Wednesday, July 5, 2017

VIETNAM - DAY 02 - HANOI CITY TOUR

Hari ke dua kami di Hanoi ni, we did the touristy thing that we love, that is going on a city tour.. hehe. Kami suka city tours sebab it gave us a quick overview of the city we visited by making stops at some important locations either historically significant or otherwise whilst doing it in a matter of just a few hours and not having to do it over a period of a few days kalau kami explore on our own.

View pagi bandar Hanoi dari hotel penginapan kami.




Cahaya pagi yang cantik.



Construction di sebelah hotel penginapan kami. 




Inilah our ride for the Hanoi City Tour. Jom!

First stop, kami ke Ho Chi Minh Presidential Area untuk mendekati sejarah hidup Bapa Kemerdekaan Vietnam yang juga presidennya yang pertama, Ho Chi Minh.

Ini pintu masuk ke Ho Chi Minh Presidential Area. 

Mercu tanda utama Ho Chi Minh Presidential Area ialah Mausoleum Ho Chi Minh di mana mayat presiden pertama Vietnam, Ho Chi Minh disemadikan.

Wasiat Ho Chi Minh supaya mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di utara, tengah dan selatan Vietnam. Tapi wasiat tu tak dilaksanakan dan mayat dia diawet dan disemadikan di Mausoleum Ho Chi Minh di Hanoi ni. Mayat Ho Chi Minh boleh dilawat di Mausoleum ni, tetapi pada hari kami melawat tu Mausoleum ni ditutup kepada orang awam untuk tujuan penyelenggaraan.


Demi memujuk Ho Chi Minh menerima kehadiran mereka di Vietnam, penjajah Perancis telah menawarkan sebuah mansion sebagai rumah kediaman beliau. Inilah mansion mewah yang ditawarkan sebagai kediaman oleh Kerajaan Perancis kepada Ho Chi Minh.

Tapi Ho Chi Minh menolak tawaran tersebut dan memilih untuk tinggal di sebuah rumah kayu berhampiran. Menurut ceritanya, sebagai seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, Ho Chi Minh tidak sampai hati untuk tinggal di sebuah kediaman mewah padahal rakyat negaranya rata-rata hidup miskin dan melarat di bawah penjajahan Perancis.
Rumah kayu tradisional di pinggir tasik yang menjadi pilihan kediaman Ho Chi Minh.

Pemandangan tasik di Ho Chi Minh Presidential Area.

Sewaktu hayatnya, Ho Chi Minh juga mempunyai pejabat di kawasan berhampiran rumah beliau. 
Foto kiri: Bahagian bawah rumah yang terbuka digunakan oleh Ho Chi Minh untuk bermesyuarat dengan pembantu-pembantunya.
Foto kanan: Balkoni rumah Ho Chi Minh

Ho Chi Minh tidak pernah berkahwin dan tidak berkeluarga. Beliau tinggal bersendirian di rumah kayu ini.
Foto kiri: Pejabat Ho Chi Minh di Presidential Area masih dikekalkan dalam keadaan asal. Untuk membolehkan pengunjung melihat ke dalam, sebelah dinding bangunan ini digantikan dengan kaca.
Foto kanan: Ho Chi Minh tinggal di bahagian atas rumah kayu ini. Dia tidur berkelambu dalam bilik tidur di sebelah kanan ini.

Foto kiri: Katil Ho Chi Minh.
Foto kanan: Di hari tuanya, sebuah rumah kayu dibina untuk Ho Chi Minh di atas tanah kerana beliau tidak lagi berupaya menaiki tangga.

Pemandangan dari balkoni rumah Ho Chi Minh. Tali-tali ini dipasang sebagai siren amaran mengenai kehadiran musuh.

Beduk ini akan diketuk untuk memberi amaran tentang kehadiran musuh. Binaan berdinding biru di belakangnya adalah tempat perlindungan bom (bomb bunker).

Rumah kayu tradisional di pinggir tasik yang menjadi pilihan kediaman Ho Chi Minh.

Bangunan pejabat dan garaj kereta Ho Chi Minh.

Sebahagian bangunan garaj kereta kini dijadikan kedai cenderamata.

Koleksi kenderaan rasmi Ho Chi Minh. Beliau paling suka menggunakan kereta buatan Rusia.


Seterusnya kami ke One Pillar Pagoda yang terletak berdekatan Ho Chi Minh Presidential Area. Pagoda ini dibina di atas sebatang tiang konkrit dengan dikelilingi kolam lotus.

Menurut ceritanya, ia dibina oleh seorang Raja sebagai membayar nazarnya selepas mendapat anak. Sebelum dia mendapat anak, Raja tersebut bermimpi bertemu dengan seorang orang alim Buddha yang duduk di atas sepohon lotus. Orang alim inilah yang telah menjanjikan Raja bahawa beliau akan mendapat anak. Makanya, pagoda ini dibina oleh Raja tersebut atas sebatang tiang sebagai gambaran pohon lotus yang ditemui dalam mimpi.

Penjaja yang memakai topi tradisional Vietnam di One Pillar Pagoda.

Ini Ho Chi Minh Museum tapi kami tak masuk.

Selesai di Presidential Area, kami bertolak ke tempat lawatan seterusnya.


Next stop, Temple of Literature yang merupakan universiti yang pertama dibina di Vietnam bertujuan untuk memberi pendidikan kepada bakal-bakal pemimpin negara. Ia dibina berdasarkan falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh Confucius di negara China.

Ini pintu masuk ke Temple of Literature.

Pemandangan di dalam Temple of Literature.

Kuil untuk Confucius di dalam Temple of Literature.

Pemandangan di dalam Kuil Confucius.


Nama-nama penuntut yang lulus dalam Peperiksaan Negara akan diukir pada batu-batu ini. Perhatikan dasar batu yang diukir seperti bentuk kura-kura. Kura-kura adalah haiwan suci kepada penganut Buddha.

Sebelum menduduki peperiksaan, penuntut-penuntut akan mengusap kepala kura-kura batu untuk mendapatkan good luck. Amalan ini masih diteruskan oleh pelajar-pelajar sekolah di Vietnam hari ini.

Kura-kura emas yang disimpan di Kuil Confucius di Temple of Literature.


Perhiasan lotus di Temple of Literature.

Kolam di dalam Temple of Literature. Suasana di dalam Temple of Literature dibina supaya penuh ketenangan untuk membolehkan penuntut-penuntut mentelaah pelajaran tanpa gangguan.

Seterusnya Quanh suggested kami try Cyclo Tour pulak. Naik beca round-round Hanoi. Kami ok je 😊.
Penunggang-penunggang basikal dan motorsikal. Waktu itu musim panas, jadi penunggang-penunggang wanita akan memakai pakaian yang berlitup habis sebab takut kulit hitam terkena sinaran matahari.


Beca macam ni yang kami nak naik tu. Popular among tourists and locals.

Personally kami suka naik beca macam ni sebab it is a lot easier to take photos dan dapat be 'closer' to the people too, dapat melihat kehidupan masyarakat Hanoi dengan lebih dekat.



Bila beca gerak perlahan dapatlah captured 'intimate' moments. 



Ambil gambar di sini tak jadi masalah, even people shots. Mereka biasanya very friendly. Cuma kita mesti la 'obvious'kan 'gelagat pelancong' kita.... hehehe.




Saya dalam satu beca. My wife naik satu lagi. Kecik beca ni, tak muat 2 orang. Saja saya requested for my wife to be in front. 

Tak pasti apa yang tengah dibakar tu tapi pening jugak la kepala saya.

Naik beca boleh ambik dekat-dekat macam ni.. hehe.

Masa lalu di main roads yang sibuk macam ni tentu la rasa cemas. Alhamdulillah it was ok. 

Bank of Vietnam.

Sebuah bangunan bersejarah. Ini adalah Bac Bo Palace. 
Bac Bo Palace (Brie Bo“ Phu) - Large administrative building in the colonial style constructed by the French in Hanoi in the early 20th century.

Hotel Metropole Hanoi adalah hotel bertaraf 5 bintang pertama di Vietnam.

Sebuah hospital di Hanoi.

Bangunan Opera House - peninggalan Perancis di Hanoi. Nampaknya macam lokasi popular untuk wedding shoot.

Ini West Lake di hadapan India Palace Restaurant, restoran tempat kami lunch. Ini adalah tasik terbesar di Hanoi.

Kami makan tengahari di sebuah lagi restoran India yang bernama India Palace Restaurant.

A very delicious lunch!

Seterusnya kami bergerak ke Halong Bay. Jauh perjalanan by car, more than 3 hours.

Dalam perjalanan tu ternampak restoran Malaysia, Nisa Restaurant.

Beautiful murals.

Beautiful murals with beautiful homes.



Ada 5 families yang tinggal dalam bangunan pink tu. Satu family dok satu tingkat. Kata Quanh, ground floor selalunya kedai keluarga tu, 1st floor mak dan ayah duduk and rest occupied by their married children. 

Orang Vietnam makan anjing. So bila saya nampak anjing-anjing cramped in that very small cage di belakang motor tu, saya terfikir agaknya anjing-anjing tu akan dibunuh dan dibuat lauk. Sedih betul saya masa tu. 

Tak kesian ke? 😡

Pemandangan sawah padi di antara Hanoi dan Halong Bay.


Masa dalam perjalanan tu ternampak pula satu accident.


Di Halong, hotel penginapan kami adalah Ha Long Pearl Hotel.

Pemandangan laut dari Ha Long Pearl Hotel.

Makan malam adalah seafood dinner yang disediakan di pinggir pantai Halong di Golden Sands Seafood Restaurant.



No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. tak tenteram ho chin minh bila wasiatnya tak disempurnakan..:)

    runah tambah-tambah tingkat gitu kuat ke menampung berat tingkat2 atas tu kan? sebab dalam plan tak ada .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tak tau la kenapa mereka tak buat mcm mana yg ho chi minh mintak. Sedangkan dia tu byk berjasa pada Vietnam.

      I also terfikir benda yg sama. I think mereka dah siap2 buat foundation yg kuat sebab dah memang plan nak tambah2 tingkat di masa depan. I think so la.

      Delete