Masih lagi dengan program naik bas hop-on hop-off. Sekarang dah masuk ke kawasan Historic Route dan kami turun di Bastakiya.
Bastakiya ni ditubuhkan pada akhir abad ke-19 oleh pedagang tekstil dan mutiara dari Bastak, Iran, dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang telah dibaikpulihkan seperti rumah-rumah peniaga, galeri seni, kafe dan hotel butik.
Kawasan Bastakiya. Boleh je kalau nak buat walking tour di sini tapi kami tak sempat sebab nak ke Dubai Museum.
Sebahagian daripada bangunan yang telah dipulihkan menyerupai penempatan awal di Dubai.
Ini pula ialah Al Fahidi Fort dibina lebih kurang 200 tahun lalu pada 1787 yang merupakan bangunan yang paling tua di Dubai yang masih lagi ujud. Di sini juga letaknya Dubai Museum.
Kami turun di stop just across the road from the Dubai Museum. Ramai yang lain turun sama. Masa turun tu pemandu bas beri kami tiket masuk percuma ke Dubai Museum.
Ada ramai budak sekolah masa tu.
Ingat nak masuk terus ke muzium, alas, ramai benar budak-budak sekolah masa tu. Jadi kami decided to do a bit of walk around the area.
Kami ke Grand Mosque. Ia terletak antara Dubai Museum tadi dan textile souk.
Dubai Grand Mosque ni asalnya dibina pada tahun 1900 dan diruntuhkan dan dibina semula pada 1960 dan renovated pada 1998. Menaranya adalah menara masjid yang tertinggi di Dubai, setinggi 70 meter.
Besar masjid ni, boleh muat 1,200 jemaah. Kami tak masuk sebab nampaknya macam tutup je.
Di antara masjid ni dan Dubai Creek ada area yang dipanggil textile souk. Kami perhatikan ramai orang India dan kedai-kedai India. Later we found out ada sebuah Shiva Temple di situ.
Lepas tu kami jalan semula ke Dubai Museum. Aaaa... dah tak de long queue.
Tiket masuk percuma ke Dubai Museum yang diberi oleh pemandu bas City Sightseeing tadi.
Masuk je ada courtyard besar ni di mana ada dipamerkan sampan-sampan lama dan lain-lain artifak.
Di meriam dan peluru lama tu ada sign 'No smoking'. Ehhh... boleh meletup ke peluru meriam tu kalau terkena rokok? Foto kanan tu ialah water tank yang dibuat dari kayu. Menarik! Curved water tight wooden box.
Tiada sebarang info pada sampan-sampan lama ni 😩.
Kami pun masuk ke dalam bangunan. Laaa... masih ada lagi budak-budak sekolah ni.. hahahaha... Ingatkan mereka dah beredar dah. Riuh betul mereka dan cikgu-cikgu mereka terjerit-jerit suruh diam (tapi mereka sendiri menjerit.. hehehe) dan nampak tension je..hehe. Kesian, bukan senang nak jaga budak-budak baya macam ni. Lagi la di tempat macam ni, lagi la mereka super excited. Oh ya, adik-adik ni nampaknya begitu sibuk mencatat sesuatu bila nampak barangan pameran. Ni mesti cikgu bagi assignments.
Alat-alat music tradisional Dubai.
Foto kiri: Tabura (lyre or harp), drums, double pipes, zuma (macam trumpet kecik) dan ghaychak (bottom tengah). Foto kanan: Beberapa lagi alat-alat musik lama, termasuk satu skirt. |
Foto kiri: tu ialah skirt kulit yang digantung dengan kuku-kuku kambing yang mengeluarkan bunyi bila si pemakai menggerakkan pinggul.
Foto kanan: goatskin bagpipes.
Cara skirt kuku-kuku kambing dipakai dan digayakan 😊.
Pameran senjata lama seperti pedang, senapang dan pistol. Juga handcuffs.
Diorama tukang buat pedang.
Ada jalan turun ke bahagian muzium bawah. Cantik lorong turun ni. Ada burung-burung.
Di bahagian bawah ni ada pameran sejarah Dubai.
Ada maklumat tentang Dubai Creek. Pada saya info macam ni sangat best dan patut ada pada setiap barangan pameran. Sayang sekali ada barangan yang tak dilabel atau tak ada sebarang info.
More information 😊👍.
Seterusnya sejarah perkembangan Dubai dari 1930an hingga 1990an. Maaf ya some photos tak jelas sebab bahagian muzium ni entah kenapa kelam sangat! 😣
Next bahagian diorama of old Dubai. Ada souks, rumah, ladang, kegiatan perniagaan dan lain-lain. Menarik bahagian ni. Yang tak menariknya, again, kenapa la kelam sangat. Mata pak cik ni dah tak kuat nak focus tengok details pameran yang awesome ni dalam gelap. Haih...
Diorama suasana di pelabuhan Dubai masa dulu-dulu.
Saya suka diorama ni, suasana tepi jeti dengan pemandangan laut biru lengkap dengan ada sebuah kapal layar. Di tepi jeti tu ada seekor burung nampak macam tengah nak terjun ke laut nak tangkap ikan. Ada budak-budak tengah buat bot layar kecik. And a couple of gentlemen at the background, sorang tengah hisap shisha dan sorang lagi tengah di serve kopi. Yang spoilt diorama ni ialah the fire extinguisher and its red box...hehehe. Apa la...😄.
Diorama di bahagian pemunggahan di pelabuhan atau di store. Nampak tak budak-budak sekolah yang ramai tu. Riuh rendah mereka tu! Security guards yang nampak tegas tu pun dah macam helpless cannot do anything... bila tegur, semua senyap, kejap je la, lepas tu mereka menjerit-jerit balik... hehehehe...
Anyway, back to these amazing dioramas.
Carpenter's shop.
Herbs and spice shop.
Pottery shop.
Polisher and blacksmith's shop.
Jeweller's shop.
Cloth shop.
Pearl merchant.
Traditional costumes.
Info tentang wind tower, cara mereka air-conditioned their houses.
Penjual kurma.
A man and his camel.
Ladang kurma dan sistem pengairan.
Dan mereka sangat suka bela falcons.
Sebuah telaga dan lorong old Dubai.
Seorang saudagar dan isteri dia.
Ini pula di bahagian 'The Sea' yang diselubungi dengan cahaya biru.
'It was the Gulf's destiny to choose Dubai as its bride, with the Creek as her necklace...'. Amboi... openingnyaaa.. hehehe. Baca la terus..😊.
Info tentang penyelam mutiara.
Sebuah kapal karam.
Orang-orang Dubai dulu-dulu dengan kegiatan harian mereka.
Macam biasa, laluan muzium will eventually bawa pelawat ke bahagian souvenirs.
Di luar ada dhow, kapal kayu Arab yang digunakan untuk tujuan perdagangan, membawa barang-barang dari pelabuhan ke pelabuhan.
Aaaa.. saya memang seronok dan bersyukur sangat dapat ke muzium ni. Saya suka tahu sejarah tempat yang dilawati and what better place to find that out than at a museum.
Saya terfikir kalau mereka boleh develop a vast land to become one of the most modern city in the world, apa kata mereka recreate balik keindahan sejarah mereka zaman dulu, contohnya seperti suasana pelabuhan ni. Even better, build like a real actual old townships and neighbourhoods in bigger scales. Dan pelawat boleh jalan-jalan inside the recreated area (with fences, of course) and feel the suasana. Sure awesome and realistic. Bagus juga as reminder of their humble beginnings. Oh well, just sharing my thoughts. Actually muzium ni pun dan awesome dah 😊.
Bersambung...
For easy reference, saya senaraikan kesemua entries UAE saya di sini:
1) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 01 - DEPARTING TO DUBAI
2) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 02 - DESERT SAFARI
3) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 01 - CITY SIGHTSEEING DUBAI BUS TOUR
4) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 02 - DUBAI GRAND MOSQUE AND DUBAI MUSEUM
5) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 01 - DEIRA SPICE SOUK - DUBAI ABRA CRUISE
6) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 02 - DUBAI MALL - BURJ KHALIFA - SKI DUBAI
7) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 01 - ON THE WAY TO ABU DHABI
8) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 02 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE, ABU DHABI
9) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 03 - ABU DHABI CITY TOUR
10) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 04 - FERRARI WORLD ABU DHABI
11) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 05 - PALM JUMEIRAH - ATLANTIS - BURJ AL ARAB - SKI DUBAI
12) KUWAIT & UAE: DAY 09 - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
ramainya budak sekolah!!
ReplyDeletemesti rimas sikit kan!!?
:)
skirt berkuku kambing tu untuk menari ke?
Ramai doc! 2 bas rasanya. Budak2 pre-school pulak tu, so riuh rendah.. hehehe.
DeleteYep, si pemakai adalah seorang lelaki dan dia menari bergoyang dengan iringan musik :).