Dah hari ke 6 dalam cuti-cuti Kuwait/UAE kami. Di Dubai kami hari ni nak jalan-jalan city tour naik bas City Sightseeing Dubai Bus Tour.
Peta bus route dan voucher dah diberi Micheal semalam masa kami check in ke hotel ni. Semua ni dah travel agent kami di Malaysia yang arrange setelah kami memilih pakej yang ada city tour style hop-on hop-off ni. No only was it way cheaper compared to private tour but also laluan bas City Sightseeing ni sangat comprehensive sampai kami buat keputusan tak akan dapat kami nak cover semua area. So kena plan dan set time betul-betul mana nak pergi dan nak spend how long at each place, which place to go first etc.
Ada City Sightseeing bus stop di Mall of Emirates jadi boleh kami start naik bas tu di shopping mall tu. Dari hotel Ibis ni cuma 10 minit jalan je nak ke Mall of Emirates tu. Dari Mall of Emirates kami akan ke Dubai Mall dan tukar bas untuk ikut tour red route pula.
Red Route City Sightseeing Dubai Bus Tour melalui old district of Dubai.
Sebab Dubai ni panas kering terik (walau pun masa tu suhu macam Malaysia around 30°C) maka kena la kami sapu exposed area dengan sunscreen lotions. Tambah lagi kami plan nak duduk di bumbung terbuka bas tour tu, maka berjemurlah all the way. Nak ambik gambar punya pasal la.. hehe 😅.
Guna lah brand Banana Boat ni. Bagus lotion ni. Non-greasy. |
Sarapan dulu. Masa makan, kami ditegur oleh waiter ni. Langsung sembang kejap. Remy nama dia, dari Kenya, a Muslim. Dah 3 tahun kerja di Dubai.
Restoran Hotel Ibis Mall of Emirates Dubai.
Bangunan Hotel Ibis Mall of Emirates Dubai.
Pemandangan depan hotel.
Kami pun berjalan ke Mall of Emirates seawal 8:30 pagi. First bus akan datang pukul 9:15 pagi di mall tu. Kena keluar awal sebab nak ke kaunter City Sightseeing dulu to get the tiket dan lepas tu nak jalan ke bus stop pulak. Mall sini besar-besar belaka so kami mesti ke sana awal.
Always wonder how they wash tingkap bangunan tinggi di Dubai ni. Cara ni rasanya untuk bangunan yang rendah je kot.
Itu lah Mall of Emirates.
Di Dubai kenderaan di jalanraya akan berhenti kasi pejalan kaki melintas. Kalau tak henti, pejalan kaki tu boleh take plate number dan buat aduan. 5 minit lepas aduan, pemilik kereta akan terima mesej denda AED500 (RM602.00) yang mesti dibayar within 14 days, failing which akan kena tindakan lanjut yang lebih keras. Kalau kereta mewah pulak dendanya AED5,000 (RM6,025.00).
Panjang pulak cerita traffic fines ya.. hehe.
So we entered using the entrance to mall closest to our hotel.
No kissing in mall please. Also tak boleh pakai sexy. Jika ada pelawat yang terlalu terdedah, security guards akan membuat mereka sedar it is not culturally acceptable. Dasar ini dikuatkuasakan dengan cara yang positif dan membina.
Mall ini adalah sangat besar! Huge! Ada beratus kedai dan restoran. Ada Ski Dubai. Ada teater. Ada indoor family entertainment center.
Dalam mall ni ada Ski Dubai. Memang teruja tengok foto-foto tempat indoor skiing ni di internet.
Kami tak de plan nak masuk ke Ski Dubai ni cuma nak tenogok macam mana rupanya. Good thing ada huge windows so dapat la ambik dari luar tingkap 😊.
Awal lagi masa tu, so masih tiada pengunjung.
Mesti sejuk sungguh dalam tu.
Ini kaunter tiket. Mahal!
Nak tengok penguin pun boleh.
Musim penguin tengah gatal.. hehe. Kesiannn..
Cannot take photo? Mereka yang ambikkan? Lepas tu kalau nak gambar yang mereka ambik tu, kena bayar lagi, on top of the entrance ticket yang mahal tu? Err.. tak payah la.. hehe.
Ok dah, more later on the Ski Dubai. Now nak naik bus hop-on hop-off 😀. Tukar voucher to get the tickets.
Brochure City Sightseeing Dubai. Ada 5 routes, ada 46 stops! Banyaknya. 2 hari pun tak tentu habis. Also got free dhow cruise, free Dubai Museum entry, free walking tour dan free waterbus ride. Wah! Sempat ke nak buat semua tu? Hehehehe... mana yang sempat je la kan. Yang penting jangan terburu-buru, just enjoy 😊.
Macam-macam percumanya. Patut la harga AED240. Macam-macam dah pakejkan sekali. Tapi bagus la mereka dah pakejkan semua. Senang tak payah fikir nak beratur/beli entrance ticket la, nak cari cruise mana la, cari walking tour etc. Pilih je mana nak dari banyak pilihan ni.
Kalau beli yg 48 hours, ada free yang ni pulak. Underwater zoo? Ooo... nice tu!
Peta perjalanan keseluruhan.
Tiket City Sightseeing Dubai.
Bus stop di Entrance A. Haaa...? Mana tu? Mengagau kami cari 😕.
Besar sangat mall ni sampai kami takut kalau kami tersalah turn and went all the way to end of building only to find out tersalah lokasi.
Tapi Alhamdulillah kami terus jumpa bus stop tu 😊. Kami tanya orang le. Tanya security guards. Sini ramai orang boleh cakap English. Kami duduk atas le. Sanggup tu nak berpanas.. hehe 😅.
Bertolak dengan City Sightseeing bus on the Blue Route.
Dari Mall of Emirates kami menuju ke Dubai Mall untuk tukar bas dan lalu the Red Route ke area Dubai old/historic districts. Laluan Red Route ni juga dipanggil Historic Route.
Dari Mall of Emirates nak ke Dubai Mall, ikut Blue Route.
Nak ke Dubai Mall bas lalu Sheikh Zayed Road, jalan terpanjang di Dubai, part of E11 Highway. Panjangnya sampai ke Abu Dhabi. Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan adalah Amir Abu Dhabi yang menubuhkan negara UAE pada 1971. Juga bertanggungjawab dalam pembangunan pesat di seluruh UAE.
Passing by Kempinski Hotel Mall of the Emirates and First Gulf Bank Metro Station. |
Masa laluan kami tu boleh nampak Burj Al Arab sebuah hotel mewah bentuk kapal layar dan Jumeirah Beach Hotel juga hotel mewah bentuk ombak yang mengadap Teluk Arab (foto kanan on far right).
Itu adalah billboard EXPO 2020 dengan gambar His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, The Vice President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai. |
Juga boleh nampak Porsche Centre Dubai and Lamborghini Building.
Jalanraya di monitor dengan radar.
Ini adalah Musabah Bin Rashid Al Fattan Mosque.
Metro Dubai, rangkaian sistem keretapi tanpa pemandu yang fully otomatik di Dubai, United Arab Emirates.
Burj Khalifa. Hari tu kami bercadang untuk ke bangunan tertinggi dunia ni.
Dubai's morning traffic.
Dah dalam traffic jam tu, boleh le zoom ketat-ketat tower ni 😊.
Nak ambik gambar punya pasal, sanggup berpanas. Padahal kat tingkat atas bas ni ada ruang berhawa dingin 😁.
Bangunan-bangunan yang ada kami dah nampak masa kami tiba Dubai nak ke hotel semalam.
Left: Al Hikma Tower Middle: right to left - Falcon Tower dan City Premiere Hotel Apartments. Right: Millennium Tower. |
Burj Khalifa/Dubai Mall Station.
Burj Khalifa.
Di Dubai Mall ni kami tukar bas dari Blue Route (Modern Route) ke Red Route (Historic Route).
Selain bas City Sightseeing ada juga Big Bus Dubai.
Peta perjalanan Red Route.
Ada disediakan headphone percuma untuk penerangan audio dalam pelbagai bahasa. BM tak de.
Red Route dimulakan dari Dubai Mall mengelilingi area Burj Khalifa dan Dubai Mall, dipanggil Downtown Dubai.
Ada Kidzania di Dubai Mall ni. |
Bangunan Emaar Properties, pemaju daerah Marina Dubai yang ada lebih 200 bangunan tinggi. Portfolio mereka termasuk menara tertinggi di dunia Burj Khalifa dan juga pusat membeli-belah tersangat besar Dubai Mall.
Pusing area Downtown Dubai dalam bas ni memang best sebab dapat tengok Burj Khalifa ni dari pelbagai sudut 😊.
Entrance to Souk Al Bahar.
Souk Al Bahar - Arabic-style shopping mall with antique, carpet and lifestyle stores, plus waterfront dining. |
Pintu masuk ke The Palace Downtown Dubai dan Souk Al Bahar.
Ini adalah The Palace Downtown Dubai dan Burj Residences Towers.
Burj Plaza.
Burj Residences Towers.
Satu lagi view Burj Khalifa. Bangunan bulat di bawah tu ialah Dubai Opera.
Memang best naik bas hop-on hop-off ni especially kalau nak ambik gambar. Dengan paras bas yang tinggi, kita dapat view yang lebih jelas.
Ini adalah Dubai Opera.
Salah satu entrance ke Burj Khalifa.
Habis dah satu pusingan Downtown Dubai dan sampai semula ke Dubai Mall.
Peta perjalanan kami naik bas City Sightseeing mengelilingi Dubai Downtown. Bermula dari Dubai Mall keliling Downtown Dubai clockwise dan berakhir di Dubai Mall.
Al Murooj Complex Dubai - menawarkan penginapan mewah di sebuah kompleks gaya resort.
Al Fattan Experience Centre.
Empower Energy Solutions. Penting peranan company ni sebab UAE adalah sebuah negara yang panas terutama bulan August around 36°C. Macam Malaysia je kan tapi panasnya terik dan kering.
- Tumpuan EES adalah kepada penyelesaian penyejukan mesra alam yang cekap tenaga. - Bermatlamat untuk menyediakan Cooling Services bertaraf di Dubai dan kawasan serantau. |
Ini Emirates Financial Towers - menara kembar 27 tingkat yang terletak di Dubai International Financial Centre (DIFC), Dubai’s central financial district. Di tingkat 16 ada glass skybridge connecting the 2 towers.
Park Towers. Cool design bangunan ni. Antara yang saya suka di Dubai ni 😊.
Jumeirah Emirates Towers - satu hotel (56 tingkat) dan satu lagi offices (54 tingkat).
Barisan bangunan tinggi di DIFC. Dari kanan: Up Tower, Al Yaqoub Tower, Capricorn Tower dan Al Rostamani Maze Tower.
The Gate Building - Dubai International Financial Centre (DIFC) adalah pintu masuk kepada new financial district di Dubai.
Ada beberapa bangunan di Dubai ni yang kami nampak ada poster His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, The Vice President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai.
Sky Garden Building Dubai on the middle right and Empower Energy Solutions building on the left.
Masa bas nak keluar dari DIFC ni, kami ternampak sebuah padang luas. Macam gurun je sekali pandang. Rupanya ianya adalah Nad Al Sheba Horse Course. Tak nampak pulak sekor kuda pun.
Mungkin itu adalah stables kuda.
Lokasi DIFC dan Nad Al Sheba Horse Course.
Antara usaha untuk menghijaukan Dubai dengan menggunakan sistem pengairan bawah tanah untuk landscaping.
Nama bangunan tinggi biru tu ialah Blue Tower. Sebelah kanan Blue Tower tu ialah Latifa Tower.
2 bangunan tengah tu ialah Nassima Royal Hotel Dubai, 5 bintang, 51 tingkat, di Sheikh Zayed Road. Yang kanan tu ialah Ascott Park Place Dubai - Exclusive Dubai Serviced Apartments.
Terus dengan city tour.
More Dubai's skyscrapers. Kiri sekali tu ialah Sama Tower, 49 tingkat, apartment building. Yang tengah tu ialah Sheraton Grand Hotel Dubai.
From left to right: Nassima Royal Hotel Dubai, Ascott Park Place Dubai and Hotel Conrad Dubai.
Etisalat Tower.
Dubai Garden Glow Zabeel Park. Dengar cerita cantik dalam tu. Tapi kena pergi masa malam la.
Dubai Frame di Zabeel Park.
Ministry of Foreign Affairs.
Easa Saleh Al Gurg Mosque.
Yang biru tu ialah City Seasons Towers Hotel. Sebelahnya ialah Burjuman Shopping Mall.
Okeh, dah sampai next destination. Moh turun..
Bersambung...
For easy reference, saya senaraikan kesemua entries UAE saya di sini:
1) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 01 - DEPARTING TO DUBAI
2) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 02 - DESERT SAFARI
3) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 01 - CITY SIGHTSEEING DUBAI BUS TOUR
4) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 02 - DUBAI GRAND MOSQUE AND DUBAI MUSEUM
5) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 01 - DEIRA SPICE SOUK - DUBAI ABRA CRUISE
6) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 02 - DUBAI MALL - BURJ KHALIFA - SKI DUBAI
7) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 01 - ON THE WAY TO ABU DHABI
8) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 02 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE, ABU DHABI
9) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 03 - ABU DHABI CITY TOUR
10) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 04 - FERRARI WORLD ABU DHABI
11) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 05 - PALM JUMEIRAH - ATLANTIS - BURJ AL ARAB - SKI DUBAI
12) KUWAIT & UAE: DAY 09 - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
banyaknya sjy scrappers!!
ReplyDeletegb tak boleh bawak kereta kat sini
nanti kena saman sebab pakai lipstik semasa memandu ..
eh .. hahhaaa.dia tak ada kan??!!
Banyak doc. Masa dalam kereta, lepas satu, satu terpacak tinggi! Moden sungguh Dubai tu!
DeleteHahaha.. cannot cannot... kena saman.. mahal dendanya! :).