Di Bukittinggi kami duduk di The Hills Hotel, sebuah hotel 4 bintang yang tidak jauh dari Jam Gadang which is one of Bukittinggi's landmark.
The Hills Hotel, Bukittinggi. Menarik hotel ni yang menggabungkan senibina Indonesia dan Belanda. Ianya cuma 4 tingkat sahaja sebab mengikut kata Muslim, tidak boleh membina banggunan tinggi di Bukittinggi kerana terdapat banyak terowong-terowong bawah tanah. Jadi diragukan kekuatan sokongan tanah tidak dapat menampung banggunan tinggi.
Dari bilik hotel kami boleh nampak Jambatan Limpapeh yang merentangi Jalan Ahmad Yani, Bukittinggi. Ia digunakan untuk menghubungkan kebun binatang [zoo] Puti Bungsu dengan benteng Fort de Cock.
The Hills Hotel, Bukittinggi.
Lepas sarapan sebelum Muslim datang ambil kami untuk ke destinasi hari ke 2, kami pergi jalan-jalan dulu nak tengok Jam Gadang. Dekat je dari hotel, cuma 10 minit jalan kaki. Sejuk nyaman je masa tu.
Dari jauh kami dah dengar bunyi musik dangdut yang kuat. Eh.... macam ada something menarik kot di Dataran Jam Gadang tu. Sampai-sampai je rupanya ada ramai penduduk Bukittinggi sedang bersenam! How fun! :)
Instructor dia siap ada di atas pentas. Saya dapatkan juga shots mereka bersenam berlatarbelakangkan Jam Gadang tu :).
Kat sini nak ambik foto ok je. Saya siap masuk ke celah-celah crowd tu dan ambik a few shots.. hihi...
Dan yang paling best ialah bila akak-akak berdua ni took the stage. Ewahhh.. hebat mereka bergoyang-goyang. Bila saya lambai mereka terus tergelak dan lambai balik... hihi. Best la orang-orang di Bukittinggi ni. Peramah sungguh :).
Dan inilah Jam Gadang [big clock]. Jam ini dihadiahkan oleh Ratu Belanda kepada Rook Maker, Secretary atau Controleur Fort de Cock. Pada hari ini, sebuah dataran yang menjadi pusat kota telah dibina di sekeliling Jam Gadang. Tapi kami tak dapat masuk ke dalam menara jam tu sebab nampak berkunci. Atau mungkin dah tak dibenarkan masuk agaknya.
Maklumat Jam Gadang yang saya dapati dari phamplet tourism di situ.
Tapak Jam Gadang adalah sebesar 13 x 4 meter. Ia setinggi 5 tingkat. Tingkat yang paling atas adalah tempat disimpan bandul [pendulum]. Bandul tersebut telah patah hingga terpaksa diganti akibat gempa pada tahun 2007.
Di depan Jam Gadang tu ada ramai juga penjaja. Ada juga photographers yang offer service untuk ambil dan cetak gambar jika berminat.
Jam Gadang dibina tanpa besi dan simen. Yang digunakan adalah campuran kapur, pasir putih dan putih telur. Haaa.. putih telur?
Keunikan lain Jam Gadang adalah pada kesalahan penulisan angka Romawi empat (IV) pada Jam Gadang tertulis "IIII".
Akhirnya dapat juga unobstructed view of the clock.. hihi...
Jam Gadang through out the zaman. Masa zaman Belanda di puncak bumbung diletakkan patung ayam jantan yang mengadap arah timur.. Masa zaman Jepun bumbung dibentuk berupa jinja [style bumbung shrine di Jepun]. Lepas kemerdekaan bumbung tu ditukar jadi bentuk bumbung rumah adat Minangkabau iaitu Rumah Gadang. Baik pulih terakhir yang dilakukan pada Jam Gadang adalah pada tahun 2010 oleh Badan Pelestarian Pusaka Indonesia (BPPI) dengan sokongan pemerintah kota Bukittinggi dan kedutaan besar Belanda di Jakarta. Renovations tersebut telah dirasmikan tepat pada ulang tahun kota Bukittinggi yang ke-262 pada 22 Desember 2010.
Jam Gadang Bukittinggi ada 4 jam yang setiap satunya berdiameter 80 cm. Mesin jam dan permukaan jam terletak pada satu tingkat di bawah tingkat paling atas. Jam Gadang ini dibawa terus dari Rotterdam, Belanda melalui pelabuhan Teluk Bayur dan digerakkan secara mekanik oleh mesin yang hanya dibuat 2 unit di dunia, iaitu Jam Gadang itu sendiri dan Big Ben di London.
Ada juga lonceng yang tertera tulisan Vortmann Relinghausen 1892. Vortman adalah nama belakang pembuat jam, Benhard Vortmann, dan Recklinghausen adalah nama kota di Jerman yang merupakan tempat mesin jam dibuat pada tahun 1892.
Ok habis ambik foto Jam Gadang kami jalan-jalan round Dataran Jam Gadang tu.
Ada bendi, kereta kuda.
Saya tak tahu kenapa kuda-kuda bendi ni sisi matanya ditutup. May be nak make sure kuda tu jalan lurus? Entah la.
Ni tempat parking bendi-bendi.
Owner bendi dan kuda bendi.
Mungkin sebab masih awal pagi maka masih banyak bendi-bendi di tempat parking ni.
Bendi shot dengan Jam Gadang dibelakang :). Bila saya dapat shot macam ni terus saya terlupa sekejap bau poo poo kuda-kuda tu.. hihi...
Fyi, tak de la tempat ni banyak taik kuda. Bersih actually. And I am sure majlis perbandaran Kota Bukittinggi ni ada law against public pooping by horses in the city kan. Cuma bau tu datang dari takungan di buntut kuda tu la... hihi...
Aiyoo... description di atas tu telah melemaukan keindahan foto ni kan...hahahahaha... tapi penting saya catatkan situasi sebenar, ye tak.
Ok, moving on.. hihihi...
Kuda-kuda bendi yang semuanya kelihatan tampan dan sihat. Nampak sungguh kuda-kuda ni dijaga dengan begitu baik by the owners. Sebelum boleh digunakan untuk menarik kereta kuda tu, kuda-kuda ini perlu terlebih dahulu dilatih oleh pelatih yang bertauliah di atas jalanraya. Pelatih-pelatih ini sangat berpengalaman dalam melatih kuda-kuda baru yang mungkin akan meliar atau get out of control masa berada di jalanraya yang sibuk mungkin kerana takut atau overwhelmed by the situation.
Such nice people! I love Bukittinggi! :)
Betul2 sebelah Dataran Jam Gadang tu ada shopping mall Plaza Bukittinggi.
Beberapa meter dari Jam Gadang ada tugu ini - Tugu Pahlawan Tak Dikenal, sebuah monumen peringatan berbentuk tugu yang terletak di seberang Taman Monumen Bung Hatta. Ada lingkaran ular/naga yang dibuat atas sebuah bidang bulat yang dihiasi tanaman. Di puncaknya berdiri patung pemuda memegang something that look like a pedang. Sebenarnya sebelum tersambar petir, patung tu asalnya memegang bendera.
Ada papan tanda di situ yang menceritakan bahawa tugu ini dibina untuk mengenang perlawanan para pahlawan yang namanya tidak dapat dikenal pasti, yang menjadi korban dalam pergolakan yang terjadi pada Jun 1908 dalam menentang sistem pajak oleh Belanda [dilancarkan pada Mac 1908] yang sangat menyusahkan rakyat.
Tugu Pahlawan Tak Dikenal ini dicipta oleh seniman Hoerijah Adam, yang peletakan batu pertamanya dilakukan oleh Jenderal AH Nasution pada 15 Jun 1963, dan dirasmikan pada tahun 1965.
Then kami pun terus lagi jalan-jalan sekitar Dataran Jam Gadang. Pagi tu memang meriah sungguh dataran tu. Cartoon character pun ada. Mereka actually adalah budak-budak sekolah yang mencari wang saku tambahan di hujung minggu. Mereka tak mengenakan bayaran tetap untuk bergambar bersama. Cukup sekadar memberikan tip seikhlas hati.
Ramai penjaja mengambil kesempatan menjual makanan tempatan dan barangan cenderamata di sini.
Bersarapan sebelum melakukan tugasan harian.
Ada 'Tourism Map, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat'. Ada view yang cantik juga.
Macam biasa saya mesti ambik people shots too :) Nice lah seluar batik tu!
Suasana pandangan pagi di Kota Bukittinggi.
Masa jalan-jalan tu saya ternampak seorang adik perempuan [yang bersama ibu, bapa dan adik lelaki] tengah makan snek ni. Memang ada saya nampak penjaja-penjaja wanita menjual snek ni di situ. Saya jadi curious betul nak tahu apa namanya dan ingredient nya. So saya buat berani dan bagi salam pada ibu dan adik tu. Terus la tanya apakah snek yang dimakan tu. Adik tu senyum je dan jawab snek tu namanya keropok mee. Saya pun bertanya lagilah lebih lanjut dan dijawab oleh adik tu dan ibu dia. Keropok mee ni dibuat dengan meletakkan mee di atas keropok dan kemudian dituang kuah kacang dan sedikit sos. Adik tu kata rasanya sedap.. hihi...
Lagi shot Kota Bukittinggi di waktu pagi. Syahdu je :)
Inilah salah seorang penjaja wanita yang menjual snek keropok mee tu :).
Adik-adik yang baru balik dari surau. Kebiasaan masyarakat Minangkabau akan menghantar anak-anak lelaki mereka pergi tinggal di surau pada masa usia seawal 5 atau 6 tahun mengikut kawasan.
Quite an exciting start for day two actually.... :)
Selesai round di Dataran Jam Gadang, kami berjalan balik ke hotel kerana akan dijemput oleh Muslim untuk ke destinasi-destinasi percutian hari kedua kami.
Ok, bersambung...
Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries Padang dan Bukittinggi saya:
1) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI – PDIKM
2) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO
3) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 – WEDDING
4) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 01 - JAM GADANG
5) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU
6) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG
7) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 04 - STREET DRUMMER - PASAR ATAS
8) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 05 - CULTURAL SHOW
9) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY
10) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 02 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - SULAMAN HJH ROSMA - SAWAH - KINIKO ENTERPRISE - PONDOK FLORA
11) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
memang gitu kan tradisi mereka
ReplyDeletekecik-kecik lagi dah hantar belajar dan tidur baring makan kat surau
kesian jugak ..
tapi kalau duduk kat rumah , bilik lak tak cukup ..
berapa degree celcius eh masa kat sana tu en syed?
nak kena bawak baju tebal tak ?
kudanya nampak sihat dan tegap dari yang kat Bromo kan?
kalau gini kudanya .. tak lah rasa kesian sangat nak naik bendinya.
orang sana suka sangat makan mee gitu kan?
mee yang macam dalam maggi tu..
Betul doc. Kesian kan. Kecik sgt lagi tu. But as the saying goes lentur buluh biar dari rebungnya.
DeleteUltimately mereka akan dapat didikan Islam yg terbaik.
Saya rasa kat surau tu ada macam asrama kot.
Sejuk nyaman dan kadang kala sedikit berangin. Awal pagi around 18 / 20 degrees. Towards noon I think around 27 degrees. Nope, tak payah bawak baju tebal :)
Betul. Nampak dijaga dgn begitu baik. Well groomed too I must say.. hihi..
Niat kami naik bendi tu disamping nak tgk2 bandar juga nak tolong la para bendian tu. Baik2 mereka tu. Ramah dan mudah tersenyum.
Hihihi.. you also notice ya. Yg herannya sana tak de mee kuning macam sini. Semua yg springy macam maggi which I less prefer. Hotel breakfast also cam tu gak. Someone should introduced mee kuning kat sana lah.. hihi... ke actually ada tapi saya tak pernah jumpa? hihihi...
Salam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak merancang melancong kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian 5d3n,4d3n,3d2n dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi semuanya bisa kami uruskan sila bagi tempahan ditalian bawah ini
ReplyDeleteWassap +6285356000747
Emel sinaralamwisata1409@gmail.com