Friday, June 26, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH DAN BAS CAS LIGAS

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 02 - Part 04  - Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Bas Cas Ligas.


Selesai ronda-ronda dan ambik-ambik gambar di pantai-pantai kami headed to town. Check time dah pukul 12 tengahari dan masuk waktu solat Zohor di Marang ialah pukul 1:06 pm. Jumaat hari tu so kami bercadang untuk menunaikan solat Jumaat di Kuala Terengganu di Masjid Tengku Tengah Zaharah.


Ada tanda jalan yang jelas untuk ke Masjid Tengku Tengah Zaharah ni. Alhamdulillah. Senang nak tuju especially since masa tu dah nak masuk waktu solat. Also since time dah agak close, kami decided to pray first, check in lepas tu baru makan. Boleh tahan lagi masa tu sebab belum begitu lapar lagi.. hehe.
Ehh... bila ternampak sotong dan udang raksasa tu jadi lapar pukak... hahaha..

Dan ini lah Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. 

Masjid ini dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu.

Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia. Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
Sumber: wikipedia

Actually since masih ada lagi sedikit masa, kami ke sebelah sana tasik dahulu untuk mendapatkan pemandangan masjid seperti foto-foto di atas. Di sebelah tasik tempat yang saya ambil gambar-gambar ni is actually a taman yang very nice dan redup berangin. Nyaman sekali especially since masa tu tengah terik.


Lepas tu kami pun park kereta depan entrance ni dan berjalan masuk ke masjid. Alhamdulliah dapat park bawah pokok :).

Saya personally suka shot ni :).



Sempat ambik satu shot lagi sebelum ke tempat wuduq. 


Suasana dalam masjid yang tenteram dan nyaman. Walau pun masa tu rasa agak letih dan sedikit lapar dan duduk atas karpet lembut dalam suasana yang sejuk, Alhamdulillah saya tak tertidur masa khutbah :).

Selesai solat Jumaat kami terus menuju ke kereta. Tapi sebelum tu sempat dapatkan a few shots para jemaah sedang berjalan keluar di jambatan meninggalkan masjid. Tentulah ada pandangan pelik ke arah saya.. hehehe... 

Satu lagi shot ingin saya muatkan di sini. Jemaah tu tengah tengok-tengok ke dalam tasik sebab ada banyak ikan-ikan. Jernih air tasik ni dan bersih. 


Ok, a few more shots lah :). 

Ye betul, kalau ambik masa pagi, sunset atau malam, tentu lah lebih menawan. But we did not have the luxury of time masa tu. Had to keep with the schedule kan.. hehe. Ni dah dapat shots ni pun dah syukur sangat dah. Alhamdulillah. 


Amin.... 

Kami pun teruskan perjalanan menuju ke Pusat Bandar untuk check in ke hotel.

Ada replika batu bersurat.

Haaa.. tiba dah ke hotel di Kuala Terengganu ni. DJ Citi Point Hotel namanya. 

It is a budget hotel. Mesti kawan saya tu is proud of me.. hehehe.... 

Sebenarnya saya dah call buat room reservation 2 weeks earlier. Tu pun bersyukur sangat dapat book sebab sebelum saya call hotel ni, semua hotel budget yang lain dah penuh! Pelik betul. Ada banyak events ke di Kuala Terengganu weekend tu? Later2 I found out memang pun ada banyak acara di kota ni! Mencabar betul sebenarnya nak dapatkan hotel2 budget ni! 

Kami ambik Superior Room with 2 single beds. Rate nya RM79.00 semalam. Wah! Sangat berpatutan!

Sedikit info tentang hotel ni jika kawan-kawan berminat. Tapi saya memang recommend la duduk sini kalau ke Kuala Terengganu especially kalau datang ramai-ramai dan perlukan beberapa bilik. Rate dah le rendah, dalam town pulak tu. 

Haaa... ni antara sebab utama kenapa saya happy dapat book room kat hotel ni. Dekat-dekat lokasinya, boleh jalan kaki je :).

Bilik juga selesa. Ada cukup ruang untuk bersolat. Kalau nak buat air minum-minum boleh ke small kitchen at end of the hall. 

Bila saya bukak tingkap saya terus gelak bila nampak sign ni.. hahaha... 
Ada sebuah kedai jual barangan dari Bangladesh, Nepal dan India kat bawah tu! Ramai orang dari negara-negara tu di Kuala Terengganu ni rupanya. 

Ok, dah tak tahan menahan lapar kami terus ke arah stesen bas sebab kat peta ada show the yellow 'M' sign nearby the station. Tak larat nak cari restoran ke apa ke dah.... hehehe... 

Sebelah McDonald's tu ada Hentian Bas Kuala Terengganu. Besar stesen ni. Macam hanger kapal terbang.  


Tetiba saya ternampak bas ni. Ehhh.... uniknyaaa.... Saya terus tertawan.. hehehe...

Sedikit info:
- Rupabentuk fizikal bas adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala.
- Bas dilengkapi dengan alat penghawa dingin bagi keselesaan penumpang serta dilengkapi dengan mesin tiket elektronik untuk memudahkan pembayaran tambang bas.


Laluan operasi adalah seperti berikut:-

1) Laluan Chendering
Taman Shahbandar - Stesen Bas Mbkt - Hospital - Hotel Permai Inn - Kuala Ibai - Masjid Terapung - Permint Jaya - Uitm - Chendering


2) Laluan Taman Tamadun Islam

Taman Shahbandar - Stesen Bas Mbkt - Hotel Sri Malaysia - Pulau Kambing - JPJ - Mydin Mall - Spg. Tok'ku - Losong - Muzium - Taman Tamadun Islam.


3) Laluan Batu Enam/ Gong Badak

Taman Shahbandar - Stesen Bas Mbkt - Menara Permint - Jln Tok Lam -Wisma Darul Iman - Gong Kapas - Kompleks Seri Iman - Mydin Mall - Duyung -Bkt. Tunggal - Batu Enam - Wakaf Tembesu - Umt - Udm - Gong Badak.


Sumber: www.casligas.com.my



Apa lagi terus la saya pusing bas tu ambik-ambik gambar, much to the amusement of the people in the bas.. hehehe... 


Actually ni la kali pertama saya nampak dan tahu akan keujudan bas macam ni. Macam dibuat dari kayu siap ada ukiran bagai. So nice lah! 

Tengok tu, ukiran di tingkap tu. Uwahh! 

Saya pun apa lagi terus je la naik bas tu dan ambik gambar lagi.. hehe...

Uwahhh.... seats pun macam park benches kayu tapi berkusyen... hehe. Ye la jugak, kang bas terhentak-hentak kalau tak berkusyen sakit la bontot! Hehehehe...

Siap ada pagar hadang ukiran kayu. 

Ni tempat-tempat duduk di bahagian belakang sekali. Cukup selesa! Tingkap pun very nice lah. 

Ni view dari belakang bas. Btw, bas ni fully air-conditioned. 

Bus driver's seat. 

Okeh, one last shot.. hehehe...

Masa tu Bas Cas Ligas ni tak mengenakan sebarang caj untuk perkhidmatan ke lokasi-lokasi. Percuma that day. Memikirkan yang kami nak menuju some specific places, jadi kalau naik bas ni akan pergi pusing jauh dan akan buang masa. So kami pun ke stesyen teksi yang berada betul-betul depan stesyen bas ni untuk bertanyakan taxi rate ke tempat-tempat yang kami plan nak pergi.  

Taxi drivers ni memang la sangat baik hati. Pelbagai info yang sangat berguna kami dapat dari mereka membuatkan kami managed to plan our visits well dengan kos terendah dan dengan masa yang mencukupi. Alhamdulillah.... 


Bersambung... :)


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:



No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. wah
    saya suka bas tu
    unik betul la!

    kalau ada masa bleh naik bas tu dan patah balik
    sure seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... me too lah! Unik kan :).
      Betul sangat. Kalau ada masa masa tu memang saya nak naik bas tu dan enjoy the rides for all the 3 routes!

      Delete
  2. hahaahhaaaaaaaaaaa!!

    i am very very proud of youuuuuu!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aw shucks, ma'am.. thanks.. tee hee hee....

      Delete
  3. kalau saya berdiri dalam tasik tu..
    dijamin tak tenggelam..
    masih ada 5 cm dahi saya di atas air!! hahahaaaaaaa


    cantik sungguh masjid ni!
    selalu nampak kat blog-blog foto gambar masjid ni..
    masa air tenang.. nampak reflection yang ohsem kat tasik tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. cer diri tengah2, tenggelam kot.. hahahahhaha....

      Yes, cantik. Saya suka sebab it is all white! So nice lah!
      Saya also tgk shots masjid ni masa malam.. uwaahhh... hebat!

      Delete