Friday, January 30, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

Hari ketiga rombongan akan bertolak ke Bandung. Tapi kami berdua berpecah dari group sebab kami akan ke airport Bandung untuk flight ke Surabaya. Rombongan yang lain pula akan ke Bandung untuk program lawatan ke tempat-tempat perlancungan di Kota Bandung

A few more shots of the Singa Depok.


Lepas sarapan kami pun bertolak seawal pukul 7:00 pagi. Dalam musim hujan dan hujung tahun yang tentunya jalanraya sesak, Darwis yang akan membawa kami ke airport Bandung cadangkan kami bertolak awal. 

Pengantin lelaki telah pun buat a separate transport arrangement untuk Darwis bawa kami ke Bandung. Darwis adalah rakan pengantin perempuan dan was so nice setuju nak drive kami ke sana.

And this is Darwis. Dia dah kawin dan baru je dapat baby. Di bekerja di ladang pak mertua dia. Baik sungguh orangnya. Bersopan santun dan mudah diajak berbual. 

Sepanjang perjalanan banyak kami dapat saksikan pemandangan-pemandangan yang indah. Waktu tu pagi berbanding masa kami ke Kota Subang yang dah pun gelap dan hujan pula pada hari pertama.

Nampak jelas sawah-sawah padi yang bertingkat-tingkat. 


Dengan suasana aktiviti-aktiviti pagi penduduk-penduduk Kota Subang. Ada gerai jual durian dan nenas.

Di sini saya nak share foto-foto yang sempat saya rakam sepanjang perjalanan ke Bandung.






Dalam laju-laju berkereta tu, sempat jugak saya dapatkan shot pekerja ladang teh ni. Satu ni je la yg tak blur sangat pun...hehe :)

Mereka tu jual barangan seperti party/new year horns untuk sambut new year :).




Ladang teh.

Bersungguh-sungguh saya cuba dapatkan shot ladang teh ni...hehe...



Kami melalui pekan-pekan kecil, kampung-kampung dan kawasan-kawasan pertanian. Dan yang ni boleh nampak gunung! So nice.


Ladang teh yang begitu luas.

Boleh juga kalau nak melawat ladang teh ni, Ciater Tea Mountain. 


Pekerja ladang teh di waktu pagi.

Ada sate ayam, kambing, kelinci [arnab] dan juga biawak. 

Then kami lalu pula kawasan yang sangat cantik ni dengan kiri kanan berpokok tinggi. 


Ramai juga kami perasan bicyclists. Kuat betul mereka sebab kawasan ni berbukit-bukit yang ada kalanya agak curam.

Saya pun tak tau apa benda yang warna warni tu. House deco kot.

Penjual jagung.



Dan ini pula ladang strawberi. Gini la rupanya pokok strawberi ya :).

Restoran sangat banyak. Penjaja juga sangat ramai.


Satu lagi kawasan yang pemandangannya sungguh breathtaking! 


Ladang-ladangnya sampai ke puncak!



Satu lagi ladang strawberi. 


Dan kami pun sampai ke Bandar Lembang. 

Terjumpa group big bikers. 


Suasana pagi yang penuh aktiviti.

Kereta kami masa ni betul-betul di belakang truk pak cik ni :).

Sebuah pasar di Lembang.



Ada juga kenderaan berkuda.



Alhamdulillah, kami pun selamat tiba ke Bandar Bandung. 


Di Jalan Cihampelas ada Superman, Spiderman, Batman, Avengers, Rambo, The Simpsons dan juga Mr. Bean.. hehe. I suppose all this gimmick helps with the sales. 

"Mengangkat Polusi Hingga ke Pori-Pori" :)

Suasana Kota Bandung yang sibuk. 


Dan kami terus menuju dan tiba di airport, Bandar Udara (Bandara) Husein Sastranegara pada pukul 10.15 pagi. Flight kami adalah pada pukul 1:35 pm.

Bersambung.....

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:

1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

12 comments:

  1. sawah bertingkat di Indonesia adalah sangat cantik kan?!
    dengan reflectionnya ..
    kawasan kecik je pun boleh buat sawah ..

    saya dah cuba cari apa itu cobek..
    jumpa resepinya je..
    macam kalau kat sini .. buat urap .. pernah dengar urap? isi ikan + ulaman ..

    hehehheeeeee..
    satu lori penuh dengan mbah berpakaian sama tu macam yang kitaorang jumpa kat Jogja
    macam nak pergi kenduri kan!?

    en syed tak pening eh mgambik masa kereta bergerak?
    saya pening..
    GB dan CPL dan Anash selamba je tak pening
    saya lak yang pening nengok dia orang excited ambik gambar sana sini gitu..

    ladang teh?
    kawasan ni kat tanah tinggi lah gitu?
    sejuk tak?
    saya paling suka gambar yang nampak batang-batang pokok dan pokok teh tu..
    nampak sangat nyamangdan sejuk..

    sate biawak ?
    bersama sate-sate yang halal?
    that will make u think ke'halal'lan sate-sate yang lain tu kan?
    or memang sate-sate oleh non muslim?


    yang tinggi-tinggi tu pokok stroberi ke? biasanya gantung dalam pasu .. or memang depa biarkan pokok tu memanjat tinggi-tinggi..
    hehehheheeeeee... banyak nho tanya lak kan!!??

    saya kan.. memang tak terbuka hati nakke Bandung atau Jakarta ni..
    sebab mengingatkan macetnya..
    en syed dah ke Bandung kan?
    dan Tangkuban Perahu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ke tangkuban tu pun jem
      pastu bila kat atas nun, aku paling stress ngan penjual2 brgan cenderamata
      ikut montot kita tak abis2

      Delete
    2. Memang saya tak jemu2 ambik foto2 sawah padi. Kena pulak waktu pagi atau belah2 petang. Cantik sgt. Lagi la kalau ada pesawah di tengah sawah :)

      Ooo.. itu ke cobek tu doc. Sedap agaknya kan. Especially kalau ada ulam2 ni saya memang suka..hihi.

      I think so doc. Mbak2 tu kalau seragam mesti ada aktiviti berkumpulan. Like aktiviti kampong mereka. Like you said, ada keramaian atau meraikan sesuatu. Suka betul saya tgk mereka.

      Saya tak pening cuma tangan lenguh sgt sebab camera ni berat dan sebab kena act really fast since subject moving or rather I am moving in a car. Entah berapa kali lens terhantuk ke cermin tingkap..hihi. Gelak tu gelak la jugak. Tapi risau lens jahanam pulak nanti..hihi.
      I faham bila you said pening. Masa in moving vehicle and focussing memang eventually boleh buat kita pening. Saya ada la jugak pening2 sikit. Masa tu I just take a break le.

      Betul doc. Tanah tinggi. Lupa dah ketinggiannya berapa tapi memang sesuai untuk pelbagai tananam tanah tinggi. Sejuk tu tak la sangat cuma waktu malam boleh belas2 jugak la.
      Haa.. tu lucky shot je tu doc sebab masa tu jalan clear dan Darwis pulak tgh sped up kejar masa takut lambat sampai airport..hihi.
      Tapi saya pun suka shot tu. Kalau la dapat jalan2 di celah ladang teh tu!

      Sate biawak tu tak tau apa kisahnya doc. I think dijual oleh non muslim. Cuma tu la, dijual sebelah dgn sate halal seperti ayam dan kambing so jadi was-was kalau nak makan situ kan. Saya baca sate biawak ni ‘dipercaya berkhasiat membangkitkan gairah bagi pria, karena dipercaya setelah makan sate biawak badan akan merasa hangat’. Hahaha… macam2 lah!

      Hihi.. I think memang dijalarkan ke atas kot. Tak tau le..haha..

      Saya pulak macet2 ni ok je sebab tu la peluang nak dapat street and people shots…hihi… lagi slow lagi senang nak dptkan shot. Tapi kalau lama sgt mau kebas bontot! Hahaha..
      Yep, saya dah ke Bandung dan Tangkuban Perahu tu doc. Rombongan tu pergi ke sana hari kami ke Bandung tu.

      Delete
    3. El, kat Tangkuban tu the same thing I faced la. So you know what I did? Bila diaorg datang je saya hala camera saya pada diaorg konon nak ambik foto mereka... terus diaorg blah...hahaha.

      Delete
    4. hahahhaaaaaaa!!
      gud idea tu En Syed!!!

      Delete
    5. Sangat berkesan cara tu doc. For some reason diaorg malu2 bila gambar mereka diambil... hihi..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saya paling suka gambar kat pasar tu

    ada few gambar yang en syed lalu tu saya dah pi
    teringat plak kenangan ke sana
    hehehehehe

    ada nampak tak derang jual arnab tepi jalan
    dibiar aje arnab tu, mmg jinak nampak arnab tu
    comel la plak nampak

    benda warna warni tu hammock
    kalau nak ke tangkuban perahu, byk ada jual
    nak ke tangkuban perahu pun ada byk pokok2 tinggi
    cantik ... siap ada taman bleh jenjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Saya pun. Saya dok bayangkan kalau la dpt jln2 di situ dan ambik2 gambar :).
      Actually I did just that masa di Pasar Nongko Jajar. Tunggukan entry nya ye..hihi...

      Itu yg saya suka El, bila foto2 boleh mengembalikan ingatan kita pada sesuatu tempat, sesuatu pengalaman.... saya harap2 foto2 ni semua akan ingatkan saya pada all my jalan2 tu :).

      Ada! Cuma saya tak sempat nak ambik gambarnya! Arnab tu diletak dalam macam kandang kecik. Kalau arnab2 tu nak lompat lari memang boleh.
      Haaa...memang comel sgt. Kesian tapi cause most likely they'll ended up jadi sate arnab! :(

      Ooo... hammock ke. I thought so too at first tapi bila tgk jarang2 cam tu, saya ingat tak kan la hammock kot...cam boleh bolos bontot...hihi...

      Delete
  4. bontot kecik bolos lah!! hehhehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... kalau I elok je tersangkut nya kot...hahaha...

      Delete