Hari ke 4 kami membuat lawatan Masya'ir Haram iaitu ke tempat-tempat yang berkaitan dengan Ibadah Haji di Makkah dan juga mengerjakan umrah kami yang ke dua.
Pagi tu kami bersolat di tingkat bumbung Masjidil Haram bersama Ustaz dan rakan-rakan lain.
Suasana pagi di tingkat 2. Sejuk nyaman. Masa tu around pukul 4 pagi, sebelum masuk waktu solat Subuh.
Dan semestinya minum air zam zam. Alhamdulillah.
Berkumpul dengan Ustaz dan rakan-rakan selepas solat Subuh.
Bersama Ustaz dalam sesi Tazkirah pagi di Masjidil Haram. SubhanAllah.
Bersama-sama membaca Dzikir Pagi terlebih dahulu.
Antara topik ceramah Ustaz pada pagi itu ialah bacaan Surah oleh Imam Masjidil Haram ketika solat Subuh tadinya, iaitu Surah Al-Mu'minun.
Juga Ustaz perbincangkan tentang Amal Soleh, Membaca Al Quran dan Dzikir yang merupakan wangian roh. MasyaAllah.
Terbit matahari di Makkah.
Melakukan solat Dhuha.
Turun dari tingkat 2.
Suasana di dataran Masjidil Haram dari tingkap tingkat 1.
Dari buku tulisan Mutawwif kami Ustaz Ahmad Husni Abd. Rahman yang bertajuk 'Bayu Kerinduan di Bumi Haramain' ada dinyatakan yang kedudukan rumah Abu Bakar al Siddiq r.a adalah di dalam bangunan Hilton Makkah ini. Lokasi sebenarnya adalah di tingkat 4 di mana sebuah masjid telah dibina di situ dan dinamakan Masjid Abu Bakar al Siddiq r.a.
Kedudukan rumah Abu Bakar al Siddiq r.a adalah di dalam bangunan Hilton Makkah.
Telah dibina sebuah masjid di situ dan dinamakan Masjid Abu Bakar al Siddiq r.a.
Pagi yang cukup indah.
Masa lalu di restoran ini, kami nampak ada barisan panjang orang-orang yang sedang beratur untuk mendapatkan makanan.
Pernah ada sekali saya terdengar salah seorang pekerja restoran tu melaungkan kepada orang-orang yang lalu lintas di situ yang restoran tu boleh menerima sedekah sumbangan SAR100 untuk menyediakan makanan untuk diberi kepada 40 orang miskin yang kelaparan.
Yang beratur termasuk juga kaum wanita.
Ada juga yang memberi makan pada burung-burung. Yang mengutip bijirin yang dah bertaburan tu pun ada juga yang kami nampak. Tak tahu untuk apa mereka buat begitu.
Penjual bijirin untuk bagi burung makan. Sekumpulan jemaah sedang berjalan ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah.
Dalam perjalanan lawatan Masya'ir Haram yang merupakan tempat-tempat yang berkaitan dengan Ibadah Haji di Makkah, kami diperkenalkan oleh Ustaz dengan sejarah kawasan Al Misfalah, kawasan di mana letaknya hotel penginapan kami, Burj Al Sultan.
Al Misfalah adalah laluan yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah. Baginda ditemani sahabatnya, Saidina Abu Bakar As-Sidiq r.a. Laluan Al Misfalah bukanlah laluan yang biasa digunakan oleh orang-orang Quraisy untuk menuju ke Madinah ketika itu. Menurut riwayat, laluan ini ditunjukkan kepada Rasullullah SAW oleh Malaikat Jibril a.s, atas perintah Allah SWT. Malah, waktu untuk Nabi SAW mula berhijrah ke Madinah juga disampaikan kepada baginda oleh Malaikat Jibril a.s.
Al Misfalah adalah laluan yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah. Baginda ditemani sahabatnya, Saidina Abu Bakar As-Sidiq r.a. Laluan Al Misfalah bukanlah laluan yang biasa digunakan oleh orang-orang Quraisy untuk menuju ke Madinah ketika itu. Menurut riwayat, laluan ini ditunjukkan kepada Rasullullah SAW oleh Malaikat Jibril a.s, atas perintah Allah SWT. Malah, waktu untuk Nabi SAW mula berhijrah ke Madinah juga disampaikan kepada baginda oleh Malaikat Jibril a.s.
Pagi tu kami akan ke beberapa tempat temasuk ke Arafah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur dan Jaaranah.
Semasa dalam bas Ustaz ada bercerita tentang bagaimana orang kafir Quraisy masih tidak menerima dakwah Rasulullah SAW walaupun telah terbelah bulan dengan izin Allah SWT. Juga diceritakan kerana keingkaran mereka, Jibrail a.s dan malaikat penjaga bukit mahu menghempap orang kafir Quraisy dengan Jabal Abu Kubais. Pada ketika itu Jabal Abu Kubais adalah sangat besar tapi sekarang ia telah banyak di korek.
Peta kedudukan Jabal Abu Kubais. Juga lokasi kuliah subuh kami pagi tu. Dari apa yang saya baca Jabal Abu Kubais mempunyai beberapa fakta menarik tentangnya seperti menjadi tempat turun batu Hajar Aswad, tempat batu Hajar Aswad diselamatkan ketika banjir besar semasa zaman Nabi Nuh dan merupakan gunung yang pertama yang dicipta oleh Allah SWT. Wallahu a’lam
Suasana pagi di Makkah.
Di belakang kawasan pokok-pokok ini ialah loji Memproses Air Zamzam.
Semasa dalam perjalanan tu, kami juga nampak Jabal Thur. Kami tidak berhenti di sini kerana keadaan tengah sesak dengan pengunjung. Seperti yang kita tahu, di dalam gua Jabal Thur inilah Rasulullah SAW yang ditemani oleh sahabat Abu Bakar bin Abi Quhafah al-Siddiq r.a. bersembunyi selama 3 hari kerana diburu orang-orang kafir Quraisy dalam peristiwa hijrah ke bumi Madinah al-Munawwarah.
Terletak di tengah-tengah Makkah al-Mukarramah, lokasinya adalah kira-kira 4 km dari selatan Masjidil Haram. Setinggi 458 meter, pendakian ke puncak di mana letaknya gua Thur akan ambil masa lebih kurang 30 minit. Gua Thur itu adalah setinggi 1.25 meter dengan kelebaran dan panjang sekitar 3.5 meter. Gua ini boleh dimasuki melalui 2 pintu utama, satu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur. Pintu yang digunakan oleh Rasulullah SAW dan Abu Bakar al-Siddiq r.a. adalah pintu yang di sebelah barat. Tinggi pintu adalah kira-kira 1 meter. Pintu yang di sebelah timur pula adalah lebih besar dibuat untuk kemudahan orang ramai keluar masuk.
Dari sudut pandangan kami ini, pintu sebelah barat adalah di sebalik Jabal Thur ini. |
Perjalanan diteruskan lagi ke Arafah, about 20 km dari Masjidil Haram. Kami suka ambil gambar suasana semasa dalam perjalanan. Bila tengok balik foto-foto ni, dapat 'feel'nya 😊.
Ini Masjid Al Rajhi yang dibina oleh pengasas Bank Al Rajhi, Suleiman Al Rajhi. Kapasitinya 48,000 jemaah, the second biggest mosque di Makkah selepas Masjidil Haram.
Ustaz kata orang Arab suka picnic di Masjid Al Rajhi ni especially waktu malam. Dah memang gitu budaya orang sana. Agaknya siang duduk dalam rumah sahaja sebab cuaca yang panas, so bila malam suhu dah turun mereka prefer to go out.
Ke Arafat.
Lanskap bumi Makkah yang bergunung ganang batu.
Antara supermarkat yang popular di KSA ialah HyperPanda store. Dah ada 69 cawangan HyperPanda di Kingdom ni.
Orang sana kalau buat wedding diraikan di dewan-dewan. Bukan di hotel-hotel. Bangunan ni adalah satu contoh bangunan venue for weddings.
Kami juga passed by Umm Al-Qura University, a large public university in Makkah, Saudi Arabia. Universiti itu ditubuhkan sebagai College of Sharia (Islamic Law) pada tahun 1949 menjadikannya institusi pengajian tinggi pertama di negara ini. Setelah disertai oleh kolej baru ia dinamakan semula sebagai Umm Al-Qura atas perintah raja pada tahun 1981. Ada beberapa colleges di universiti ni seperti Collage of Da’wa and Usul-ud-Din, College of Arabic Language, College of Business (CoB), College of Education, College of Engineering and Islamic Architecture dan banyak lagi.
Umm Al-Qura merupakan sebuah universiti umum di mana pelajar-pelajar boleh major dalam Dentistry, Sejarah, Sains, Matematik, dan Sains Islamic juga. Walau bagaimanapun, ia tidak direka hanya untuk Pengajian Islam seperti halnya dengan Islamic University of Al-Madinah.
Kami juga lalu kawasan yang dinamakan Syara'ik. Kata Ustaz, kalau ada orang Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, jenazah akan dikebumikan di kawasan ini. Dari main road yang kami lalui ni tak nampak tapak perkuburan tu kerana jauh lagi ke dalam. Jenazah jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara'ik Makkah ini.
Excited bila nampak unta di jalanraya...😊.
Tiba di Arafat.
Arah Kiblat.
Landasan keretapi letrik. Agaknya inilah trek keretapi dalam projek Haramain High Speed Rail.
Ini Masjid Nimra, juga dikenali sebagai Masjid Arafat.
Menuju ke Jabal Rahmah. Ramai pengunjung masa tu.
Jabal Rahmah. Maksud yang umum dari perkataan Arafat adalah 'tahu'. Selepas dibawa keluar dari Jannah dan diletakkan di atas bumi, di sinilah Adam a.s dan Hawa r.a bertemu.
Alrahmah Mountain.
Ramai yang memanjat ke puncak. Di Arab Saudi, Jabal Al-Rahma juga dikenali sebagai Jabal Al-Dua atau the Mount of Prayers.
Bas-bas beratur panjang.
Ustaz memberi penerangan sejarah Jabal Rahmah.
Jabal Al-Rahma adalah sebuah bukit kecil dan dari platform inilah Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah selamat tinggal yang tidak dapat dilupakan.
Puncak Jabal Rahmah. Ada tiang kecil putih di atas bukit ini yang menandakan tempat di mana Nabi SAW berdiri lebih dari 14 abad yang lalu.
Rupanya di tiang itu ada notis larangan berbuat perkara khurafat di Jabal Rahmah. Dah berulang kali pengunjung dinasihatkan untuk tidak attach apa-apa kepentingan pada tempat ini melalui pembesar suara termasuklah dalam bahasa Indonesia. Ye la, dalam foto-foto di internet banyak saya nampak orang yang mengunjung Jabal Rahmah ni pergi usap-usap tiang ni sambil berdoa.
Pengunjung, termasuk wanita dan warga tua, mendaki gunung ini dan cuba untuk mendapatkan lokasi yang baik untuk berdoa. Kami tak panjat ke atas. Tiada proper tangga dan nampak curam dan merbahaya.
Pernah wujud sebuah masjid di sebelah kanan Jabal Rahmah ini yang dipanggil Masjid Sakhrah. Masjid ini menandakan tempat di mana Rasulullah SAW selepas mengetuai solat Zohor dan Asar mengadap ke arah kiblat dan berdoa hingga matahari terbenam.
Ustaz sedang buat live feed.
Ramai pengunjung, ramailah peniaga.
Mereka ni jemaah dari Iran, I think. Kali ni kami tak nampak ramai mereka ni.
Tembok ini adalah sebahagian dari saluran air Ain Zubaidah yang dibina oleh isteri Khalifah Harun Al Rashid bernama Amatul Aziz, untuk kemudahan jemaah haji.
Saluran ini sudah berusia 12 abad dan tidak lagi berfungsi. Ia adalah saluran air yang sumbernya diambil dari wadi Nu’man yang kemudian disalurkan ke tempat-tempat jemaah haji di Makkah, Arafat, Mina dan Muzdalifah.
Selesai lawatan di Jabal Rahmah, kami ke tempat lain pula. Dalam perjalanan tu Ustaz pointed out this place to us.
Inilah Wadi Muhassir di mana tentera Abrahah yang hendak menyerang Kaabah dihancurkan oleh Allah SWT dengan batu-batu dari neraka Sijjil yang dibawa oleh Burung Ababil seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Fil Ayat 1 hingga 5.
Sunnah untuk berjalan dengan cepat atau mempercepatkan kenderaan ketika melalui Wadi Muhassir kerana ini adalah tempat turunnya azab dari Allah SWT. Sewaktu Nabi Muhammad SAW melalui lembah ini ketika menunaikan Haji, baginda menggerakkan unta betinanya dan mempercepatkan kelajuannya. Tidak hanya di Wadi Muhassir, Nabi Muhammad SAW selalu melakukan hal yang sama ketika melalui tempat yang dulunya merupakan tempat turunnya azab atau murka Allah SWT.
Ada laluan 'Africa Pilgrims' dan 'Iran Pilgrims'.
Benteng Saluran Air Ain Zubaidah.
Saya memang sangat kagum melihat binaan saluran air ini yang dibina lebih 12 abad yang lalu.
Memang hebat kemajuan teknologi Islam masa itu.
Pengangkutan awam Metro Makkah.
Ini adalah Masjid Masya'ir Haram di Muzdalifah. Masjid ini hanya dibuka setahun sekali pada malam Aidil Adha.
Bila nampak khemah-khemah kekal warna putih ni, maka sampailah kami di kawasan Mina.
Khemah-khemah ni mula dibuat dari fibreglass selepas satu kebakaran besar pada tahun 1997 yang telah mengorbankan ramai jemaah haji dari India.
Kawasan Mina.
Tiba-tiba driver kami seorang bangsa Arab memberitahu Ustaz satu tempat sejarah penting Islam. Beliau menyuruh kami melihat keluar tingkap bas sebelah kiri dan melihat ke arah atas bukit. Nampak tak ada sebuah binaan kecil di atas bukit tu?
Inilah Jabal Qurban (Al Manhar). Di sinilah dikatakan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail a.s berlaku yang telah Allah SWT gantikan dengan seekor qibas.
Sebuah hospital di Mina.
Khemah-khemah fibreglass ni adalah berhawa dingin.
Bangunan ini pula ialah bangunan tempat melontar jamrah di Mina.
Permusuhan kita dengan syaitan dizahirkan dengan melontar di jamrah berikutan peristiwa Nabi Ibrahim a.s melontar batu ke arah syaitan yang cuba menghalang Nabi Ibrahim a.s dari menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
Masa musim haji kawasan Mina akan penuh dengan jemaah haji yang boleh mencapai seramai 2 juta orang. Namun dengan izin Allah SWT kawasan Mina sentiasa cukup untuk menempatkan jemaah bila menjelang tarikh 10 Zulhijjah untuk jemaah haji melontar keesokkan harinya.
Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Mina itu seperti rahim, yang mana ketika terjadi kehamilan, diluaskan oleh Allah SWT".
Bangunan Jamrah dari atas. Besar kompleks ni.
Lokasi tempat jamrah dari Masjidil Haram.
Our driver bas yang sangat baik hati telah membawa kami hampir kepada tempat jamrah ini membolehkan kami melihat bangunan ini dengan lebih dekat. Dulu masa kami menunaikan haji bangunan ini lain rupanya.
Lengkap ada helipad untuk kegunaan semasa kecemasan.
Lalu di terowong King Fahd road ni.
Dan sekali lagi driver kami yang bagus tu tunjukkan kami satu lagi tempat bersejarah Islam iaitu Masjid Baiah Aqabah. Di sinilah berlakunya perjanjian (bai'ah) dari dua kumpulan penduduk Madinah (Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua) yang menerima ajaran Islam seterusnya membawa kepada penghijrahan Nabi SAW ke Madinah.
Nampaknya seperti stesen keretapi yang terakhir dalam laluan Metro Makkah.
Seterusnya kami passed by Jabal Nur yang terletak di bahagian sebelah timur laut Masjidil Haram. Juga dipanggil Jabal Hira' bersempena Gua Hira' yang terletak di puncaknya. Setinggi 281 meter, memerlukan masa pendakian selama lebih kurang 1 jam untuk sampai ke puncak.
Di sinilah Rasulullah SAW menyendiri dan beribadat sebelum baginda dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Satu faktor geografi kenapa Gua Hir' dipilih sebagai tempat Nabi SAW bertahannuts ialah kerana jika dilihat dari celah rekahan di bahagian hadapan Gua Hira' nescaya akan dapat melihat Masjidil Haram dan Kaabah secara terus.
Gua Hira' tidak terlalu besar, kira-kira 3 meter panjangnya, lebarnya tidak sekata lebih kurang 1.3 meter di bahagian paling lebar dan ketingggiannya 2 meter. Seluas muat 2 orang menunaikan solat.
Selain sebagai tempat peribadatan Rasulullah SAW, Gua Hira' ini juga terpilih menerima beberapa kelebihan dan kemuliaan kerana ia merupakan tempat turunnya wahyu pertama di muka bumi dari Allah SWT melalui malaikat Jibrail a.s.
Kelihatan dari jauh pengunjung sedang mendaki Jabal Nur untuk ke Gua Hira'.
Puncak Jabal Nur.
Puncak Jabal Nur lebih dekat lagi.
Perjalanan diteruskan ke Jaaranah. Ternampak pulak unta ni di belakang truck 😊.
King Abdulaziz Sports City.
Muslim only yang boleh masuk Makkah.
Jaaranah merupakan sebuah perkampungan di Wadi Sarif. Ada Masjid Jaaranah yang jaraknya kira-kira 24 km dari Masjidil Haram tempat untuk kami berdua berihram. Nama Jaaranah adalah diambli sempena nama seorang wanita yang mengabdikan diri menjaga dan membersihkan masjid ini.
Pada hari tu kami berdua dan beberapa orang ahli group kami sahaja yang mengerjakan umrah. Ini merupakan umrah kedua dalam Umrah 2017 kami ini. Group members yang lain berehat hari ni setelah mengerjakan 2 umrah dan masa 2 hari berturut-turut.
Sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah SAW telah berihram umrah di Jaaranah selepas peperangan Hunayn iaitu pada bulan Zulkaedah tahun 8H. Muharrish al-Kalbi meriwayatkan: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah keluar dari Jaaranah pada malam hari dalam keadaan berihram umrah. Apabila tiba di Makkah, Baginda menunaikan kerja-kerja umrah. Kemudian baginda kembali ke Jaaranah pada malam yang sama. (riwayat al-Tirmizi).
Berihram dan menunaikan solat sunat ihram di Masjid Jaaranah.
Di bahagian wanita.
Menurut Mazhab Syafie, Jaaranah merupakan tempat paling afdal berihram umrah bagi penduduk Makkah dan sekitarnya.
Jaaranah juga mempunyai kisah sejarahnya yang tersendiri. Di sini terdapat sebuah perigi yang dinamakan Bi'r Toflah. Menurut satu riwayat, di perigi ini berlaku sebuah mukjizat Rasullullah SAW sewaktu baginda dan pasukannya kehabisan air setelah selesai Perang Hunain.
Rasullullah SAW bersama para pejuang Islam berhenti di sini untuk membahagi-bahagikan hasil rampasan perang. Oleh kerana bekalan air telah kehabisan dan tidak ada perigi di sini, Rasullullah SAW memukul tongkatnya dan serta-merta keluarlah air. Air perigi ini dipercayai boleh menyembuhkan penyakit, tetapi perigi ini kini telah ditutup oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mengelakkan perkara-perkara khurafat.
Bertolak balik semula ke Makkah.
Bangunan dibina di celah-celah bukit batu.
Tangki Simpanan Air. Air minuman di Arab Saudi umumnya adalah air laut yang disuling.
Melintasi Mina sekali lagi.
Tiba di Kota Makkah.
Terus ke hotel. Dari hotel kami ke Masjidil Haram.
Turun ke Mataf untuk melakukan Tawaf keliling Kaabah selepas solat Zohor.
Alhamdulillah, hari itu kami dapat bertawaf dengan selesa kerana tidak begitu ramai orang di Mataf.
Selesai bertawaf selama lebih kurang 50 minit, kami pun melakukan solat sunat dan berdoa mengadap ke arah Multazam.
Seterusnya kami ke Masa'a untuk melakukan saie.
Menuju ke Bukit Safa.
Bersaie, sedang lalu di tiang lampu hijau.
Lebih kurang sejam kami pun selesai bersaie dan terus bertahallul. Syukur Alhamdulillah dapat mengerjakan umrah kali ke dua.
Steps tracking recorded more than 18k steps 😅.
Seterusnya, foto-foto yang sempat saya rakam for the rest of the day.
Memang kita tidak akan jemu melihat Kaabah. Dan dalam suasana Masjidil Haram ini, hati akan rasa lebih syahdu, dan terasa tersangat kerdil diri ini berada dalam kebesaran Allah SWT. Lagi direnung lebih lagi rasa rindunya. Bila teringat dalam masa 2 hari lagi akan meninggalkan Kota Makkah, meninggalkan Masjidil Haram ini dan tidak lagi dapat menatap Kaabah secara terus menerus, hati jadi hiba. Namun segera bersyukur kerana telah dikurnia peluang ini.
Lift rosak hari tu. Tapi cepat je mereka repair.
Sekian catatan hari ke 4 dalam Umrah 2017 kami. Akan diteruskan dengan catatan lain, insyaAllah.
Bersambung...
Saya list di bawah semua entries Umrah 2017 for easy reference:
DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE
DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA
DAY 03 - MASJID SITI AISYAH, TANAIM
DAY 04 - JABAL ABU KUBAIS, JABAL THUR, MASJID AL RAJHI, UMM AL-QURA UNIVERSITY, ARAFAH, MASJID NIMRA, JABAL RAHMAH, AIN ZUBAIDAH, WADI MUHASSIR, MASJID MASYA'IR HARAM, MUZDALIFAH, MINA, JABAL QURBAN, KOMPLEKS JAMRAH, MASJID BAIAH AQABAH, JABAL NUR, JAARANAH & UMRAH KE 2
DAY 05 - TAIF, MASJID ANDULLAH BIN ABBAS, MASJID KU', EMPANGAN IKRIMAH, PASAR BUAH-BUAHAN, MASJID MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH KE 3
DAY 06 - LADANG UNTA, EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE & YAYASAN JAMIYYAH KHAIRIYYAH
DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH, MASJID JIN, TANAH PERKUBURAN MAA'LA, KAWASAN ABU LAHAB, MASJID SITI AISHAH & WADI QUDAID
DAY 08 - MASJID GHAMAMAH, MASJID QUBA', LADANG KURMA, TELAGA YASEERAH, JABAL UHUD, MASJID SAYYID AL-SHUHADA, JABAL RUMAT, PERKUBURAN SHUHADA, MASJID QIBLATAIN, KAWASAN KHANDAK, MASJID SAB'AH, MASJID FATH, MASJID KHANDAK, PASAR KURMA, ZIARAH MASJID NABAWI, TELAGA HA DAN PERKUBURAN BAQI'
DAY 09 - PART 01 - MASJID BANI MUAWWIYAH, MASJID IMAM BUKHARI, SANDSTORM AREA, HIJAZ RAILWAY MUSEUM, MADAIN SALEH
DAY 09 - PART 02 - AL-HIJR (MADAIN SALEH)
DAY 10 - MASJID BILAL BIN RABAH, MASJID JUMMAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', MASJID QUBA, TELAGA ARIS, KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT KHURAIDAH, KUBU URWAH BIN ZUBAIR, HIJAZ RAILWAY STATION MADINAH, MASJDI AMBARIAH
DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA, THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION, UNIVERSITI ISLAM MADINAH, WADI AQIQ, MASJID QIBLATAIN
DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION
DAY 12 - GOING HOME
Bersambung...
Saya list di bawah semua entries Umrah 2017 for easy reference:
DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE
DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA
DAY 03 - MASJID SITI AISYAH, TANAIM
DAY 04 - JABAL ABU KUBAIS, JABAL THUR, MASJID AL RAJHI, UMM AL-QURA UNIVERSITY, ARAFAH, MASJID NIMRA, JABAL RAHMAH, AIN ZUBAIDAH, WADI MUHASSIR, MASJID MASYA'IR HARAM, MUZDALIFAH, MINA, JABAL QURBAN, KOMPLEKS JAMRAH, MASJID BAIAH AQABAH, JABAL NUR, JAARANAH & UMRAH KE 2
DAY 05 - TAIF, MASJID ANDULLAH BIN ABBAS, MASJID KU', EMPANGAN IKRIMAH, PASAR BUAH-BUAHAN, MASJID MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH KE 3
DAY 06 - LADANG UNTA, EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE & YAYASAN JAMIYYAH KHAIRIYYAH
DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH, MASJID JIN, TANAH PERKUBURAN MAA'LA, KAWASAN ABU LAHAB, MASJID SITI AISHAH & WADI QUDAID
DAY 08 - MASJID GHAMAMAH, MASJID QUBA', LADANG KURMA, TELAGA YASEERAH, JABAL UHUD, MASJID SAYYID AL-SHUHADA, JABAL RUMAT, PERKUBURAN SHUHADA, MASJID QIBLATAIN, KAWASAN KHANDAK, MASJID SAB'AH, MASJID FATH, MASJID KHANDAK, PASAR KURMA, ZIARAH MASJID NABAWI, TELAGA HA DAN PERKUBURAN BAQI'
DAY 09 - PART 01 - MASJID BANI MUAWWIYAH, MASJID IMAM BUKHARI, SANDSTORM AREA, HIJAZ RAILWAY MUSEUM, MADAIN SALEH
DAY 09 - PART 02 - AL-HIJR (MADAIN SALEH)
DAY 10 - MASJID BILAL BIN RABAH, MASJID JUMMAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', MASJID QUBA, TELAGA ARIS, KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT KHURAIDAH, KUBU URWAH BIN ZUBAIR, HIJAZ RAILWAY STATION MADINAH, MASJDI AMBARIAH
DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA, THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION, UNIVERSITI ISLAM MADINAH, WADI AQIQ, MASJID QIBLATAIN
DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION
DAY 12 - GOING HOME
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
kenapa ada lalauan khas untuk jemaah dari Afrika dan Iran?
ReplyDeleteMetro tu belum siap lagi eh?
gambar Clock Tower belakang bukit dan rumah tu nampak surreal
kapan ya
ReplyDelete