Wednesday, January 21, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

Hari ke 2 kami di sana adalah the wedding day. Pada saya wedding ini adalah sangat menarik kerana inilah pertama kali kami menghadiri majlis perkahwinan di luar Malaysia. Saya especially excited kerana majlis ini berlangsung di Indonesia, sebuah negara yang sangat kaya dengan adat istiadat yang masih lagi dikekalkan, suatu budaya yang berlainan dari Malaysia. Yang buat saya juga excited ialah perkahwinan ini adalah adat perkahwinan Sunda. 

Sebab banyak foto-foto yang saya ambil merakam setiap steps peradatan perkahwinan ini, maka saya telah bahagikan kepada 3 bahagian. And this is the Part 01 of the wedding.

Ni iklan sajians di Hotel Dafam Betha Subang pada small monitor dalam lift. Ganas-ganas belaka masakannya..hihi...


Macam biasa awal pagi kami dah turun untuk breakfast sebab nak jalan-jalan sikit area hotel nak tengok bandar Subang ni sebelum naik balik ke bilik bersiap berbaju melayu dengan sampin bagai...hehe...

Breakfast ada bubur pulut hitam yang santannya di asingkan. Sedappp :)

Saja rakam sekali nama-nama lauk pauk sajian breakfast ni. Saya suka sangat ayam taliwang dan gimba tahu tu! Gimba tahu tu adalah cucur tahu. Saya ni dah la memang suka cucur dan tahu so combination ni boleh buat saya berlebih-lebih makan...hahaha...

Ni lah Hotel Dafam Betha Subang, West Java, Indonesia. Lukisan besar di lobby hotel dan patung-patung di depan hotel tu ialah depiction of a traditional dance dari Subang yang dinamakan Tarian Depok yang ditarikan oleh sekumpulan lelaki sambil menjunjung patung singa yang diletakkan di atas tandu. Selalu orang yang diraikan seperti dalam majlis berkhatan akan diusung di atas Singa Depok tu sambil pengusung menari-nari.

Kami pun jalan-jalan di persekitaran hotel. Tak boleh jauh-jauh sebab kejap lagi nak bersiap-siap dah. Bas akan pick up pukul 8:00 pagi.

Beca adalah salah satu transportation method yang lazim di sini.

Saje je meninjau sebuah gerai di tepi jalan. Selalunya nampak banyak gerai-gerai dari dalam kereta atau bas semasa menuju destinasi-destinasi dan tak pernah dapat tengok dekat-dekat macam ni :). Kakak ni ada sebuah dapur kecil di belakang kedai untuk menggoreng tahu dan kuih-kuih lain untuk diletak di depan kedai sebagai jualan. Kalau saya belum breakfast dah saya beli tahu tu...hehe...

Seberang jalan Hotel Dafam tu ada Subang Cyber Park. Pagi tu ada ramai ibu-ibu yang bert'shirt seragam buat exercise. Comel! :)
Also ada remaja-remaja yang sedang lepak dan lain-lain pengunjung. 

Biasa lah kan saya ni, orang tengah mengecat dinding pun saya ambil gambar...hihi. Pada saya ini penting dalam memberi gambaran tempat2 yang saya lawati :).

Juga ada banyak gerai2 dan Rumah Makan [RM]. Sana di panggil RM, sini restoran lah. 

Lelaki ni tugasan dia adalah mengambil sampah sarap di kawasan situ. Saiz ni pada saya sangat praktikal sebab senang lalu di lorong2 kecil.

A few more people and street shots. One thing saya notice, orang2 di sana don't mind being photographed. Dan saya pun kena la bersopan santun, lepas ambik gambar to some of them at least saya lambai dan senyum. And they waved and smiled back at me :). 

Suasana pagi yang dah mula agak sibuk.

Beberapa signages yang saya terjumpa.
"Kejar Surga Dengan Sedekahmu Sebelum Ajal Memanggil". 

Dan inilah kad jemputan kahwin dari pihak keluarga pengantin perempuan. Cantik.

Bahagian belakang kad.

Flipped open and this is the inside part. 

Lokasi rumah pengantin.

A few shots of the rombongan dan barang2 hantaran. 
And photo of me and Fajar the groom. 
Yep, sana pengantin pakai all white from songkok to shoes. 
Dan saya juga head to toe in full Malay male outfit. Sponsored tu... hihi... 

So semua naik bas dan semasa dalam perjalanan saya ambil lagi foto2 penduduk dan suasana bandar Subang.


Memang banyak sekali orang buka gerai di tepi jalan dan gerai bergerak.

Bas kami siap diiringi oleh polis trafik. Polis trafik yang jaga lalu lintas juga beri bas kami priority jalan dulu. Tak sangka pulak kami sampai cam tu!

Beberapa lagi street shots sebelum tiba ke rumah pengantin.


Dan kami pun tiba. Turun bas terus je saya ke depan sibuk2 ambik gambar macam la saya the official photographer...hahaha... Ehh.. bukan senang nak dapat peluang macam ni. So mesti rakam setiap steps of the ceremony lah. Apa2 pun saya sangat jaga tatasusila dan hormat pada tuan rumah sekeluarga.
Perkara pertama saya notice. Keluarga pengantin lelaki semua mesti pakai seragam. Sama kaler for baju melayu dan sampin and same color outfit for the mom.
Also, haaa.. belah keluarga pengantin perempuan pun same kaler jugak! :). So harmonious!.

Di entrance kawasan rumah pengantin perempuan telah menunggu keluarga pengantin perempuan dan juga anggota2 penyambut tetamu.

Juga ada sebaris para bapak2 menyambut kedatangan pengantin lelaki dan keluarga serta pengiring2.


And it is about to get very exciting :). 
Saya dah bersiap sedia dgn kamera dslr, kamera compact dan phone camera...hihi... 
Aduh.. berat bag! Hahaa.. aha... ha...

Apa yang cuba saya blogkan di sini ialah tentang 'Kesenian Galura [Upacara] Lengser mapag pengantin' iaitu suatu adat kesenian Sunda menikahkan anak2 mereka dengan cara ritual adat asli daerah Subang, Jawa Barat. Kesenian sebegini sebenarnya tidak hanya dibuat khas untuk majlis perkahwinan tapi juga untuk upacara2 lain contohnya menyambut kedatangan tetamu negara.

Galura [Upacara] mapag pengantin ini kaya dengan pelbagai cabang kesenian seperti tarian, gamelan dan nyanyian iringan gamelan, lawak jenaka, pengajaran tentang kehidupan juga cabang2 kesenian lain. Kesenian ini melibatkan pemain musik gamelan, penyanyi, penari2, penjaga2 pengantin lelaki dan wanita [pembawa payung2], pembawa umbul-umbul [flags], dan Ki Lengser [watak lelaki tua yang selalunya dipanggil 'lengser' sahaja]. Adalah dikatakan bahawa untuk melangsungkan pernikahan dengan upacara sebegini memerlukan kemampuan sebab ianya agak mahal. Package ini memerlukan 20 ke 30 orang ahli2 kesenian. Jadi kira kosnya banyak lah. 

Ini adalah pertama kali saya menyaksikan acara sebegini dan catatan saya berdasarkan apa yang telah saya saksikan. Jadi mohon maaf ya, terutama kepada rakan-rakan pembaca dari Indonesia, jika ada sebarang kesilapan. 

Acara pertama adalah 'Penjemputan calon pengantin pria' atau juga yang dinamakan 'Penyambutan Tamu Agung'. Ada beberapa penari lelaki sebagai penjaga raja [pengantin kan raja sehari] yang dipanggil 'Ponggawa'. Tugas mereka adalah untuk menjaga raja dan ratu dengan membawa payung untuk memayungi pengantin lelaki dan wanita.  Dimulakan dengan pembawa payung utama bergerak ke arah pengantin lelaki dan keluarga. 


Masa ni penuntun acara adat atau pengacara majlis akan menceritakan hal-hal yang baik tentang kedua mempelai. Tapi dalam bahasa Sunda yang saya sendiri tak faham. 

Kemudian dia akan berhenti about half way and duduk.


Kemudian diikuti pula oleh kedua2 pembawa payung bertingkat warna emas juga bergerak dengan langkah2 perlahan. Bila tiba dekat pembawa payung utama, mereka seterusnya perform tarian.

Ini adalah ibu dan bapa serta keluarga pengantin perempuan. Yang watak mak cik tua tu nanti saya ceritakan :). 

Berikut adalah foto2 mereka bertiga menari. 




Selesai tarian, mereka bertiga pun bergerak terus ke pengantin, beri penghormatan dan berdiri disebelah bersama pengantin lelaki dan keluarga. Pembawa payung utama akan berdiri dibelakang memayungi pengantin lelaki.


Rakaman video tarian ini boleh tengok di sini.

Selesai penyambutan pertama, menunggu pemyambutan kedua.

Seterusnya pengantin lelaki dan keluarga serta rombongan disambut oleh dua orang penari wanita yang berpakaian cantik. Ini dipanggil 'Tari Merak' dan mereka memakai busana yang menyerupai burung merak.

Mereka menari2 dengan each step closer and closer to the groom.


Cantik persembahan tarian mereka. Tarian ini menggambarkan gerakan burung merak yang sedang mempamerkan keindahan bulu sayapnya.

Oh ya, ingin saya catatkan di sini yang semua tarian2 diiringi dengan alunan musik tradisional secara langsung [live performance] oleh para pemusik gamelan. 


Berikut adalah beberapa lagi foto tarian penari pemyambutan kedua. 





Tarian diakhiri dengan kedua penari bergerak kearah pengantin dan keluarga dan berdiri bersama mereka.

Nak tengok videonya boleh click sini.

Acara peyambutan diteruskan dengan persembahan tarian menyambut kedatangan pengantin lelaki oleh 4 orang penari wanita. 

Cantik pakaian tradisional mereka.

Beberapa foto2 yang sempat saya rakam. 

Saya terfikir mungkin inilah satu2nya peluang saya dapat menyaksikan adat isitidat sebegini. So I took a lot of photos lah :).

Kalau di Malaysia ada paluan kompang. Di sini, ada acara penyambutan macam ni. 




Acara tarian penyambutan ketiga ini juga berakhir dengan para penari bergerak ke arah pengantin dan berdiri bersama pengantin lelaki dan rombongan.

Di sini videonya.


Acara seterusnya dimulakan oleh Mang Lengser, seorang tua yang tugasnya adalah menjemput pengantin lelaki dan keluarga serta rombongan berjalan kearah rumah pengantin. Acara ini juga dinamakan 'Mapag Pengantin Lelaki' yang menggunakan seperti yang saya nyatakan di atas tadi, kesenian adat Seni Galura [Upacara] Lengser. Ki Lengser atau biasanya disebut Lengser sahaja itu ialah seorang yang mirip orang yang berpenampilan tua dengan tugas mengatur jalan upacara.

Selain peranan Lengser lelaki ada juga Lengser wanita yang menjadi pendamping Lengser lelaki. Kehadiran mereka berdua sering menjadi perhatian tetamu kerana aksi lawak mereka dan juga merekalah yang menjemput pengantin ke rumah pengantin perempuan. 

Aksi kelakar Lengser wanita...hihi...
Foto yang kanan tu yang tak tahan tu..hahahaha.. aha..

Keluarga pengantin perempuan sedang menunggu sementara acara berlangsung. Pengantin perempuan ada menunggu di rumah. 

Ki Lengser, watak lelaki tua yang lucu. 

Tengok la cara dia berjalan tu...hihi...

Nota: Watak Ki Lengser ni ada dialog and the pre-recorded dialogues were played while he was performing. 

Videonya di sini.

Saya rasa watak Lengser wanita ni lebih lucunya...hehe...

Yes, he is a guy actually :)

Tu dia, sampai jatuh2...hihi...

Satu babak lucu bila selendang Lengser wanita tercabut and revealed a bald head! Hahaha...



Sini videonya :)

Dan di akhir aksi mereka, kedua-dua Lengser berjalan ke arah pengantin lelaki dan menjemput semua berjalan ke arah rumah.

Perjalanan ke arah rumah pengantin perempuan diiringi oleh penari2 burung merak dan penari2 lain berserta ponggawa. 


Pengantin lelaki serta rombongan berarak ke rumah pengantin perempuan diiringi penari2. 

Tidak terus masuk ke area pelamin, pengantin dan keluarga serta rombongan berhenti sebentar betul2 di depan entrance khemah untuk acara seterusnya.

Salah seorang penari burung merak mula menari2 dengan alunan musik gamelan memegang sekalung rantai bunga melati untuk penyaksian para hadirin.

Seterusnya kalungan bunga melati itu diserahkan kepada ibu pengantin perempuan yang kemudian di pakaikan pada pengantin lelaki dalam acara yang dipanggil 'Ngabageakeun'. 

Ibu pengantin perempuan seterusnya bersalaman dengan ibu dan bapa pengantin lelaki. Seterusnya bapa pengantin perempuan memberikan sebilah keris yang dibalut dengan kalungan bunga melati kepada pengantin lelaki. Dia juga selepas itu bersalaman dengan kedua2 ibu dan bapa pengantin lelaki. 


Haaa.. tu baru pemyambutan tu! Belum lagi upacara2 lain :). 

Ok, bersambung dengan Part 02 of the wedding....

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. wow sangat meriah sambutan mereka
    mesti lama rombongan lelaki berdiri tgk segala tarian dan drama tu kan
    puas tgk gambar
    tq for sharing
    selama kesana, ada 2 kali dpt jemputan kawin, org kampung jemput
    tapi dedua saya tak dpt penuhi atas komitmen kerja
    biasanya hantar staff aje pergi
    so kirim sampul ajelah

    tq for sharing very very nice pictures
    sangat detail penceritaan saya kira
    tapi watak lengser wanita tu mmg klakar habis
    tak sangka lak dia lelaki
    kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya El, sgt meriah! Silap saya hari tu patutnya sebelum ke sana, elok la kalau saya buat research sikit tentang perkahwinan adat Sunda ni. At least more or less boleh le anticipate what to expect. So saya just winged it la...hihi...

      Actually tak begitu lama. Adalah dalam kurang 30 minit. Ini kerana setiap steps berjalan dgn lancar kerana persiapan yg baik dari keluarga pengantin perempuan. Also ceremony penyambutan ni dibuat oleh kumpulan kesenian dan adat yg dah pro. Saya tak terasa lama sebab fascinated dan seronok sgt tengok dan merakam adat ni :)

      Sama2. Gembira saya El puas tgk foto2 ni. Saya sebenarnya takut juga kot disebabkan kerana terlalu banyak foto2nya nanti sampai jadi boring pulak nak tgk...hihi.
      Apa pun saya rasa perlu saya blogkan di sini supaya saya ada rekod selengkap mungkin yg saya termampu rakam :).

      Ok, next time kalau EL ada chance lagi do try to make it ya. Very very interesting. Memang tak de kat Malaysia ni setahu saya :).

      Welcome. Saya pernah ada la sekali dua pengalaman ambik gambar orang kawin so saya gunakan apa yg saya belajar masa merakam majlis ni. Tapi yg extranya di majlis ni ialah adat Sunda yg sungguh berseni dan elaborate steps nya. Jadi saya kena lagi peka dgn apa yg berlaku dan cuba rakam dari sudut2 yang sesuai.

      Hihihi... memang la lengser wanita tu kelakar :D. Tak faham bahasa pun tgk gelagat dia boleh gelak.... :)

      Delete
  2. terpegun saya !!
    skrol turun naik turun naik ulang nengok gambar!!

    ingatkan belah groom je pakai sedondon.. rupa-rupanya dua-dua belah kena pakai sedondon ! sampai ke songkok pun sedondon!!

    'kamera dslr, kamera compact dan phone camera' hahahhaaaaaaaa!!tamak!!!

    muka ponggawa pembawa payung-payung garang lahh.. atau mungkin sebab panas ?
    kalau hari redup .. ok lah .. kalau panas berdenting .. mesti kata.. ' taaak sampai-sampai jugak depa ni .. asyik menari je !! '

    terpegun nengok sayap-sayap merak tu berterbangan .. dah lah comel-comel penarinya! nampak muda-muda lagi ..
    [ video kena nengok kat rumah.. kat sini amatlah slow loadingnya nanti ..]

    kahkahkahhhh!! kemain besar tasbih Pak Lengser!!
    sib baik tak jatuh nenen Mbah Lengser!! hadoiiii !! ketawa besar saya!!!
    tang bibir senget tu sungguh sesuai dengan kerekter dia!
    masa ni , paham tak dialog apa yang depa cakap? atau main gelak je nengok depa gitu..?
    dan yang best nya.. tak sangka lak lelaki rupa-rupanya!!!!!!!!
    kahkahkahhhhhhhh!!

    tak sabar tunggu next entri!!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. thanks doc.
      Actually saya pun did the same. Once dah siap, of course saya review scrolling up and down. Then once dah published, I did the same. Cam seronok pulak tengok balik bila dah siap compile everything, each steps, susun foto2 dan tulis ulasan2. Terkenang2 balik... hihi...

      Tu la. semua seragam doc. Saya diberitahu semua dijahit di Subang tu. Measurements were taken and done by local Subang tailor. And it is indeed head to toe as you noticed the songkok. Keseragaman tu I think is soooo awesome :). Pengantin lelaki tu pun semua putih termasuk kasut putih pengantin yg ditempah.

      Hahahaha... bukan tamak la doc...hihihihi... tu langkah berjaga2 kot2 ada masalah teknikal as a backup :). Also saya rasa elok rakam video dgn phone sebab kalau pakai dslr tu akan makan byk memory.

      Aa'a.. memang nampak garang ponggawa tu. Rasanya sebab mekap kot sebab masa saya berselisih dgn mereka elok je tersenyum. Mungkin juga kena nampak serius masa ceremony tu sebab mereka kan wataknya pengawal diraja :).
      Hari tu Alhamdulillah tak panas doc sebab masa tu kan musim hujan. Mendung2 sikit. Syukur. Kalau tak I dah berpeluh2 la dgn berbaju melayu bersampin. Huih!

      Dalam 3 tarian tu saya memang paling suka yg Tari Merak tu. Elegant je. Dancenya simple je dan pendek so tak la lama pengantin dan rombongan berdiri. And mereka memang comel2. Tapi tak secomel pramugari Air Asia Indonesia tu...hihi...

      Hahaha.. yes, props semua kena besar2 baru penonton nampak.. hahaha.. tgk tu besarnya paip dia...hihi...
      Hihihihi... saya memang tersenyum2 bila lengser wanita tu dok adjust2 nenen dia...hahaha... kalau jatuh lagi la gamat...hahahaha...
      Tu la, dah la mekap bibir senget benget cam tu, dia pi buat expression muka cam tu lagi la kena sgt gayanya... hahaha...
      Masa ni tak berapa faham sebab language mereka guna is Sundanese. So gelak je tgk gelagat mereka.

      So doc dah tgk dah videos tu? :)

      Delete