Friday, October 26, 2018

EGYPT - DAY 03 - PART 01 - MUZIUM KUBU ISRAEL / WAR MEMORIAL 73

Sambung cerita dengan hari ke 3 percutian kami di Mesir.

Day 3 ni kami kena bangun tidur pukul 2 pagi sebab bas akan bertolak jam 3 pagi. Nak ke mana subuh sepi tu? Kami akan ke Sinai. Ini peta Semenanjung Sinai, semenanjung berbentuk segitiga yang menghubungkan benua Afrika dengan Asia. 

Kalau drive non-stop memang la about 8 jam perjalanan, tapi kami stop untuk solat Subuh di Sinai Rest House. Then made a few stops at Muzium Kubu Israel (War Memorial 73), 'Uyun Musa dan di Abu Zenima for lunch. Kami juga melalui St. Catherine sebelum sampai ke Dahab. Esoknya tu kami melawat St. Catherine.

Groggy ke dah berada dalam bas pukul 3 pagi? Letih la jugak tapi kami dah slept early semalam, so ok je. Also can sambung sleep dalam bas. Gelap pun kat luar tu nak nampak apa-apa dan ambil gambar. 

Since menginap di hotel ni breakfast is included, maka Ustaz minta pihak hotel pack breakfast for us. Simple je supaya senang nak makan dalam bas. Actually pada kami banyak sungguh, habis makan sampai keesokkan harinya, padahal suppose untuk sarapan pagi tu je.. hehe.

Btw, untuk trip ke Sinai ini, kami dinasihatkan untuk membawa overnight bag untuk 2 malam sahaja. So kami bawak knapsacks dan beg besar kami disimpan dalam store hotel, i.e kami checkout dari biliklah. Boleh kalau nak bawak beg besar kata Ustaz tapi tak digalakkan sebab semasa di Sinai akan ada banyak sekatan pemeriksaan oleh tentera dan mungkin beg besar akan disuruh buka untuk di check. Also di hotel di Sinai nanti tak ada lift so payah la nak angkut beg besar naik tangga. Di Mesir ni maklum la kalau nak minta tolong hotel staff kena la bayar tips.

Dan kenapa perlu bertolak seawal pukul 3 pagi? Ini kerana nak elak perjalanan dalam bas melalui gurun di Sinai di tengah malam. Pernah ada kes kaum Badwi merompak pelancong. Itu pasal la juga dalam bas kami ada 2 orang polis pelancong yang escort kami selama kami si Sinai. 

Dan juga bertolak awal kerana nak allocate time kemungkinan kami akan ditahan lama ketika melalui sekatan-sekatan pemeriksaan keselamatan oleh tentera. Ada sangat banyak sekatan sepanjang perjalanan kami ke Dahab.

Ditambah pula jika terdapat ancaman keselamatan, semua laluan keluar-masuk ke Sinai melalui darat dan lautan akan ditutup mengikut tahap keselamatan ketika itu. Jika ini berlaku, satu-satunya jalan untuk keluar dari Sinai adalah melalui jalan udara. Kami juga dinasihatkan untuk bersedia menghadapi kemungkinan ini jika ia berlaku. Dan jika masih boleh diteruskan perjalanan, bas-bas pelancong akan perlu bergerak secara konvoi dan perlepasan setiap konvoi tertakluk pada masa-masa tertentu. So kalau terlepas time untuk first konvoi berlepas, maka nak tunggu the next one akan ambil masa berjam-jam.

Maka Ustaz pun sangatlah menganjur supaya kami semua banyakkan berdoa semoga perjalanan kami selamat dan smooth sailing. 

And off we went. Dan sambung tidur.. hehe.

Lepas lebih kurang 2 jam perjalanan kami tiba di first stop, di Sinai Rest House, sebuah rest area, untuk kami menunaikan solat Subuh.


Lokasi Sinai Rest House.

Pemandangan Sinai Rest House. 


Ke masjid untuk solat Subuh.

Pemandangan bulan dari Sinai, Mesir.

Ruang solat lelaki.

Ruang solat wanita.

Tempat wuduq dan tandas. Tandasnya bersih.

Sunrise over Sinai.

Di rest area ni ada beberapa bazaar.

Yes, ada anjing dan juga kucing. Friendly je semua. Tak kacau orang. Actually comel-comel, kesian pulak tengok minta makanan.

Masa kami meninjau bazar ni, owner salah satu kedai di situ pasang lagu dangdut. Mesti dia ingat kami dari Indonesia. I wonder if that selling technique actually works. 

Since masih ada masa, kami pun masuk satu restoran for a cup of hot chocolate.

Besar juga restoran ni.

Bayar dulu di kaunter pembayaran, then give the receipt to this guy. He'll prepare the drinks.

Bersarapan roti dari Amarante Pyramid Hotel dengan hot chocolate Sinai Rest House. Nikmat! Alhamdulillah.

Pemandangan luar restoran Sinai Rest House.

Hello there! :) Fyi, kucing di situ makan roti. 

Dalam restoran ini juga ada foto-foto menarik. Ini Terusan Suez pada akhir 1800 dan awal 1900.


Dan saya paling suka gambar-gambar macam ni. I think ni gambaran old Cairo masa early 1800s. Malangnya gambar-gambar ni dah lusuh sangat dah. 



More meows :).

Masjid tadi.

Seorang Paderi Kristian Koptik.

Polis pelancongan berseragam warna putih. Can see a lot of them masa laluan kami.

Perjalanan diteruskan. Untuk ke Sinai kami dibawa lalu menyeberang Terusan Suez. Terusan Suez merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di dunia di antara Mesir dan Semenanjung Sinai. Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 meter (984 kaki), Terusan Suez berada di antara Port Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah.

Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala dan menjadi kepentingan antara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaannya dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut melalui kenderaan darat di antara dua laut tersebut. 

Dari Sinai Rest House kami Ke Semenanjung Sinai melalui Al Shahid Ahmed Hamdi Tunnel. Terowong sepanjang 1.6 km ini dinamakan sempena Ahmad Hamdi, seorang jurutera dan jeneral tentera Mesir yang terbunuh dalam Perang Yom Kippur dengan Israel pada tahun 1973. Masa lalu di terowong ini fotografi tidak dibenarkan sama sekali. Hukuman berat jika peraturan ini dipatuhi. Ini sensitive area.

Dari sebelah Mesir Afrika masuk ke dalam terowong bawah tanah, then terowong itu melalui bawah terusan Suez (blue arrows) dan seterusnya lalu terowong bawah tanah (yellow arrows) di sebelah Mesir Sinai. Enam terowong baru untuk kereta dan keretapi sedang dirancang binaannya merentasi terusan ini. Pada masa ini terowong Ahmed Hamdi adalah satu-satunya terowong yang menghubungkan Suez ke Sinai. Lintasan lain adalah Suez Canal Bridge dan El Ferdan Railway Bridge.

Seterusnya adalah foto-foto yang dirakam di semenanjung Sinai ini.


Lokasi kami ketika itu.



Masa dalam perjalanan heading to south of Sinai Peninsula, Terusan Suez was on our right side. Tu ha.. baru nampak kapal besar sedang melalui terusan Suez.

Zoom-in sikit. Nampak kontena 'floating'.. hehe. 


Masa di sini boleh nampak the whole ship. May be masa ni dah sampai Suez Gulf, bukan lagi Terusan Suez.


Hentian pertama kami di Sinai ni ialah di Muzium Kubu Israel atau War Memorial 73. Tempat ini terletak kira-kira 20 kilometer ke tenggara Terusan Suez selepas melalui Terowong Ahmed Hamdi untuk ke Semenanjung Sinai. Ada kubu Israel di Mesir?

Perang 1973 Arab–Israeli atau Perang Yom Kippur berlaku dari 6 Oktober hingga 25 Oktober 1973 di antara pakatan Mesir dan Syria dan Israel. Ketika itu kubu ini digunakan oleh tentera Israel sebagai kubu pertahanan semasa pendudukan mereka di Sinai pada tahun 1967. Tentera Israel membina tempat checkpoint ini secara rahsia di bawah tanah sepanjang Terusan Suez untuk menyembunyikan senjata mereka ketika menembak ke arah bandar-bandar di Sinai dan Terusan Suez.

Angkatan tentera Mesir menawan semula sebahagian daripada tanah yang diduduki Israel pada Oktober 1973 selepas pertempuran sengit antara kedua belah pihak.

Orang Mesir selalu rujuk negara mereka sebagai 'Ummul Dunya' atau 'Ibu Dunia'. Sebab tu they erected satu patung wanita depan kubu ini berpakaian warna bendera Mesir yang melambangkan 'Ummul Dunya' ini.

Warna merah, putih dan hitam adalah warna bendera Mesir.

Jalan masuk ke Kubu Israel. 


Pengawal di entrance ke kawasan kubu. Kubu ini kini dijaga oleh peserta-peserta Khidmat Negara Mesir di bawah seliaan Tentera Mesir.

Kawasan kubu ini dikelilingi dengan barbed wire.

Barbed wire fence dan bangunan tinjau.

Guard post.


Antara kenderaan yang ditinggalkan di kubu ini.

Benteng buatan menggunakan batu batan held together with wired fence. Nampak tebal benteng ni. 

Ada 'Welcome' sign. 

Jalan masuk dilihat dari dalam kawasan kubu. Dari segi pertahanan agaknya bagus lokasi kubu ini sebab dari jauh dah boleh nampak kedatangan musuh kerana kawasan keliling yang rata dan luas with nothing to obstruct the view.


Kawasan latihan peserta Khidmat Negara.


Pakaian seragam peserta khidmat negara.


Di sini ada poster besar dengan gambar-gambar Egyptian Presidents: Abdel Fattah al-Sisi (kiri), Anwar Sadat (tengah) dan Gamal Abdel Nasser (kanan). Ada stated 'New Suez Canal'. Rasanya referring to 'The Suez Canal Corridor Area Project', satu projek mega di Mesir yang dilancarkan pada 5 Ogos 2014 oleh presiden Abdel Fattah el-Sisi. Matlamat projek adalah untuk meningkatkan peranan kawasan Terusan Suez dalam perdagangan antarabangsa dan untuk membangunkan tiga bandar terusan: Suez, Ismailia, dan Port Said.

Beberapa lagi poster-poster besar tapi saya tak tahu poster apa sebab tulisan Arabic semuanya.

Peserta khidmat negara berlatih.

Groups yang melawat kubu ini akan dibawa tour guide yang juga peserta khidmat negara yang berlatih di sini ke kawasan kubu. Guide kami namanya Mahmoud yang fasih cakap English. 

Welcome To Egypt.

Jalan masuk ke sana tu ialah Female Soldiers Dwelling. 

Poster adegan peperangan. Kelihatannya seperti lokasi peperangan depicted in this poster adalah kawasan kubu ini.

Tempat pertama yang ditunjukkan kepada kami ialah Commander Office and Dwelling. 

Mahmoud sedang memberikan penerangan. 

Pintu masuk ke Pejabat dan Kediaman Komander Tentera Israel di kubu ini.

Di bahagian luar office and dwelling ini ada satu lagi poster peperangan. 

Masuk ke dalam melalui terowong.

Pejabat dan patung Komander Israel.


Lagu Kebangsaan Israel ~ Hatikvah (The Hope).

Ke bahagian seterusnya. 

Dalam meja kaca ini dipamerkan barangan peribadi dan tentera milik Komander Israel that was stationed at this fort.

Antara barang yang ditinggalkan di kubu ini.


Kippah pun ada.

Berjalan keluar melalui terowong kecil.


Arah ke 'Signal Center'.

Berjalan melalui laluan parit yang dikorek untuk menyambung bunkers di kubu ini. Mungkin ini kaedah terbaik semasa perang berlaku supaya hubungan antara bunkers tidak terputus dan memudahkan pergerakan dari satu bunker ke satu bunker yang lain. 

Salah satu bunker besar yang nampaknya dah runtuh. 

Bunkers yang dibina menggunakan tiang-tiang besi berbumbungkan lapisan tebal batu batan held together with wired fence menjadikan kubu ini seperti impenetrable dari serangan bom dari udara ketika airstrike.

Nampak tu pagar duri dipasang mengelilingi kawasan pertahanan kubu ini.

"Awak! Pusing kejap!". She was walking ahead of me. And, 'Click!' ... hehehehe... 

Next Mahmoud bawa kami ke bunker meriam. 

Banyak juga kami nampak the remains of wartime weapons hardware dipamerkan di sini. 

Lepas penerangan dari Mahmoud, actually I had a couple of questions nak tanya dia. Tapi dia diajak bergambar pula by the abang-abang dan akak-akak.. hehehe.. Mahmoud ni bagus, dia layan mereka dengan baik. 


Mungkin ini adalah gambaran Arab-Israeli War of 1948-49.

Inilah meriamnya. Besar! Imagine ledakannya masa firing! 

155 mm cannon. Perasan tak tayar meriam ni. Macam tu agaknya untuk membolehkan meriam ini diputar 360 darjah menghala ke arah mana musuh datang dengan mudah. Bukan clamped to the ground, tapi portable.

Masuk to explore this cannon bunker.

Memang besar dan nampak canggih (for 1940s) meriam ni. 

Soldier yang jaga peluru-peluru meriam. 

Point of view penembak meriam.

Macam-macam jenis dan saiz peluru yang ada di sini. 



Senapang.

Lorong di belakang Bunker. Tak payah masuk la. Spooky je.. hehe.

Beberapa lagi senjata perang yang dipamerkan.

Meriam tadi.

Sempat bergambar dengan Mahmoud. 

Satu lagi bunker.


Kemudian kami dibawa menaiki sebuah bukit yang merupakan puncak tertinggi di kawasan kubu ini.

Dulu mungkin digunakan sebagai tempat meneropong kawasan keliling dan untuk memantau kedatangan musuh. 

Sekarang ia dijadikan sebuah cafe. Tapi tutup masa kami di situ.

Sambil jalan tu sembang dengan Mahmoud. Dia akan menamatkan tempoh Khidmat Negaranya 6 bulan lagi. Selepas itu dia akan kembali bertugas sebagai seorang akauntan.


Pemandangan dari atas.

Cantik juga pemandangan dari atas ni.

Dapat lihat dengan jelas bunkers di bawah tu.


Cafe untuk pelawat berehat sambil minum dan enjoy views sekeliling.

Pemandangan Teluk Suez (bukan Terusan Suez) dapat dilihat dengan jelas dari puncak bukit ini. 

Ini peta menunjukkan lokasi kami pada masa itu iaitu di War Memorial 73, overlooking Teluk Suez. Kapal-kapal yang kami nampak tu sedang berlayar ke arah Port Tawfiq untuk masuk ke Terusan Suez.

Molek rasanya kalau saya insert di sini Ayat 31 dari Surah Luqman:
أَلَمْ تَرَ أَنَّ الْفُلْكَ تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِنِعْمَتِ اللَّهِ لِيُرِيَكُم مِّنْ آيَاتِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

Tak sure ini apa, oil refinery ke atau power station.

Tertanya jugak berapa la company kapal ni kena bayar nak lalu di terusan Suez nanti. Kena caj ikut saiz kapal ke, berat muatan ke etc? Also kena queue ke? Btw, ni Teluk Suez, up ahead to the right ialah Terusan Suez. 

Ok, insert satu foto artsy sikit.. kononnya le...hehe.

Ok, saya dah cari info sikit. 
- Kapal dengan berat kasar kira-kira 33,000 tan, kena bayar kira-kira AS$300-400K untuk satu laluan melalui Terusan Suez. 
- 210 kapal melepasi Terusan Suez, membawa 12.8m tan dalam 5 hari.
- Untuk tahun 2015/2016, pendapatan Egypt daripada cukai Terusan Suez ialah Egyptian Pound 41.2 bilion atau USD 2.28 bilion. 
Dikatakan Mesir adalah tempat di mana 'the rich are few and have much, the poor are many and have little.' 40% daripada penduduknya hidup dalam tahap kemiskinan yang teruk, berpendapatan cuma $2 sahaja sehari. 
Tak synch kan? Itu baru pendapatan dari Terusan Suez saja.

Ok, sorry I digress. Balik kepada cerita lawatan ke kubu ni. Ini kafe tadi. 

Dalamnya ada almari-almari kaca yang menyimpan peralatan perang tentera Israel



Next kami jalan sikit ke Surveillance Point.

Ada mounted machine gun di sini. 



Pemandangan dari Surveillance Point.

Boleh nampak seberang sana Teluk Suez i.e belah Mesir benua Afrika.

Kawat besi di sekitar kawasan kubu.











Beberapa lagi peralatan perang dipamerkan di cafe ini.



So that's the end of our visit to this War Memorial 73 yang dibuka pada public untuk memperingati Perang 1973 Arab–Israeli. 

Seterusnya kami akan ke Uyun Musa atau Telaga Nabi Musa.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. panas tak masa ni en syed? macam panas je. semua sepet sepet mata..
    'awak ' ?
    ' ayang ' lahhh... hehhehehe..

    berapa lama mereka kena join khidmat negara tu ?
    dari umur berapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas tak, suhu dalam 20 darjah, so it was rather cool. Tapi quite bright.

      Hahaha... kang akak-akak tu terdengar pulak.. malu la dah tua2 gini... kalau just kami berdua ok la... hehe

      Mereka join selama 1 hingga 3 tahun untuk lelaki umur antara 18 hingga 30.

      Delete
  2. saya tahu pasal kristian koptik tu masa nengok movie ayat ayat cinta

    ReplyDelete