Seterusnya kami ke Ferrari World Abu Dhabi yang terletak di Yas Island, taman tema brand Ferrari yang pertama and the only one.
Masa dalam perjalanan tu ternampak poster ni. Inilah Sheikh Zayed, Father of the nation.
Masa dalam perjalanan tu ternampak poster ni. Inilah Sheikh Zayed, Father of the nation.
Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, Pengasas UAE.
His Highness Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan berkhidmat sebagai Presiden United Arab Emirates sejak pembentukan Persekutuan pada 2 Disember 1971 dan sebagai Raja Emiriyah Abu Dhabi sejak 1966.
Hotel St. Regis Abu Dhabi di Nation Towers.
Di Nation Towers ni juga ada Lamborghini Abu Dhabi.
Bangunan biru putih tu ialah Baynunah Hilton Tower Abu Dhabi.
Ini Corniche Park.
The Landmark Tower, setinggi 72 tingkat. Bangunan kedua tertinggi di Abu Dhabi selepas Burj Mohammed bin Rashid.
Yang ini pula ialah Abu Dhabi Investment Authority Tower atau ADIA Tower, setinggi 40 tingkat. Reka bentuk bangunan was 'inspired by the shifting sand dunes and billowing sails of its locale'.
Al Jazeera Tower.
Bangunan yang macam dua tiang tu ialah Burj Mohammed Bin Rashid Tower, yang sebelum ni dikenali sebagai World Trade Centre. 88 tingkat. Tallest in Abu Dhabi. Dibina sebagai sebahagian dari Kompleks World Trade Centre Abu Dhabi.
Untuk ke Ferrari World, Chetan our driver ikut highway E12.
Foto kanan: Capital Plaza (Sofitel Hotel).
Foto kiri: Sheikh Khalifa Energy Complex.
Abu Dhabi Ports.
Kami melintas ke pulau Saadiyat menggunakan Sheikh Khalifa Bin Zayed Bridge.
Dari Corniche Road nak ke Ferrari World di Yas Island kalau ikut highway E12 mesti lalu pulau Saadiyat dan pulau Al Jubail.
Portrait Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan.
Pulau Saadiyat (Island of Happiness) adalah projek pelancongan budaya alam semula jadi dan warisan/budaya Emirates. Pulau ini dijangka akan menjadi pusat kebudayaan Abu Dhabi dimana 8 buah muzium akan dibina. Dari billboard ni, nampaknya akan dibina Zayed National Museum, Louvre Museum dan Guggenheim Museum.
Beginilah rupa ketiga-tiga muzium tu bila dah siap nanti.
The Louvre, Abu Dhabi.
Menuju ke Yas Island.
Sedang lalu Pulau Saadiyat.
Kediaman mewah di pulau Saadiyat.
Transports for workers.
Kejap nampak pasir je.
Tapi lepas tu nampak air. Banyak pulau Abu Dhabi ni.
Nak sampai dah.
Dah nampak bumbung merah tu.
Besar sungguh Ferrari World ni. Very futuristic nampak dari atas, modelled based on the double curve shape of the Ferrari GT.
Tiket diberi oleh Chetan. Dah siap pre-purchased sebab dah dipakejkan.
Aaaa.. lega... dah jumpa arah ke Prayer Room.
Banyak tempat makan di sini.
Suasana dalam bangunan dekat entrance.
Gerbang masuk ke Ferrari World.
Tapi isi perut dulu. Dah kenyang baru jalan.. hehe.
Makan buffet lunch di restoran Masala Street ni. Kami pilih restoran ni sebab paling dekat dengan entrance Ferrari World dan betul-betul sebelah restoran ni ialah Prayer Room.
Memang sedap!
Dan memang mahal.. 😅. AED59 sorang atau RM72.00.
Solat dulu.
Ok, jom masuk.
Tiket.
Macam biasa saya tampalkan info di sini. Ada 2 roller coasters, yang kanan tu namanya 'Flying Aces'. Yang kiri tu pulak ialah 'Formula Rossa'. Ni sebut-sebut ni, naik ke? Takkkk.. hehehe. Cemas sangat, tak sanggup pak cik... hehe.
Ada macam-macam 'driving' experiences. Also since ni di Abu Dhabi, makan memang tak de masalah.
Locations details.
Jalan masuk ke entrance.
Kompleks theme park ni sangat la besar!
Since kami di situ on a weekday, jadi tak ramai orang.
Kaunter tiket lengang. Kalau tengok hadangan laluan tu, on peak days sure queue sangat panjang. Chetan said that is true. Kalau nak ke sini elok jangan masa weekend, kata dia.
Dewasa: AED275 atau RM336.00
Kanak-kanak: AED230 atau RM281.00
Memang la mahal. Kalau mak, ayah dan 2 kids dah RM1.2k. Belum makan lagi tu.
|
Doing what tourists do.. hehe.
Then suddenly noticed, asyik le t'shirt RM10.00 beli kat Bangkok 4 years ago ni yang saya dok selalu pakai masa bercuti.... hahaha 😄.
Ini Ferrari's F12 Berlinetta.
'Be a Ferrari F1 champion for a minute... have your photo taken now!' kata signboard tu.
Hmm... boleh le kalau nak berlakon pandu Ferrari F1 car ni.
Siap ada motion blur background tau supaya nampak 'laju dan real'.. hehe.
Kereta lumba grand prix klasik Ferrari.
Tak pe kalau anda bukan seorang car enthusiast. Tempat ni sangat best! Jom tengok these amazing cars.
Ini Tyre Change Show.
"You'll be laughing out loud as you follow the comical escapdes of two mechanics whose life-long dream is to be members of the Scuderia Ferrari pit crew". |
2 kereta Ferrari yang dipasang pada pemutar kasi kereta-kereta tu berpusing tunggang terbalik. So cool!!
Seterusnya kami masuk ke Galleria Ferrari. Uwah! Memang awesome galeri ni!
Di Galleria Ferrari ni ada dipamerkan kereta-kereta Ferrari dari tahun 1947 hingga sekarang.
The ultimate Ferrari Collection!
Di sini ada koleksi kereta-kereta klasik dan kontemporari Ferrari.
Kereta-kereta ni semua dimiliki oleh pemilik-pemilik individu.
Ok, jom kita kenali dengan lebih dekat beberapa kereta Ferrari yang ada di Galleria Ferrari, Ferrari World Abu Dhabi ni.
Memang seronok betul dapat tengok kereta-kereta Ferrari dengan secara dekat macam ni. Teruja betul saya!
Kami terus explore lagi Ferrari World ni and came upon this Junior Training Camp Climbing Area.
Di sini kids can enjoy 5 special climbing challenges. Keselamatan nampaknya sangat diutamakan. Mesti pakai body harness dan helmet.
Yang ni pulak ialah Junior Training Camp Play Area yang sesuai untuk younger kids.
Penat jalan, so lounging kejap.. hehe.
Ini Formula Rossa, roller coaster yang lajunya boleh cecah 240 km/h dalam masa 5 saat!
Kami tak naik.. huiii.. idok le.. hehe. So tengok dari sini je.. hehe.
Bentuk roller coaster tu direka seperti kereta F1 Ferrari.
Formula Rossa, the world’s fastest rollercoaster.
Trek roller coaster ni telah diilhamkan dari litar lumba Itali legenda Autodromo Nazionale Monza.
Italian racetrack Autodromo Nazionale Monza.
Sebab roller coaster ni sangat laju, yang naik kena pakai goggle untuk elak jerebu dan serangga. Kot tertelan bugs pulak kan.. hehe.
Felipe Massa, Fernando Alonso, Kimi Räikkönen dan Sebastian Vettel, semua dah naik roller coaster ni.
Next kami ke Karting Academy ni. Trek ni was inspired by Yas Marina Circuit.
Yas Marina Circuit.
The ultimate racing challenge! 😊
Ini Cinema Maranello. It's all about how Enzo Ferrari made his ambitious motoring dream become a reality.
"Take a 10 minutes cinematic journey back to the 1920s to discover how one man's dream became a beautiful reality" - Source: ferrariworldabudhabi.com. |
Next, Scuderia Challenge. Ni driving F1 cars dengan simulator.
State-of-the-art simulator.
Naik main ni kena bayar AED75 atau RM90 ya. Also kena buat reservation awal sebab it is timed.
Yang ni pulak ialah Bell'Italia.
Boleh naik kereta Ferrari 250 California yang dah scaled down sambil melalui breathtaking roads and race tracks that first inspired Enzo Ferrari.
Di Bell'Italia selain naik kereta kecik tu, boleh juga berjalan kaki.
Di sini juga ada RC Challenge as in navigating boats pakai remote control.
Ada Colosseum.
Nampak macam fun je naik kereta kecik tu. Also I think view of the miniatures tentunya lagi best dari route kereta tu.
Menara condong Pisa.
Florence cathedral.
Lengkap dengan sungai dan air terjun.
Portofino, a fishing village.
Sestriere, an alpine village in Italy.
Cantik sungguh miniatures ni!
Amazing miniaturised view!
Since saya suka miniatures dan pulak tu miniatures disini dibuat dengan begitu cantik dan realisitic siap gunung dan sungai, maka kami pun naik la ride Bell'Italia ni. Lagi pun masa tu yang beratur cuma 3, 4 orang je. Saya baca kalau masa peak hours/season, waiting time beratur for rides yang simple macam ni pun boleh sampai sejam. Kalau roller coaster tu boleh sampai lebih 2 jam.
Isteri saya yang memandu Ferrari 250 California ni.. hehe.
Masa ride ni dapat tengok 17 pemandangan yang cantik dari 20 bandar seperti di Portofino dan Amalfi Coast, Monza Racetrack, Colosseum di Roma, Venezia dan Maranello.
Miniatures dibuat dengan skala 1:20 dari bangunan yang sebenar. Ini Firenze atau Florence.
Florence cathedral with a terracotta-tiled dome engineered by Brunelleschi and a bell tower by Giotto. |
Ok, jom enjoy the miniaturised views ni 😊.
What a wonderful view!
Selesai dah.. hehe.
Lepas tu kami pegi tengok roller coaster Flying Aces pulak.
Ada view bangunan Ferrari World ni. Futuristic and huge!
Inilah Flying Aces roller coaster. Kalau Formula Rossa roller coaster terlaju, Flying Aces roller coaster ni ialah 'the steepest roller coaster in the world' at 51 degrees. Also the world’s highest rollercoaster loop.
- Tallest loop in the world at 52m
- Steepest cable lift at 51 degrees
- Lift climb of 63m
- Travelling speeds of up to 120km/h
- 10 zero gravity experiences
- Source: ferrariworldabudhabi.com
|
Gorgeous blue sky.
To some the most thrilling experience bila ke theme park ni ialah the roller coaster rides and I understand why. And I guess if I went for those rides, I would probably feel the same, after I regain conciousness that is.. hahaha.
Tapi pada saya the best time I had di theme park ni ialah masa berjalan-jalan di bandar Maranelllo ni. I sounded like I'm so uncool or so old already, enjoying walks instead of rides, but hey, lain orang lain thrills dia... hehe. Mine is the walk and along with it the photography as well 😊.
But seriously, I love it here! Cantik sangat recreations yang mereka buat of this small town di utara Itali ni.
Maranelllo, home of Ferrari.
Di bandar inilah Enzo Ferrari bina semula kilang Ferrari selepas kilang di Modena musnah dibom masa World War II.
Masa jalan-jalan di sini, teringat saya of a similar experience semasa di DisneySea di Jepun dulu. Saya selit satu foto dari DisneySea tu di sini.
Beautiful lion head wall fountain.
A private club.
A gallery.
Siap ada jemuran 😊.
Beautiful recreation of Maranello street.
Kedai buku dan library.
Ada kedai hardware dan pasu.
Galeri lukisan.
Hotel Albergo Italia dan Sabatini Souvenir.
What a wonderful experience it was, for me. Again pada saya yang menarik ialah the details, the feel of walking down the street and the wonderful buildings. And the photography, of course 😊.
Jalan lagi dan sampai di street ini. Sebelah kiri tu ialah restoran Mamma Rossella.
Delighted I was, upon seeing these beautiful facades.
Tak de rezeki lagi to see the real ones in Italy so dapat tengok yg replika ni pun dah cukup best.. hehe. Betul-betul mereka nak buat nampak real macam yang sebenar. Awesome!
Lengkap dengan pokok menjalar di dinding....
....dinding plaster dah terkopek nampak bricks....
....wall fountain with lion head....
.... old vintage poster....
....vine covered wooden canopy....
....old Italian floor tiles....
I suppose to some tak de apa yang excitednya tengok tu semua, but it is to me.. hehe. The delights for me are in the details, the intricacies and the efforts itself in making them look as real as possible was something I marvelled at.
Restoran Mamma Rossella.
Ok, selesai dah kami jalan-jalan dalam Ferrari World Abu Dhabi ni. Nak dekat 3 jam jugak la. Overall memang best dan recommend kalau dah ke Abu Dhabi ni elok ke sini juga, kalau kosnya tak terlalu mahal. Macam saya share di atas, for a family 4 with 2 small kids needs to fork out about RM1.2k, itu pun meals and paid rides tickets not included. Still, it is the only one in the world, so I guess that in itself can be the 'attractiveness' for some people. Also like any huge theme parks, mestilah rancang masa di sini dengan bijak in order to not waste time dan biar betul-betul berbaloi duit yang dibelanjakan.
Will I go again? Hmm.. cukup le sekali. Unlike DisneySea.. hehehe 😄.
Alhamdulilah.
Bersambung...
Will I go again? Hmm.. cukup le sekali. Unlike DisneySea.. hehehe 😄.
Alhamdulilah.
Bersambung...
For easy reference, saya senaraikan kesemua entries UAE saya di sini:
1) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 01 - DEPARTING TO DUBAI
2) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 02 - DESERT SAFARI
3) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 01 - CITY SIGHTSEEING DUBAI BUS TOUR
4) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 02 - DUBAI GRAND MOSQUE AND DUBAI MUSEUM
5) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 01 - DEIRA SPICE SOUK - DUBAI ABRA CRUISE
6) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 02 - DUBAI MALL - BURJ KHALIFA - SKI DUBAI
7) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 01 - ON THE WAY TO ABU DHABI
8) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 02 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE, ABU DHABI
9) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 03 - ABU DHABI CITY TOUR
10) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 04 - FERRARI WORLD ABU DHABI
11) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 05 - PALM JUMEIRAH - ATLANTIS - BURJ AL ARAB - SKI DUBAI
12) KUWAIT & UAE: DAY 09 - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
hahahaaa..
ReplyDeletesteepest roller coaster in the world??!!
me pass!!
bell'italia ride tu cool la!!
the miniatured buildings tu in details depa buat..
cantik..
kalau saya..
5 dewasa.. 2 kanak-kanak..
pensan! hehehe
Yep, the steepest! Sama la doc, tak sanggup saya, melonjak perut ke tekak masa menjunam tu agaknya!
DeleteWe both love the bellitalia tu. Doc nak tau tak, actually masa ambik gambar miniature buildings tu kami agak kelam kabut jugak sebab nampak je kereta-kereta kecik yg kami naik macam perlahan, tapi agak laju jugak sebenarnya.
Oiii.... tu AED1,835 or RM2,240!