tahun 1915 sebagai Pejabat Doktor untuk Hospital Syarikat Perlombongan Batubara Ombilin. Semasa kemerdekaan Republik Indonesia, juga dibangun kediaman pegawai Ombilin Coal Mining yang masih bujang. Sejak 2011, dengan pembinaan hotel di kawasan ini, bangunan ini telah menjadi sebahagian dari pengurusan Hotel Parai Sawahlunto.
Seni bina kolonial masih kelihatan jelas di bangunan ini. Tingkap, pintu bentuk atap, tiang dan struktur lainnya kelihatan kukuh.
Walaupun telah diubahsuai, bangunan ini tidak banyak berubah. Ciri asli sebagai bangunan warisan dengan seni bina kolonialnya masih terserlah.
Sumber maklumat: kebudayaan.kemdikbud.go.id
Dari restoran Parai hotel ini kami berjalan ke lobi hotel.
Ada taman kecil dan pokok bonsai.
Kena panjat tangga. Mujur ada staff hotel yang bantu kami bawa beg.
Beautiful floor mosaics.
Kaunter Reception di Parai City Garden Hotel.
Foto-foto lama sistem perkeretaapian Sawahlunto menghiasi diniding lobi.
Berehat di lobi sementara check-in dibuat oleh tour guide.
Dihidang Welcome Drinks. Alhamdulillah, memang kami tengah kehausan 😊.
Sedap minumannya.
Beberapa foto-foto interior hotel ini.
Lif tak ada tapi jangan risau sebab staff hotel akan bantu bawakan beg-beg.
Wide open space with lots of natural lighting. Nice!
Hotel ni 3 bintang. Ada 3 tingkat with 41 rooms. Ada wifi and breakfast included.
Saya paling gembira bila ada cerek letrik sebab nak bancuh teh tarik (kurang manis).. hehe. Power outlets mencukupi. Ada TV, air-con, cold/hot water. Bilik air kami ok. Saya baca reviews hotel ni rata-rata not so good especially dari foreigners. Alhamdulillah, pada kami bilik-bilik kami semua ok. Mana yang sikit-sikit kurang tu kami ok je. Oh yes, yang paling penting juga bilik luas ada ruang yang cukup selesa untuk bersolat.
Dan yang kami paling suka juga ialah the views from the balcony. Kami diberikan bilik di tingkat paling atas dengan pemandangan mengadap Kota Sawahlunto.
Here are the wonderful views from our room's balcony.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
dekat Wisata Danau kembar ni lah hari tu pa'Unchu berhenti cari penginapan kita orang
ReplyDeletesebab tak tahu lagi dan tak book lagi kat mana
dia ada dengar kat sini ada
jumpa penjaganya
dia pun tunjuklah satu rumah tu
ada dua bilik ..Ada lah perabut tapi kopak sana sini .. berhabuk . macam rumah hantu pun ada..
nak gelak pun ya .. nak rasa horror pun ada .. :))
cantik gambar kebun bawang yang batas senget tu
Pa'unchu tu mmg adventure. Kalau nak dia bawak jalan2, terjah je. Kalau tanya lebih2, senang je dia jawab suruh kita tenang.. hehehe.
DeleteMmg cantik doc. Beratus2 foto saya ambik masa di Sumbar! :).