Monday, May 29, 2017

UMRAH 2017 - DAY 10 - MASJID QUBA - KUBU KAAB BIN ASYRAF - BUKIT KHURAIDAH - KUBU URWAH BIN ZUBAIR

Pada hari ke 10 dalam program Umrah 2017, kami sempat melawat atau passed by Masjid Jumaah, Bukit Tsaniyatul Wada', Masjid Quba, Kubu Kaab bin Asyraf, Bukit Khuraidah (Bukit Terbakar) dan Kubu Urwah bin Zubair.

Sarapan pagi meehoon dan roti. Alhamdulillah.

Itinerary for today and the next couple of days.

Memulakan lawatan di pagi hari ke 10 dalam program Umrah 2017 kami di Madinah.

Dalam perjalanan tu nampak Masjid Bilal ibn Rabah.
Bilal bin Rabah juga dikenali sebagai Bilal al-Habashi, Bilal bin Riyah, dan ibn Rabah, adalah salah seorang sahabat Nabi SAW yang paling dipercayai dan setia. Beliau dilahirkan di Mekah dan dianggap sebagai muadzin yang pertama, yang dipilih oleh Nabi SAW sendiri. Beliau terkenal dengan suara yang indah. 

Asalnya Bilal adalah hamba kepada Umayyah ibn Khalaf dan bila Umayyah tahu Bilal telah memeluk agama Islam, Bilal disiksa dengan diseret keliling kota Makkah dan dihina, kemudian diikat dan dijemur di tengah panas padang pasir dan diletak batu besar di dadanya. Di setiap siksaan Bilal tetap mengatakan Ahad Ahad (Allah adalah satu). Bilal kemudian telah dibeli dan diselamatkan oleh Abu Bakr ra.

Pada dekad selepas penghijrahan, Bilal menyertai Nabi Muhammad SAW dalam semua ekspedisi ketenteraan, dan diberi penghormatan membawa tombak Nabi Muhammad SAW. Dia turut berperang di dalam peperangan Badar di mana telah membunuh bekas tuannya, Umayyah bin Khalaf.

Ini adalah Masjid Ghamama merupakan tempat Nabi Muhammad SAW melaksanakan solat hari raya di empat tahun terakhir kehidupan baginda.

Ini adalah Masjid Jummah, yang terletak di sempadan Madinah menandakan tapak di mana Nabi SAW mengimamkan solat Jumaat yang pertama, tidak lama selepas Hijrah baginda dari Makkah. Ia adalah kira-kira 2.5 km dari Masjid Nabwi.

Nabi SAW meninggalkan Quba pada hari Jumaat untuk menuju ke Madinah. Kira-kira 1 kilometer dari Quba Nabi SAW melalui perkampungan Banu Salim bin Auf. Penduduk Banu Salim merayu: "Wahai Nabi Allah, anda telah tinggal di rumah saudara kami (penduduk Quba') untuk beberapa hari, maka berikanlah ganjaran juga kepada kami dengan sesuatu, kerana mereka akan ada kelebihan atas kami hingga ke hari kiamat iaitu anda telah tinggal bersama mereka". Nabi SAW pun turun dari unta dan melakukan solat Jumaat yang pertama di kawasan perkampungan Banu Salim bin Auf.

Kira-kira seratus umat Islam menyertai solat Jumaat pertama ini. Di antara mereka adalah saudara-mara Nabi SAW dari Bani an-Najjar yang datang untuk berjumpa Nabi SAW dan beberapa lagi dari Bani Amr yang telah mengiringi Nabi SAW dari Quba.

Selepas menunaikan Solat Jumaat, Rasullullah SAW kembali menaiki unta baginda Qaswa menuju ke kota Madinah.

Setelah mendapat berita yang Nabi SAW akan datang berhijrah ke Madinah dari Makkah, penduduk Madinah merasa sangat gembira dan tertunggu-tunggu ketibaan Nabi SAW. Saban pagi mereka keluar rumah dan hanya pulang bila sudah panas terik. 

Pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun ke-14 kenabian (tahun pertama Hijrah, bertepatan 23 September 622 M), kaum Ansar seperti biasa keluar menunggu kedatangan Nabi SAW. Ketika panas sudah terik, mereka kembali ke rumah masing-masing.

Ketika itu, seorang Yahudi yang sedang bekerja di kebun dia yang terletak di kawasan tanah tinggi, telah ternampak kedatangan Nabi SAW dan para sahabat. Dia terus berseru: “Wahai orang-orang Arab, inilah orangnya yang kamu tunggu.”

Kaum Muslimin Madinah pun segera bergegas untuk menyambut kedatangan Nabi SAW dan para sahabat dengan penuh kegembiraan. Suara riuh dan takbir menggema di Bani Amr bin ‘Auf. Mereka menyambut dan menghormati Nabi SAW sebagai seorang nabi.
Dikatakan inilah bukit Tsaniyatul Wada' di mana ketibaan Nabi SAW ke Madinah disambut dengan Thala’al badru ‘alaina oleh para wanita dan kanak-kanak yang berada di tower ini.

Ada di antara kaum muslimin Madinah ketika itu yang tidak mengenali rupa Nabi SAW (kerana belum pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW) telah menghormati Abu Bakar ra sebagaimana menghormati Nabi SAW, kerana menyangka Abu Bakar ra Nabi yang dimaksudkan. Ketika panas kian terik, Abu Bakar ra berdiri dan Rasulullah SAW berteduh pada selendang Abu Bakar ra. Ketika itu, barulah kaum muslimin kenal siapa Nabi SAW. Maka mereka pun segera berkumpul di sekitar Rasulullah SAW.
Tala 'al-Badru' Alayna adalah sebuah lagu Islam syair tradisional atau nasyid yang dinyanyikan oleh kaum Ansar (penduduk Madinah) untuk mengalu-alukan kedatangan Nabi Muhammad SAW yang tiba berhijrah ke Madinah dari Makkah. Ada juga pendapat yang mengatakan nasyid ini mula-mula dinyanyikan untuk menyambut kepulangan Nabi SAW selepas tamat Perang Tabuk.

Masa saya cari info, terjumpa info tentang Bukit Tsaniyatul Wada' seperti di bawah ini, menunjukkan bahawa Nabi SAW adalah seorang yang athletic. 
Dari Ibnu 'Umar ra berkata: 'Nabi SAW memacu kuda pacuan dari Al Hafya' hingga Tsaniyatul Wada' dan memacu kuda yang bukan kuda pacuan dari Tsaniyatul Wada' hingga masjid Bani Zurai. Aku termasuk orang yang ikut dalam pacuan kuda itu'. - HR Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar ra.

Seperti pagi yang sebelum ini di Madinah, lawatan kami bermula dengan berhenti di Masjid Quba untuk bersolat sunat.

Berjalan masuk ke Masjid Quba'.

Pintu masuk ke Masjid Quba' bahagian lelaki.

Ruang solat di dataran terbuka di dalam Masjid Quba'.


Sekali lagi saya bersolat di bawah kubah seperti yang Ustaz sarankan.

Bersolat sunat di bawah kubah antara dua lubang ini.


Suasana di dalam Masjid Quba'.






Di bahagian wanita.

Selesai bersolat, berkumpul di tempat to meet up. 

Kata Ustaz esok baru kami lawat The Refuge of Faith Exhibition ni. 

Jemaah sedang membeli kurma. 

Kucing yang saya nampak semalamnya. Pagi ni ada ibunya sekali. Come dan tengah sangat nakal masa tu! 😊 

Sebuah bangunan baru di sebelah Masjid Quba' yang tak ada the last time we were here.

Di sebelah bangunan baru ni ada satu kawasan lapang, sebuah dataran yang agak luas juga. Ustaz beritahu dikatakan di situlah letaknya Telaga Aris (Aris ialah nama seorang Yahudi yang bererti 'peladang'). 

Pada suatu hari, Abu Musa Al-Asy'ari berazam untuk mengikut pergerakan baginda Rasullullah SAW. Lantas beliau pergi mencari baginda di Masjid Nabawi, tetapi tidak menjumpainya di situ. Beliau terus mencari sehingga bertemu Rasullullah SAW yang sedang berada di sebuah kebun sambil duduk di pinggir telaga dengan kakinya terjuntai ke dalam telaga itu. Beliau pun memberi salam kepada Rasullullah SAW dan memohon untuk menjadi pengawal baginda pada hari itu. Setelah mendapat keizinan, Abu Musa kembali semula ke pintu telaga untuk menjalankan tugas sebagai pengawal. 

Tiba-tiba, pintu telaga ditolak dari luar dan Abu Musa mendapati Saidina Abu Bakar As-Siddiq berada di pintu. Abu Musa pergi memberitahu Rasullullah SAW tentang kedatangan Abu Bakar. Rasullullah SAW menyuruh Abu Musa membenarkannya masuk dan mengkhabarkan berita gembira bahawa dia (Abu Bakar As-Siddiq) adalah ahli syurga. Abu Musa pun mempersilakan Abu Bakar As-Siddiq masuk. 

Kemudian, Abu Musa terus menunggu di pintu itu sambil mengharap agar ada saudaranya yang datang. Tiba-tiba pintu diketuk lagi. Saidina Umar bin Al-Khattab pula muncul di muka pintu. Abu Musa pergi memberitahu Rasullulah SAW dan Baginda memberi arahan seperti sebelumnya. Umar bin Al-Khattab pun masuk dan duduk di sebelah kanan Rasullulah SAW dengan kaki mereka terjulur ke dalam telaga itu.

Abu Musa kembali lagi ke pintu dengan perasaan tertunggu, siapakah lagi orang yang bertuah pada hari itu? Pintu telaga diketuk lagi dan kali ini Saidina Usman bin Affan pula yang muncul. Abu Musa pergi meminta keizinan Rasullulah SAW dan Usman juga dibenarkan masuk. Rasullulah SAW juga menjaminkan syurga untuknya (Saidina Usman) dengan sebab musibah dan fitnah yang bakal menimpa dirinya. 

Kemudian apabila Usman RA hendak duduk di telaga itu, dia mendapati tempat di sebelah Rasullulah SAW telah penuh, lalu beliau duduk berhadapan dengan mereka bertiga. Para ulama berpendapat, peristiwa ini adalah satu petanda yang mana Usman tidak dapat dikebumikan bersama Rasullullah SAW setelah dia meninggal dunia. Memang benar kerana jenazah Abu Bakar dan Umar dikebumikan berdekatan Nabi Muhammad SAW setelah mereka meninggal dunia, sedangkan jenazah Usman pula dikebumikan di Perkuburan Baqi' di Madinah.

Mengikut riwayat Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasullulah SAW mempunyai sebentuk cincin yang kemudiannya diwarisi oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Selepas itu ia diwarisi pula oleh Umar Al-Khattab dan akhirnya oleh Saidina Usman bin Affan. Pada suatu hari, dalam tahun keenam zaman pemerintahannya, Usman bin Affan sedang duduk di pinggir telaga itu. Dengan tiba-tiba cincin yang dipakainya tertanggal dari jarinya dan terjatuh ke dalam telaga. Saidina Usman mencari cincin tersebut selama tiga hari tiga malam tetapi hampa. Semenjak hari itu, telaga ini dikenali sebagai Telaga Khatam (cincin).  

Saidina Usman bin Affan teringat akan kata-kata Rasullulah SAW. Benarlah sabda Baginda kerana semenjak hari itu bermulalah huru-hara dan fitnah ke atas beliau sehingga berakhir dengan syahidnya beliau di tangan seorang pembunuh.

Al-Dar Hospital.

Persinggahan seterusnya ialah ke runtuhan kubu Kaab bin Asyraf yang terletak dekat sebuah kebun kurma. 

Siapakah Kaab bin Al-Asyraf? Kaab Ibn Al Asyraf, seorang Yahudi warga Madinah, adalah antara musuh Islam yang sangat lantang dalam penentangannya dan mahu Rasulullah SAW dan semua umat Islam dibunuh. Dia juga menghasut agar orang-orang Quraisy melancarkan perang terhadap umat Islam. Ini semua dilakukannya melalui karangan-karangan syair. Dia juga dengan biadapnya menggunakan syair menghina dan mencemuh wanita-wanita Islam. Beliau adalah seorang kaki perempuan di mana dia telah membunuh dan menawan beberapa wanita untuk memuaskan nafsu dan keinginannya. 

Kekejian Ka'ab lebih terserlah lagi bila beliau bertindak menyokong kafir Quraisy dan menimbulkan hasutan untuk membenci orang Islam di Madinah dan ini telah melanggar Perlembagaan Madinah yang turut ditandatangani oleh Yahudi Bani Nadir yang diketuai oleh Kaab sendiri. Perjanjian ini melarang mereka untuk bersekongkol dengan orang kafir di Makkah, khususnya bangsa Quraisy. 

Para penyembah berhala telah bertanya kepada Kaab, “Apakah agama kaum Muslim lebih baik daripada milik kami?” Walaupun Kaab bin Asyraf adalah dari masyarakat yang terpelajar, dia berkata kepada mereka, “Agamamu lebih baik dibandingkan kaum Muslim.” Kisah ini dicerita oleh Allah SWT di dalam Al Quran Surah An Nisa Ayat 51: "Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada jibt dan thaghut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahwa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman." Itulah sebabnya Allah SWT berfirman di dalam Al Quran bahawa Yahudi sanggup menjual agama mereka untuk keuntungan duniawi yang kecil.

Bila Kaab pulang ke Madinah, dia memperhebatkan cercaannya dalam bentuk puisi dan lagu. Maka Nabi SAW mengumpulkan para sahabat dan bertanya: "Siapakah yang mahu menangani Kaab bin Al-Asyraf kerana dia sungguh telah mengganggu Allah dan RasulNya?” Muhammad bin Muslamah, Abbad bin Bishr, Al-Haris bin Aws, Abu 'Abs bin Hibr dan Salkan bin Salamah menawarkan diri untuk menghapuskan Kaab bin Asyraf.

Muhammad bin Maslamah mula mengatur rancangan untuk membunuh Kaab sehingga dia tidak lagi lalu untuk makan dan minum.  Bila Nabi Muhammad SAW datang menemuinya untuk bertanyakan khabar, Muhammad bin Maslamah memohon kebenaran dari Nabi SAW untuk menggunakan helah bagi menjayakan rancangannya. Sebahagian dari perancangan tersebut ialah dia akan berbicara negatif tentang Nabi SAW di hadapan Kaab. Rasulullah SAW bersabda memberi keizinan: "Katakanlah apa yang kamu ingin!”

Muhammad bin Maslamah dan rakan-rakannya datang menemui Kaab. Mereka mengadu kepada Kaab yang kononnya Nabi Muhammad SAW telah menyusahkan mereka dengan menyuruh mereka besedekah. Kaab berkata dengan gembira, "Demi Tuhan, dia pasti akan lebih menyusahkan kamu pada masa hadapan."

Setelah Muhammad bin Maslamah mendapat kepercayaan Kaab bin Asyraf, dia meminta Kaab meminjamkan kepadanya gandum dan tamar. Kaab dengan kejinya meminta Muhammad bin Maslamah menyerahkan para wanita dan kanak-kanak sebagai cagaran. Muhammad bin Maslamah memprotes cadangan cagaran Kaab dan akhirnya Kaab bersetuju untuk menerima senjata sebagai cagaran. Kaab bersetuju untuk bertemu dengan Muhammad bin Maslamah dan rakan-rakannya pada satu hari tertentu untuk mengambil senjata tersebut sebagai cagaran.

Pada 14 Rabiul Awal Tahun 3 Hijrah, bulan mengambang sewaktu Kaab sedang berbaring dengan isterinya di dalam kubunya. Bila Muhammad bin Maslamah dan rakan-rakannya datang berseru kononnya untuk menyerahkan senjata yang diminta sebagai cagaran, Kaab terus menemui mereka walaupun dihalang oleh isterinya. Dia sangat bangga mendapat "penyokong-penyokong" baru dan tidak menyedari bahawa dia akan menjadi sasaran Orang Islam pada hari tersebut.

Muhammad bin Maslamah dan rakan-rakannya membawa Kaab berjalan jauh dari kubunya. Muhammad memuji-muji keharuman minyak wangi yang dipakai oleh Kaab dan berpura-pura mencium haruman di kepalanya. Muhammad memegang kedua-dua tangan Kaab dan kononnya menyuruh rakan-rakannya untuk turut mencium haruman yang dipakai Kaab. Kaab yang bangga dengan pujian Muhammad merelakan kedua-dua tangannya dipegang ke belakang.

Bila kedua-dua tangan Kaab dipegang erat oleh Muhammad dari belakang, dia mengarahkan rakan-rakannya untuk membunuh Kaab. Dengan serta merta mereka menikam Kaab dengan senjata yang dibawa. Muhammad bin Maslamah sendiri menghayun kapak ke perut Kaab. Sewaktu kapak mengenai tubuh Kaab, dia menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan suku kaumnya dari tidur. Walau bagaimanapun Muhammad bin Maslamah dan rakan-rakannya dapat melarikan diri sebelum suku Bani Nadir menyedari apa yang berlaku.

Selepas kematian Kaab bin Asyraf, suku Bani Nadir datang menemui Nabi Muhammad SAW. Mereka menuduh Nabi sengaja membunuh Kaab disebabkan puisinya yang menghina baginda. Nabi sebaliknya mengingatkan mereka tentang perbuatan Kaab yang melanggar perjanjian yang dibuat. Mendengar penjelasan Nabi, Yahudi Bani Nadir hanya berdiam diri.

Selepas itu kami ke tempat seterusnya, ke Bukit Khuraidah atau dikenali juga sebagai Bukit Terbakar.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Kiamat tidak akan berlaku sehingga muncul api dari tanah Hijaz yang menerangi bonggol-bonggol unta di Basrah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Basrah adalah kota Hauran yang jaraknya tiga marhalah dari Damsyik di daerah Syam. Lawatan kami yang seterusnya adalah ke bukit ini.

Pada bulan Jamadil Awal tahun 654 Hijrah, sebuah bukit di al-Harrah al-Syarqiyyah dekat Madinah telah meletus dan mengeluarkan api dengan sangat dahsyat. Para ahli sejarawan menyatakan bahawa ia diikuti dengan satu gempa bumi dan beberapa gegaran yang menggoncangkan bangunan-bangunan. Gegaran tersebut amat kuat sehingga meretakkan bumbung Masjid Nabawi dan mengeluarkan bunyi rekahan.

Lava yang mengalir keluar dari bukit tersebut diiringi dengan asap tebal yang menyelubungi seluruh atmosfera. Apabila malam menjelang tiba, letupan yang kuat dan api yang terbit telah menerangi seluruh bandar Madinah.

Bukit tersebut terus mengeluarkan letusan-letusan kecil dalam tempoh 3 bulan sebelum ia berhenti dan mati. Lavanya telah mengalir melitupi seluruh al-Harrah al-Syarqiyyah dan terus mengalir menuju ke bandar Madinah namun ia berhenti tidak jauh dari Masjid Nabawi. Kisah mengenai bukit terbakar ini telah diriwayatkan oleh Imam Nawawi RA.

Seterusnya kami dibawa ke Kubu Urwah bin Az-Zubair.

Urwah bin Az-Zubair adalah seorang tabi’in yang mulia, seorang dari Al-Fuqaha’ As-Sab’ah (tujuh tokoh fuqaha’/ulama) yang masyhur dalam sejarah kaum muslimin, yang menjadi role model bagi umat Islam. Beliau adalah cucu kepada Khalifah Islam yang pertama, Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Ibunya adalah Asma binti Abu Bakar. Beliau terkenal dengan kesabarannya yang tinggi di saat kakinya dipotong kerana penyakit.

Urwah bin Zubair sangat berilmu dan beramal. Dia banyak berpuasa di siang yang panas dan menegakkan solat di tengah malam yang dingin. Lisannya sentiasa basah dengan zikir kepada Allah SWT. Dia sentiasa bersama kitabullah dan membacanya. Dia membaca seperempat Al-Quran dengan melihat mushaf pada siang hari. Bakinya dihabiskan pada malam hari. Dia membacanya dari dalam hatinya, tenggelam dalam lautan malam. Tidak pernah dia meninggalkan kebiasaan ini semenjak masa remajanya sehingga masa tuanya melainkan sekali saja, iaitu pada peristiwa mengharukan ini. 
Kubu Urwah bin Zubair

Suatu ketika, pada masa pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik, Allah SWT hendak menguji Urwah bin Zubair. Khalifah telah mengundang Urwah bin Zubair ke kota Damsyik. Dia memenuhi undangan itu dan diajaknya putera sulung untuk bersama. Sesampainya di hadapan Khalifah, dia disambut dengan begitu meriah dan gembira. Sang Khalifah memperlakukan Urwah dengan penuh hormat dan melayaninya dengan begitu ramah.

Hingga akhirnya, datanglah ketetapan Allah SWT. Kala itu putera sulung Urwah masuk ke kandang kuda. Dia ingin melihat kuda-kuda pilihan milik Khalifah. Namun, tidak disangka, dia disepak oleh salah seekor kuda. Sepakan kuda itu begitu kuat hingga menyebabkan dia meninggal dunia.
Kubu Urwah bin Zubair juga diiktiraf sebagai sebuah tapak sejarah oleh Kerajaan Arab Saudi.

Belum bersih tangan ayah ini dari menguburkan sang putera, salah satu kakinya terluka dan betisnya membengkak. Dengan cepat luka ini tersebar dan menjalar.

Dengan cepat, Khalifah mendatangkan seluruh doktor dari seluruh negeri untuk mengubati tetamunya itu. Para doktor sepakat untuk memotong kaki Urwah sampai ke betis sebelum menjalar ke seluruh tubuh yang akhirnya dapat meragut nyawanya.

Tidak ada cara lagi selain amputasi. Ahli bedah telah datang lengkap dengan pisau untuk memotong kakinya. “Sebaiknya kami memberi anda minuman memabukkan agar anda tidak merasakan sakit ketika diamputasi,” kata salah seorang doktor kepada Urwah. 

“Tidak,” tolak Urwah. “Aku tidak akan menggunakan barang haram hanya untuk kesembuhan,” tegasnya. 

“Kalau begitu, kami akan membius anda saja,” kata doktor.

“Aku tidak ingin kehilangan salah satu anggota badan tanpa merasakan sakit sehingga pahalanya hilang dariku,” sekali lagi Urwah menolak tawaran doktor.

Amputasi hampir dimulakan. Beberapa orang datang mendekatinya. “Apa yang mahu mereka lakukan?” tanya Urwah.

“Mereka hendak memegang anda agar anda tidak menggerakkan kaki karena sakit sehingga akan membahayakan anda,” jawab doktor.

“Jangan, cegahlah mereka. Aku tidak memerlukannya. Akan kubekali diriku dengan zikir dan tasbih.”

Akhirnya, sang doktor memulakan tugasnya. Sementara itu, Urwah tidak henti-hentinya mengucapkan, “Lailahaillallah. Allahu Akbar.” Ahli bedah terus melakukan pembedahan sambil Urwah pun terus bertahlil dan bertakbir. Akhirnya, proses amputasi pun selesai.

Ada riwayat lain yang menceritakan amputasi dilakukan ketika Urwah sedang melakukan solat atas permintaan Urwah sendiri. Ini kerana Urwah ketika solat adalah sangat khusyuk hingga tidak terasa kakinya dipotong. Dia cuma mengeluh sedikit sahaja. 

Setelah itu, minyak panas yang telah mendidih dituangkan untuk menghentikan darah yang mengalir dan menutup luka pada betisnya. Urwah pun pengsan untuk seketika dan terhentilah mulutnya dari bacaan Al-Quran pada hari itu. Itulah satu-satunya peristiwa yang menyebabkan Urwah meninggalkan kebiasaan yang dia lakukan semenjak remaja dahulu.

Bila Urwah tersedar, dia meminta kakinya yang telah dipotong. “Dialah yang membimbingku untuk membawaku melangkah ke Masjid di pertengahan malam. Sesungguhnya Dia mengetahui bahawa tidak pernah sekali pun aku membawamu pada hal-hal yang haram,” kata Urwah sambil membelek-belek kakinya itu.

Ketika Urwah dihantar menuju Madinah dan dikembalikan kepada keluarganya, segera dia berkata kepada mereka, “Jangan kamu bersedih atas apa yang kamu lihat. Allah SWT telah memberikan empat anak kepadaku dan mengambil seorang sahaja sehingga masih tinggal tiga orang. Sesungguhnya, segala pujian hanya milik Allah semata-mata. Allah SWT telah memberiku empat kekuatan dan mengambil satu darinya sehingga masih tertinggal tiga. Puji dan syukur hanya bagi Allah. Dia mengambil sedikit dariku dan masih banyak yang Dia tinggalkan untukku. Apabila Dia mengujiku sekali, kesihatan yang Dia kurniakan kepadaku masih lebih banyak dan lebih lama.” 

Demikianlah kisah kesabaran Urwah bin Zubair. Kisah ini diceritakan kepada kami sewaktu kami menziarah sebuah kubu yang pernah menjadi kediaman beliau di Madinah.

Perjalanan diteruskan dan ini adalah Hijaz Railway Station di Kota Madinah. Semalamnya kami telah ke Madain Saleh dan melawat Hijaz Railway Station Al Hijr/Madain Saleh.

Facade Hijaz Railway Station di Kota Madinah ini telah di baik pulih dan dalam keadaan baik. Di sini juga dibuat Hijaz Railway Museum yang dibuka pada 2006.

Bangunan lama di Hijaz Railway Station, Kota Madinah.


Ada juga kelihatan beberapa gerabak keretapi lama di sini.

Di sebelah Hijaz Railway Station/museum ini ada Masjid Ambariah yang dibina mengikut senibina Turki.

Perjalanan pulang ke hotel.

Sampai hotel, berehat sekejap dan terus bersiap untuk ke Masjid Nabawi untuk bersolat Zohor.


Agak panas dan berdebu juga masa itu.




Selesai solat Zohor. Jemaah sedang berjalan keluar dari masjid.



Panas terik dan berbahang. Tapi berangin. Namun saya terus merakam suasana.





Hehehe... tak tau la apa yang lucu sangat dia sengih macam tu 😊.

Buah-buahan ni diberi oleh seorang kakak dari group kami. So juicy!

Menunggu masuknya waktu solat Asar.


Suasana senja di perkarangan Masjid Nabawi dirakam semasa nak pergi solat Maghrib.

Petang payung-payung gergasi ni ditutup.










Bahagian wanita.



Malam tu Ustaz bawa kami semua makan di luar. 

Di restoran ini.

Suasana dalam restoran.

Ada bilik-bilik kecil sesuai kepentingan menjaga privacy.




Kami berempat di bilik ni.

Hidangan pun sampai.

Again, seperti yang kami makan tempoh hari di restoran di Qa'a Alhaj, portion sungguh besar. Lain rasanya kalau banding dengan hidang di Qa'a Alhaj tapi still very delicious, if not more delicious!

Tender, deliciously seasoned and succulent roasted chicken!

Ada noodle pulak. Also sooo... sedap. Yang lain tak nak noodle ni, so saya bedal la sorang.. hehe.

Susah sikit makan duduk atas lantai terbongkok-bongkok nak menyuap, so saya minta la pinggan. Tapi restoran tu tak ada pinggan! So mereka bagi saya bekas ni.. hehehehe. Saya ok je 😊.

Siapa nak daging unta pun boleh. Tapi kami berempat tak nak. Ni foto dari group member yang lain 😊.

Begitulah catatan hari ke 10 kami di Madinah.

Bersambung...

Saya list di bawah semua entries Umrah 2017 for easy reference:
DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE

DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA

DAY 03 - MASJID SITI AISYAH, TANAIM

DAY 04 - JABAL ABU KUBAIS, JABAL THUR, MASJID AL RAJHI, UMM AL-QURA UNIVERSITY, ARAFAH, MASJID NIMRA, JABAL RAHMAH, AIN ZUBAIDAH, WADI MUHASSIR, MASJID MASYA'IR HARAM, MUZDALIFAH, MINA, JABAL QURBAN, KOMPLEKS JAMRAH, MASJID BAIAH AQABAH, JABAL NUR, JAARANAH & UMRAH KE 2

DAY 05 - TAIF, MASJID ANDULLAH BIN ABBAS, MASJID KU', EMPANGAN IKRIMAH, PASAR BUAH-BUAHAN, MASJID MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH KE 3

DAY 06 -  LADANG UNTA, EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE & YAYASAN JAMIYYAH KHAIRIYYAH

DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH, MASJID JIN, TANAH PERKUBURAN MAA'LA, KAWASAN ABU LAHAB, MASJID SITI AISHAH & WADI QUDAID

DAY 08 - MASJID GHAMAMAH, MASJID QUBA', LADANG KURMA, TELAGA YASEERAH, JABAL UHUD, MASJID SAYYID AL-SHUHADA, JABAL RUMAT, PERKUBURAN SHUHADA, MASJID QIBLATAIN, KAWASAN KHANDAK, MASJID SAB'AH, MASJID FATH, MASJID KHANDAK, PASAR KURMA, ZIARAH MASJID NABAWI, TELAGA HA DAN PERKUBURAN BAQI'

DAY 09 - PART 01 - MASJID BANI MUAWWIYAH, MASJID IMAM BUKHARI, SANDSTORM AREA, HIJAZ RAILWAY MUSEUM, MADAIN SALEH

DAY 09 - PART 02 - AL-HIJR (MADAIN SALEH)

DAY 10 - MASJID BILAL BIN RABAH, MASJID JUMMAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', MASJID QUBA, TELAGA ARIS, KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT KHURAIDAH, KUBU URWAH BIN ZUBAIR, HIJAZ RAILWAY STATION MADINAH, MASJDI AMBARIAH

DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA, THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION, UNIVERSITI ISLAM MADINAH, WADI AQIQ, MASJID QIBLATAIN

DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION


DAY 12 - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment:

  1. cantiknya Masjid Nabawi !!!nampak serena dan peaceful sangat
    ada video payung tu kembang/ kuncup tak?

    apesal tak try daging untaaa???!! heehehe
    bilik-bilik makan gitu dah macam partituon kat tenpat wudhu' lah pulak .. :)

    ReplyDelete