Friday, July 7, 2017

VIETNAM - DAY 03 - HALONG BAY CRUISE - HOAN KIEM LAKE - WATER PUPPET SHOW

Pada hari ketiga, kami menaiki cruise di Teluk Halong. Halong Bay adalah salah sebuah Tapak Warisan Dunia yang mendapat pengiktirafan dari UNESCO. 

Kami naik bot di Baichay Tourist Wharf di Halong City.

Since cruise ni merupakan salah satu tourist attraction paling popular kalau ke Vietnam, so one can see a lot of these cruise boats at this wharf.

Sementara Quanh menguruskan bot, kami walk around a bit to take some photos, nak capture suasana di jeti ni.

Kami nampak dah ada ramai orang sedang beratur menunggu giliran untuk naik bot. So kami fikir elok la kami awal-awal pergi beratur supaya dapat naik the next bot. Tapi yang hairannya, Quanh melarang kami dari pergi beratur dan minta kami menunggu sebentar sementara dia uruskan cruise kami.

So kami pun relaks je la di jeti tu sambil ambik gambar.

Then Quanh datang dan kata bot kami dah ready for us to board. Yang peliknya kami dibawa bukan ke laluan naik bot di mana ada orang ramai yang sedang beratur tadi, tapi terus ke salah satu bot yang sedang berlabuh di jeti ni. Bila kami bertanya, barulah Quanh kata sebenarnya yang beratur ramai tu ialah for local tourists dan sememang sentiasa ramai. 

Dan bila kami dah naik bot kami, kami pelik lagi kenapa hanya ada kami berdua sahaja. Terus kami fikir agaknya kena tunggu penumpang-penumpang lain. Tapi tetiba bot bergerak dan started the cruise. So kami tanya lagi Quanh, baru la dia bagitau yang kami have the boat all to ourselves sebab kami ambik pakej private tour untuk trip Vietnam kami ni. Laaaa... gitu... tak tau pulak. 

Hanya kami berdua bersama Quanh sahaja atas bot ni. Terasa pelik pun ada jugak... hehe.

Kami rasa ni adalah the government approved boat size to be used for the Halong Cruises even for only 2 passengers. Besar bot ni. Kami rasa can fit about 20 passengers comfortably. 

Ini pemandu bot kami. Kata Quanh, pemandu tu owner bot ni dan bersama isteri dia dan anak mereka, they operate the cruise. So it is a family business.

Baik sekarang saya share the beautiful scenery that we managed to capture during this Halong Cruise.

Sometimes nampak macam paintings.
Ha Long Bay, in the Gulf of Tonkin, includes some 1,600 islands and islets, forming a spectacular seascape of limestone pillars. Because of their precipitous nature, most of the islands are uninhabited and unaffected by a human presence. The site's outstanding scenic beauty is complemented by its great biological interest. - http://whc.unesco.org

Kelihatan bot-bot kecil penjaja mendekati bot-bot besar yang membawa pelancong. 

While the husband manned the boat, the wife and children board the bigger boats, in this case, to sell fruits. 



So beautiful!
The limestone in this bay has gone through 500 million years of formation in different conditions and environments. The evolution of the karst in this bay has taken 20 million years under the impact of the tropical wet climate - wiki.



Historical research surveys have shown the presence of prehistorical human beings in this area tens of thousands years ago. The successive ancient cultures are the Soi Nhụ culture around 18,000–7000 BC, the Cái Bèo culture 7000–5000 BC and the Hạ Long culture 5,000–3,500 years ago. Hạ Long Bay also marked important events in the history of Vietnam with many artifacts found in Bài Thơ Mount, Đầu Gỗ Cave, Bãi Cháy. - wiki










Bot kami berlabuh di sebuah teluk untuk kami naik ke darat dan melawat sebuah gua yang dinamakan Dong Thien Cung.

Nak ke gua Dong Thien Cung ni kena panjat tangga. Thien Cung Cave ni bermaksud Heavenly Palace Cave.

Pemandangan dari luar pintu gua.

Pemandangan di dalam gua Dong Thien Cung.


Sejuk dalam gua ni so it was nice sebab di luar agak panas, especially panas lepas panjat tangga tadi.. hehe.

Dalam gua ni dipancar spotlights pelbagai warna. Ini bukan sahaja buat suasana nampak cantik tapi ia juga menyerlahkan dengan jelas bentuk permukaan dinding dan siling gua yang sangat unik dan indah.


Kelihatan juga lubang-lubang 'pintu/tingkap' di dalam gua ini.


Amazing stalactites!


Dari foto bawah ni nampak jelas gua ni besar. Tinggi silingnya.


Dalam gua ni ada kolam air semulajadi. 

Ini adalah salah satu spot yang cukup cantik untuk ambik gambar dalam gua ni, imho.

Keluar je dari exit door gua ni, ada pemandangan hebat ni. 

Saya zoom-zooooomm sikit 😊.


Sesak betul nampaknya! How la kalau tetiba bot yang tengah tu nak take off?  

Kami pun turun dari gua dan lalu di tepi bot-bot ni untuk ke bot kami.

Bot-bot ni besar 2 tingkat dan parking rapat-rapat macam ni.

And off we went. And took a few more people shots.






More painting-like scenery.

Breathtaking view! Memang la tak duduk diam atas bot, asyik mengetik kamera je 😊.

Selepas tu kami dibawa stop di satu tempat lagi, ke sebuah rumah nelayan terapung. Ramai betul tourists masa tu.

Di lantai rumah nelayan terapung ni ada sangkar-sangkar ikan.


Ikan-ikan dari sangkar ikan.

Lepas tu naik bot semula. And the scenery sangat indah sekali.

Towering limestone pillars and tiny islets topped by forest rise from the emerald waters of the Gulf of Tonkin. Designated a World Heritage site in 1994, Halong Bay's spectacular scatter of islands, dotted with wind- and wave-eroded grottoes, is a vision of ethereal beauty and, unsurprisingly, northern Vietnam's number one tourism hub - http://www.lonelyplanet.com/vietnam/northeast-vietnam/halong-bay/introduction


Berselisih dengan bot tourist lain.



Memang la tak jemu ambik gambar masa cruise ni!




Penjaja berbot berusaha keras mencari pelanggan.


Sedang berurusan jual beli.

Inilah ikon Halong Bay - "Fighting Cocks Rock". "They are Halal chickens", kata Quanh, bergurau dengan kami.

Hidangan makan tengahari seafood kami.

Junk tradisional Vietnam di Halong Bay. Boleh ambil pakej bermalam di bot-bot macam ni.



Bot-bot Heritage Cruise.




Maka selesailah Halong Bay Cruise kami. Satu pengalaman yang cukup unik bagi kami dan dari sudut fotografi memanglah best sangat.

Off we went for the next excursion.

Di sepanjang perjalanan saya suka ambik gambar suasana and in this case the people of Vietnam.














Disebabkan kedudukannya yang jauh ke utara, Hanoi adalah satu-satunya ibukota di Asia Tenggara yang mengalami 4 musim. Pada bulan Mei, Hanoi mengalami musim panas. Kata Quanh, wanita Vietnam sangat mementingkan penjagaan kulit, mesti cerah and not tanned especially mereka yang belum berkahwin. So mereka selalunya akan tutup muka, memakai jaket dan sarung tangan bila berada di luar seperti ketika bawak motor. 


Mural yang cantik.

Musim panas masa tu.

Di tepi jalan sambil berpayung.



Tukang gunting rambut di tepi jalan. 
Street barber adalah merupakan satu tradisi Vietnam sejak abad ke-18 lagi. Ia adalah satu profesion yang biasa bagi ramai veteran tentera dan bekas anggota miltary to keep busy dan membantu keluarga mereka menampung perbelanjaan setiap minggu. Yang jadi barber ni ada juga mereka yang baru selepas menamatkan khidmat dalam tentera Vietnam dan school leavers.





Seterusnya kami melawat ke Hoàn Kiếm Lake. Hồ Hoàn Kiếm, bermaksud "Lake of the Returned Sword" atau "Lake of the Restored Sword", juga dikenali sebagai Hồ Gươm (Sword Lake), sebuah tasik di pusat bersejarah Hanoi, ibu negara kota Vietnam. Tasik ini adalah salah satu tempat utama yang indah di bandar Hanoi dan berfungsi sebagai titik tumpuan untuk kehidupan awam.

Jambatan menuju ke Ngoc Sun Temple.

Tasik ini sentiasa ramai pengunjung kerana di sebuah pulau buatan di tengah tasik terdapat sebuah kuil yang dinamakan Ngoc Sun Temple.
Meaning 'Temple of the Jade Mountain', Hanoi's most visited temple sits on a small island in the northern part of Hoan Kiem Lake, connected to the lakeshore by an elegant scarlet bridge, constructed in classical Vietnamese style. The temple is dedicated to General Tran Hung Dao (who defeated the Mongols in the 13th century), La To (patron saint of physicians) and the scholar Van Xuong. - www.lonelyplanet.com

Penganut-penganut Buddha bersembahyang di Ngoc Sun Temple. Ada beberapa kura-kura gergasi tinggal di Hoàn Kiếm Lake. Seekor darinya yang telah mati diawet dan disimpan di Ngoc Sun Temple kerana kura-kura adalah binatang suci dalam agama Buddha.
According to the legend, in early 1428, Emperor Lê Lợi was boating on the lake when a Golden Turtle God (Kim Qui) surfaced and asked for his magic sword, Heaven's Will. Lợi concluded that Kim Qui had come to reclaim the sword that its master, a local God, the Dragon King (Long Vương) had given Lợi some time earlier, during his revolt against Ming China. Later, Lợi gave the sword back to the turtle after he finished fighting off the Chinese. Lợi renamed the lake to commemorate this event, from its former name Luc Thuy meaning "Green Water".- Wiki

Bermain Chinese Chess di luar Temple.

Kami juga berkesempatan menyaksikan Water Puppet, iaitu persembahan tradisional masyarakat Vietnam sewaktu di Hanoi. Show ini dibuat di Thang Long Water Puppet Theatre.

Dewan Thang Long Water Puppet Theatre.


Persembahan diiringi oleh orkestra Vietnam bermain muzik tradisional menggunakan gendang, loceng kayu, horns, seruling buluh dan simbal.

Persembahan diiringi dengan lagu opera Vietnamese menceritakan kisah yang sedang dilakonkan oleh boneka. Persembahan menceritakan cerita rakyat Vietnam dan legenda dengan topik termasuk sambutan menuai padi yang digambarkan dengan cara yang lucu.

Kesenian ini telah bermula sejak abad ke-11. Tradisi teater boneka air berpunca daripada masa apabila sawah padi ditenggelami air dan penduduk kampung akan membuat hiburan dengan berdiri di dalam air paras pinggang dengan boneka membuat persembahan di atas air.

Menggunakan rod besar untuk menyokong boneka membuatkan boneka-boneka seolah-olah muncul dan bergerak di atas air dengan dalang-dalang tersembunyi di sebalik skrin.

Persembahan di teater moden ini dilakukan di kolam air sebagai pentas untuk boneka. Boneka dikawal oleh tidak lebih daripada lapan dalang-dalang bersembunyi di sebalik skrin buluh. Persembahan Boneka Air Thang Long yang terkenal ini adalah dianggap sebagai salah satu acara kemuncak budaya Northern Vietnam sejak tradisi yang pertama bermula di Red River Delta.

Persembahan ini biasanya termasuk beberapa cerita pendek dengan menunjukkan kepada penonton perjalanan hidup kampung purba, hasil tuaian pertanian dan tarian makhluk mitos. Persembahan menceritakan kisah 'Restored Sword of King Le' iaitu kisah lagenda Tasik Hoan Kiem dan kura-kura gergasi. Muzik live memainkan peranan penting dalam persembahan dengan penyanyi sering menjerit kata-kata semangat kepada boneka.

Memang sangat unik persembahan boneka-boneka air ni. We thoroughly enjoyed it 😊.

Maka selesailah catatan percutian kami untuk hari ketiga ini. 


No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. water puppet !! satu hari nanti saya nak nengok!
    ha ah lah
    macam painting !
    cantik sangat!!

    agak agaknya lah
    berapa lah depa caj en syed untuk satu kapal tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Water puppet tu best sebab live music, live singing of vietnam opera, byk jokes too :). Kalau ke sana mmg elok masukkan dlm program. Bila tu doc nak ke Hanoi? :)

      Indeed! Bot slow je, so puas ambik gambar! Dan pemandangan tak la satu jenis je, ada variety!

      I think kalau kita sendiri nak sewa tentunya lebih dari USD100 ikut jenis2 bot/kapal. Kalau TA yg arrange may be dpt murah sikit. Saya tak pulak tanya berapa since semua dah dipakejkan.

      Delete