Friday, March 6, 2015

PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 - WEDDING

Petang di Bukittinggi tu kami tak ada apa-apa plan. Ingat nak relak2 je and jalan-jalan sikit di area around the hotel. Muslim tahu kami tak de plan so dia ajak kami pergi ke satu majlis perkahwinan bersama dengan isteri dia. Yang kahwin tu adalah kawan perempuan isteri Muslim. 

Serta merta saya jadi excited! Imagine la dapat hadir ke satu acara perkahwinan orang minang, di kampung pulak tu! Kalau tak dapat ambik gambar sekali pun saya sanggup pergi. Having the chance to just witness the ceremony pun dah cukup bagus.

Tapi saya dan isteri merasa concern sebab kami tidak dijemput. Tak elok hadir rumah orang kahwin kalau tiada jemputan. Tapi Muslim tetap juga memujuk kami.

Kata Muslim, dia dan isterinya dijemput ke majlis ini. Jadi mengikut adat orang di sana, dia boleh membawa tetamu bersama dengannya hadir ke majlis tersebut. Kata Muslim lagi, ini majlis perkahwinan orang Minangkabau di kampung. Tuan rumah akan berbesar hati jika ramai tetamu yang hadir ke majlisnya. Mengikut adat kampung Orang Minangkabau, jika sesuatu majlis keramaian tak ramai orang yang hadir, tuan rumah akan merasa sedih kerana itu bermakna penduduk rumah itu sedang dipulaukan.

Lepas dengar penjelasan Muslim, kami pun bersetuju. Lepas check in, relak kejap dan terus turun semula ke lobby tunggu Muslim datang. Tapi isteri bimbang sebab dia tak bawak baju kurung. Mesti la tak bawak sebab tak kan la nak pakai baju kurung masa jalan-jalan tu kan.. hihi.

Majlis perkahwinan yang akan kami hadiri tu terletak di Kecamatan Palupuh, Kabupaten Agam, di bahagian utara Bandar Bukittinggi. Perjalanan akan ambil masa lebih kurang sejam kata Muslim.


So kami pun bertolak. Setiap kali dalam perjalanan saya gunakan masa sepenuhnya untuk dapatkan gambaran suasana kawasan-kawasan yang saya lalui. 

Ini adalah satu contoh sebuah rumah sewa di Bukittinggi. Menurut kata Muslim, sewa rumah seperti ini dikontrakkan selama setahun kepada penyewa dengan bayaran IDR 5 juta (kira-kira RM 1,500 setahun). Actually ini adalah rumah kakak ipar Muslim yang turut join kami bersama anak kecilnya ke majlis perkahwinan. 

Kalau tidur je dalam kereta masa perjalanan, pasti terlepas view macam ni.. hihi.

Dan yang macam ni :).


Dan kami pun sampai ke rumah pemgantin. Kedengaran musik dan nyanyian dangdut secara live! Meriahnya!

Di jalan masuk ke kawasan rumah pengantin ada pintu gerbang ni. Cantik!

Saya terlebih dahulu dah tanya Muslim, boleh ke saya ambik2 gambar di majlis perkahwinan ni. Dia kata, 'Bolehhhhhh.....'.. Cool!!

Macam di Malaysia, ada juga bunting foto mempelai :).

Sampai di perkarangan rumah pengantin, nampak ada sebuah pentas hiburan di sebelah rumah. Siap ada DJ dan peralatan elektronik macam nak buat concert! And the music is very loud too.. tengok je la speaker2 besar tuh!! hihi... 

Di depan rumah pengantin ada didirikan sebuah khemah untuk menyambut para tetamu. Nampak tak rumah minangkabau miniature berbumbung warna hijau on the left tu? Situ la para hadirin akan masukkan wang sumbangan kepada keluarga pengantin. 

Also noticed tak the parabola satelit tu :).

Tetamu yang datang juga akan bersedekah beras kepada tuan rumah. Beras dibungkus dengan bekas yang diikat dengan kain seperti ini. Bila tetamu pulang, tuan rumah akan menggantikan beras yang diberi dengan sedikit makanan untuk dibawa pulang dalam bekas beras ini.

Dan inilah mempelai, Uul dan Ira. Cantik kan. Pelaminnya lawa betul! Mengikut adat di sini, pengantin akan bersanding di sini dari pagi sampai ke malam. Penatnya. But I'm sure got breaks la kan every now and then. Saya rasa bagus juga sebab ia seperti memberi penghormatan kepada setiap tetamu yang datang dengan kedua mempelai ada di situ menyambut tetamu. 

I actually have no idea who these two gentlemen are. Mungkin bapa dan abang mempelai kot. Anyway, the pak cik in grey tu yang telah menyambut kami tadi dengan begitu ramah mesra. So I reckon he is the tuan rumah lah. 

Sarat betul nampaknya hiasan di atas kepala pengantin perempuan tu. Tapi sangat cantik lah kan :). 

Lepas tu pak cik in grey tu ajak saya ke pentas hiburan. Haaa? Untuk apa ya? Terkejut saya tapi excited.. hihi... Saya ikutkan saja sebab dia kan tuan rumah. Rupanya dia dan seorang lagi pak cik nak menari! Hahahaha... bestnya! :D

Dengan alunan musik dangdut techno dan nyanyian merdu salah seorang penyanyi wanita, kedua2 pak cik ni pun menari-nari! 

Sambil2 menari tu sekali sekala pak cik tuan rumah tu akan jeling ke arah saya. Agaknya untuk memastikan yang saya ada ambik gambar mereka. Tapi saya tak pasti adakah itu tujuan sebenar pak cik tuan rumah ajak saya ke pentas tu. 

Saya pulak tentulah ambik gambar. Dah happening depan mata kan..hihi. Sambil ambik gambar saya rakam juga video. Sebelah tangan ambik foto, sebelah lagi pegang compact camera rakam video.. hahahahihi.. 

Then saya pun dah mula rasa lenguh tangan dan rasanya dah cukup dah foto2 yang saya ambik tu. Saya pun stop shooting, looked at the pak cik tuan rumah and beri isyarat angguk kepala pada dia yang saya dah ambik foto. Pak cik tu pun angguk dan angkat tangan dan terus ajak pak cik yang sorang lagi tu turun pentas. Lagu dangdut tu tak habis pun lagi.
Laaa... betul la.. rupanya pak cik tuan rumah tu naik pentas menari sebab nak suruh saya ambik gambar dia :). How awesome was that!!! 

Di sini videonya :).

Peluang untuk ambik gambar secara bebas saya manfaat sepenuhnya. Kalau tadi setiap mata memandang kami dengan riak penuh tanda tanya, sekarang mereka dah ok. It was a nice feeling to feel blended in the crowd lah.. hihi. Orang-orang di situ semua baik-baik belaka dan sangat ramah tamah. 

Kemudian kami dijemput oleh seorang mak cik untuk masuk ke dalam rumah menjamu hidangan. Saya rasa mak cik tu ialah isteri tuan rumah. 

Beginilah suasana dalam rumah di mana hidangan di letakkan di atas meja rendah dan tetamu makan bersila. So nice!!!!!

Dinding di hias kain tenunan berwarna merah. Meja makan juga beralas kain merah. Hidangan pula ada bermacam-macam yang kebanyakkannya adalah hidangan sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Ada juga lauk ayam dan daging.

Yang saya perasan pada hidangan depan saya ada 10 pinggan lauk pauk, satu pinggan besar lemang, sepinggan buah pisang dan sepinggan besar kek sponge. Nasi diletak dalam tub2 kecil tahan panas yang mudah untuk di pass around pada tetamu-tetamu. 

Yang uniknya, lemang dimakan dengan pisang! Tapi saya makan lemang cecah dengan rendang dan sambal je.. hihi. Pisang tu besar sangat, kang tak habis pulak. Lemang tu.... huihh.... sedappppp!

Keadaan agak sesak juga masa tu kerana waktu itu ramai kawan-kawan mempelai datang dan sedang menjamu selera hingga agak susah nak bergerak berjalan. Tapi saya tetap jugak gigih nak ambik gambar pengantin duduk depan meja makan. Dengan sopan santun le saya mintak lalu..hihi... 

Lepas makan sedap dapat pula ambik gambar masa majlis tu :).


Mempelai yang sentiasa bersedia untuk bergambar :). Nice!


Sempat juga saya ambik a few shots of the bilik pengantin :). 

Ni pelamin pengantin. So nice! This is actual pelamin bukan pelamin contoh! :)

Antara tetamu-tetamu yang hadir. Pakaian mereka untuk hadir simple2 je. So saya tak la macam rasa out of place or underdressed. 

Kakak ni tengah menguruskan beras yang disumbang oleh jemputan yang hadir di depan rumah. Buah-buah kelapa juga turut disedekahkan oleh tetamu. 

Dan mereka ini adalah 2 orang penyanyi wanita yang menghibur tetamu-tetamu. 

Mereka ini adalah dari syarikat entertainment MMBC Nebula Music yang menyediakan pelaminan dan tenda yang beralamat di Parit Batu-Tigo Nagari. 

Suara penyanyi berdua ni memang ok cuma tak berapa dapat dengar dengan jelas sebab music dangdut techno tu terlalu kuat!

Comel je adik-adik ni malu-malu nak 'bersanding' di pelamin :).

Kelihatan lebih ramai lagi kawan-kawan pengantin hadir ke majlis.

Isteri saya yang dari hotel lagi risau sebab pakai pakaian yang tak begitu proper untuk ke majlis perkahwinan, rasa lega bila tengok jemputan yang lain datang dengan pakaian casual je. Pakai jeans lagi :).


Baik, sila jawab soalan ni. Pengantin mana yang lagi cun? Hihihi...

Memang seronok la dapat ambik gambar di majlis perkahwinan orang minangkabau. Hampir sejam kami di sana. Tak sangka sungguh dan tentunya tak ada dalam itinerary percutian kami! Alhamdulillah.

Kami meninggalkan majlis perkahwinan Uul dan Ira dengan sejuta kenangan. Kami doakan semoga mereka bahagia hingga ke anak cucu. Amin.

Ingin juga saya selitkan di sini beberapa screenshots dari satu VCD yang saya beli di Bukittinggi mengenai adat perkahwinan masyarakat Minangkabau. Serba ringkas sahaja kerana step2nya begitu panjang. Lagi pun ianya dalam bahasa Minang, so saya tak faham :).


















Perjalanan percutian kami diteruskan....

Sempat-sempatkan jugak tangkap a few sunset shots dari dalam kereta tu :)

Ni satu lagi majlis perkahwinan. Ni grand punya version ni. 

Dan malam tu kami makan lagi nasi padang.. hihi. Ada a few times Muslim tanya kalau-kalau kami nak makan hidangan lain seperti masakan goreng-goreng atau lain-lain masakan di situ, tapi kami decided to just keep with the packaged nasi padang meals cause we both love the authentic masakan padang tu. Lagi pun lain rumah makan, lain rasa kesedapan masakannya. 

Isteri saya suka sangat Juice Alpukat tu! 

Walaupun baru je makan di majlis kawin tadinya, kami tetap juga makan dinner ni sebab takut lapar pulak di tengah malam nanti. Lagi pula kami diberitahu oleh Muslim yang kebanyakan kedai di Bukittinggi ditutup pada pukul 8.00 malam [waktu Maghrib di sini masuk kira-kira pukul 6.40 petang].

Makan malam kami malam tu disediakan di Restoran Sederhana di Bukittinggi. Banyak lauk pauknya, lagi banyak dari hidangan lunch siang tadi! Ada 11 jenis lauk! 

Tapi sedapnya tak yah cerita la. Entah rempah apa yang digunakan I wonder. Nampak simple je tapi perisanya.. WooooOooOo... :P

Ok, bersambung..... :)

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries Padang dan Bukittinggi saya: 
1) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI – PDIKM

2) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO


3) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 – WEDDING


4) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 01 - JAM GADANG


5) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU


6) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG


7) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 04 - STREET DRUMMER - PASAR ATAS


8) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 05 - CULTURAL SHOW


9) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY


10) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 02 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - SULAMAN HJH ROSMA - SAWAH - KINIKO ENTERPRISE - PONDOK FLORA


11) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

7 comments:

  1. wah package la trip ni
    dpt pi wedding
    untung dpt menyaksikan wedding camni
    kat kampung lak tu

    oooohhh comelnya tempat letak duit utk diberi pada keluarga pengantin
    kami panggil sarang keruk hehehehehehe

    sarat betul hiasan kepala dia tu kan
    saya dari zaman anak dara teringin hiasan kepala tu
    masa kawin dpt la pakai, tp x la sarat camtu
    pengantin mana lagi cun?
    dedua pun cun dlm gaya tersendiri
    chewahhhhhhhhhhhhhhh


    amboi pakcik tu
    siap tarik en syed ke pentas utama
    nak suh snap gambar rupanya
    tapi sakan gak dia menari ye
    tak la diajak en syed menari sama

    org dtg bawak beras dan kelapa ye
    agaknya kelapa banyak2 tu dibuat apa ye nanti

    dasyat pengantin yang grand tu
    dia punya papan tanda bunga2 tu, perghhhhhhhhhhhhhh
    dah tau dah majlis sure grand kan

    kt sana
    majoriti kalau sewa rumah mmg setahun
    payah nak cari sebulan
    kami pun sewa setahun hahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. El, ini adalah salah satu perkara yang saya harap-harapkan setiap bila gi bercuti-cuti iaitu sesuatu yang pleasantly unexpected berlaku, like, in this case, being invited to a minangkabau kampung wedding. Tak de dalam itinerary. In fact rasanya tak ada dalam mana-mana itinerary percutian. Saya dan isteri bersyukur sangat dapat peluang begini kerana ia benar-benar memberi kami gambaran sebenar orang-orang kampung di situ. Dan kebetulan kami punya masa terluang jadi trip ke majlis tu tak ganggu plan kami yg lain.

      Sarang keruk ke salam keruk? ...hihihi...

      Huii.. memang sarat betul. Tapi saya nampak macam ringan je pengantin perempuan tu pakai. May be light metal or nipis je kot. If berat mau kena pakai neck brace pulak.. hihi. Tapi memang la cantik kan.

      Pandai ya El jawap soalan tu.. hahaha...

      Huuiihh.. memang best tgk dia menari-nari tu. At first memang terkejut betul saya masa tu! Tup tup dia naik pentas dgn pak cik yg lagi sorang tu dan terus musik start, penyanyi2 menyanyi dan mereka pun menari. Actually saya pun rasa lega sangat jugak sebab dia tak ajak saya menari sama! Runtuh pentas tu karang sebab kalau saya dah mula berdangdut mau goyang pentas tu... hahahahaha... Apa-apa pun kami bersyukur sangat sebab bukan saja dapat hadir majlis tu, tapi juga dapat layanan yang cukup mesra dan makan sedap. Dan saya pulak dapat ambik banyak foto-foto! :).

      Hmmm... entah la El. Tapi tentunya macam-macam yang mereka boleh buat. Kan buah kelapa very versatile :).

      Betul. Masa mula-mula nampak, kami tanya Muslim. Terus kami went 'Waaahhh!'.... hihi... Papan tanda tu sponsored by companies, politician, toko2 dan gedung2 dan lain-lain perbadanan. Ada juga yg saya nampak ditaja oleh BNI. Agaknya yg tu staff BNI yang kawin kot.Atau bapak dia orang kuat BNI daerah tu. Agaknyalah... :)

      Hihihi.. terpaksa la kan. Kalau sini buat cam tu, huihhh... tak laku la rumah sewa tu! :)

      Delete
    2. elly..
      nanti kita ke Bromo , insyaAllah..
      lodging kat Surabaya kira setel lah kan..
      hehhehee..

      beb..
      air asia tengah ada sale tu..
      gi aa usha..

      Delete
    3. nakkkkkkkkkkkkk
      lodging kat surabaya setel?
      hahaha pi siapkan lodging skali dlm itenary ko tuh
      umah aku kat sana?
      tak sesuai utk korang
      kahkahkah

      ada sale ke
      jom usha sama2
      mampos alyssa marah aku nih

      Delete
    4. alamak, salam keruk la en syed!
      kahkahkah typo

      Delete
  2. alaaa...
    saya tunggu tunggu gambar en syed dang dut atas pentas!!

    saya suka gurami goreng!
    sedapnya....

    comel pasangan pengantin perempuan tu!!
    pelamin merah ..
    baju pengantin hijau ..
    nampak menyerlah..

    chop..
    lupa lah nak puji pengantin lama tu...
    puji kat wassap lah!!
    hahhahaaaaaa

    saya ada lagu minang pasal manjapuik marapulai tu
    ada pasal hari ke dua la.. tiga la..
    tak paham sebijik hapa!!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Me dangdut! Oh never! Only because I do not know how to goyang dangdut tu.. hahahahaha....
      Sakit pinggang nanti... hihihi...

      Oh yes, yg goreng garing-garing tu... nice!

      Kan. Very rich in decoration and embroidery dan nampak gemilang! :)

      Hahahaa... tak payah le puji pengantin lama tu. Dah lemau dah.. hahahahahhaa...
      Nanti doc and geng also try those outfit ok. Masa kami di sana, ada ibu and anak perempuan bergaya bersama dgn baju tradisional tu. So sweet :).

      Hhahaha.. me too. Saya tgk DVD tu macam tgk foreign language film.. hihihihi....

      Delete