Friday, July 14, 2017

PERTH 2001 - PART 01 - DEPARTURE - MORNING WALK - LAKE MONGER - KING'S PARK & CITY BEACH

Sesuailah dengan konsep blog ni, 'Agar Aku Tidak Lupa' maka saya buat satu entry vacation lama. The last time I did something like this was for my own 1998 trip ke Budapest and Vienna yang boleh dibaca di sini 'Budapest Dan Vienna'. Kali ni nak rekod di sini trip saya dan isteri ke Perth, Australia, 16 years ago. 

Dulu pakai kamera filem, jadi ada prints simpan dalam album. After 16 years kami still simpan album ni sebab it was a good trip. Banyak kenangan indah bersama isteri especially kerana ini adalah trip percutian abroad kami bersama yang pertama. 

Prints trip kami ke Perth simpan dalam album hijau ni. Dah lusuh dah rupanya. 

Tengok dalam dah berbintik bintat dan some foto-foto pun udah faded. 

Negative pun masih ada kami simpan 😊.

Lepas scan semua foto-foto tu, saya proceeded to edit them, trying hard to 'unfade' them. Skill editing saya to restore old photos memang la kurang sangat so buat je yang terdaya. Dan inilah hasilnya.

Baik, cerita bermula sebenarnya nak ke Phuket tapi bila di travel agent tu ada pakej murah 5 hari/4 malam ke Perth, kami tukar rancangan. Now that I think about it, sampai ke hari ni kami tak ke Phuket lagi 😁. 

Dengan Malaysia Airlines, flight dari Kuala Lumpur ke Perth ambil masa lebih 5 jam. Bertolak lewat malam dari KLIA dan sampai di Perth pada awal pagi keesokan harinya.

Bergambar di KLIA. Masa year 2001 tu, tu la first time pakai handphone dan my first mobile phone tu ialah cap Nokia, model Nokia 5110.. hehe. 

Inilah Nokia 5110 dengan screen dulu-dulu.. hehehe. Berat phone ni sebab bateri tebal. Dan besar. Also no camera lah 😃.

Percutian ke Perth bersama isteri.

Tiba di Airport Perth. Nampaknya dah memang sejak dari dulu lagi suka ambik gambar airport.. hehe.

Menunggu bags.

Jenuh edit foto ni.. hehehe. Jadi la buat rekod.

Di airport, tour guide kami dah menunggu, seorang uncle berbangsa Cina yang asalnya dari Singapura tapi dah migrate ke Australia. Group kami kecil je, hanya kami berdua dan satu Chinese family dari Kuala Lumpur, a couple with their mother and their two kids. So boleh muat dalam satu van kecik.

Day 01:
Ini hotel penginapan kami di Perth, hotel Ibis. Perth ni tenang je, very laidback. Tak nampak traffic jam. Tak de kesesakan. Iklim pun macam Mediterranean. Jadi nyaman je. Kami diberitahu disebabkan semua ni la Perth ni jadi pilihan pesara untuk menetap di sana.

Bersarapan pagi di Hotel Ibis.

Bergambar di depan Hotel Ibis, Perth. Pagi tu kami went for a short morning walk di Murray Street, soaking up the atmosphere gitu 😊.

Bergambar dengan Australia Post box depan a Chinese vegetarian restaurant.. hehe.


Dulu-dulu saya nampaknya suka bergambar.. hehe.





Commonwealth Bank of Australia.

Bersiar-siar di Murray Street Mall.

The Body Shop dah bukak kedai di Malaysia since 1984 lagi. Tapi excited bila jumpa di Perth 😊. Agaknya masa tu di Malaysia belum ada banyak outlets kot.

Happynya dia.. hehe.

Di depan Raine Square.



Pemandangan Horseshoe Bridge yang berbentuk ladam kuda. Sewaktu di Perth, setiap kali kami akan melintas jambatan ini dengan kenderaan untuk ke sana sini.

Pemandangan dari atas Horseshoe Bridge.

Bergambar kenangan di depan Hotel Ibis Perth.

Pagi tu kami dibawa uncle tour guide ke Lake Monger yang terkenal dengan burung swan berwarna hitam. Dikatakan swan hitam ini hanya terdapat di tasik ini saja.


Tiba di Lake Monger. Cantik tasik cetek ni. Ada banyak burung. Sesuai for bird watching.

Ala tourists gitu bagi burung makan.. hehe.

Ingat macam bagi ayam makan. Tetiba kena kejar. Lariii... hahaha.

The Black Swan is the only entirely black coloured swan in the world. Cantik sangat!
The black swan is unique. Its beak is red which makes an attractive colour combination. They prefer open waters as they need at least 20 metres to take off. The black swan is Western Australia’s bird emblem and it is said to be found as far north as the Kimberley region.

Black Swan ni rupanya garang dengan mata dan paruh warna merah. 

Boleh bagi makan pada black swan ni tapi kena hati-hati. Fierce burung-burung ni!

Tak ingat dah kenapa saya dok berjemur di padang ni...hehe.

Next kami ke King's Park. Kings Park adalah salah satu taman bandar dalaman yang terbesar dan paling indah di dunia. Ia kaya dengan sejarah Aborigin dan Eropah, budaya kontemporari dan menawarkan reka bentuk, paparan dan perkhidmatan yang inovatif. Kings Park mempunyai reputasi antarabangsa untuk penyelidikan saintifik, hortikultur terkemuka, pemuliharaan dan pendidikan awam.
Kings Park adalah Taman Botani Australia Barat yang menakjubkan, yang memaparkan lebih daripada 3,000 spesies flora unik. Dua pertiga daripada taman seluas 400 hektar ini adalah dilindungi seperti bushland yang menyediakan tempat berlindung bagi pelbagai native biological diversity.

Di taman ni ada State War Memorial di mana ada sebuah Cenotaph berbentuk obelisk. Setinggi 18 meter, ia didirikan sebagai penghormatan kepada warga Australia Barat yang telah mengorbankan nyawa mereka untuk negara. Di bahagian dalam dinding ada disenaraikan lebih 7 ribu nama mereka yang telah terkorban kerana terbunuh atau mati kerana cedera atau penyakit ketika Perang Dunia I. 

Bergambar di State War Memorial.

Bergambar di depan sebuah Karri log yang sangat besar.
Karri log ni adalah sesuatu yang iconic and a memorable di Kings Park yang telah letakkan di taman ini sejak 1958. Log Karri ini telah diangkut dalam tiga bahagian dari Donnelly River di Western Australia’s south-west ke Kings Park. Dianggarkan berusia 363 tahun masa ia ditebang, kayu balak itu panjangnya 32 meter dan berat 110 tan. Kami sempat bergambar dengan balak ni kerana masa tu adalah bulan Februari 2001 dan pada October tahun yang sama it was removed sebab pereputan. Balak ini tidak diganti. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Taman dan Botanik telah menanam lebih daripada 300 pokok karri di Botanic Garden untuk generasi akan datang.

Bergambar di Kings Park dengan pemandangan Perth skyline. 


Agaknya masa tu teruja dengan hamparan padang rumput hijau ni maka saya pun bergambarlah.. hehe.

Pemandangan bandaraya Perth dari Kings Park yang sangat best.


Di State War Memorial.


Ada Wishing Well di park ni. Dibuat pada 1949, Rotary Wishing Well ini mempunyai skrol besi tempa yang rumit dengan loceng yang cantik.

Memang best kalau berpiknik di taman ni.

Boleh teropong bandaraya Perth dari Kings Park ni dengan coin operated binoculars. 

Santai di Park Lane di Kings Park. Kalau tak silap those magnificent trees are gum trees.

Lawatan ke Perth Mint ada dalam itinerary. Tapi tutup masa kami tiba di sana. Jadi, tengok dari luar je lah.
Bergambar di The Perth Mint: The Mint - Entrance Courtyard and Statues.

Dari Ibis Hotel kami ke Lake Monger. Lepas tu ke Kings Park. Seterusnya kami singgah di City Beach. Pantai di terletak di Town of Cambridge.

Tiba di City Beach. 

Cantik City Beach ni tapi angin di pantai yang menghadap ke Laut Hindi ni punya la kuat sampai pasir halus berterbangan. Sampai masuk mulut la masa bercakap.

Bergambar di City Beach.


Pasir masuk mata.. hehe.


Angin kuat, tudung bergerbangan.. hehehe.

City Beach ni memang cantik. Pristine! With amazing blue sky.

Kalau la masa ni ada camera yang boleh zoom zoom, dah tentu ambik beberapa foto seagulls tu! 

Malam tu kami makan di Indonesia Indah Restaurant, Perth. Lokasi restoran ni cuma lebih kurang 10 minit jalan kaki dari hotel penginapan kami iaitu Hotel Ibis.

Sambil berjalan balik ke hotel, sambil bergambar 😊.



No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Assalammualaikum tuan,

    What a sweet memories...jangan kata 16 tahun lepas..5 tahun lepas pun saya tak tahu letak kat mana all the soft copy of photos taken...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ff.
      Indeed it was. Seronok pulak tgk balik foto-foto lama ni.. hehe.

      Haa.. kan. Rugi la kalau dah hilang! Sayangnya.
      Tu la antara sebabnya pun saya buat entry tentang percutian lama-lama ni supaya senang nak imbau-imbau balik.. bukak je internet.. hehe. Dan yg best juga kalau buat blog boleh tulis sekali ceritanya... agar tidak lupa :).

      Delete