Wednesday, May 20, 2020

SUMATERA BARAT 2020 - DAY 01 - PART 03 - LADANG TEH - ALAHAN PANJANG


Sambung cerita cuti-cuti Sumbar hari pertama, bahagian ke 3. Kami ke ladang teh pula di Alahan Panjang. 

Melalui  'Daerah Rawan Longsor'.

Memang laluan jalanraya Sitinjau Lauik yang menghubungkan Padang dan Solok ini merupakan jaluran nasional yang cukup sibuk sekali terutamanya dilalui kenderaan-kenderaan berat. 

Kerana muatan lori-lori adalah amat berat, makanya pergerakannya adalah begitu perlahan sekali terutama ketika menaiki bukit. Oleh itu sering juga kami nampak kereta-kereta overtaking the lorries dengan sangat berhati-hati seperti dalam foto di bawah.  

Para Pak Ogah yang sangat membantu pemanduan dengan memberikan khidmat lalu lintas terutama kepada kenderaan-kenderaan besar/berat ketika di laluan selekoh tajam dan mendaki bukit. 

Mencuci lori dengan air gunung yang kemudahan saluran paipnya ada di tepian jalan. 

Kadang kala bila keadaan tidak mengizinkan untuk overtake, perjalanan kami juga jadi selow. Alhamdulillah cara pemanduan Pak Roni cukup berhati-hati.  

Selamat datang di Kabupaten Solok. 

Ada replika giant buah mangga dan sengkuang. 

Taman Batas Kota Aia Sirah. Solok Nan Indah. Indeed.

Perjalanan terus turun naik lembah dan gunung. Saya suka sudut pandangan begini; dari puncak sini boleh nampak puncak di hujung sana bila jalan raya di hadapan menurun.

Banyak Tikungan, Kurangi Kecepatan. 

Berkabus masa kami lalu di Aia Sirah dan Lubuk Selasih ini. Kelihatan sejuk nyaman.

Ini Masjid Baburrahman, di Jl. Raya Solok - Padang, Batang Barus, Gunung Talang, Solok, Sumatera Barat.


Masa jalan di sini, di sebelah kiri kami adalah lokasi Gunung Talang. Tapi kami tak pasti la samada apa yang kami nampak ketika di sepanjang perjalanan dari Lubuk Selasih menuju ke Alahan Panjang itu adalah gunung tersebut. Lagi pun berkabus tebal masa tu.

Ini peta laluan kami dengan lokasi Sitinjau Lauik, Lubuk Selasih, Gunung Talang dan tempat yang dituju iaitu Alahan Panjang. 

Misty mountains.

So green and fresh. SubhanAllah.


Keindahan hamparan sawah padi dengan berlatarbelakangkan gunung yang puncaknya dilitupi kabus tebal. 


Rumah-rumah di tepian sawah padi dan kebun sayuran. Saya berangan kalau la dapat menginap di sebuah homestay di kawasan begini, saya akan explore jalan kaki menikmati keindahan alam dan ambil banyakkkk gambar.. hehe. Tapi kena banyak rehat sana sini sebab pasti kelelahan kalau panjat bukit.. hehe.

Sudah mula kelihatan ladang-ladang teh di lereng gunung. 

Ladang teh di belakang rumah.

Hujan gerimis masa ni. 

Ladang teh yang sangat luas.


Gerimis dan kabus tebal. Begitulah suasana di kawasan pergunungan kawasan ladang teh ini semasa kami di sana. 



Sekali sekali ada juga kami ternampak air terjun.

Di kawasan ini juga ada banyak kebun bawang.

Suasana sejuk, dalam perjalanan dalam kereta berhawa dingin.. huii.. memang terasa terbuai-buai sampai nak terlelap.. hehe. Dah usia begini, lagi la rasa nak tidur je... hahaha. Tapi kalau tidur terlepas la pemandangan-pemandangan cantik begini.



As you would have probably known, di sana disebut 'pangkas rambut' untuk gunting rambut. 

Melalui kawasan perumahan di lereng bukit/gunung.

Saya lihat dalam peta, kawasan Alahan Panjang ini adalah pada paras ketinggian antara 1,200 meter hingga 1,600 meter. Sebagai perbandingan, ketinggian bandar Tanah Rata di Cameron Highland adalah 1,400 meter.

Sebuah masjid di tengah kawasan perumahan dan ladang serta kebun.

Kebun kobis.


Ladang teh. 



Keluasan ladang teh yang saujana mata memandang.

Kami pun membuat persinggahan di tepi salah satu ladang teh di Alahan Panjang ini. Gerimis juga di sini masa kami sampai. Still can jalan-jalan lah.

Lokasi tempat kami berhenti ini berdekatan dengan Kedai Tek Ris seperti peta di bawah.

SubhanAllah, cantiknya hamparan pokok-pokok teh nan hijau segar dibasahi hujan dan kabus. And the dramatic cloudy sky really completed this amazing view. 

Kata tourist guide kami, teh-teh yang bermutu tinggi dari ladang ini kesemuanya dieksport ke luar negara. Cuma teh-teh yang kurang mutunya sahaja yang dijual di pasaran tempatan. Somehow to me that did not sound right. Tapi kami dengar je la. Perhaps it is true. Like that may be due to economic reasons. Why not sell to countries yang willing to pay exorbitant prices kan? It makes perfect business sense. 

Ok, agar tidak cuma sharing foto-foto, saya catat la juga serba sedikit info tentang ladang teh in general yang saya baca di internet. 

Nak tanam pokok teh, tanah harus telap, longgar dan dalam kerana akar tanaman teh dapat tumbuh hingga kedalaman hingga 6 meter. Lapisan tanah harus sedalam sekurang-kurangnya 1.5 meter. 

Kawasan terbaik mempunyai tanah gunung berapi yang sangat telap dan kaya dengan humus, baik basal maupun tanah liat. 
Lokasi Alahan Panjang dan gunung-gunung di Sumatera Barat.

Suhu purata teratas adalah antara 18°C dan 20°C dengan sedikit variasi harian. Iklim berpengaruh dalam penghasilan jumlah dan kualiti hasil tuaian.

Iklim yang terlalu lembap akan memberikan kualiti yang lebih rendah, sementara musim kemarau sering kali dapat menghasilkan hasil yang lebih tinggi. 

Ketinggian tinggi juga meningkatkan kualiti dengan hasil yang lebih kecil. Di kawasan tropika, pokok-pokok teh boleh ditanam di ketinggian mulai dari paras permukaan laut hingga 2,500 meter. Kawasan Alahan Panjang adalah berada pada paras ketinggian antara 1200 meter hingga 1600 meter.

Penanaman teh biasa dilakukan dari biji benih yang ditanam semula. Pada masa sekarang pembiakan tanaman teh pada dasarnya dilakukan dengan mengambil keratan dari pokok-pokok teh terpilih.

Keratan-keratan diambil dari pokok-pokok teh yang dipilih kemudiannya ditanam semula di tapak semaian dan kekal di situ selama 12 hingga 18 bulan. 

Sebaik sahaja sudah berubah menjadi tanaman muda, pokok-pokok teh muda itu ditanam semula di perkebunan utama, dengan jarak yang akan melitupi seluruh kawasan ketika mereka mencapai usia matang.

Teh selalu ditanam di tanah yang landai, memungkinkan penyaliran semula jadi, kerana tanaman teh, tidak seperti tanaman padi, tidak dapat bertahan di air yang bertakung. 

Ladang teh sememangnya dibuat ada jaluran laluan untuk pemetik daun teh dan untuk memudahkan kerja memetik. Jaraknya mestilah juga memudahkan pekerja mencapai daun-daun teh. 

Pokok-pokok teh sangat tahan lasak, boleh ditanam pada lereng yang melampau dan sangat sesuai dengan kawasan pergunungan yang paling curam.

Pokok-pokok teh dibiarkan selama 4 tahun sebelum sebarang daun dapat dipetik. Pemangkasan dan pembentuk yang berterusan akan membentuk ketinggian 1.20 meter yang diperlukan, sehingga membentuk plucking table dan memberikan framework yang baik pada pokok-pokok teh. Ia tidak akan mencapai pertumbuhan penuh sehingga tahun kelima.
Pokok-pokok teh dipangkas membentuk plucking table dan ketinggian lebih kurang pada aras pinggang. Dengan pemangkasan kerap, akan memudahkan memetik dengan tangan dan mendorong pertumbuhan tunas.

Kerja memangkas pada selang waktu yang berbeza tetap terus dilakukan - rata-rata setiap dua tahun - agar tetap pada ketinggian yang baik untuk memetik.

Pokok teh matang biasanya tidak hidup lebih dari 40 atau 50 tahun. Walaupun begitu, beberapa jenis pokok teh boleh hidup sehingga 100 tahun. 

Pada akhir tahun kelima, pokok teh sudah boleh dituai. Operasi ini, yang terdiri dari pemangkasan tunas muda, dilakukan dalam kitaran 7 hingga 15 hari, bergantung pada pertumbuhan, iklim dan jumlah teh yang akan dipetik.

Pemetik-pemetik daun teh sedang membawa hasil petikan daun-daun teh mereka ke tempat pengumpulan.


Gambar pemetik daun teh ada pada duit kertas Rp20000 Indonesia.

Teringat pula pada ladang teh di Sri Lanka masa percutian kami ke sana pada tahun 2015.

Ladang teh yang kami lawat ni terletak di Jalan Padang-Alahan Panjang.







Fascinating fact: Dalam keadaan semula jadi pokok-pokok teh boleh tumbuh mencapai ketinggian antara 15 meter hingga 20 meter. Sekiranya pokok-pokok hendak dituai, ia akan dipangkas supaya tingginya sekitar 1.20 meter. 
Pokok teh kalau dibiarkan tumbuh liar tanpa dipangkas boleh tumbuh tinggi seperti dalam foto kiri di atas yang saya rakam di Boh Tea Plantation, Cameron Highland.

And for fun, seterusnya saya ambil gambar pula dari sudut rendah ke tanah kerana dari low angle ini nampak seperti hutan pokok-pokok besar 😊. 

Tapi sebenarnya ianya adalah cuma pokok-pokok teh yang kecil. Nampak macam miniature forest pulak. Love it!! 😊

Frolicking in the Magical Miniatures Forest. 

Keadaan cuaca masa tu bertambah mendung.




Rakam foto cara panorama memang best di sini.

Dah jom kita gerak ke destinasi seterusnya.

Tapi sebelum tu satu lagi shot lah.. hehe.

Di tepi ladang teh ini ada pokok Angel's Trumpet. Banyak kami nampak pokok ni di Sumbar.  

Bunga Trumpet ini sebenarnya adalah sejenis pokok yang beracun.  

"Jangan terkecoh dengan namanya yang indah, tanaman ini mengandung racun yang mematikan bagi manusia maupun hewan. Bunga ini dapat memberikan efek halusinogen yang amat kuat karena mengandung zat tropane alkaloids".
Sumber: forum.kompas.com



Ok, one last shot of this beautiful place. 

Pak cik jual strawberries dan kakak jual jajan gorengan.

Kakak ipar saya beli 1 pek. Sedap rasa buah strawberries ni.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. manis tak strawberry tu ?

    kenapa namanya Alahan ya ?
    ada tanya tak ?
    ni macam kat stop yang kita orang berhenti minum-minum masa ke sini dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manis-manis masam. Kalau termakan yg masam tu sampai terkenyit2 mata.. hehe.

      Tak tanya pulak doc.
      Very likely it was the same spot. Tak banyak gerai di situ.

      Delete