Wednesday, June 17, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PAYUNG GUESTHOUSE AND CHALETS

Pada pukul 7:12 malam kami pun bergerak dari Pantai Batu Hitam menuju ke Cherating untuk bermalam di sana.



Sebelum gi jalan-jalan ni saya dah buat online room reservation di Cherating di Payung Guesthouse and Chalets. Macam mana saya tahu pasal chalets ni? Kawan kepada kawan saya si Johan tu yang beritahu. Ada saya minta Johan tolong tanyakan kawan-kawan dia yang mana-mana orang Pahang ask kalau ada hotels/chalets yang rate semalam bawah RM100.00. Then one of his friend suggested a few places dan saya finally decided to go with Payung Guesthouse and Chalets.



Kenapa saya pilih Payung Guesthouse and Chalets ni? 

Rumah kayu!!! :D
Dan rate semalam hanya RM80.00 sahaja untuk yang ada air-con :)
Silalah ke sini dan check out website chalet ni.


Kami sampai ke Payung Guesthouse and Chalets ni pada lebih kurang pukul 8:00 malam. Kami disambut oleh Jaanos [Yanos]. Dia ni dari Estonia dan bekerja shift malam di chalets ni. Actually dia ni backpackers yang bekerja di chalets ni to support his travellings expenses. Jaanos beri kami serba sedikit penerangan tentang chalets tu dan areas surrounding the chalets like di mana restoran yang sedap dan murah nak makan, di mana ada kedai runcit, boleh sewa basikal kalau nak, juga boleh kami dihantar kalau nak ke airport atau ke stesyen bas atau teksi, juga kalau kami nak buat apa2 aktiviti2 yg boleh di arrange by the chalets. Lepas tu saya pun diminta mendaftar dalam guests book. Kami diberi chalet no. 4. 



Tengah letih-letih tu tetap jugak keluarkan kamera dari beg dan shoot.. hehehe... 



Simple je guesthouse ni. 



Ni information centernya. 



Banyak juga activiti2 yang boleh di organize by Payung Guesthouse for its customers. 



Nak river cruise, fishing trip, kayaking, batik painting semua tu ada :).




Ni bahagian depan nak masuk ke area chalets. 



Ni pula area lobby guest house ni. Open air je. Ada sofa, coffee table, TV, sinky dan cabinet kecil tempat letak cawan, gelas, mugs dan pingan mangkuk with sudu garpu. Also got cerek letrik dan tea/coffee. So kalau malam2 nak melepak2 di sofa ni sambil tengok TV boleh la buat kopi atau tea :). 



Dan ini pulak ialah the Guest House Reception. Macam rumah kampung je.. hehe... so nice. Tak sabar rasanya nak tunggu siang to see the guesthouse area ni!



Berjalan masuk ke laman Payung Guesthouse and Chalets. So nice. Sunyi dan nyaman sekali. 



Di bahagian belakang area chalet ni ada sungai Cherating. Ada spotlight yang sengaja dipasang supaya guests boleh relak2 tepi sungai dan menikmati keindahan malam di tepi sungai Cherating tu. 



Ni kunci chalet kami. By the way, chalets di sini adalah rumah-rumah style kampung siap tangga naik dan anjung. Macam style kampung sungguh lah!! :)



Saya memilih chalet yang ada air-con sebab cuaca agak panas di pantai timur masa tu. Plus kalau berhawa dingin ni kurang la nyamuknya, ye tak :).



Style sini kampung sungguh siap dengan pengalaman tidur digigit nyamuk macam di kampung...hehehe... Jangan risau sebab ada kelambu! Ubat nyamuk pun ada disediakan. Bukan yang guna letrik tu, tapi yang style berlingkar tu! Hahaha.... 



Haaa... gini le biliknya. Saya rasa sangat excited masa tu.. hehehe... Simple je, ada katil dengan bantal/selimut, towels, kelambu, meja kecil [actually tu meja TV yg ada roda tu, yg style 90an tu], almari kecil dan tingkap berlangsir biru.  



Ni bilik airnya. Selesa. Cuma tak de air panas. So pengalaman mandi pun macam dulu2 masa saya masih kecil di rumah arwah atuk dan nenek.. hehehe... 





Seronok betul saya ambik gambar dalam bilik ni... hahahaha... Bukan apa, ni la first time merasa bermalam dalam chalets style rumh kampung macam ni.. hehehe..





Ok, lepas mandi dan bersolat kami pegi isi perut. Kami makan malam di Nabil Cafe ni, cuma seberang jalan je dari Payung Guesthouse and Chalet tu. Oh ya, chalets ni tak de tempat parking tapi boleh park je kat tepi jalan. Ada area2 kosong. 




Selesa dan bersih. Masa tu customers tak ramai lagi. 



Ada fresh seafood table. Boleh pilih2 mana nak. 



Menu seafood.



Cam biasa, saya dengan perangai tourist yg typical saya gi ambik gambar2 ikan, sotong dan ketam.. hehehe... 



Everything look so fresh!




Tapi kami tak makan seafood tu. Mahal! Lagi pun ni trip bajet, so makan asal kenyang, minum asal hilang haus. So kami order goreng2 je. Si Johan order nasi goreng entah apa tah, dan saya mee goreng seafood basah. Sedap! 



Letih sangat dah masa tu. Perut pun dah kenyang. Jadi kami balik je terus ke chalets. Kami lepak2 kejap di anjung chalet tu.



Masuk chalet, dalam lebih kurang 15 minit, hujan pun turun. Uwaahhh.... bestnya! Malam tu agak warm juga. So the airconditioning really helped. Pas tu added pulak dengan hujan, memang lena sangat la. 



Tapi sebelum tidur saya gigih transfer foto2 yang diambil siang tadinya ke dalam laptop dan pendrive for safety reasons. Sampai tersenggok-senggok menunggu transfer tu siap.. hahahaha...



At end of each day masa jalan-jalan pantai timur ni sebelum tidur saya akan catat places yang sempat kami lawat. Kena la tulis sebab sure tak ingat bila dah balik nanti.  

Ok, ni summary Day 01:
- Bertolak dari Ampang ke Kuantan
- Pantai Sepat
- Pusat Tenunan Sutera Pahang [tutup]
- Kampung Budaya Pulau Keladi - Galeri Tun Razak
- Masjid Daerah Pekan, Masjid Sultan Ahmad Shah (Baru)
- Kedai Nasi Ayam Hainan Mak Yong
- Kuantan River Cruise dan Hutan Paya Bakau Kuantan 
- Masjid Negeri Sultan Ahmad
- Pantai Teluk Cempedak
- Pantai Beserah
- Pantai Batu Hitam
- Payung Guesthouse and Chalets, Cherating


Bersambung.......


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:




No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

12 comments:

  1. ada jugak tempat di Malaysia ni yang offer gitu.. tak pernah tau pulak.. baguslah kan.. earn something .. cukup.. jalan lagi ..
    eh ada.. kat Bamboo Village kat KL ..
    dah berapa lama Yanos backpack kat Malaysia? ada tanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga saya dengar yg offer macam tu especially if the oeprator/owner tu mat saleh. I think that's very nice cause then the backpackers can continue to jalan-jalan. Plus the experience of working and getting to know the areas and the locals themselves are priceless. I agak la :).

      Hmm.. tak sempat saya nak tanya Jaanos tu. Memang la macam2 saya nak tanya tapi masa tu baru je jumpa dan dia tgh sibuk beritahu kami itu ini.... hehe...

      Delete
  2. hehehheee...
    selalunya en syed duduk hotel..
    best kan pengalaman gini ..:) ?
    chalet style kampung .. siap ada kelambu lagi!!
    banjir tak kawasan ni masa hujungbtahun lepas tu!

    kalau awal sikit n dan lama lagi kat sana..
    saya pasti ada entri fire fly!!! :)

    saya dah klik website guest house ni
    cantik!!
    kalau sata ke kuantan.. 200% saya akan tidur sini !!
    :)
    ikan tombak?
    tak pernah dengar..
    hahhahah..
    ambik gambar banyak-banyak ..
    oder mee goreng je...
    cehhhh!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... betul tu doc. Selama ni saya ikut2 package tours, mana la travel agents nak letak kat chalets macam ni. Nanti ramai lak yg complain..hehe.. Saya suka juga yg macam ni. Lain sgt experience nya.

      Hahaha.. tu la. Masuk je saya nampak kelambu! Terus teingat masa kecik tiap2 malam kena pasang kelambu sendiri... hehehe...

      Hmm... rasanya area tu tak kena banjir, tapi tak berapa sure la doc...

      Ooo... yes, very very likely akan ada entry firefly tu kalau saya dok lama di situ. Actually, saya tak nak baca atau tahu dan tanya detail2 sgt pasal activiti2 tu sebab saya tau saya tak de masa nak buat tu semua. Cuma bermalam satu malam je di situ. Kalau tanya lebih2 tentu kecewa.. hahahaha...
      Tu la.. ingat next time nak menginap di chalet ni lagi, lama sikit supaya dpt beraktiviti. Nak ajak wife sekali :).

      Kan. Masa saya first time tgk pun macam teruja.. hehehe. Love sgt the kampung village concept tu!
      Alright! Kalau doc ke sana dgn family, go for the family chalet yg boleh muat 4 org tu. Masa saya di sana, ada satu chalet tu saya dengar satu family dok, kat chalet sebelah saya. Kedengaran mereka begitu riang ria sekali.. hehehe...

      Saya pun. Mungkin kita kenal dgn nama lain, tapi di sana sebagai ikan tombak. Agaknya la :).

      Hahahaha.... hehehehe.... I know, I know... actually saya macam serba salah samada nak letak ke tak foto2 ikan, sotong bagai tu sebabnya end up makan mee goreng je.. hahaha...
      Alaa.. doc.... trip bajet ni doc. Asal kenyang cukup la... hehehe...

      Delete
    2. wahhh very minimal hiasan dan kelengkapan dalam bilik
      sebijik mcm umah kt kg hahahhaha
      saya kan ada pengalaman duk camni kat terengganu, tapi biliknya kayu + batu
      sesat kat situ sebab adik hospitalised, so sebab emergency, bedal ajelah mana nak tido, sebab bdn keletihan memandu
      tepi pantai tau
      nyamuknya masyaAllah walau dah pasang ubat nyamuk lingkaran tu
      cabaran paling besar masa subuh, nak solat, airnya sejuk dan nyamuk attack tanpa henti
      kahkahkahkah
      tak de kelambu
      wakkakakakakakkakaka

      saya baca entry ni pada 2 ramadhan time lunch hour
      aduyaiiii mee goreng en syed tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
      kriuk kriuk perutku!

      lantai bilik tu bunyi kriuk kriuk tak time jalan hehehehehehe

      Delete
    3. Oiii... saya cukup sensitive kalau ada nyamuk masa tidur. Boleh naik darah dibuatnya.
      Selagi tak dapat bunuh, mata saya akan buntang tengok sana sini cari nyamuk tu terbang mana.. hahaha....
      Tapi masa kat chalet ni, sebab dah letih sangat tak kisah dah pasal nyamuk tu. Tarik je selimut selubung satu badan.. hahaha...

      Hahaha.... kalau dah lapar hidangan basic cam tu pun nampak sedap kan.. hahahaha...

      Hmm.. tak perasan pulak lantai tu ada kriuk2 ke tak. Rasanya tak de la.. hehehe...

      Delete
  3. alaaaaaaaaaaaa tak de ke firefly?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehheehee.. sorry EL, tak de entry pasal firefly. Semalam je kami di chalet ni. Awal pagi dah nak bertolak ke Kuala Terengganu :).

      Delete
  4. ala website guesthouse ni dah takda. ada contact number dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In the next entry pasal guest house ni ada saya letak gambar with 2 contact nombornya Cik Hafizah :).

      Delete
  5. hai there , how could i contact this owner of payung guesthouse ni ye ? contact number semua takde . so how u get through this ? camne ye ? could u give ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi KifLee
      I did the room booking and payment via online through their website. However, today the website no longer exists.
      You can try their 2 contact numbers which I captured in the 2nd photo in my next 'Payung Guest House' entry.

      Delete