Pada hari ke 6, kami membuat lagi lawatan dan kali ini a short stop di ladang unta dan juga ke muzium Exhibition of the Two Holy Mosques Architecture.
Seperti hari sebelumnya, kami bersolat Subuh di tingkat 2 (bumbung Masjidil Haram) bersama rakan-rakan dalam group dan selepas itu berkuliah bersama Ustaz.
Seperti hari sebelumnya, kami bersolat Subuh di tingkat 2 (bumbung Masjidil Haram) bersama rakan-rakan dalam group dan selepas itu berkuliah bersama Ustaz.
Tengah ambil gambar di tingkap, terperasan ada burung pulak 😊.
View tingkat 1.
Suasana Subuh yang cukup nyaman dan syahdu.
Menanti masuk waktu solat Subuh.
Then terperasan betapa keringnya kaki saya. Mujur tak luka. Jadi kalau anda ke sana, elok la bawa lotion ya.
Kuliah Subuh di Masjidil Haram bersama Ustaz Ahmad Husni. Antara topik pagi itu ialah tentang beristighfar dan kepentingan membaca Al Quran.
Memang betul dah banyak saya ambil gambar sebegini seperti yang saya kongsikan dalam post2 sebelum ini. Still saya took a few more shots suasana ini kerana.... esoknya kami dah nak ke Madinah.... akan meninggalkan Masjidil Haram... meninggalkan Makkah... jadi saya terus merakam....
Polis-polis Masjidil Haram shift pagi sedang dalam perhimpunan pagi mereka.
Juga ambil beberapa lagi gambar di dataran luar Masjidil Haram.
Suka tengok cara mereka membersihkan dataran. Efficient!
Mereka yang sedang beratur untuk mengambil makanan sarapan yang disedekahkan.
Stop kejap di kedai jam sebab bateri jam isteri saya dah habis.
Macam-macam fesyen ada.
Sarapan pagi nasi lemak. It was quite delicious actually.
Lebih kurang pukul 8 pagi kami bertolak untuk lawatan. Pagi hari tu kami ke ladang unta dan muzium. Ini adalah antara tempat-tempat lawatan yang standard yang selalunya ada dalam pakej. Walau pun kami dah pernah melawat ke tempat-tempat ini dan boleh kalau nak skip this trip, still apa la salahnya kami ikut sahaja.
Sampai di ladang unta dah ada banyak bas.
Nampak macam meriah.
Tapi nampaknya ini bukanlah ladang unta seperti yang kami pernah pergi dulu. Kelihatan macam satu kawasan di mana beberapa penternak unta berkumpul dengan unta-unta mereka untuk di lawat oleh pengunjung.
Photo opportunities begini la saya harapkan. A man and his camels di tengah padang pasir. Tapi ni di tepi highway la 😊.
Masa turun bas ternampak buku karya Ustaz. Must buy ni!
Mengambil gambar unta.
Janganlah minum susu unta.
Patah balik untuk ke muzium.
Tiba di muzium Exhibition of the Two Holy Mosques Architecture.
Berikut adalah foto-foto di dalam muzium ini.
Saya sangat seronok kerana ada banyak foto-foto rare!
More rare photos!
Foto oleh Muhammad Sadiq Bey yang diambil pada tahun 1880.
Foto: Muhammad Sadiq Bey 1880.
Selesai di muzium ini, kami bertolak balik ke Makkah.
Bangunan Muslim World League.
Ministry of Health.
Palestine Hotel.
Photos for the rest of the day.
Bersolat Zohor di Masjidil Haram.
Emergency Center di dalam Masjidil Haram di tingkat satu berhampiran King Fahd Gate.
Kelihatan seperti tak berhabuk. Eloklah menutup hidung.
Mereka yang berjual dan yang membeli di kaki lima. They clothes are very cheap indeed, only SAR10 for a jubah.
Beratur mendapatkan makan tengahari percuma dari mereka yang bersedekah di restoran ini untuk disediakan makanan tersebut.
Pergi bersolat Asar. Tempat minum air zam zam di dataran luar Masjidil Haram.
Suasana dalam Masjidil Haram.
Suasana di tingkat 1 - laluan untuk bertawaf.
Suasana di Mataf.
Pekerja-pekerja Masjidil Haram sedang mengisi air zam zam ke dalam tong-tong yang akan diletak di banyak lokasi di dalam masjid.
Sedang saya menunggu di tingkat 1 masuknya waktu solat Asar, saya ditegur oleh pak cik ini. Dari loghat dia, dia orang Indonesia. Dari Sulawesi. Sebenarnya saya ada beberapa kali ditegur oeh jemaah lain dan bersembang dengan mereka. Ada yang dari Indonesia dan Malaysia juga. Ada juga yang dari negara lain tapi mereka tu nak minta duit. Ok, that's another story.
Baik, pak cik ni bercerita pada saya yang dia sedang dalam keadaan yang risaukan isteri dia. Dia dan isteri dia telah terpisah semasa mereka bertawaf sebelum Zohor tadi. Kata pak cik tu it happened bila polis-polis masjid mengarahkan mereka beredar dari kawasan di Mataf di mana mereka berada masa tu. Saya agak mungkin dalam keadaan kelam kabut itu mereka terpisah dalam kesesakan orang ramai. Kesian betul saya dengar cerita pak cik tu.
Lalu saya pun bertanya lagi. Pak cik ni tak tahu bagaimana nak balik ke hotel dia. Jadi dia masih belum makan tengahari lagi! Dan masa tu nak dekat pukul 4 petang. Ya Allah... kesiannya. Terus saya teringat saya ada pack coklat bars dan terus bagi pak cik tu. Dengan tangan terketar dia terus makan coklat tu. Betul pak cik tu sedang kelaparan. Ya Allah.
Sedang dia makan tu, cepat-cepat saya pergi ambilkan secawan air zam zam. Terus dia sambut dan minum. Saya dah tertahan-tahan air mata dah masa tu.
Inilah coklat pack yang saya beri pada pak cik tu.
Dengan izin pak cik tu saya pun ambil gambar ID tag dia untuk dapatkan maklumat. Pak cik ni dah berusia 65 tahun. Saya tanya, isteri dia berusia 60 tahun.
Saya pun bagitau pak cik tu saya akan tolong telefon contact numbers yang ada di ID tag pak cik ni selepas Solat Asar. Minta dia bertenang. Actually dia nampak tenang tapi Allah SWT sahaja yang tahu betapa risaunya dia. Lepas tu datang seorang ayah dan anak lelaki dia duduk di saf kami. Saya pun bertanya adakah mereka dari Indonesia sebab saya nak bertanya kalau-kalau mereka boleh membantu pak cik tu. Tapi rupanya mereka dari Bintulu. Mereka pun bertanya dan saya pun bercerita perihal pak cik tu. Sedang kami berbincang, datang Mutawwif si ayah dan anak tadi. Dan kebetulan dia orang Indonesia dan lepas bercerita masalah pak cik tu pada dia, dia kata dia boleh bantu. Mutawwif tu kata dia boleh tolong telefonkan atau tolong carikan hotel pak cik tu kerana dia rasa dia tahu di mana hotel group pak cik tu menginap. Maka saya pun sangat berterima kasih pada si ayah dan anak serta Mutawwif mereka kerana sudi membantu.
Saya terus beritahu pak cik tu, cakap pelan-pelan dan elok-elok supaya dia faham sebab masa kami berbincang tadi dia nampak macam blur mungkin sebab kami bercakap bahasa Malaysia. Saya siap berpesan pada pak cik tu supaya jangan solat Asar jauh dari si Mutawwif, elok dekat-dekat bersebelahan si Mutawwif. Pak cik tu mengangguk tanda faham. Tiba-tiba pak cik tu terus menarik badan saya dan dipeluknya kuat-kuat dan dengan suara tertahan-tahan mengucapkan terima kasih. When he released me, saya perasan dia dah berlinangan air mata. That was it, saya pun turut mengesat mata.
Pak cik (blue arrow) berjalan keluar masjid bersama si ayah/anak dan Mutawwif mereka (red arrows). Syukur Alhamdulillah.
Berjalan bersama isteri balik ke hotel. Saja lalu dalam Hilton Makkah ni.
Petang sebelum Asar kami minta tolong Ustaz bagaimana cara kami nak waqafkan Quran ke masjid. Kami pun singgah ke satu kedai buku dan mereka kata boleh tolong uruskan. Tapi Ustaz risau takut terjadi kes tidak amanah kerana dah ada kes begitu berlaku.
Ustaz kata nak carikan tempat yang di establish or recognized oleh Kerajaan Arab Saudi. Jadi Ustaz pun bawa kami ke sebuah pertubuhan kebajikan yang bernama Haji & Mu'tamer's Gift Charity Association yang berdaftar dengan Kerajaan Arab Saudi. Pertubuhan ini membantu Kerajaan Arab Saudi membekalkan keperluan-keperluan untuk kegunaan Jemaah Haji pada setiap tahun dan pejabatnya terletak di Tingkat 4, Bangunan Hilton Tower. Tetapi pertubuhan ini tidak menguruskan waqaf Quran ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. In fact, we were told that waqaf Al Quran ke kedua-dua masjid tersebut sudah tidak digalakkan lagi kerana hanya Al Quran rasmi yang dicetak oleh Kompleks Percetakan Al Quran King Fahd sahaja yang dibenarkan masuk ke kedua-dua masjid suci ini bagi menjamin kandungan Al Quran yang diwaqaf. Syarikat Percetakan Al Quran ini juga membekalkan berjuta-juta naskhah Al Quran setiap tahun yang cukup untuk kegunaan semua Jemaah Haji dan Umrah dan kesemua Al Quran yang disimpan di kedua-dua masjid ini sentiasa diperiksa dari semasa ke semasa untuk dipastikan ketulenannya.
Walau bagaimana pun petugas di Pertubuhan ini sangat membantu dan mencadangkan supaya kami menderma waqaf bagi pembinaan sebuah Sekolah Tahfiz Al Quran yang sedang dalam pembinaan di Makkah. MasyaAllah.
Atas saranan dari petugas di Pertubuhan Kebajikan tadi, kami berkunjung ke booth Yayasan Jamiyyah Khairiyyah pula yang terletak di Safwa Tower yang bertentangan dengan bangunan Hilton Tower tadi.
Memang benar seperti yang diberitahu, Yayasan ini sedang membina bangunan Sekolah Tahfiz Al Quran yang baru dan menerima derma waqaf dari orang awam bagi tujuan tersebut. Selain dari di Makkah, Yayasan ini juga menaja pelajar-pelajar tahfiz di beberapa negara di seluruh dunia. Bagi tujuan ini, kita boleh memilih untuk menaja pelajar-pelajar ini selama sebulan atau setahun menerusi pakej waqaf yang disediakan.
Antara program-program waqaf yang disediakan oleh pihak Yayasan.
Kami memilih untuk menderma waqaf bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Tahfiz Al Quran di Makkah. Derma tidak diterima dalam bentuk wang tunai, hanya pembayaran menerusi kad kredit sahaja yang diterima.
Pembayaran diterima melalui kad kredit sahaja.
Petugas ini juga bercerita sedikit mengenai Yayasan Jamiyyah Khairiyyah ini. Yayasan ini dan sekolah tahfiznya telah berusia 42 tahun sekarang. Kerana itulah mereka memerlukan bangunan baru. Kami juga diberitahu yang Sekolah Tahfiz Al Quran di bawah Yayasan ini telah pun melahirkan 5 orang Imam Besar Masjidil Haram sehingga kini. Antara mereka adalah Idris Abkar, Abdullah Basfer, Maher Muaiqaly. MasyaAllah.
Needless to say, kami berasa sangat bersyukur kerana dapat membuat waqaf di Makkah.
Semasa menunggu masuknya waktu solat Maghrib.
Buka puasa ditaja. MasyaAllah, banyak pahala mereka.
Dinner kami malam itu.
Bersambung....
Saya list di bawah semua entries Umrah 2017 for easy reference:
DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE
DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA
DAY 03 - MASJID SITI AISYAH, TANAIM
DAY 04 - JABAL ABU KUBAIS, JABAL THUR, MASJID AL RAJHI, UMM AL-QURA UNIVERSITY, ARAFAH, MASJID NIMRA, JABAL RAHMAH, AIN ZUBAIDAH, WADI MUHASSIR, MASJID MASYA'IR HARAM, MUZDALIFAH, MINA, JABAL QURBAN, KOMPLEKS JAMRAH, MASJID BAIAH AQABAH, JABAL NUR, JAARANAH & UMRAH KE 2
DAY 05 - TAIF, MASJID ANDULLAH BIN ABBAS, MASJID KU', EMPANGAN IKRIMAH, PASAR BUAH-BUAHAN, MASJID MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH KE 3
DAY 06 - LADANG UNTA, EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE & YAYASAN JAMIYYAH KHAIRIYYAH
DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH, MASJID JIN, TANAH PERKUBURAN MAA'LA, KAWASAN ABU LAHAB, MASJID SITI AISHAH & WADI QUDAID
DAY 08 - MASJID GHAMAMAH, MASJID QUBA', LADANG KURMA, TELAGA YASEERAH, JABAL UHUD, MASJID SAYYID AL-SHUHADA, JABAL RUMAT, PERKUBURAN SHUHADA, MASJID QIBLATAIN, KAWASAN KHANDAK, MASJID SAB'AH, MASJID FATH, MASJID KHANDAK, PASAR KURMA, ZIARAH MASJID NABAWI, TELAGA HA DAN PERKUBURAN BAQI'
DAY 09 - PART 01 - MASJID BANI MUAWWIYAH, MASJID IMAM BUKHARI, SANDSTORM AREA, HIJAZ RAILWAY MUSEUM, MADAIN SALEH
DAY 09 - PART 02 - AL-HIJR (MADAIN SALEH)
DAY 10 - MASJID BILAL BIN RABAH, MASJID JUMMAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', MASJID QUBA, TELAGA ARIS, KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT KHURAIDAH, KUBU URWAH BIN ZUBAIR, HIJAZ RAILWAY STATION MADINAH, MASJDI AMBARIAH
DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA, THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION, UNIVERSITI ISLAM MADINAH, WADI AQIQ, MASJID QIBLATAIN
DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION
DAY 12 - GOING HOME
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Allahu
ReplyDeletekesiannya pakcik tu
lapar betul dia kan!?
insyaAllah dia selamat...
Betul doc. Kesian sgt tgk dia. Sebak saya masa tu.
DeleteInsyaAllah...
salam tuan, membaca blog tuan sya begitu berkobar2 dan tidak sabar .. Ya Allah permudahkan umrah kami ..
ReplyDeleteSalam RW
DeleteAlhamdulillah, segala yang baik itu dari Allah swt.
Aminnnn.... semoga dipermudahkan
Terima kasih RW sudi baca blog saya dan tinggalkan komen di sini. Saya really appreciate.
Salam tuan, boleh tau tuan guna kamera apa yaa rekod semua ni? action camero? DJI mini or henpon biasa? lihat kualiti nya da mcm bawak DSLR...
ReplyDeleteSalam En. Azmi
DeleteBoleh.
Kalau di dalam masjid dan semasa jalan pergi balik masjid saya guna handphone. Saya juga clip pada handphone wide angle lens untuk dapatkan pandangan yg lebih luas tanpa perlu gerak jauh kebelakang in order to frame the view. Ini sgt membantu. Cumanya bila guna lens clip-on tu, foto2 saya jadi distorted sikit tapi saya suka pulak distortions tu :).
Kalau masa ziarah dan masa selain di masjid, saya guna Canon compact camera, bukan dslr. Senang bawak kamera kecik, masuk poket je :).