Ok, sambung cerita cuti-cuti Sumbar (Sumatera Barat) Day 01, Part 02.
Dari airport kami terus ke Sitinjau Lauik dibawa Pak Ino (tour guide) dan Pak Roni (pemandu).
Leaving Bandar Udara Internasional Minangkabau.
Sitinjau Lauik (Si Tinjau Laut) adalah nama yang diberi kepada jalanraya utama sepanjang 15 km yang menghubungkan Kota Padang ke Solok. Kami menggunakan laluan ini menuju ke Sawahlunto dari Padang. Sebelum ke Sawahlunto kami stop sekejap di Panorama II Sitinjau Laut.
Iya, untuk ke Sawahlunto dari airport akan ambil masa selama lebih kurang 3 jam walaupun jauhnya 118 km. Ini kerana jalan raya yang melalui Sitinjau Lauik adalah menaiki gunung dan berliku. |
Perjalanan dari airport ke lookout point Panorama II Sitinjau Laut ambil masa lebih kurang 1 jam.
Melalui Jembatan Bandara.
Passing through Jalan Raya By Pass.
Kononnya natural la... padahal staged and posed.. hehe. But I kinda like this so-called 'selfie shot' sebab it captured both inside the van and the street.
Bangunan Pengadilan Tindak Pidana Korupsi/TIPIKOR/PHI Padang. It is a City Courthouse.
Pengadilan Negeri Padang.
Dan sudah semestinya Sumbar cukup indah sekali dengan hamparan sawah padinya yang rasanya tidak akan saya pernah jemu merakam.
Please do, however, just ignore rentangan wayar-wayar listrik semua tu ya.. hehe. Bila ambil gambar dari dalam kenderaan, memang tak dapat elak semua tu.. hehe.
Namun keindahannya tetap memukau!
Just a friendly reminder, there will be so many more foto-foto sawah padi yang akan saya kongsikan dalam cerita cuti-cuti kami di Sumbar indah permai ini 😊.
Soalan yang cukup menusuk hati sanubari dan fikiran kita.
"Sepele" bermaksud tidak penting atau remeh.
"Jika urusan shalat sudah kamu anggap sepele, maka apa sebenarnya urusan yang kamu anggap penting?" - Imam Hasan al-Bashri Kawan-kawan boleh baca tentang Al-Imam Al-Hasan Al-Basri di link ini. |
Landskap sawah padi dengan gunung ganang di horizon dilengkapi dengan langit biru awan berkepulan. SubhanAllah.
Macam mana la jari saya nak dok diam dari terus mengetik kamera.. hehe.
Ini Masjid Baiturrahman, Padang. Dianggap sebagai salah satu masjid terindah di Ranah Minang, ia dirasmikan pada 2017 dan boleh memuatkan seramai 2,200 orang jemaah.
Masjid Baiturrahman ini dibina dengan mengambil konsep seperti Masjid Agung Sheikh Zayed, Abu Dhabi, UAE.
Sheikh Zayed Grand Mosque. |
Pada bulan Ramadhan di masjid ini dilakukan solat tarawih dengan bacaan ayat Al Quran oleh imam sebanyak satu juz. Jadi lepas 30 malam Ramadhan, sudah 30 juz dibaca dan khatam Al Quran. Di Masjid Baiturrahmah ini ada 2 orang imam lulusan dari perguruan tinggi Mesir yang hafal Al Quran yang berganti-ganti menjadi imam ketika solat.
Masjid Baiturrahman, di waktu malam.
Ini Kampus Universitas Baiturrahman (UNBRAH PADANG).
Fakulti-fakulti yang ada di UNBRAH.
Ini Warung Saiyo. Lokasinya di tepi sawah.
Antara hidangan yang disediakan di Warung Saiyo ini ialah lontong gulai toco dan gulai cubadak, nasi goreng padang, lontong pecal dan pecal ayam kampung. Sounds delicious 😋. Btw 'toco' tu tauchu kan?
Perjalanan kami di bumi Sumbar ini berpemandangan yang kadang kalanya berlangit cerah dan berawan mendung begini.
Beautiful dramatic sky with epic ray of lights.
Sebuah lagi masjid besar, Masjid Jami'atul Huda Ketaping.
Big signboards by calon-calon.
Semen Padang Hospital.
'Angkot' merah.
Mungkin ibu ini sedang menunggu angkot setelah baru selesai berbelanja di pasar berdekatan.
Mesjid Raya Muhammadiyah Tanjung Sabar.
Pasar Bandar Buat / Pasa Banda Buek.
Pasar Bandar Buat adalah sebuah pasar tradisional.
Di belakang sign board (Kempen Indonesia Dermawan untuk bantuan kemanusiaan di Papua) dalam foto di bawah ini ada sebuah monumen iaitu Tugu Pasa Banda Buek yang melambangkan perjuangan Indonesia menentang kekejaman Kolonial Belanda. Ia terletak di tempat parking Pasar Bandar Buat.
Hairan kenapa dibenarkan dipasang sign board besar begitu sehingga menutupi hampir seluruh tugu bersejarah ini. |
Tugu Pasa Banda Buek.
Alhamdulillah, transport kami selesa.
PT Semen Padang.
PT Semen Padang is the state-owned company that became oldest cement plant in Indonesia, having been founded in 1910. The company owns the football club Semen Padang F.C. |
Indarung adalah nama salah sebuah loji milik Semen Padang.
Perjalanan kami setakat ini.
Kilang simen lama.
We also came upon a stretch of old aqueduct yang dibina oleh penjajah Belanda pada tahun 1910 untuk mengangkut air dari bukit bagi kegunaan kilang simen.
It was quite impressive.
Teringat aqueduct/viaduct yang pernah kami nampak semasa percutian lain kami.
Istanbul, Turki. |
Kaherah, Mesir. |
Pada masa ini kami mula masuk laluan naik gunung yang berliku dan berselekoh tajam. Laluan Sitinjau Lauik ini merupakan salah satu dari jalan raya nasional yang menghubungkan Sumatera Barat dengan beberapa wilayah lain.
Dikatakan laluan di point Panorama I dan di Panorama II pada laluan Sitinjau Lauik ini adalah yang paling merbahaya terutama bagi kenderaan besar seperti lori dan bas.
Kerana ia adalah 'jalur nasional', maka pastinya route Sitinjau Lauik ini sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan dari yang sebesar lori/bas hinggalah motosikal. Dilaporkan lebih 9 ribu kenderaan besar dan kecil mendaki dan menuruni di jalur nasional ini setiap hari.
Turut membimbangkan penguna jalan raya ini ialah terdapatnya beberapa landslide prone areas terutama ketika hujan lebat.
Selain tanah runtuh, kebarangkalian berlakunya kemalangan juga tinggi kerana jalan yang berliku dan berselekoh tajam dan dengan tanjakan tinggi pula.
Maka laluan ini sering dikenali sebagai 'death route' atau 'rute maut' dan dikatakan yang paling extreme di Sumatera Barat.
However kebimbangan itu semua telah sedikit sebanyak dapat dikurangkan dengan adanya khidmat para Pak Ogah yang sering berjaga di selekoh-selekoh tajam mendaki terutamanya di lokasi Panorama I dan Panorama II.
Tiba di Panorama II Sitinjau Laut.
Dipanggil 'Sitinjau lauik', kerana dari beberapa lokasi di jalan raya ini dapat dilihat pemandangan indah laut sepanjang pantai barat dan keindahan Kota Padang dari atas.
Perhentian Panorama II Sitinjau Lauik.
Kawasan ini adalah sebenarnya sebuah selekoh lama yang mempunyai beberapa buah kedai makan.
Di hentian ini ada sebuah gazebo bumbung Minangkabau yang ditaja oleh Semen Padang.
Dari lookout point ini boleh nampak Kota Padang dan Lautan Hindi.
Ini lokasi Panorama II Sitinjau Lauik, Kota Padang dan Lautan Hindi.
Hentian ini berada di paras lebih kurang 900 meter.
Padang City. Cantik sungguh pemandangan dari atas ni.
Kilang simen di Padang dapat dilihat dengan jelas dari sini.
Dari atas ni boleh nampak jalan di bawah yang sibuk dilalui kenderaan-kenderaan berat.
Beautiful mountainous landscape. SubhanAllah.
Ada beberapa rumah makan di sini. Nak menikmati keindahan view di sini sambil minum cappuccino pun boleh.
Anjung di sebuah rumah makan di sini. Nice spot to enjoy good meals whilst enjoying the amazing views.
Kilang Simen di Kota Padang.
Mujur tak ada kesesakan pelawat-pelawat lain di sini masa tu. Nice la to explore and take photos.. hehe. Mungkin ramai orang masa sunrise dan sunset.
View dari anjung rumah makan.
Salah satu dari beberapa selekoh mendaki yang tajam di laluan Sitinjau Lauik.
Kehijauan yang menyejukkan mata.
Rumah makan di sini adalah bersih dan selesa.
Di rumah makan di sini juga ada disediakan toilet berbayar (Rp 2,000 atau RM 0.60) yang juga adalah bersih. Tapi air gunungnya sungguh sejuk sekali.. hehe. Turut disediakan surau bagi kemudahan pelawat menunaikan solat.
Alhamdulillah, cuaca baik masa kami sampai di sini. Kalau hujan susah la nak ambil gambar.
Lori mangga.
Pak Roni sedang berehat sambil minum kopi.
Sambil tu kami sembang dengan Puan ni. Ramah sungguh orangnya. Kami tanya dia pasal kuih muih dan jajan yang dijual.
Puan tu suggested kami cuba lemang sedap ni. Since kami ada rasa lapar sikit sebab kami sarapan tadi sebelum masuk waktu Subuh, maka kami pun beli la beberapa ketul lemang tu.
Wah! Dalamnya ada kelapa yang macam pulut panggang kalau di Malaysia. As the Puan said, the lemang was indeed very delicious! 😋
Masa makan lemang ni kami teringat makan lemang di suatu majlis perkahwinan pasangan pengantin Uul dan Ira yang kami hadiri di Kecamatan Palupuh, Kabupaten Agam, di bahagian utara Bandar Bukittinggi, Sumatera Barat ketika percutian kami ke sini pada tahun 2015.
Yang uniknya, antara hidangan di majlis kahwin ini adalah lemang yang dimakan dengan pisang! Tapi saya makan lemang tu cecah dengan rendang dan sambal je.. hehe. |
Inilah pasangan pengantin Uul dan Ira. |
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Pendidikan Dokter ?
ReplyDeleteProfesi Dr ?
Apa bezanya ?
Tau tak cubadak tu apa?
Nangka
Kalau tak silap, Pendidikan Dokter tu adalah masa belajar. Profesi Dokter tu pulak program yang perlu lulus sebelum boleh praktik jadi dokter.
DeleteBetul. Kalau tak silap cempedak pun dipanggil cubadak juga.