Selepas semua group members kami balik dari Old Siam Shopping Plaza, kami semua pun makan tengahari di Canal Restaurant di Nouvo City Hotel. Kami tak join ke shopping mall tu dan buat program Bangkok Tuk-tuk Tour kami sendiri.
Ini beberapa foto-foto dari group members yang pergi ke Old Siam Plaza.
Lunch di Canal Restaurant, Nouvo City Hotel, Bangkok.
Alhamdulillah, sedap.
Selepas makan, kami bersolat di surau hotel. Alhamdulillah.
Ada tempat yang proper untuk berwuduq dan bukan kena ke toilet. Ada disediakan rak kasut, towel and paper towel, handwash soap dan drinking water with paper cups.
Surau ini lengkap, besar, bersih dan selesa.
Lengkap semuanya macam di surau/masjid di Malaysia juga.
Luas dan selesa dan berhawa dingin.
Di ruang solat wanita ada disediakan telekung untuk kemudahan jemaah.
Jom naik bas ke Bangkok Suvarnabhumi International Airport.
Memastikan ada Passport dan Departure Card.
Perjalanan dari Nouvo City Hotel ke Bangkok Suvarnabhumi International Airport ambil masa lebih kurang 40 minit.
Aman's Fashion: Ladies & Gents Custom Tailors. And an art gallery.
inner city decoration for the Royal Barge Procession.
Gambar King Maha Vajiralongkorn di depan Bank For Agriculture and Agricultural Co-operatives. Dan kedai menjual portret King Maha Vajiralongkorn.
Bangkok's city skyline.
Kami melalui Sirat Expressway.
Banyak high rise apartment complexes.
Praram 9 Hospital, ada konsep Thai Medical Vacation.
Terusan di bawah tu ialah Wat Sri Bunruang Water Gate.
Ini Siroyul Ibadah Mosque.
There are 3,494 mosques in Thailand. Many of them are located in Southern Thailand, with up to 170 with Bangkok itself. - Wikipedia. |
Di bawah tu ialah Chalong Rat Expressway.
Rajamangala National Stadium. Officially opened in 1998, it is Thailand's national stadium. First used for 1998 Asian Games.
J Hair - hair serum product.
Menuju ke Bangkok Suvarnabhumi International Airport.
Satu lagi masjid yang kami nampak semasa nak ke airport. Ini Darul Munir Mosque.
Ini pula ialah Niamatul Islam Mosque.
Niamatul Islam Mosque.
Sampai dah ke airport.
Suvarnabhumi International Airport.
Kami turun di depan Pintu Perlepasan. Our local guide kami, Saran, terus membantu mengiring kami sehingga ke kaunter Malaysia Airlines.
Berjalan menuju ke Kaunter Malaysia Airlines.
Model Bushapaka Throne di Suvarnabhumi Airport
Lama juga beratur so I checked out this electronic touch screen information board.
Ada banyak maklumat tentang tempat-tempat yang boleh dilawati di Bangkok/Thailand.
Queue memang panjang tapi moving quite smoothly.
Kaunter Malaysia Airlines di Suvarnabhumi.
Melihat beg-beg kami bergerak atas conveyor belt ini, saya pun kata, "Bye bye bags, see you in Kuala Lumpur".
Tetiba, "In Johor Bahru", kata kaunter staff Malaysia Airlines ni sambil tersenyum pada kami.
Ehhh... gurau pulak dia... hehehe.
Lepas check-in dan drop bags, kami pun jalan-jalan sikit sebelum masuk ke bahagian pelepasan. Kami noticed ada banyak cultural elements Thailand seperti patung-patung yang dipamerkan di airport ini.
Contohnya patung-patung Yaksha ini. Yaksha adalah guardian warriors yang menjadi pelindung dari kuasa jahat dan banyak dilihat di kuil-kuil di Thailand. Yaksha yang dilihat di Suvarnabhumi Airport ini adalah Sahassadeja dan Askan Mara yang boleh ditemui di Wat Arun di Bangkok.
Sahassadeja.
Askan Mara.
Jom masuk ke bahagian International Departures.
Selepas melepasi pemeriksaan imigresen, di dalam ni pun ada lagi banyak patung-patung.
Nama pameran ini ialah 'Scene of The Churning of The Milk Ocean'.
Kisah 'Scene of The Churning of The Milk Ocean'.
Jom jalan ke Gate. Pintu Perlepasan bagi pesawat kami adalah F5.
Perjalanannya jauh dan tiada tren di airport ni.
Ada Muslim Prayer Room disediakan.
Akhirnya sampai di Gate. Jauhnya. Di hujung bangunan ni!
Gate F5.
Pesawat kami Malaysia Airlines MH 783 dijadual berlepas dari Bangkok Suvarnabhumi International Airport ke Kuala Lumpur International Airport pada pukul 5.05 petang.
Kuala Lumpur = กัวลาลัมเปอร์ |
Berjalan masuk ke Pintu Perlepasan.
Baca doa.
Seats kami berdua berjauhan. Tak mengapalah sebab penerbangan ini cuma 2 jam sahaja. |
Masa ke Bangkok kami naik kapalterbang narrow body Boeing 737-800. Masa balik ni dengan pesawat wide body Airbus 330.
Departed from Bangkok ke Kuala Lumpur tepat pada pukul 5.05 petang mengikut jadual. Penerbangan ini ambil masa 2 jam, tapi kira rugi 1 jam sebab Kuala Lumpur adalah awal sejam berbanding Bangkok.
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 8.15 malam.
Makan di KLIA dulu sebelum balik rumah.
Ini senarai tempat-tempat yang kami lawati semasa percutian Siam 2019 kami ni.
Dengan selesainya percutian kami ke Thailand, maka berakhirlah Cuti-Cuti 2019 kami. Selain Thailand, kami juga telah bercuti ke North Island New Zealand dan Cebu Philippines pada tahun 2019. Locally pula, in 2019, kami telah berpeluang ke Melaka (3 kali), Kuantan, Port Dickson (2 kali), Negeri Sembilan dan Langkawi.
Alhamdulillah.
Kepada yang telah sudi datang ke blog saya dan baca kisah percutian Thailand kami, saya ucapkan terima kasih dan khob khun khap 😊.
Berangan-angan nak pergi ke faraway lands...
Apa-apa pun lepas COVID-19 ends.
So, saya reminisce je la dulu dan baca-baca balik previous entries 😄.
Hingga ke lain entries, inshaAllah.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
phew...
ReplyDeletekhatam dah mengomen..
NEXT !!!!!
hahhahaaa
doc bila nak update blog? :)
DeleteHehehe.. thank you... thank you... appreciate it!
DeleteNext? Olala... tgh sorting2 ni ha.. hehehehe...
faraway land ...mana satu jadi pilihan ?hihi
ReplyDeleteBerangan je sebab jauh sgt tmpt2 tu. Dah usia begini kami dah tak larat naik flight lebih 7, 8 jam.. hehe.
Delete