Wednesday, June 10, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KAMPUNG BUDAYA PULAU KELADI

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 01 - Part 02 - Kampung Budaya Pulau Keladi.

Selepas di Pantai Sepat, kami drive ke arah Kampung Pulau Keladi, Pekan Bandar Diraja, Pahang. Kenapa ke sana? Sebab kami nak ke 2 tempat iaitu Pusat Tenunan Sutera Pahang dan Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi. Kiranya rancangan saya jalan-jalan ni nak cuba cover bukan sahaja panorama yang cantik tapi juga melihat hasil warisan kraf. Gitu le cita-citanya.. hehehe...  

Kampung Pulau Keladi terletak lebih kurang 4 km di sebelah barat bandar Pekan, di sebelah kanan jalanraya Pekan-Batu Balek. Ia adalah salah satu kampung tertua di daerah Pekan ni. 

Macam biasa masa dalam kereta ke destinasi seterusnya saya terus merakamkan suasana perjalanan. Ehh... ada biri-biri la.. hehehe. Pemandangan juga very scenic :).

Dengan pertolongan maps dan signboards, kami ke tempat lawatan seterusnya. One thing saya noticed was road signboards adalah bagus. InsyaAllah tak sesat especially kalau pergi ke tempat-tempat berpapan tanda coklat. Hmm... tak, kami tak ke Tasik Chini sebab jauh melencong dari program perjalanan. Nak ke Pekan ni pun dah kira menyimpang sikit ke selatan dah.. hehehe... tapi sebab tak berapa jauh off nya dari plan maka kami include dalam itinerary. 

Dari Pantai Sepat ke Pusat Tenun Sutera Pahang.

Saya baca tenunan sutera Pahang ni datangnya dari Tanah Bugis seawal kurun ke 16 lagi. Ia diperkenalkan oleh seorang bangsawan Bugis bernama Keraing Aji yang tinggal di Kampung Mengkasar. Rekaan asal tenunan sutera adalah berciri-ciri bentuk berkotak-kotak.

Malangnya masa kami sampai center ni tutup pulak. Since gate depan terbuka kami drove masuk. Saya siap ketuk pintu utama banggunan ni tapi tak de jawapan. Saya tinjau ke dalam ada saya nampak mesin-mesin tenun. Terus terfikir alangkah bestnya kalau dapat tengok demonstrasi atau perhati pelajar-pelajar kompleks ni tengah belajar menenun. Tapi apakan daya kami sampai waktu mereka tak de. Oh well... gitu le kalau jalan-jalan main redah macam ni.. hahahaha...  

Then saya noticed ada sungai di bahagian belakang center tu. Terus saya ajak kawan saya ke sana. Dekat je. Johan kata tu Sungai Pahang. Besar sungai tu. Masa tu tengah air pasang. Seram pulak rasanya nak gi dekat-dekat. Air pun nampak keruh. Took a few snaps. Dapat la tengok sungai ni dari dekat :).

Then dari Pusat Tenunan Sutera Pahang tu kami ke Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi. Dekat je dalam seminit drive. 

Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi ini menempatkan rumah tempat lahir Almarhum Tun Razak, Galeri Tun Razak dan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD). IKTPD adalah sebuah Institut yang menawarkan pengajian berteraskan pendidikan vokasional bermatlamat melahirkan tenaga mahir bagi keperluan industri kraf negara agar warisan kesenian dan budaya tempatan terus kekal dan berkembang maju. 

Kampung Pulau Keladi adalah salah satu daripada 4 buah kampung di Pahang yang mengusahakan pusat perkembangan dan promosi sutera melalui Tenun Pahang. Tiga lagi kampung yang terlibat ialah Kampung Sungai Soi di Kuantan, Felda Chini 5 dan Kampung Parit Raja di Rompin.




Di kompleks ni ada rumah kelahiran Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Hasil perkongsian hidup Hajah Teh Fatimah binti Haji Daud dengan Dato' Hussien bin Mohd Taib, pada 11hb Mac 1922, di rumah datuknya Haji Daud, maka lahirlah tokoh negara Tun Abdul Razak bin Hussien. Rumah yang ada sekarang ini telah dibina semula di tapak asal bagi tujuan perlancongan. 



Asalnya rumah ni dulunya dimiliki oleh Haji Daud Abdul Rahman yang kemudian diwarisi kepada Tun Hussein Mohd Taib. Beliau adalah bapa kepada Tun Abdul Razak bin Hussein. Kemudian Muzium Negeri Pahang ambil alih rumah tu pada April 1986 dan dibina semula ikut original designs dengan menggunakan kayu cengal.

Pintu depan rumah. Tapi rumah tu ditutup kerana sedang renovations.

Dari atas tangga di pintu depan tu, saya jengok ke dalam through jaring kayu di tingkap depan tu dan saw this notice inside the house. Jenuh zooming nak dapatkan maklumat ni.. hehehe... 

Senibina tradisional melayu yang cantik. 

Di sebelah kanan ada sebuah lagi rumah tradisional melayu. 

Di sebelah kiri pula ada Galeri Tun Abdul Razak yang mempamerkan pelbagai koleksi Tun Abdul Razak serta barangan kebudayaan. Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) ni ditubuhkan pada 10 November 2006. Ia telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Jom kita tengok apa ada di dalam :).
















A wonderful gallery penuh dengan sejarah perdana menteri Malaysia ke 2. Kepada peminat sejarah saya rasa memang elok sangat kalau lawat galeri ni. 

Masa tu dah masuk waktu Zohor. 

Kami pun bersegera mencari masjid. Dan kami nampak ada sebuah masjid besar dan terus masuk ke perkarangan.


Cantik sungguh Masjid Daerah Pekan, Masjid Sultan Ahmad Shah (Baru), Pekan Pahang ni. Nampak seperti baru dibina.

Cuaca pun baik dengan langit biru dan awan berkepul-kepul :).


Selesai solat saya pun took a few shots of the masjid's interior. Wonderful!


Terasa sejuk dan tenang duduk dalam masjid. A very nice break after a long drive and lawatan2. Rasa rejuvenated. Alhamdulillah. 

Then it was time for lunch. Dah lapar! Since ni cuti-cuti baget, kos makan pun kena jaga. Memang la kalau boleh since dah ke pantai timur ni nak la rasa kepelbagaian masakan di sana ye tak. Tapi tak sanggup la nak cari spot-spot makan yang best. Nak cari satu hal, juga nanti buang masa. Maklum je la kami bukan orang sana. Jadi kami ke gerai tepi jalan ni since nampak ada a few cars parked depan gerai tu. Tentu sedap agaknya.

Rupanya ini adalah Kedai Nasi Ayam Hainan Mak Yong.  

Cari dalam google map, jumpa gerai ni. Wah! Terkenal rupanya kedai ni.. hehehe... 


Simple je kedai makan ni with its simple sign :).

Kami disambut dengan begitu mesra sekali oleh mak cik ni. Dia la Mak Yong. Yang buat saya terkejut ialah bila Mak Yong cakap English dengan saya. Wah! I totally did not expect that. Saya pun balas la dengan English gak. Tapi bila saya cuba switch to Malay, she still talked to me in English! And let me tell you, English dia berhabuk ok! Tak de langsung slang melayunya! Teruja dan terkagum saya kejap.. hehe... 

Hidangan tengahari kami hari tu. Johan had the delicious nasi ayam Hainan and I had ikan masak asam pedas, sayur peria dan sambal belacan [yang melekat baunya di jari saya selama 2 hari... harummmm.. hehehehe]. Kesedapan rating saya bagi 10/10! Memang sedap sungguh. 

Sambil makan tu Mak Yong terus berbual dengan kami. According to Mak Yong, she used to work as a chef di salah sebuah hotel 5 bintang di Kuantan years ago. It was at Shangri La kalau tak silap. I guess that explains keenakan masakan dan kefasihan beliau berbahasa Inggeris :).

Banyak lagi benda yang kami sembangkan. Dan Mak Yong ni kelakar orangnya. Bergurau macam dah kenal lama. Saya begitu terkagum dengan Mak Yong saya requested for a photo together. And here it is.. hehehe... she so nice lah! :).

Bersambung.....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:
01) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - DEPARTURE - PANTAI SEPAT
02) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KAMPUNG BUDAYA PULAU KELADI
03) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KUANTAN RIVER CRUISE
04) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1 DAN PANTAI-PANTAI TELUK CEMPEDAK-BESERAH-BATU HITAM
05) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PAYUNG GUESTHOUSE AND CHALETS
06) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PAYUNG GUESTHOUSE AND CHALETS
07) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PANTAI CHERATING DAN PANTAI KEMASIK
08) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PUSAT KONSERVASI PENYU - PANTAI JAMBU BONGKOK - PANTAI KELULUT
09) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH DAN BAS CAS LIGAS
10) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR BESAR KEDAI PAYANG, KUALA TERENGGANU
11) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KAMPUNG CINA, KUALA TERENGGANU
12) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID ABIDIN DAN KT WALK
13) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - LARIAN PERDANA PMINT DAN MASJID KRISTAL
14) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TAMAN TAMADUN ISLAM
15) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TAMAN TAMADUN ISLAM RIVER CRUISE
16) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM NEGERI TERENGGANU - BOT KAYU
17) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - FESTIVAL KESENIAN KEBUDAYAAN
18) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR BESAR KEDAI PAYANG
19) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MENUJU KE KOTA BHARU DAN PASAR SITI KHADIJAH
20) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - BANK PITIS-ISTANA BALAI BESAR-ISTANA JAHAR-ISTANA BATU- KG KRAFTANGAN
21) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR SITI KHADIJAH - SARAPAN
22) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KB PERMAI SILVERCRAFT
23) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - NORDIN BATIK AND CRAFT SDN BHD
24) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - RS SERUNDING ENTERPRISE
25) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - DODOL HJH WAN NAB - BURUNG CANDIK
26) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - BAHULU PASIR HOR
27) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - GALERI WAU PAK SAPIE - CIK MINAH SONGKET
28) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - RESTORAN NASI ULAM CIKGU - MUZIUM KRAFTANGAN
29) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - ISTANA BATU
30) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID MUHAMMADI - MEMORIAL PEPERANGAN DUNIA KEDUA
31) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM ISLAM
32) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM WAU
33) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2015
34) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - GOING HOME
35) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TRIP SUMMARY

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.


5 comments:

  1. yeyy.... susah tau tuan tanah blog ni nak interprame dalam blog sendiri.... Hi EnSyed.... :)

    menarik jer lauk2 nyaa....

    saya nak carik kawan teman pusing2 macam En Syed.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cik Puan Lawa :)
      Hahaha.. sekali sekala jek tu...
      Tu ikan asam pedas je yg saya ambik. Ada lauk pauk lain yg nampak and I am sure are equally sedap also lah. Jenis2 masakan tradisional macam mak-mak kita masak tu, memang saya suka sangat. Masa bual2 tu ada ada saya tanya apa rahsia masakan dia sedap. Dia kata masak dari sini, sambil letak tangan dia ke dada, meaning from the heart and love. Such a beautiful answer kan :). Patut la sedap.

      Haaa... tu ha... Cik Puan Doc dah ok to join you...

      Delete
  2. tetiba...
    * ting * !!
    macam best je Tasik Chini tu!!

    sulaman berasal dari Tanah Bugis
    ramai orang pekan berasal dari Makassar .. orang Makassar ramai Bugis
    DS Najib pun keturunan Bugis Makassar..
    en syed pernanh tonton Tanda Putera?
    best ikuti perjalanan hidup dan sejarah Tun Abdul Razak dalam tu..
    yang saya suka.. pelakon utamanya, Rushdi Ramli dan Faezah Elai .. sebijik macam macam Tun Abdul Razak dan Tun Rahah masa muda..
    kalau saya ke Pekan.. pasti saya singgah sini!!

    kellasss la Mak Yong tu!!!

    ha ah..
    jarang-jarang empunya blog tunjukkan diri sendiri kan juji!!!?
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum gi jalan2 tu ada gak saya research sikit2 tentang tasik ni. Wah... got our very own Malaysia's Loch Ness Monster tau doc dalam tasik tu! :).
      Last2 cancel sebab jauh.

      Err... tak pernah la doc. Best ya cerita tu. Nanti saya cari kot ada kat youtube.
      Hehehe... I knew it, mesti doc suka. Doc kan history buff :).
      Tapi seriously, saya rasa sapa2 pun elok gi galeri ni. The display are nicely done and as you walk through the gallery, seolah2 you mengharungi kisah Tun with just enough info i.e tak la terlalu sarat dengan teks yang perlu dibaca. Just nice.

      Mak Yong tu is in a class of her own lah! :)

      Kalau fotonya agak2 elok, leh le letak. Most times na'ahhh... hahahhhahaa...

      Delete