Monday, December 12, 2016

KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 01 - DEIRA SPICE SOUK - DUBAI ABRA CRUISE

Masih lagi dalam siri touring dengan City Sightseeing bus. Seterusnya kami nak naik boat cruise pulak since touring ni termasuk free dhow cruise. Kami pilih nak naik cruise ni saja nak pelbagaikan program kami hari tu 😊.

Bas melalui kawasan Gold Souk. Ada banyak kedai jual emas di sini.

Kami ke Deira Wharfage. Yang turun di sini juga diberi tiket percuma Dhow Cruise yang berlepas dari pelabuhan ini.

Pemandangan dari tempat bus stop di Deira Wharfage. Dalam foto kiri tu kami nampak Deira Spice Souk. 

Di Deira Old Souk Station.

Ada sampan-sampan ni yang boleh dinaiki pelancong untuk cruise di Dubai Creek ni. Sampan-sampan ni dipanggil Abra, sampan tradisional yang dibuat dari kayu to ferry people across the creek. Boleh juga disewa for a cruise. 

Penuh abra tu dengan pelancong. 


Rasanya inilah dhows yang disediakan for the free dhow cruise yang kami nak naik tu. Tapi macam tak de siapa pun. Tak de rep dari City Sightseeing yang kami nampak. May be belum time lagi masa tu. 

Jadi kami ambik je dulu gambar suasana di sini.


Ada kedai bentuk dhow di sini jual souvernirs and t'shirts. Foto kanan tu tempat nak naik abra cruise.   

Since ada masa lagi kami decided to go to the Spice Souk dulu. Tak jauh, cuma seberang jalan je.   

Dubai Spice Souk ni juga dipanggil Old Souk, sebuah pasar tradisional, menjual dari pelbagai jenis rempah ratus hinggalah ke periuk belanga.

Souk ni tak la sebesar yang di Istanbul dan tak berair-con. Tapi still menarik. 

Boleh ambik gambar di sini tapi mestilah berhati-hati juga. 

Macam-macam rempah ada dijual di souk ni termasuklah saffron Iran yang mahal tu.



Dari bahagian rempah ratus, kami ke bahagian pakaian pula.

Beautiful colorful lamps.

Shoes and shawls.

Selit satu people shot 😊.

Di bahagian periuk belanga.

Ada dataran kecil terbuka for relaxation. 

More periuks and belangas.

Dan mesti ada textiles juga di sini. 

And lots of shiny golden kitchen wares. 

More pots and pans.

Kami jalan dalam souk ni sampai ke hujung luar on the other side.

Pemandangan di luar Spice Souk.

More shops.

Dan tentunya juga ada kedai jual kurma.

Saya baca business di Spice Souk ni makin lama makin sudah tidak begitu menggalakkan lagi disebabkan banyaknya shopping malls and super/hyper markets.

Selesai di Spice Souk kami berjalan semula ke Deira Wharfage nak naik dhow cruise. Tapi bila sampai di situ masih tak ada sesiapa pun. Hmm... dah la masa tu panas, moreover since kami dah ke situ macam rugi pulak kalau kami terus beredar sambung balik naik bas City Sightseeing tu ke tempat lain. 

So kami pun bercadang nak try abra cruise tu especially since saya teringin nak ambik gambar dari Dubai Creek tu while on a boat. Bila check harganya AED60 (RM72.00) seorang, terus saya setuju. Saya sanggup sebab it will be a private abra cruise, meaning tak de pelancong lain. Tambah pulak lagi route abra cruise ni adalah lebih jauh banding dengan dhow cruise yang kami tak jadi nak naik tu. Tambah pulak lagi, which we experienced after the cruise, cruise dengan abra ni lebih laju dan jimat masa. Bagus la sebab kalau lama sangat cruise tu nanti bosan pulak kan.. hehehe. 

People arriving dengan abra di jeti.

Kami akan berlayar dari Deira Old Souk Abra Station ke arah jambatan Al Maktoum hingga ke Floating Bridge dan lepas tu patah balik ke Deira Old Souk Abra Station.

Seronok nak memulakan Abra Cruise ni 😁. Syukur walau pun panas terik tapi berangin. 

Departing from Deira Old Souk Abra Station.

Dubai Creek ni air masin dan 14 km panjang dari Teluk Arab hingga ke pendalaman.  

Abra ni juga merupakan water taxi untuk orang menyeberang ulang alik antara Diera dan Bur Dubai.

Jarak cruise kami dari Deira Old Souk Abra Station hingga ke Floating Bridge tu ialah lebih kurang 4 km.


Yang kami naik ni dipanggil abra. Bot yang besar macam ni dipanggil dhow.

Dan mesti la nak berselfie kan.. hehe 😊. By the way, driver abra kami ni nama dia Khalid dari Bangladesh. Dah bertahun dah di Dubai ni kata dia.

Bangunan-bangunan pejabat di tebing Dubai Creek.

Masa menuju ke Floating Bridge tu, kawasan Deira adalah di sebelah kiri dan kawasan Bur Dubai adalah di sebelah kanan.

Ada juga cruise boat saiz macam ni. 

Bangunan yang kiri sekali tu ialah Bank Melli Iran. Sebelahnya ialah Emirates Islamic Bank. Sebelahnya yang kuning tu ialah Emirates NBD (National Bank of Dubai), dan yang biru tinggi tu ialah Bank Saderat Iran. Banyak banks di situ.

Bila cruise macam ni maka harus ditangkap satu panorama shot 😊.

Dubai Municipality Building. 
Ada portrait besar Vice President and Prime Minister of the United Arab Emirates and Ruler of Dubai His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum (kanan) dan His Highness Khalifa bin Zayed Al Nahyan the President of the United Arab Emirates, the Emir of Abu Dhabi and the commander of the Union Defence Force (kiri).

Ini Deira Twin Towers atau Rolex Towers, 23 tingkat setiap tower.

Bot-bot saiz macam ni banyak digunakan untuk mengangkut barang.

Memang seronok la ambik gambar dari bot ni. Cantik pemandangannya. Kira berbaloi la bayar caj private abra cruise ni 😊.



Dan tentunya best juga berpanorama 😁.


Syok pulak cari nama-nama buildings ni, sampai tersesat dalam Street View.. hahaha 😅.





Kiri sekali ialah Etisalat Building. Yang di belakang tu ialah Dubai Creek Tower. Yang depannya macam kotak tu ialah Hotel Sheraton Creek Dubai. Yang melengkung tu Emirates NBD dan yang biru tu Chamber Of Commerce and Industry Building.

Capturing our boat's reflection pada bangunan Emirates NBD 😁.



A few people shots as well.




Another couple dengan private abra cruise juga.


Bot-bot yang berlabuh tersusun.


Bangunan Emirates NBD tu ialah HQ for the bank.

Approaching Al Maktoum Bridge yang menghubungkan Deira dan Bur Dubai.



Lalu di bawah jambatan Al Maktoum.


Ada tol di Jambatan Al Maktoum ni.

Approaching Floating Bridge.

Floating Bridge ni di bina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan Al Maktoum dengan kapasiti 6 ribu kenderaan dalam sejam. Merupakan crossing yang ke 5 selepas Al Shindagha Tunnel, Al Maktoum Bridge, Al Garhoud Bridge dan Business Bay Crossing. Pada waktu malam jambatan ni ditutup untuk laluan bot-bot dan abra.


Ini pula ialah projek yang sedang dalam pembinaan iaitu projek Jewel of the Creek.  
- Kedudukkannya ialah antara Al maktoum Bridge dan Floating Bridge di sebelah kawasan Deira.
- Expected cost water front development ni adalah sekitar AED 4 billion.
- Akan dibina 9 towers - 5 hospitality buildings setinggi antara 15 dan 19 tingkat, beberapa hotel (non-alcoholic hotel, fashion hotel dan hotel plug-and-play di mana tetamu mendaftar masuk sendiri), 4 bangunan serviced-apartments and studios.
- Juga akan ada sebuah marina dan bangunan marina, 4 jambatan pejalan kaki dan satu jambatan kenderaan, Dubai Dome - dewan pelbagai guna dengan kapasiti 3,000 orang dan chalet tepi laut. 
- Juga akan dibina sebuah kolam renang terbesar di Timur Tengah berukuran 400 meter lebar dan empat meter dalam. 

Kita teruskan dengan abra cruise. Kami berpatah balik dekat Floating Bridge (yang hanya dibuka untuk laluan bot-bot pada waktu malam sahaja) dan menuju semula ke Diera Old Souk Station. 

Amboi, si Khalid ni drive bot dengan kaki je... hehehe.


Ini Dubai Court. Ada 3 mahkamah di sini: First Instance Court, Appeal Court and Cassation Court.

Menuju semula ke Al Maktoum Bridge.





Ini adalah Al Bastakiya Mosque.

Pemandangan belah Bur Dubai.

Menara tinggi tu ialah menara Grand Mosque.

Water taxi abra membawa penumpang menyeberangi Dubai Creek ni antara Diera dan Bur Dubai. 




Sempat juga tangkap gambar kapalterbang Emirates Airlines terbang di angkasa Dubai dari Dubai Creek 😊.



Dah sampai semula di Deira Old Souk Station. 

Alhamdulillah kami dah selamat balik ke jeti, dan dapat melihat dan ambil gambar di bahagian old Dubai ni dari Dubai Creek. Overall it was quite a nice cruise, very relaxing walau pun agak panas, tapi Alhamdulillah berangin. Kalau anda ke Dubai saya rekomen naik la abra cruise ni ya. 

Ok summary sikit. So tadinya kami bermula dengan city tour naik bas City Sightseeing dari Dubai Mall. Lepas pusing Downtown Dubai dan Dubai International Financial Center kami ke Dubai Museum dan seterusnya ke Diera Spice Souk. Lepas tu naik abra cruise di Dubai Creek hingga ke Floating bridge. Alhamdulillah.

Lepas tu kami naik bas hop-on hop-off balik ke Dubai Mall. 

Bersambung.... 

For easy reference, saya senaraikan kesemua entries UAE saya di sini: 
1) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 01 - DEPARTING TO DUBAI
2) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 02 - DESERT SAFARI
3) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 01 - CITY SIGHTSEEING DUBAI BUS TOUR
4) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 02 - DUBAI GRAND MOSQUE AND DUBAI MUSEUM
5) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 01 - DEIRA SPICE SOUK - DUBAI ABRA CRUISE
6) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 02 - DUBAI MALL - BURJ KHALIFA - SKI DUBAI
7) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 01 - ON THE WAY TO ABU DHABI
8) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 02 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE, ABU DHABI
9) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 03 - ABU DHABI CITY TOUR
10) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 04 - FERRARI WORLD ABU DHABI
11) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 05 - PALM JUMEIRAH - ATLANTIS - BURJ AL ARAB - SKI DUBAI
12) KUWAIT & UAE: DAY 09 - GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. pakai kaki!! hahahhaa win!!

    teruk tak sun burn ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kan :).

      Teruk jugak walaupun pakai sun block. Agaknya bila berpeluh dan kesat-kesat, maka dah tak bersun block le.. hehe.

      Delete