Monday, June 22, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PANTAI CHERATING DAN PANTAI KEMASIK

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 02 - Part 02 - Pantai Cherating dan Pantai Kemasik.

Ok, moh saya sambung cerita ya :).


Lepas ambik2 gambar sekitar dan suasana Payung Guesthouse and Chalets tu, kami pun pergi sarapan. Lapar sungguh masa tu. Agaknya jalan-jalan macam ni akan selalu kelaparan!


Per below image, haaa.. tu la chalet no.4 yang kami duduk tu :). As you can see, chalet kami tu kira dok tengah2 'perkampungan' kecik tu. 

Kami sarapan di banggunan yang berbumbung putih tu, seberang jalan. 

Kena makan berat sikit for breakfast memandangkan perjalanan hari tu jauh nak ke Kuala Terengganu. 
Maaf ya, saya tau entry ni saya up dalam bulan Ramadhan.. hehee... 
Alaaaa... cuma mee dan mee hoon goreng + telor goreng and nasi lemak dengan lauk ayam sambal jek.. hahaha... 
Sorry ye... :).

Seperti yang dah kami rancang, kami akan berhenti-henti di tempat-tempat menarik in between destinations. Pagi ni kami nak menuju ke Kuala Terengganu dan will be making stops at a couple of places. First sekali kami stop kejap di pantai Cherating ni. Pantai yang dekat dengan Payung Guesthouse and Chalet tu.

Pantai mana la pun kalau ambik2 gambar masa pagi memang cantik. SubhanAllah.

Saya suka kalau ambik gambar pantai masa tak de orang. Terasa peaceful je :).

Tak pasti pulak untuk apa bendera2 merah tu. May be ada some sort of beach sports. 

Cahaya pagi yang lembut buat suasana pantai terasa tenang dan cantik. Tapi masa nak noon time, usah le nak berjemur kat tepi pantai... gelap nanti.. hehehe..


I did not venture out too far, just nearby, just enough to savour and capture the beautiful sceneries :).


Ok, dah cukup. Jom teruskan perjalanan. Biasa la saya suka ambik signboards macam ni.. hehehe...

Entering Terengganu. Alhamdulillah. 

Marilah kita sentiasa mengingati Allah tak kira bila dan di mana kita berada, insyaAllah. 

Next destination: Pantai Kemasik. 

SubhanAllah. Alhamdulillah.

Memang ada nampak gerai-gerai tepi jalan yang jual sata, otak-otak, lemang dan lain-lain makanan tapi kami had to not stray from our route and plans. Memang la teringin, tapi tadi dah bedal sarapan besar-besaran kan.. hahaha... 
Okeh, dah nak sampai dah... 

Peta perjalanan kami pagi tu. 

Ini adalah kali kedua saya ke Pantai Kemasik ni. Kali pertama masa December 2014. Di sini entry nya. Kali pertama masa tu saya sampai sana after noon time. Kali ni saya sampai pukul 9:09 pagi :).

Terus saya ke pantai. Plan tak lama di situ, dalam 30 minit je since dah pernah ke pantai ni dulu. Also dan tahu belah mana sceneries yang cantik so tak perlu banyak masa nak tinjau sana sini. 


Wah! So many beach morning glory ni! Cantik!


Dan ada banyak bot-bot nelayan di tepi pantai. 

Alhamdulillah la ada zoom lens ni. Kalau nak ke sebelah sana akan ambik masa nak balik ke kereta dan pusing cari entry ke bahagian pantai yang banyak bot ni. 


Saya share sini foto-foto yang saya sempat ambik. Walau dah ke sini dulu, tetap ianya menawan hati. Cantik pantai ni :). 

Kalau ke belah2 sini, pastikan ke pantai ni. Pantai2 lain kalau tak sempat tak pe. Pantai Kemasik ni is a must! :).

Ok, just relax, sit back, scroll and enjoy the keindahan ciptaan Allah SWT. 



Ehh.. chop... saya didatangi oleh Cik Teh ni. Yay! Hehehehe... 

Punyalah manja yang amat. Garu-garu, gosok-gosok dan babab-babab... terus dia golek-golek miang atas pasir yang suam-suam panas tu. Syok la tu ya.. hehehe... 

















Selesai ambik gambar nelayan dan bot saya beralih ke pantai pula. 











Pukulan ombak pada batu-batu. 










Ada juga photographer tengah buat shooting... 






Ni bahagian Pantai Kemasik yang saya suka! :)

Nice and secluded :).

Tengok jam dah pukul 9:37 pagi. Ok la, elok within time planned. Saya ni kalau tak buat time check tentu akan terover time which can disrupt the day's schedule. Still saya tak la rigid sangat sampai stress dan tak enjoy. Kena juga relaks but at same time stick to the plans :).

Ok, bersambung.... 

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. saya dah tau chalet best..
    pantai cantik..

    insyaAllah
    rasa nak jelajah pahang lah pulak lepas ni..
    :)

    Pantai Kemasik memang photographers haven dengar2 nya..
    saya memang tak pernah sampai lagi Pahang ni..
    Paling kauh pun ke Lanchang je dari KL tu .. hehheheeeee.
    kesian kan ..!?

    mesti en syed dok skodeng equipments photographer tu kan?? !! :)

    pasirnya nampak tak berapa halus , tapi nampak bersin kan?
    pantai ni tak boleh mandi-manda eh?

    saya cukup excited kalau nampak papan tanda warna cokelat gitu!!

    cantiknya morning glory tu!!
    dan bot-bot nelayan tu ..
    chopp..bot nemayan pendaftaran Terengganu warna apa ya? lupa...

    facing east.. subuh mesti cantik kat siniiiiii!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cool! Sure lah menarik doc punya itinerary kan :).
      Pahang ada banyak tempat2 menarik yg boleh dilawati.
      Saya made quite a list masa mula2 rancang dulu tapi had to pick and choose area2 yg dekat2 pantai je and not the inland areas.

      Hehehe... tak pe, insyaAllah doc will do a really nice touring of Pahang soon enough :).
      Saya ni pun after so many years teringinnya baru la ni dapat gi jalan2. hehehe..

      Oh, mesti la. Saya noticed photographer tu used remote flash. That's nice cause lighting boleh buat pelbagai creative ways.

      Saya rasa agak bahaya kalau nak mandi sebab saya tengok ombaknya besar dan yang jenis boleh 'tarik2' orang. Kalau part yang landai may be boleh kot. Still I advice caution!

      Kan. Sign board coklat tu memang ada here and there. I noticed signboards kat situ bagus. Sangat membantu masa kami jalan2 tu :).

      Betul! Banyak betul bunga tu masa tu! Cantik sangat!
      Bot2 Terengganu warna hijau. Tapi ni bot2 kecik. More like sampan so I think yg macam ni not color coded kot.

      Right again! So kalau doc ke sana make sure sampai waktu sunrise! :)

      Delete