Wednesday, January 28, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

Actually majlis kawin selesai till 4:00 pm tapi kami serombongan terus naik semula ke bas balik hotel selepas makan kerana nak ke Air Panas Sari Ater. Tapi of course la lepas check dengan pengantin lelaki dan mak ayah dia serta tuan rumah. Sampai hotel terus salin baju dan naik semula bas menuju ke Sari Ater. 

Perjalanan mengambil masa nak dekat 2 jam. Nice to relak kejap dalam bas lepas dari awal pagi dah berada di rumah orang kawin. Penat sebenarnya ambik gambar di majlis perkahwinan :).

Dadang sedang beri maklumat tentang tempat air panas Sari Ater. Sebenarnya kami dulu in 2007 dah pernah pergi ke tempat ni. However, since dah ada dalam aturcara rombongan, jadi join le sekali since flight kami dari Bandung ke Surabaya adalah pada esok hari.

Konon nak rehat. Tapi saya end up taking lots of photos along the way. Saya suka capture suasana area yg saya lalui. Of street and people photography :).


Adik-adik tu nampak saya ambik gambar mereka dan lambai pada saya. Saya pun lambai balik la :).

Seterusnya adalah foto-foto yang sempat saya rakam di sepanjang perjalanan ke Sari Ater.




The below 2 photos tu adalah Alun-Alun Kota Subang sebuah dataran untuk penduduk Kota Subang berkelah dan untuk rekreasi. 


Saya suka ambik gambar-gambar beca ni :)

Ini adalah Angkutan Kota. Macam mini bas, salah satu pengangkutan awam di sana. 


I took so many beca shots..hehe :)





Locals going about their daily lives.




Banyak juga kami nampak sawah-sawah padi dan kebun-kebun sayur dalam perjalanan kami ke Ciater. 



Happy saya dapat shots ni :)



Selain sawah-sawah padi dan kebun-kebun sayuran, kami juga nampak ladang-ladang teh. Dalam ladang teh juga ada tanaman nenas. So masa ni di tepi-tepi jalan ada banyak gerai menjual nenas.

Masa ni dah mula hujan. Memang dah kami jangka sejak tadi lagi akan hujan sebab langit dah mendung dah masa tu.




Lagi beberapa foto ladang teh Ciater. 


Ada kebun-kebun sayur yang luas. Saya also notice masjid-masjid di sana very colorful. 


Dan dah sampai Sari Ater. Hujan lebat..hehe... mencabar nih nak ambik gambar! :)

Dalam masa hujan lebat ni pun ramai orang lawat tempat ni. Maklum la kan, dah hujung-hujung tahun masa tu ramai locals yang berjalan-jalan terutama masa hujung minggu. Lepas Dadang beli tiket kami pun berduyun-duyun masuk ke tempat air panas ni. Cam seronok pulak jalan-jalan dengan rombongan mak cik-mak cik dan akak-akak ni sebab mereka kelakar dan begitu bersemangat. Diaorang macam tak kisah pun hari tengah hujan lebat...haha... :D

Since hujan ni di pagar masuk ada ramai pengusaha-pengusaha penyewa payung yang offer us to sewa payung from them. Murah je caj mereka antara 10,000 - 15,000 Rupiah (RM3.50 - RM5.00). Kami tak la sewa sebab kami dah bersedia dari Malaysia lagi sebab dah tahu ada good chances that day will rain. Isteri saya berpayung dan saya dgn disposable rain coat lah :).

Ni tempat rendam kaki. Berasap2! So nice dalam hujan-hujan ni. 

Btw, Dadang nasihatkan kami supaya jalan-jalan dulu di taman-taman luar ni dulu sebab kalau once dah masuk ke tempat pemandian air panas, once keluar dari situ for whatever reason dan pas tu nak masuk balik, kena beli lagi tiket 150,000 Rupiah (RM30.00).

Happy je saya bergambar dekat-dekat wap-wap tu...hahaha.. Oh ya, masa di sini semua foto saya ambil dengan camera compact canon saya sebab hujan lebat sangat nak pakai dslr tu. 

Ada masjid untuk kegunaan pelawat-pelawat. 

Lebat-lebat pun ramai orang :). It was cold and warm at the same time.

Barisan pancuran air panas dari teko-teko. Nice :)

Dan juga ada tempat berendam yg kelihatannya safe for children as long as there are adults' supervision lah. Wap kuat so susah nak dapat foto-foto yg jelas...hehe...

Saya paling suka yg ni! Air terjun air panas! Awesome or what! :O

Tu saya dah mula rasa lapar so beli lah sosej bakar Sedap betul makan dalam suasana hujan lebat dan sejuk-sejuk nyaman tu..hehe... 

Juga ada tempat-tempat untuk pelawat-pelawat berkelah. Kami rasa seronok and happy we decided to join this trip together with the rombongan ke Sari Ater ni kerana dulu masa kami pergi back in 2007, kami pergi sekejap je dan sampai di tempat rendam kaki tadi tu je. Masa ni kami dapat opportunity to explore sampai area-area belah dalam.  

Pas tu teringin pulak nak try tahu sumedang. Selalu nampak tapi tak pernah got chance to try. Sedap! Dah lapar dalam sejuk-sejuk tu semua sedap...haha.
Tengok tu kuda-kuda macam saya pakai rain coat...haha. 

Puas dah jalan-jalan dalam hujan lebat di taman-taman luar kami pun masuk ke bahagian Kolam Pemandian. 

Dadang kata Air Panas Sari Ater ini adalah kawasan air panas yang terbaik di Pulau Jawa. Ini adalah kerana air panas di sini masih terjaga suhunya sekitar 39-42 darjah Celcius.

 Ada bahagian dewasa dan bahagian kanak-kanak. 

Memang berwap sungguh kolam besar ni. Saya tak berendam tapi. Segan lah...haha...
Hujan masih lagi agak lebat masa ni. 

Tengok tu wapnya! Susah nak dapat foto yg elok jelas..hehe...

Juga ada tempat pancutan air. Berendam lama sangat dalam air panas ni pun tak elok. So boleh keluar dari rendaman dan duduk kat puncutan-pancutan air ni.

Yang tak berendam boleh duduk di sini. Nasib-nasib la nak dapat tempat duduk sebab orang ramai. Nak massage pun boleh juga.

Mak cik-mal cik dan akak-akak ni mula-mula tak nak berendam dalam air panas ni. So saya pun ajak la sungguh-sungguh. Haaa.... dah berendam syok pulak dan tak nak keluar...hahaha....


Makan malam kami turut disediakan di Air Panas Sari Ater. Ia disediakan khusus untuk rombongan kami di dewan serba guna yang dinamakan Dewan Dayang Sumbi. Antara hidangannya ialah tongseng kambing. Saya tak makan la tapi :).

Lepas tu kami had to walk ke bas yang parked agak jauh sebab parking area penuh dan tempat parking bas terletak di hujung. Saya happy je masa jalan tu sebab ada banyak kedai-kedai di kiri kanan jalan. Pe lagi ambik gambar le :)

Ada nenas dan ubi kayu. Macam-macam ada.




Sampai hotel lepas rehat kejap kami pun packing sebab awal esoknya kami akan bertolak dari Subang menuju ke Bandung untuk ke flight Surabaya.

Bersambung.....

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. 100 gambar 1000 cerita.
    Paling best gambar kuda pakai baju hujan. Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Saya cuba bercerita dengan foto2 saya yang ditambah dengan sedikit info here and there :).
      Actually lega tgk kuda2 tu berbaju hujan. Saya paling tak tahan kalau tgk cruelty towards animals! Tapi lagi baik kalau kuda2 tu diteduhkan di bangsal kuda, ye tak?

      Delete
  2. mmg layan la
    massage pastu mandi air panas
    hujan2 lagi best mandi kan
    apa nak takut sejuk

    ramai jugak mandi kan
    saya pun suka gambar kuda pakai baju hujan hehehehehe
    untungla itu kuda

    saya rindu
    time hujan2
    makan dia punya tahu
    perghhhhhhhhhh
    meleleh ayaq lioq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya tak selesa la nak kena urut2 out in public cam tu...hahaha. malu! Urut kaki je ok la :).
      Tapi memang la best lepas berendam tu, kena massage!
      Suasana nyaman pas tu berendam dalam natural hot spring. Tentu la seru! :)

      Ramai El. Tak henti2 orang datang. Mereka liburan gitu :).
      Hihi... tu first time saya tgk kuda pakai baju hujan...hihi..
      Di sana saya diberitahu tuan2 kuda ni jaga kuda2 mereka dengan begitu baik sekali. Terbukti! :)

      Tu la. Kalau masa tu tak hujan rasanya saya tak try pun tahu tu. Hujan2 sejuk saya jadi lapar...haha.

      Delete
  3. wahh..
    mana ada kat tempat lain air terjun berwap macam tu!!??
    memang awesome !!
    gambar berwap tu lah yang menjadikkan ia unik!!

    kalau tak nampak wapnya.. macam air terjun dan kolam biasa je .. :)

    kalau dapat berendam dalam kolam panas tu lagi best kan!??
    tapi hassle lah pulak nak salin-salin baju..

    puas saya pikir.. apa kah 'kasir'
    last-last baru terpikir ..
    hehehheeeee..
    cashier !!

    heheheeeee..
    sedondon dengan kuda!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju doc! Natural open hot spring dgn temperature yg sesuai dan stabil untuk rendam2 adalah sesuatu yg awesome!
      Wap2 tu memang best tapi susahnya nak ambik gambar...hahaha... mencabar betul! :).

      Saya teringin nak rendam juga bila tgk org lain. Also sebab bila rendam kaki saya rasa syok betul!
      But like you said, hassle la nak salin2.

      Hahaha... Saya tahu cashier tu pun sebab tu tempat bayar bill...hahaha... adik tu kata bayar di sana sambil menuding ke arah tempat yg ada sign 'kasir' tu :).

      Ehh.... kalau saya pas by dekat kuda2 tu, mau saya berfoto bersama...hahaha.

      Delete