Friday, October 12, 2018

EGYPT - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Syukur Alhamdulillah. Percutian ketiga abroad kami pada tahun ini, 2018, selepas Kerala (India) dan Manado (Sulawesi Utara, Indonesia) ke Mesir telah membawa kami ke bumi para anbiya. Di Mesir we can't help but had almost the same feeling seperti semasa kami di Makkah dan Madinah, though not quite as intense. It's hard to explain tapi begitulah yang kami rasa. 

It definitely had to do with the fact that kami telah memilih untuk ke Mesir dengan pakej 'Kembara Jejak Rasul Mesir 2018' dari Syarikat Kembara Sufi. Tempat-tempat lawatan dalam program kembara ini adalah sangat menarik seperti lawatan makam-makam Nabi, keluarga dan sahabat Rasulullah saw serta para wali dan orang alim. Juga ke masjid-masjid lama di Mesir seperti Masjid Al Azhar dan kubu. Dan kalau dah ke Mesir maka adalah juga lawatan ke tempat touristy seperti piramid dan sphinx. 

Dan yang paling saya personally suka ialah kami diiring oleh 2 orang Ustaz as tour guides. Maka sepanjang perjalanan kami dapat pengisian harian ayat-ayat suci Al Quran, hadis-hadis, kisah-kisah Nabi dan para sahabat yang berkaitan dengan tempat-tempat yang kami lawat. Juga menarik bila mereka bercerita tentang kisah hidup mereka ketika belajar di Mesir.  

About a week from departure date, flight asal kami dengan Saudi Arabian Airlines (Saudia) KL-Riyadh-Cairo telah dibatalkan dan digantikan ke tarikh sehari awal dengan laluan KL-Jeddah-Cairo. Our concern was kalau ikut flight asal transit di Riyadh cuma 3 jam sahaja. Bila dah ditukar, transit di Jeddah tu jadi hampir 10 jam. Ni first time kami transit dengan begitu lama.

Bertolak ke KLIA pada pukul 12:30 pm. Nak berkumpul pada pukul 4:30 pm. Flight pukul 7:30 pm. Macam biasa mesti ada compulsory shot dalam teksi.. hehe.

Tiba di KLIA.

Flight details.

Flights paths.

Info Prayer Times dari Kembara Sufi. Kami akan berada di beberapa bandar di Mesir.

Bandar-bandar yang akan kami lawati/lalui adalah basically di utara Egypt iaitu Cairo, Giza, Alexandria, Faiyum, Suez, Saint Catherine dan Dahab.


Lunch dulu di foodcourt KLIA.

Dan bersolat.

Bergambar semasa menunggu waktu berkumpul. 

Sempat merayau di KLIA.. hehe.

Berkumpul dengan ahli group lain dan jumpa Ustaz/Tour Guide. Ramai juga group member yang sampai agak lewat sebab petang tu hujan sangat lebat. Mujur la kami dah bertolak awal dari rumah. Kami diberi bag tag, ID tag dan itinerary. 

Ustaz Faiz menyampaikan penerangan. Dia seorang graduan dari Universiti Al Azhar di Mesir. Group kami ada 20 orang semuanya, coming from Lembah Klang dan Penang.

Ustaz Faiz menasihatkan kami ambil gambar beg-beg kami in case tak jumpa. Elok cadangan ni. And yes, those red tapes yang kami tampal pada beg tu adalah sangat-sangat membantu. Dah kami tampal bertahun lamanya. Sangat mudah nak cam di baggage claims. 

Then we had a bit of free time. Roaming la kejap di KLIA tu.

Berkumpul semula. Ustaz membaca doa. 

Menunggu tren. Itu crew Saudia.

Dah nak sunset.

Kapal terbang yang akan kami naiki.


Di ruang menunggu.

Boarding.

Suasana dalam kapal terbang. 

Saudi Arabian Airlines SV 835 dengan Boeing 787-900, berlepas dari KL ke Jeddah tepat pukul 7.30 pm ikut jadual. Flight duration: 8 jam 10 minit dengan jarak hampir 7 ribu km.

Doa Musafir dibaca sebelum berlepas.

Flight path.

Flight info.

Suasana dalam flight.


Flight amenities dari Saudia.

Orange juice to get the passenger to settle in.

Lepas saya ambil gambar guna camera bola, the guy sitting next to me rasa curious dan tanya tentang camera tu. Which lead to quite an interesting conversation. Nama dia Xavier dari France. Terbang dari Bali, transit di KLIA. Then Transit di Jeddah, terus nak ke Paris. Lepas tu akan naik tren ke Marseille. Huii... 2 hari agaknya dia kena travel.

Actually months ago si Xavier ni ke Bali dengan girlfriend dia tapi gf dia tu balik ke France awal sebab kena kerja. Dia ni di Bali dan sekitar Indonesia selama 7 bulan sebab main surfing. Gitu.. sampai ke Indonesia nak surfing. 7 bulan? Dah tu dia tak kerja ke? Dia kata gaji 1 bulan di France boleh tampung belanja 3 bulan di Indonesia. So dia kerja 5, 6 bulan, lepas tu pergi bercuti. Fluent jugak English dia. Anyway saya letak foto bawah ni sebab dia travel pakai kain batik ni. Kan dah ala-ala foreigners kalau ke belah-belah Asia ni suka pakai ethnic clothes. Kira macam nampak well travelled la. Kalau saya pakai macam tu, habis la kena cerca dan kecam.. haha. 

Saudia in-flight meals. Sedap.

Sebelum tidur, elok la akhiri hari dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran.

Zzzz... 

Dah sampai ke Arab Saudi.

Ada announcement dari kapten sejam sebelum sampai Miqat Umrah bagi jemaah umrah. Miqat Umrah bagi perjalanan masuk ke Makkah dari arah ini adalah Qarnul Manazil. 


Syukur Alhamdulillah, selamat mendarat di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah, at 11 pm local time.

Pemandangan malam yang menarik di airport apron.

Memang la kami rasa letih, tapi bersemangat! 

Tak ada airbridge. Nak ke bangunan terminal kena naik bas. Rasa lama juga perjalanan dalam bas ni. Jauh terminal building tu.

Waktu solat di Jeddah. Kena keep track sebab nak solat subuh nanti.

Maka bermulalah transit kami selama hampir 10 jam. 

The waiting area which is also the Gates. 

Then ternampak Tim Hortons ni! Punya la excited. Masa belajar di universiti dulu, saya dan kawan-kawan memang la selalu ke Tim Hortons ni for some hot chocolate and Boston cream donuts. Nikmat sekali kalau masa winter. Sampai sanggup redah snow.. hehe. 

Tak kira, mahal pun nak jugak.. hehe. 

Nostalgic sungguh. Ni la yang got me through all the good and not so good times masa belajar. Always a welcomed snack especially masa minggu exams.. hehe.

Buat muka 'segar' walau pun masa tu letih! Hehehe..

Yes, memang ramai sungguh passengers. 

About after an hour duduk di kerusi di waiting area yang sesak tu kami decided nak lepak di Al Fursan Lounge yang essentially for First Class dan Business Class Saudia passengers. Kami yang kelas economy ni nak masuk kena la bayar.

Kena la bayar SAR 252 for both of us. Pada kami berbaloi la sebab nak menunggu lagi 8 jam. Plus di lounge ni ada food and drinks, free wifi, newspaper/magazines, eating area, sofas to sleep on, toilet, bilik solat untuk wanita. Untuk lelaki tak ada tapi boleh je solat di mana-mana dalam lounge ni. Juga ada shower room untuk lelaki.

Suasana dalam Al Fursan Lounge. Selesa.

Group members yang lain pun turut serta lepak di sini.

The buffet area. Simple light food and snacks.

Awesome selections of drinks.

Makan dan sambung tidur.. hehe.

Sambil tu tengok-tengok juga monitor ni untuk tahu gate perlepasan.

After a good few hours of solid sleep. Alhamdulillah.

Views dari Al Fursan Lounge.




Then it was time to head to Cairo. Kami ke Gate 9.

Kena naik bas lagi ke kapal terbang.

Boarding.

Tak ada larangan ambil gambar di sini it seemed. Lots of passengers were clicking away. 

Suasana dalam Airbus A330-343R to Cairo from Jeddah, Saudi Arabian Airlines flight SV 301. 

Berlepas pada pukul 9:45 am. Flight duration: 1 jam 50 minit. Seating kami terpisah pulak. Tak pe la, flight tak lama.

Mesti isi landing card ni.

Berdoa.

Pre-departure views.


Off we went on the second flight to Cairo.

Alhamdulillah cuaca baik pagi tu.

Ada satu dokumentari yang sangat menarik dalam in-flight entertainment ni. It was about what are involved in the upkeep of Masjidil Haram. 


Food! Yum!

Bila tengok map penerbangan atas wilayah Sinai ni teringat saya pada cerita Ustaz tentang sebuah kapal terbang komersial Rusia (Metrojet flight 9268) yang ditembak jatuh dari tanah Sinai ini pada 31 Oktober 2015. Airbus A321 yang membawa 224 passengers and crew terhempas selepas baru 23 minit berlepas dari Sharm el-Sheikh menuju ke St Petersburg. Semua penumpang dan krew terbunuh. Maka banyak negara termasuk Rusia dan UK menghentikan penerbangan ke Sharm el-Sheikh sehingga industri tourism di situ terjejas teruk. President Abdel Fattah al-Sisi pada masa itu menyatakan attack tersebut bertujuan mengugat tourism dan hubung Mesir-Rusia. An Egyptian faction of the so-called Islamic State, Wilayat Sinai, immediately claimed responsibility.

Dah hampir sampai Cairo.

Pemandangan bumi Mesir dari kapal terbang yang sempat dirakam oleh isteri saya. 




Mereka sememangnya tak cat bangunan berwarna-warni sebab akan ended up kaler macam ni because lokasi di padang pasir.




Selamat mendarat di Cairo pada 10.45 am. Syukur Alhamdulillah. Cairo lewat sejam dari Jeddah dan 6 jam lewat dari Kuala Lumpur. 


Pemandangan di Cairo International Airport.





Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

12 comments:

  1. akhirnyaaaaaaaa...
    * turunkan placard * :))

    cantik purple hue dalam kapalterbang tu ..

    mamat france tu tak pakai setokin dalam flight
    tak sejuk ke ?
    ok je kalau en syed pakai seluar gitu ... saya tak kecam
    saya hanya akan gelak sampai sakit perut sampai kalau ada karpet saya gulung guling sikit ....;))

    mandi tak kat lounge tu ?

    surau klia tu memang tak ada carpet eh? kat be;ah mana ni ?

    akhir kata ...
    dengan kata-kata ..
    kesiannnnn Tam tam kena tingggal lagi !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni doc punya pasal la ni saya buat blog ni cepat2.. hahaha.. selalunya saya peram sebulan... hahaha.
      Tapi elok juga buat awal2 sebab still fresh in my mind.

      Yes, nice mood lighting dlm kapalterbang tu. Ada saya baca they go to great length in research trying to find the most suitable color and light intensity. Very interesting read actually. God only know why I find that interesting.. hehe.

      Tak. Dia dari negara yg ada winter, so I guessing dia tak rasa sejuk pun.
      Doc, tu bukan seluar tu, tapi kain batik style shawl atau wrap tu. Pakai macam pakai skirt, ikat di pinggang.
      Mau tak kena kecam I nanti.. haha.
      The only time saya pakai sehelai kain out in public macam tu ialah masa pakai kain ihram. Tu pun mesti ikat dengan tali pinggang... hehe.

      Tak. Tak bawak tuala/toiletries doc.

      Actually surau lain di KLIA ada karpet. Yg ni di Mezzanine Level - Level 4.

      Tu la kesian. Tapi dia dah ok kena tinggal. Lagi pun tinggal di rumah dan bukan di cat boarding. Kami dah arranged someone to come daily to feed him/clean his litter boxes. Yes, boxes sebab si Tam Tam kalau nak chi chi pakai 1 box, kalau nak poo poo pakai yg satu lagi. Too much kan dia tu.. hehe.

      Delete
    2. eh eh ehhh..
      ngada ngada betul lah tam tam tu !!

      adik saya ada buat service Cat Nanny ni.
      dia akan datang rumah , bagi makan , bersihkan , sikat sikat .. main-main dengan kucing ...
      next time boleh lah try ambik service dia..

      Delete
    3. Hehehe.. kalau litter box dia tak dibesihkan, dia sanggup tahan berak/kencing!!

      Waaa... bagus tu! Mana nak tgk info service dia tu?

      Delete
  2. ada maximum hours ke utk guna al Fursan Lounge tue?

    ReplyDelete
  3. Saya peminat No. 1 tuan Syed.....
    Untuk 2019 nie cadang nak pergi travel mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zam :). Semoga saya dpt terus berblog, insyaAllah.
      Saya dan isteri baru last week bercuti ke New Zealand. For the rest of the year masih lagi tgh check2 bajet :).

      Delete
  4. Assalamualaikum, Tuan. First of all, thank you for this post. Saya baru balik dari Mesir last week, ikut Kembara Sufi juga. But it takes time sikit nak move on, saja search2 pasal sejarah Tasik Qarun and stumbled upon your blog. And I loved it! Alhamdulillah thank you for the detailed descriptions! Baru balik dah rindu Mesir :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaaikumsalam.

      Now saya dan isteri pun dah jadi rindu balik pada Mesir.. hehe. Lama dah saya tak baca entry2 Mesir ni so bila baca balik tu yg jadi teringat semula.

      Baru balik? Alhamdulillah selamat semua perjalanan. Couldn't quite let go? So I take it that you really enjoy your Mesir trip :). Actually, itu la sebab saya suka buat blog... agar aku tidak lupa.. hehe.

      You are most welcome. Alhamdulillah.

      Delete
  5. dalam berapa bajet tu tuan travel ke egypt...

    ReplyDelete