Friday, March 13, 2015

PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG

Selain mempunyai danau yang indah, Maninjau juga adalah tempat kelahiran tokoh nasionalis Indonesia, Buya Hamka. Beliau merupakan seorang sastarawan dan budayawan yang terkenal bukan sahaja di Indonesia, bahkan juga di Malaysia.

Sebelum sampai ke Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka ni Muslim telah terlebih dahulu menghubungi kawan dia untuk mempastikan yang muzium ni telah dibuka. Malangnya pada mulanya dia diberitahu muzium tu masih tutup walaupun sebenarnya sepatutnya telah dibuka lebih kurang sejam yang lalu untuk menerima lawatan pengunjung. Tapi tak pe lah kata Muslim, kita pergi saja dulu sebab mungkin muzium tu dibuka lambat sikit. 

Sampai saja di muzium tu kebetulan penjaga muzium tu juga baru saja sampai. Alhamdulillah. 

Rumah peninggalan Hamka yang kini dijadikan muzium terletak di sebuah kampung di tepi Danau Maninjau yang bernama Sungai Batang. 

Pengunjung tidak dikenakan bayaran untuk masuk ke Rumah Hamka, tetapi sumbangan ikhlas sangat dialu-alukan untuk membantu menampung kos penyelenggaraan rumah ini.

Pakcik yang menjaga rumah ini kata dia adalah seorang cucu kepada Prof. Dr. Hamka. Saya berbual serba ringkas dan diberitahu oleh pak cik tu yang rumah tu dijaga olehnya setelah bertahun lamanya. 

Kata Muslim pula actually kos penjagaan muzium tu sebenarnya adalah ditanggung oleh kerajaan. I suppose sebab tu tidak di impose any bayaran masuk dan duit sunbangan tu adalah seperti sedekah sahaja lah. 

Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah [Hamka]: 17 Febuari 1908 - 31 Julai 1981. 

Beliau dilahirkan di Sungai Batang, Maninjau Sumatera Barat pada 17 Februari 1908 (14 Muharam 1326H). Ayahnya ialah seorang ulamak Islam terkenal Dr Haji Abdul Karim Amrullah atau Haji Rasul pembawa kefahaman Pembaharuan Islam di Minangkabau.

Pada usia 6 tahun (1914) dia dibawa oleh ayahnya ke Padang Panjang. Sewaktu berusia 7 tahun beliau dimasukkan ke sekolah desa yang pada malamnya beliau belajar mengaji Quran dengan ayahnya sendiri sehingga khatam. 

Dari tahun 1916 hingga 1923 beliau telah belajar agama di sekolah-sekolah "Diniyah School" dan "Sumatera Thawalib" di Padang Panjang dan di Parabek. Guru-gurunya waktu itu ialah Sheikh Ibrahim Musa Parabek, Engku Mudo Abdul Hamid dan Zainuddin Labay. Padang Panjang waktu itu ada ramai penuntut ilmu agama Islam, di bawah pimpinan ayahnya sendiri. 

Pada 1924 beliau berangkat ke Yogya, dan mulai mempelajari pergerakan-pergerakan Islam yang mulai bergelora.

Di tahun 1935 beliau pulang ke Padang Panjang. Waktu itulah mulai tumbuh bakatnya sebagai pengarang. Buku yang mula-mula dikarangnya bernama "Khathibul Ummah".

Pada tahun 1928 diterbit buku romannya yang pertama dalam bahasa Minangkabau bernama "Si Sabariyah". Waktu itu juga beliau memimpin majalah "Kemaun Zaman" yang terbit hanya beberapa siri. 

Pada tahun 1929 diterbitkan pula buku-bukunya bertajuk "Agama Dan Perempuan", "Pembela Islam", "Adat Minangkabau Dan Agama Islam", "Kepentingan Tabligh", "Ayat-ayat Mikraj" dan lain-lain.

Karya-karya dan penghormatan yang pernah diterima oleh Hamka sepanjang hidupnya ada dipamerkan di dalam rumah ini.

Beliau kembali ke Sumatera Barat pada tahun 1935, Pada tahun 1936 beliau telah pergi ke Medan mengeluarkan Mingguan Islam yang mencapai puncak kemasyhuran sebelum perang, iaitu "Pedoman Masyarakat". Majalah ini dipimpinnya sendiri setelah setahun dikeluarkan, bermula dari tahun 1936 sampai 1943, iaitu ketika bala tentera Jepun masuk. Di zaman itulah banyak terbit karangan-karangannya dalam lapangan agama, falsafah, tasauf dan roman. Ada yang ditulis di "Pedoman Masyarakat". Dan waktu itulah keluar karya-karya  "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", "Di bawah Lindungan Kaabah", "Merantau Ke Deli", "Terusir", "Keadilan Ilahi" dan lain-lainnya. Dalam hal agama dan falsafah pula antara karya-karya beliau adalah "Tasauf Moden", "Falsafah Hidup", "Lembaga Hidup", "Pedoman Mubaligh Islam", dan lain-lain. Di zaman Jepun dicuba beliau menerbitkan "Semangat Islam" dan "Sejarah Islam Sumatera".

Setelah revolusi, beliau pindah ke Sumatera Barat. Antara terbitan buku-buku beliau yang menggoncangkan adalah "Revolusi Fikiran", "Revolusi Agama", "Adat Minangkabau Menghadapi Revolusi", "Negara Islam" sesudah "Naskah Renvile", "Muhammadiyah Melalui Tiga Zaman", "Dari Lembah Cita-cita", "Merdeka", "Islam Dan Demokrasi", "Dilambung Ombak Masyarakat" dan "Menunggu Beduk Berbunyi".

Pada tahun 1950 beliau berpindah ke Jakarta. Di Jakarta diterbit pula buku-bukunya, "Ayahku", "Kenganan-kenangan Hidup", "Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad", "Urat Tunggang Pancasila", "Riwayat perjalanan ke negeri-negeri Islam", " Di tepi Sungai Nil", "Di tepi Sungai Dajlah", "Mandi Cahaya Di Tanah Suci", "Empat Bulan Di Amerika" dan lain-lain.

Pada tahun 1955 keluar buku-bukunya "Pelajaran Agama Islam", "Pandangan Hidup Muslim", "Sejarah Hidup Jamaluddin Al Afghany" dan "Sejarah Umat Islam".

Kerana menghargai jasa-jasanya dalam penyiaran Islam dengan bahasa Indonesia yang indah itu, pada permulaan tahun 1959 Majlis Tinggi Universitas Al Azhar Kairo memberi gelar Ustaziyah Fakhiriyah (Doctor Honoris Causa) kepada Hamka. Sejak itu berhaklah beliau memakai title "Dr" di pangkal namanya. 

Pada tahun 1962 beliau mulai mentafsir Al-Quran dengan "Tafsir Al-Azhar: Tafsir ini sebahagian besar dapat diselesaikan selama dalam tahanan selama dua puluh tujuh bulan. (Hari Isnin tanggal 12 Ramadhan 1385, tepat pada 27 Januari 1964 sampai Julai 1969).

Pada tahun-tahun tujuh puluhan keluar pula buku-bukunya "Soal Jawab" (tentang agama Islam),"Muhammadiyah Di Minangkabau", "Kedudukkan Perempuan Dalam Islam", "Doa-doa Rasulullah" dan lain-lain.

Pada Sabtu 6 Jun 1974 beliau mendapat gelaran "Dr" Kesusasteraan di Malaysia.

Pada Julai 1975 Musyarawah Alim Ulama Seluruh Indonesia dilangsungkan. Hamka dilantik sebagai Ketua Majlis Ulamak Indonesia pada tanggal 26 Julai 1975 bertepatan dengan 17 Rejab 1395.


Kenangan saya pada Dr. Hamka adalah ketika beliau datang ke sekolah saya memberi ceramah agama. Teringat masa tu pada semua pelajar dan guru-guru, it was such a great honour to have his presence at our school dan beri ceramah.

Selepas melawat Rumah Hamka, kami kembali ke Bukittinggi. Keindahan Danau Maninjau ni memang sungguh memukau. 


Breathaking views, as I always say lah :)

Haaa... yang ni favorite ni :)


Sangkar-sangkar ikan belaan. Satu pemandangan yang uniquely Lake Maninjau's.  



Tak lelah saya ambik foto-foto sawah-sawah dan petani-petani. 
Foto bawah tu ialah foto beras yang sedang dijemur.

Sebelum meninggalkan Desa Maninjau, saya minta Muslim untuk berhenti sekejap kerana saya teringin pergi hampir ke Danau Maninjau untuk melihat dengan lebih dekat sangkar-sangkar bela ikan tu. Muslim ok je dan kami berhenti di sebuah masjid iaitu Masjid Raya di tepi Danau Maninjau. 

Ada juga beras sedang dijemur di perkarangan masjid.

Yang menariknya masjid ni dibina betul-betul di tepian Danau Maninjau. 

Terserempak pula dengan pak cik ni yang sedang memancing. Saya bertegur sapa dan berbual sikit.

Ada perusahaan sangkar-sangkar ikan belaan. 

Kalau tadinya pemandangan begini saya hanya dapat ambil dari dalam kereta yang sedang bergerak, pada masa ni saya dapat berdiri betul-betul ditepian tasik. Cantik sangat views nya.

Kalau la saya dapat ke pondok terapung tu.. hihi. Muslim dah nasihat saya elok jangan ke sana takut jatuh dalam tasik. Hish.. rasanya saya tak le se'adventurous' tu.. hihi. Wishing only lah.. hahaha...

Alhamdulillah... tersampai juga hajat saya... 

Kami pulang ke Bukittinggi untuk makan tengahari. Perjalanan kembali ke Bukittinggi melalui semula Kelok 44 yang dilalui pagi tadi. Ni di Kelok 37. Ada cermin untuk kegunaan pemandu-pemandu. Tengok la tu betapa ketat road bends di sini! 

Kami melintasi sebuah perkampungan yang bernama Matur dalam perjalanan ke Bukittinggi. Kawasan ini terkenal dengan tanaman labu.

Jom enjoy more amazing views di sepanjang perjalanan :)



Dalam perjalanan tu Muslim bawa kami singgah sebentar di sebuah kedai yang bernama Bundo Kanduang. Kedai ini menjual pelbagai kerepek terutama yang diperbuat dari labu. Actually by this time, saya dah macam seronok pulak singgah-singgah ni. Dulu-dulu masa previous trips bila singgah je mula la saya rasa kelat. Now ni, oh... banyak pengalaman manisnya ... hihi... 

Ada macam-macam kerepek seperti kerepek labu dan kerepek jengkol (jering). 
Ais krim pun ada. Ada perasa Keladi, Alpukat (avocado), Durian dan Labu. Kami beli yang rasa labu.... sedapppp! :)

One will be spoilt for choice dalam kedai ni. Banyak betul pilihan jajan-jajannya! hihi...
Memang saya rekomen elok kawan-kawan set aside some cash and buy snacks kat sini. Apart from the many choices ia juga murah dan sedap. 
Tu dia, saya siap dok promote lagi suruh shopping.. haha.. so not like me lah... hahaha...

Kami beli yang ni sebab for some of them ada disediakan sample. Rasa sample tu sedap, terus beli le... hihi. Nak bagi keluarga :)
Note: Kalau kawan-kawan ke Bukittinggi tolong belikan saya Pisang Sale dan Kue Sapik Labu tu ya. Favourite tu! Hihihi... 


Jadi makanlah banyak labu ya kawan-kawan :)

Di belakang kedai Bundo Kanduang ni juga ada views yang cantik. That's the thing about these stops kat kedai-kedai di sini, ada je kat belakangnya pemandangan yang indah!


Lepas beli sekotak (kotak kecik je) jajan, kami pun teruskan perjalanan. 

Ada ternampak juga jemuran kayu manis. 

Kesian pulak tengok adik-adik ni tengah bekerja di sawah padi. 
Eh... tingkap kereta tutup, tapi kenapa mata boleh masuk habuk pulak ni... 

Ada saya bertanya pada seorang pemuda masa jalan-jalan di Bukittinggi yang menjual 'Sate Nyiak' apakah maksud nyiak tu. Dia kata macam 'Atuk' la. Oooo... hihi...

Rasanya tak akan saya jemu ambik gambar sawah-sawah padi ni.. hihi...

Bela ayam juga kata Muslim adalah satu hobi yang popular di situ. Dapat la juga satu foto tuan ayam dengan ayam belaan dia buat kenangan... hihi.


Kami berhenti makan tengahari di Rumah Makan & Restoran Simpang Raya di Padang Laweh.

Macam biasa la saya gi explore rumah makan ni dan ambik gambar.. hihi.. Staff restoran ni ok je dgn gelagat saya tu.. :)

Sangat banyak jenis-jenis lauk pauk yang ada. 

Dan yang paling best ialah pemandangan dari tempat kami duduk makan lunch tu. Di luar tingkap nampak jelas Gunung Marapi. 

Sungguh indah sekali! 

Dan kami tersangat la leganya kerana hidangan makanan kami ada 6 jenis lauk sahaja. Alhamdulillah. 

Minuman sirap warna merah yang ada pelbagai condiments dalamnya tu tersangatlah manisnya sampai terkenyit mata saya.. hihi... 

Bersambung.....

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries Padang dan Bukittinggi saya: 
1) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI – PDIKM

2) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO


3) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 – WEDDING


4) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 01 - JAM GADANG


5) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU


6) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG


7) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 04 - STREET DRUMMER - PASAR ATAS


8) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 05 - CULTURAL SHOW


9) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY


10) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 02 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - SULAMAN HJH ROSMA - SAWAH - KINIKO ENTERPRISE - PONDOK FLORA


11) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. 44 keluk!! dont know if saya larat tak menempuh 44 kluk tu!!

    kubah kat sana banyak macam tu kan!? berkilat gitu .

    hehheheee... bonda kandung!! baru saya perasan!! insyaAlah.. kalau pergi .. kami belikan pisang salai tu!
    pernah makan pisang salai kat Johor? dia tak kering gitu.. still moist .. sedap tai!!

    dulu saya konfius. kejap Gunung Merapi ada kat Jogja, kejap kat Bukit Tinggi.
    sekarang dah tak konfius lagi..
    eh.. masih konfius jugak.. kejap Marapi , kejap Marapi!! hehheheeee

    saya dah set nak beli kayu manis tu banyak-banyak! yang panjang-panjang .. nak buat freshener bilik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think you wil be ok cause the views are just so amazing. That will surely occupy doc lah! :)

      Yes, dari jauh dah nampak dah! Berkilauan especially masa noon time.

      Thanks doc. Tak pe la doc, susah2 je.
      Tapi kalau nak belikan jugak saya ok je.. hihihi..
      Tapi cancel pisang salai tu sebab pisang dan sebab manis bergula.
      Saya nak Kue Sapik Labu tu je la, boleh ya doc :).
      Pisang salai Johor tak pernah try pulak. Actually I prefer kalau pisang salai tu lembut dan moist. Yg kat Bundo Kanduang tu kering dan keras sikit.

      Hihihi... ok dah check, Marapi kat Sumatera. Merapi kat Jawa. Betul kan doc? Honestly I pun confuse... hahaha...

      Ooo... kayu manis boleh buat air freshener ke doc? Buat cam potpourri ke doc? Like cinnamon spice and everythng nice :).

      Delete
  2. cucu Almarhum Hamka macam muka dia masa muda muda kan?
    Hamka pernah datang kat sekolah en syed?
    masa tu kenal tak dia tu sebagai seorang penulis yang bagus dan hebat?
    [ hehhehee.. kalau saya.. mesti saya blur ..]

    kayu manis tu
    saya pernah jumpa
    orang buar wangian bilik
    yang panjang panjang .. dalam se meter
    banyak..
    letak dalan vase .
    wangi!!!

    kalau nak letak dlam pot puorri .. kena racik halus halus.. boleh lah jugak kan..
    tapi saya nak beli yang panjang
    hari tu jumpa masa kat kuching..
    biasalah.. ' balik karang beli lah'
    hampeh..
    lupa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah. Masa tu saya dalam tingakatan 1. Memang pun tak tahu tapi seminggu sebelum Dr Prof Hamka datang ke sekolah kami tu, ustaz ada share sedikit maklumat tentang dia. Of course saya dah tak ingat details of the info cuma saya ingat saya begitu teruja sebab first time jumpa tokoh Islam yang terbilang :).

      Letak dalam vase. That's nice actually! I suppose kalau decor sekali dgn some dried flowers it'll be a chic table centerpiece. Boleh jadi tajuk perbualan :).

      Cam leceh la nak buat potpourri tu... hihihi...
      Ok nanti bila jumpa je terus beli lah.. hihi..

      Delete
  3. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete
  4. Salam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak merancang melancong kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
    Wassap +6285356000747
    Emel sinaralamwisata1409@gmail.com

    ReplyDelete