Ok, jom sambung balik dengan perjalanan seterusnya....
Lepas lunch kami teruskan perjalanan balik ke Bukittinggi. Macam biasa sambil-sambil tu ambik lagi gambar.
"Gunakan helm standar dan sabuk keselamatan untuk keselamatan anda".
Akhirnya dapat juga shot orang tengah basuh pakaian di kolam-kolam macam ni :).
Dan dapat lagi satu! :)
Isshh... adik tu.... tapi surely dia dah biasa kan :).
Padi, sayuran dan jagung... semua dalam satu bidang tanah. Also pokok pisang di background. Me so happy get this shot.. hihi..
Dalam trip kali ni, nampak je signboards kami sibuk clicking... hihi..
It is nice to know where we were and where we were heading.
Sampai ke Bukittinggi kami dah tak de apa-apa program. Acara bebas. Rugi la kalau just nak balik ke hotel. Nanti tidur je. So we decided to go to Pasar Atas which is very close by di Jam Gadang yang dah kami pergi tempoh hari.
Petang Ahad tu di dataran Jam Gadang rupanya sungguh meriah. Ada ramai orang berlibur. Dan dah memang dari jauh kami dengar bunyi-bunyian gendang yang sangat energetic. Terus jadi excited... hihi.
Dan mereka ni lah pemain gendang-gendangan tu! Pe la, photo ops la kan.. hihi..
And one thing for sure, ambik gambar memang tak jadi masalah. Apa-apa pun saya hati-hati juga jangan sampai keterlaluan pulak.. hihi...
Mereka saya rasa adalah pelajar-pelajar sekolah that belongs to a kumpulan kesenian. My guess is this is a good way for them to showcase their talent and music di tempat public. Sambil itu penonton boleh juga sedekah sejumlah wang yang boleh diletak ke dalam sebuah kotak yang disediakan.
Ok, satu shot dengan Jam Gadang di belakang :).
Some wide shots and close up shots. Merata saya mengelilingi mereka. Tak kisah dah saya masa tu kalau anyone nak stare at me.. nama pun tourist kan... hahaha...
Dan pada saya, yang juga best nya performance mereka besides the very energetic and riveting numbers they were playing, ialah pakaian tradisional mereka. Nice lah :).
Saya suka adik yang paling depan ni. Sangat menghayati! :)
This guy pulak saya rasa yang paling senior or ketua cause he was the one leading the group.
Dalam keasyikkan saya ambik gambar, saya lupa nak shoot a short video. Oh well :)
Lepas tu kami round-round lagi Dataran Jam Gadang tu nak tengok suasana di situ. Ramai pengunjung2 dan penjual2 petang Ahad tu.
Dan ada juga sekumpulan anak-anak muda yang membawa haiwan-haiwan seperti ular, helang dan iguana. Kalau tak silap for a small fee pengunjung2 boleh memegang sambil bergambar dengan haiwan-haiwan tu.
Lepas tu kami pun enter area Pasar Atas. Ada banyak lorong-lorong yang boleh dilalui pengunjung2 di sini. Dan lorong yang kami lalu sangatlah panjang. Kalau belok ke kiri atau kanan kita akan masuk ke lorong lain pula.
Kebanyakkan barangan yang dijual disini adalah pakaian dan makanan.
Kebetulan we made a left turn terus jumpa gerai-gerai Nasi Kapau. Rupanya kami dah masuk ke area Pasar Bawah.. hihi.
Info dari: http://id.wikipedia.org/wiki/Nasi_Kapau
Nasi Kapau adalah nasi ramas (nasi campur) khas nagari Kapau, Sumatera Barat.
Di Bukittinggi, pedagang nasi kapau berada di Pasar Bawah. Uni-uni (ibu-ibu) berdagang nasi kapau di dalam panci besar yang disusun-susun. Panci-panci terlalu jauh dari jangkauan tangan mereka sewaktu melayani pembeli sehingga sendok gulai bertangkai panjang dari tempurung kelapa digunakan untuk menyendokan gulai ke piring makan pembeli.
Ia terdiri dari nasi, sambal, dan lauk pauk khas Kapau, gulai sayur nangka muda (cubadak), gulai tunjang (urat kaki kerbau atau sapi), gulai cangcang (tulang dan daging kerbau), gulai babek (babat - perut lembu) atau paruik kabau. Nasi kapau standar selalu dilengkapi gulai nangka ciri khas nasi kapau.
Gulai nangka tidak menggunakan banyak santan dan tidak terlalu kental. Gulai dicampur kacang panjang, kol, rebung, pakis dan jengkol.
Di samping gulai nangka, hampir seluruh lauk nasi kapau terdiri dari masakan daging-daging. Gulai usus (gulai tambunsu) campuran telur ayam dan tahu yang dimasukkan ke usus sapi (karena usus kerbau lebih keras), gulai ikan, gulai tunjang, ayam panggang, teri (sejenis ikan kecil) balado, tongkol (ikan tongkol) balado, dendeng (kepingan hirisan halus daging kering) balado, goreng belut, dan sambal lado hijau.
Lauk nasi Kapau lainnya berupa ayam goreng, ayam goreng hijau gulai ayam, rendang ayam, rendang daging. Beras nasi kapau harus bermutu tinggi, umumnya dikirim dari Bukittinggi dan Agam.
Kalau kami lapar masa tu memang dah kami try.
Anyway, kami terus berjalan masuk balik ke Pasar Atas naik tangga ni.
Di tengah kesibukan lorong tu ada juga sebuah Rumah Makan. Ada keropok kulit sapi.
One of my favourite shot :)
Ni belut kering. Kakak yang jual tu kata sedap dibuat sambal. Sedap agaknya kan.
Sangat banyak pilihan makanan kering dan keropok kerepek.
Memang seronok lah ambik gambar di sini :).
Lepas tu kami keluar dari lorong to this open air area. Ada penjual-penjual batu permata in raw uncut forms, yang dah dipotong-potong dan yang telah dibentuk jadi cincin yang besar-besar.
Terus ke depan ada sebuah masjid - Masjid Raya Bukittinggi.
Lepas tu kami masuk balik ke lorong-lorong pasar. Belah sini ada banyak kedai-kedai batu permata dan barang kemas.
Dan kami terjumpa pula kedai CD/VCD ni, mainly jual cakera padat lagu-lagu. Saya memang mencari kedai sebegini sebab nak cari VCD tentang adat budaya perkahwinan orang Minangkabau. Ni saya jadi interested in the subject matter setelah dapat menghadiri majlis perkahwinan orang Minangkabau di Palupuh tempoh hari. Haaa... ada pun, terus la beli :).
Sebuah kedai barang kemas.
Dan ini adalah sebuah gerai menjual precious stones. Penjual ni sedang polish batu-batu permata yang telah dipotong untuk dijadikan pelbagai bentuk perhiasan especially dalam bentuk cincin yang pada masa tu merupakan satu trend yang tengah panas.
Penjual-penjual di sepanjang lorong Pasar Atas.
Ada banyak juga penjaja-penjaja seperti ini. Sedap agaknya Es Cendol Ampiang Durian tu.
Lepas tu kami pun masuk ke Plaza Bukittinggi. Saje la nak tengok jalan-jalan di dalam mall tu.
Kami pun pergi juga ke supermarket mall tu sebab saya nak beli mee segera Indonesia... hihi... Ni resit nya :)
Fast forward: Di rumah, saya pun try la mee segera yang ni, Indo Mie Mi Instan, mee kuah rasa tom yam ala Thailand. Fuhh... memang sedap dan pedas. Terasa keSiamannya.. hihi...
Selesai di mall tu, kami pun berjalan balik ke hotel. Rehat, mandi dan bersolat. Relaks kejap sementara nak pergi dinner.
Dinner malam tu kami di bawa Muslim ke Rumah Makan dan Restoran Gon Raya Lamo. Sebelum sampai tu sekali lagi Muslim tanya kami kalau-kalau kami nak tukar selera makan makanan lain selain nasi padang. Kami kata tak pe, makan je nasi padang tu.. hihi... At that time I must admit yang kami dah mula develop the liking for nasi padang.. hihi... sedap weh! :).
Rumah Makan yang selesa. Hanya kami berdua dan satu lagi couple and their son di meja lain dalam restoran bahagian sini.
Malam tu ada 6 lauk dan semangkuk sup ekor. Alhamdulillah... kami risau kalau dihidang terlalu banyak jenis lauk. 7 jenis ni pun kira banyak tu!
Ada juga included in our menu malam tu segelas jus avocado. My wife suka sangat la... hihi...
Ok, sampai sini dulu till the next entry... bersambung....
Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries Padang dan Bukittinggi saya:
1) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI – PDIKM
2) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO
3) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 – WEDDING
4) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 01 - JAM GADANG
5) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU
6) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG
7) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 04 - STREET DRUMMER - PASAR ATAS
8) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 05 - CULTURAL SHOW
9) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY
10) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 02 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - SULAMAN HJH ROSMA - SAWAH - KINIKO ENTERPRISE - PONDOK FLORA
11) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
parabola tu , hari tu saya tanya .. dalam rm300 sekali pasang .. then tak payah bayar bu;an-bulan.. dapat baaanyak channel! :)
ReplyDeletegambar n06 adalah fevret saya!!
just your luck kan!!? dapat nengok the drummers tu!! rasa nak melompat kan ,masa tu!!? hehheheeeee
hari tu ada jumpa kat pasar malam yang mainan ulat warna-warni tu .. simlpe physics technique je sebenarnya. budak last suka sangat masa saya beli..mula-mula menggelitik geli!! hahhaaaaaa.. geli sebab dia jalan macam ular gitu!!
nasi kapau adalah ikon bukit tinggi . dak GB nanti masa pergi mesti nak makan nasi kauapu ni!! dan belut tu! saya dah bayangkan dak CPL geli geleman nengok belut tu.. dah lah susun banyak-banyak macam tu!!
baru saya tau makna cubadak. as in kampung cubadak kat KL tu..
saya pernah makan kat restoren selero nogori kat amcorp mall tu.. dok sedap ngap ngap keropok atas meja sambil tungu makanan sampai . sekaali bila tanya waiter .. hahhahaaaaaaaa!! terbeliak bijik mata !! keropok kulit sapi !!!!! serta merta kembang tekak! sebab bayangkan sapi tu dok guling guling dalam lumpur!!
sebanarnya kulit belah dalam..hahhhaaaaaaaa
try tak cendol durian lampiang tu!!??
Betul tu. One time charge RM300.00 for installation. Kalau saya ada cam tu, weekend memang tak keluar rumah ler... makan pun depan TV jek.. hahaha
DeleteAaa... yes, photo no.6. Lucky shot I guess sebab masa u tengah dalam kereta meluncur ke destinasi seterusnya.. hihi... Actually memang dah aim sebab dah ternampak dah petani tu. Of course yang saya fokus ialah petani tu, tapi lepas review balik foto tu, eehhhh.... so nice cause got the 'lapisan-lapisan' beberapa jenis tanaman :).
Hahaha... rasa nak goyang la doc.. hihihi... Memang luck la tu doc. Tu sebab kena rajin exploring dari dok kat hotel kan :). Nanti doc kat sana kalau masa weekend gi la ke dataran Jam Gadang tu. Meriah suasana di situ masa hujung minggu.
Actually saya terperanjat dan geli masa mula2 tengok mainan tu. Pas tu jadi curious and fascinated pulak... hihi... benda tu pada saya macam lipan giant! Then bila benda tu menggelitik2 like that.. eee.. hahahaha...
Betul la doc. Kalau masa tu kami tak tengah kenyang, saya dah try dah nasi kapau tu. Mangkuk2 hidangan tu diletak bertingkat2 atas pelantar2 so lauk yang jauh akan disenduk menggunakan senduk panjang. Yg authentic pakai senduk tempurung kelapa. Dan kalau saya makan situ dah saya ambik gambar setiap lauk pauk yang ada dan tanya mak cik tu apa nama-nama lauk2 tu.
Hahaha... CPL tu kannnnn.... tak pe belut2 dah keras terpacak cam tu, so Cik CPL ok kot belut in that form...hihi...
Oh ok, then I shall expect a full nasi kapau meal reviews from Cik GB lah! :)
Hahahaha.. laaa... sampai membayangkan sapi guling2 dalam lumpur.... hahahahaha....
Oooo... kulit belah dalam ya doc. Baru saya tau.
Tak cuba doc, cause takut sikit nak try makanan yg digerai2 tolak tu. Perut sensitive so kena le jaga2 :).
Nanti doc ke sana doc try and cerita ok :)
* kapau*
ReplyDelete